PENYOKONG KAMI

Monday, June 30, 2008

PAS dukacita terhadap konspirasi jahat ke atas Anwar Ibrahim

PAS melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan jahat melibatkan peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan niat membusukkan nama baik, maruah dan kredibiliti beliau.
"Ternyata konspirasi ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dari pelbagai krisis yang sedang melanda negara.
"Kenaikan kos saraan hidup akibat penarikan semula subsidi bahan bakar sebanyak RM13.7 bilion mencetuskan kesan berantai paling kritikal dalan krisis ekonomi negara sekali gus membebankan rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, rakyat boleh melihat bagaimana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) saling bercakaran sesama sendiri akibat kegagalan mengurus tadbir negara, justeru isu hangat seperti ini ditimbulkan untuk mengalih perhatian rakyat.
"Kerajaan BN juga begitu tertekan dengan pelbagai isu yang wujud kesan daripada ura-ura peralihan Kerajaan Pusat ke tangan Pakatan Rakyat yang bertiup kencang," katanya.
Beliau yang mewakili suara pimpinan PAS yang lain menyatakan, "kami menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan 'Qazaf' terhadap seorang peribadi Muslim yang dikenali umum sebagai salah satu pemimpin di Malaysia".
Tambahnya lagi, si penuduh tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat seandainya tidak didokongi dengan bukti yang kukuh seperti yang digariskan oleh Syari'at.
Hukuman terhadap perbuatan 'Qazaf' yang termaktub di dalam al-Quran iaitu pada ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, "dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq", katanya.
"Kami menyeru supaya rakyat tidak terpengaruh dengan 'drama' ini," katanya lagi.
Ekoran rasa tidak percaya rakyat terhadap PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan mereka, ahli Parlimen PAS berharap agar kerajaan dapat menubuhkan sebuah Badan Bebas Siatan Awam untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan berat ini segera.
Dalam pada itu hampir kesemua ahli parlimen PAS turut serta dalam sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen.
Antaranya, ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, dan Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata PAS kesal dengan politik murahan dan politik tidak bermoral yang dimainkan oleh BN dengan sekali lagi membangkitkan isu-isu berkaitan kes liwat yang kononnya dilakukan oleh Ketua Umun Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ini merupakan antara usaha akhir BN untuk menghalang perjalanan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.
"Isu ini timbul selepas desas-desus undi tidak percaya 'cross-over' ahli-ahli parlimen dari BN kepada Pakatan Rakyat.
"Kesinambungan ini yang dilihat BN, maka timbul pula isu tuduhan liwat yang sekali lagi dilempar kepada Dato Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun katanya, isu tidak tersebut tidak akan memberi apa-apa kesan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat walaupun usaha itu adalah usaha untuk menghilangkan atau menjejaskan imej Dato' Seri Anwar dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, beliau percaya masyarakat dan rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.
Ini katanya, rakyat menyokong Pakatan Rakyat baru-baru ini adalah mereka yang sudah ada pengalaman dalam isu-isu tuduhan liar dalam kes Anwar sebelum ini.
"Sebab itu saya berasakan tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan yang tidak munasabah dan saya meragui siasatan yang dibuat oleh pihak polis.
"Ini berasaskan kepada keputusan ataupun siasatan kes yang dibuat oleh polis beberapa tahun dulu," dakwanya.
Katanya, beliau meragui siasatan polis dalam kes tersebut dapat berlaku adil.
Malah dakwanya, tidak mustahil jika dibiarkan polis meneruskan siasatan kes itu dibimbangi berlaku rekaan bukti atau ciptaan yang akan dibuat pihak polis dan kemudiannya mungkin akan dibuat oleh pihak pendakwa.
"Sebab itu saya menuntut supaya badan yang membuat siasatan bukan pihak polis kerana dalam kes mata lebam Anwar dulu pasukan polis gagal untuk mencari siapa sebenarnya melakukan perbuatan tersebut ke atas Anwar.
"Setelah dibentuk satu suruhanjaya bebas baru dapat dibuktikan bahawa polis terlibat dalam menyebabkan lebam mata Anwar," katanya.
Dalam kes tersebut dakwanya polis tidak dapat memberikan keyakinan kepada rakyat sehingga sekarang apatah lagi apabila tuntutan untuk menubuh Suruhjaya Penambahbaikan Polis (IPCMC) sehingga sekarang tidak diwujudkan.
"Ini juga menggambarkan polis masih belum pulih dari segi imej, integriti dan kreadibiliti mereka.
Sekali gus dakwanya, menyebabkan beliau tidak ada keyakinan terhadap polis untuk berlaku adil kepada Anwar dan juga kepada rakyat.
Berikut disertakan kenyataan penuh ucapan Timbalan Presiden PAS/Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa di Parlimen pagi tadi.
Kami, Ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato� Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau.
Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.
Rakyat juga nampak jelas bagaimana kepimpinan kerajaan BN yang sedang dilanda pelbagai tekanan dalaman sesama sendiri mahupun akibat dari kegagalan kepimpinan mereka mengurustadbir negara ini dengan baik, mahu mengalih perhatian rakyat supaya menumpu kepada isu-isu sensasi seperti ini.
Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.
Kami, ahli-ahli Parlimen PAS dengan ini menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan "Qazaf" terhadap seorang peribadi Muslim yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin di dalam negara ini, yang tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat di segi hukuman seandainya tidak dibawa bersama bukti-bulti yang kukuh seperti yang dituntut Syari'at.
Kami juga sedar dan faham bahawa matlamat di sebalik keberanian melakukan dosa seperti ini adalah juga bertujuan untuk menghakis kepercayaan dan wibawa kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Kami, Ahli Parlimen PAS yakin bahawa rakyat tidak akan mudah dipengaruhi dengan mainan 'skrip lama' dan akan menolak sebarang cubaan ini, meskipun dengan pelakon-pelakon baru dengan jalan-cerita yang dikitar-semula secara sensasi dan diperkukuh dengan kononnya bukti-bukti.
Justeru ketidakpercayaan rakyat terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia, PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan rakyat secara profesional seperti yang pernah menimpa peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka kami ahli-ahli Parlimen PAS, menuntut supaya sebuah Badan Bebas Siatan Awam ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan jahat dan berat ini.

ISU ANWAR : PAS MELAKA HARAP POLIS BERTINDAK DENGAN TELUS DAN PROFESSIONAL

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengharapkan Polis menyiasat dengan telus dan adil terhadap laporan Polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat beliau.

PAS Melaka mengharapkan kes ini bebas dari sebarang pengaruh politik dan unsur luar yang menyebabkan ianya tidak dapat disiasat dengan telus dan lancar. PAS Melaka mahu mana-mana pihak yang bersalah di dakwa dengan seadil-adilnya. Jika sekiranya pendakwa di dapati membuat dakwaan palsu PAS Melaka mengharapkan pendakwa itu disiasat dengan terperinci sebab mengapa beliau membuat dakwaan dan siapa dibelakangnya sehingga beliau berani membuat laporan seumpama itu.

PAS Melaka juga mengharapkan semua ahli bertenang dan sentiasa mematuhi undang-undang dalam apa juga keadaan. Ahli-ahli diminta supaya tidak membuat sebarang provokasi dan kekacauan kerana jika ini berlaku kita bimbang pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan untuk memburukan nama PAS dan Pakatan Rakyat.

Saiful Bukhari Azlan, 23 telah membuat laporan polis di Balai Polis Travers yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

Friday, June 27, 2008

KAJI SEMULA PARAS GARIS KEMISKINAN

Kerajaan mesti mengkaji berapakah nilai Paras Garis Kemiskinan (PGK) sebenar selepas kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini. Perkara ini mat penting kepada kerajaan dan rakyat bagi mendapat gambaran sebenar berapa jumlah fakir miskin yang terdapat di dalam negara kita.

Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar kerana dikhuatiri nanti rakyat yang hidup di bawah paras garis kemiskinan terus menderita tanpa pembelaan.

Apa yang penting dengan memperolehi jumlah orang miskin yang sebenar ini, kerajaan akan lebih serius melaksanakan dasar-dasar dan program yang dapat membantu mereka.Dalam jawapan semasa sidang parlimen semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham Abdul Aziz menjelaskan bahawa jika PGK adalah RM1,500 maka jumlah orang miskin di setiap negeri secara puratanya mencecah 24.3%.

Ini adalah anggaran sahaja, di mana adalah dijangkakan jumlah yang sebenar adalah melebihi 25 %. Angka ini sangat tinggi dan ia menggambarkan bahawa kerajaan BN gagal mentadbir negara dengan baik sehingga jumlah orang miskin melebihi 25 %.

Kita bimbang jika langkah-langkah drastik dan sistematik tidak ambil negara kita akan berhadapan dengan masalah sosial dan jenayah yang amat teruk kerana masalah kemiskinan ini.Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga.

Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.Adalah dijangkakan jumlah keluarga miskin di negeri Melaka ini melebihi 25 % jika PGK adalah RM1,500. Angka ini adalah sangat besar jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk Melaka yang jumlahnya lebih kurang 1 juta orang.

Kerajaan Negeri Melaka mesti mengeluarkan statistik terbaru tentang jumlah sebenar keluarga miskin dan diharapkan fakta sebenar ini tidak disembunyikan. Program dan rancangan bersepadu dan menyeluruh mesti dijalankan dengan segera bagi memastikan golongan yang miskin tidak terus hidup dalam kedhaifan dan kesengsaraan.

Kita bimbang jika masalah kemiskinan akibat inflasi ini tidak ditangani dengan berkesan, gejala-gejala negatif seperti masalah sosial dan jenayah akan meningkat menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tidak aman dan celaru.

PAS Melaka mendesak kerajaan negeri Melaka agar berbincang dan mengusulkan kepada kerajaan pusat supaya menurunkan harga minyak dan mengawal harga barangan harian sebagai satu usaha untuk mencegah inflasi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti negara kita akan lebih aman dan sejahtera dengan penduduk miskin akan semakin berkurangan.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

RAKYAT MELAKA TERUS DEMO BANTAH MINYAK NAIK

Rakyat negeri Melaka terus menerus mengadakan demonstrasi menentang kenaikan harga minyak. Setakat ini 4 siri demonstrasi telah dianjurkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat. Antara demonstrasi yang telah dijalankan ialah di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Stesyen Bas Melaka Sentral dan di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru.

Semua demonstrasi tersebut telah mendapat sambutan yang baik samada dari segi kehadiran dan juga sokongan dari pemandu kereta dan penunggang motorsikal yang melalui jalan di kawasan demonstrasi.

Sabtu lepas, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dengan diketuai oleh Bendaharinya, Jauhar Md Dawi telah menganjurkan demonstrasi tersebut di kawasan Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru.

Demonstrasi yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah diganggu oleh Polis. Pihak penganjur hanya dibenarkan mengadakan demonstrasi selama 20 minit sahaja. Manakala pembesar suara 'hailer' tidak dibenar untuk digunakan. Pada demonstrasi itu beberapa orang pimpinan PAS negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek telah menyampaikan ucapan membakar semangat peserta demonstrasi.

Para peserta melaungkan slogan turun Pak Lah, turun minyak, hidup rakyat dan BN zalim bagi menaikkan semangat masing-masing. Jauhar, selaku peneraju demonstrasi tersebut, melahirkan rasa syukur kerana ianya berjalan dengan lancar walaupun diganggu oleh pasukan keselamatan. Beliau juga menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil komited untuk meneruskan siri demonstrasi tersebut bagi menyedarkan kerajaan bahawa tindakan mereka menaikkan minyak adalah tindakan zalim yang dibantah oeh majoriti rakyat.

Turut serta dalam demonstrasi tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him, ADUN Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San, ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong, ADUN Bandar Hilir, YB Tey Kok Kiew dan Blogger Damian 'Baba' Yeo, Mutaligat dan Sebol.

Demonstrasi rakyat Melaka ini akan diteruskan lagi minggu ini iaitu pada hari Sabtu 28 Jun bermula jam 3.00 petang di Pintu Masuk Dataran Pahlawan di mana ianya dianjurkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat dengan kerjasama PROTES.

Thursday, June 26, 2008

DEMO DI DATARAN PAHLAWAN DEPAN MAHKOTA PARADE

Ramai yang bertanya tentang tempat sebenar Demo pada hari Sabtu ini. Ada yang menyatakan Dataran Pahlawan adalah di Ayer Keroh.

SEBENARNYA DATARAN PAHLAWAN ADALAH DI DEPAN MAHKOTA PARADE, BANDAR HILIR. JANGAN RAGU-RAGU LAGI. AJAK KAWAN RAMAI RAMAI SABTU, 28 JUN, 3.00 PTG, PINTU MASUK DATARAN PAHLAWAN.

PEMIMPIN BN LAUNGKAN MALAYSIA NEGARA MAJU TETAPI PERANGAI PEMIMPIN MACAM NEGARA TIDAK BERTAMADUN

Semangat dan pertanggungjawaban pemimpin-pemimpin negeri maju tidak mampu diikut oleh pemimpin BN yang memerintah hari ini. Mereka masih sayangkan jawatan yang disandang kerana di dalam fikiran mereka jawatan yang ada adalah sebagai jambatan untuk memperolehi kemewahan dan kekayaan . Sebab itu mereka begitu susah untuk meletak jawatan walaupun telah melakukan atau sedang dibicarakan di mahkamah atas kesalahan tertentu.

Kalau dinegara barat sudah tentu pemimpin sebegini meletakkan jawatan atas dasar menjaga maruah dan harga diri. Malah mereka sedar bahawa untuk menjadi pemimpin seseorang itu mestilah bertanggungjawab, telus, bermaruah dan bebas dari sebarang skandal.

Namun di Malaysia, pemimpin kita melaung-laung negara kita hampir menjadi negara maju tetapi perangai, personaliti serta karisma pemimpin ini masih seperti pemimpin yang tidak bertamadun.

Kebanyakan pemimpin Umno memang tidak ada maruah dan harga diri. Rata-rata pemimpin Umno yang disabitkan dengan kesalahan rasuah politik (politik wang) yang digantung atau diberi amaran oleh parti itu masih terus memegang jawatan seperti Ahli Parlimen, ADUN dan jawatan di dalam parti.

Ini semua disebabkan Umno merupakan sebuah parti yang tidak bermaruah dan didokong oleh pemimpin yang tidak bermaruah. Tidak hairan ada di antara mereka yang dibicarakan di mahkamah dan disabitkan dengan kesalahan terus mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi. Lihat sahaja bagaimana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dilantik menjadi menteri menjaga undang-undang sedangkan sebelum ini beliau digantung keahlian di dalam Umno kerana terlibat dengan rasuah politik.

Malangnya pemimpin yang dikatakan ingin membenteras rasuah iaitu Pak Lah terus memberikan kepercayaan kepada Zaid sebaik sahaja pergantungannya tamat. Jelas sekali Pak Lah tidak serius untuk membenteras rasuah.

Semalam seorang lagi pemimpin Umno yang digantung keahlian selama 6 tahun iaitu bekas Naib Presidennya, Isa Samad (gambar) tanpa segan silu mengumumkan untuk bertanding pada pemilihan Umno Disember ini. Kita tidak hairan jika Isa menang pada pemilihan nanti kerana orang yang dipilih dan perwakilan yang memilih memang sudah hilang pertimbangan untuk yang mana baik dan yang mana buruk. Isa yang disabitkan kesalahan kerana merasuah perwakilan pada pemilihan Umno sebelum ini digantung selama 3 tahun sejak 2005, setelah rayuannya diterima. Beliau dikenakan pergantungan selama 6 tahun mengikut hukuman asal.

Satu lagi contoh ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik (gambar), 'pelakon Hindustan' yang semua orang tahu skandalnya sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Namun selepas itu beliau bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menang.

Dari senario diatas jelas membuktikan bahawa Umno sekarang ini penuh dengan pemimpin yang tidak bermaruah. Bak kata pepatah yang lebih kurang berbunyi "kalau Ikan busuk dikepala, maka rosaklah ikan tersebut keseluruhannya".

KEGAGALAN DAN KELEMAHAN ALI RUSTAM SETELAH 100 HARI JADI KM SELEPAS PRU 12

Di bawah ini dinukilkan kelemahan dan kegagalan tersebut :-

a) Bayaran atau kelewatan pembayatan kepada kerja-kerja kontrak di bawah kroni-kroni Ketua Menteri menyebabkan ramai-ramai subkontraktor yang susah dan merana tidak dapat 'payment'.

b) Banjir yang melanda kawasan bandaraya dan Masjid Tanah dan kegagalan membuat persediaan menghadapi banjir hanya kerana ingin mengindahkan Sungai Melaka

c) Banyak Menara Telco di bina di kawasan perumahan. Ini mengancam keselamatan penduduk setempat.

d) Penguatkuasaan melampau oleh MBMB ke atas peniaga-peniaga kecil dan pengusaha di Taman Melaka Raya tanpa notis

e) Gagal memulihara dan mengekalkan tempat-tempat bersejarah atau 'buzzer zone'.

f) Gagal mewakili orang Melaka untuk mendapatkan kelulusan UNESCO untuk Bukit Cina

g) Menjadikan Melaka sebuah mini DISNEYLAND yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan dan pembaziran wang rakyat

h) 6 kali berlakunya 'blackout' dalam Dun Duyong ever sejak PRU 12

i) Membangun 3 projek bandar mega yang melibatkan 3 daerah ...(Membelanjakan duit rakyat dengan banyak

j) Meneruskan projek-projek yang tidak perlu dan tidak sepatutnya yang akhirnya menjadi Gajah Putih

k) Datuk Seri menghadapi saman RM10 juta yang akan dibicarakan pada 30 dan 31 Julai ini

l) Datuk Seri bertindak zalim ke atas PASTI ....mengapa Datuk Seri tidak arahkan pendakwaannya di gugurkan

m) Datuk Seri terus mengamalkan pemerintahan yang suka membazir...Eye On RM40 juta dan lain-lain

n) Datuk Seri menipu rakyat menyatakan jumlah orang miskin di Melaka sedikit sahaja sedangkan golongan miskin di Melaka terus meningkat akibat kenaikan harga minyak dan harga barang

o) Datuk Seri terus mengamalkan tindakan yang tidak demokratik menafikan peruntukan untuk ADUN Pakatan Rakyat Melaka

p) Datuk Seri terus melantik kroni Datuk Seri menjadi Datuk Bandar, Speaker dan lain-lain bukannya atas dasar kelayakan ...

q) Datuk Seri terus menambahkan hutang kerajaan negeri Melaka sehingga mencecah lebih RM1 bilion.

r) Datuk Seri terus menyiksa rakyat dengan menggali bijih di Kuala Sungai Baru menyebabkan nelayan di sana susah untuk cari makan

s) Datuk Seri terus menjadi pembodek nombor wahid (satu) terhadap kepimpinan Pak Lah sedangkan Pak Lah adalah pemimpin yang lembap dan lemah.

t)Datuk Seri membiarkan pelacuran berleluasa di Bandar Melaka sejak dari tahun 70-an lagi.

u) Datuk Seri terus menggalakkan program-program maksiat dan melalaikan seperti Pesta Melaka yang menyelitkan pertandingan ratu cantik, karaoke dan sebagainya ....

Sebenarnya banyak lagi isu-isu lain. Insya Allah akan dipostingkan kemudian.

Wednesday, June 25, 2008

KERAJAAN TIDAK BERTAMADUN

Tindakan kerajaan melarang wartawan membuat liputan media di lobi parlimen semalam merupakan suatu tindakan yang tidak bertamadun dan undur kebelakang. Sebelum ini lobi parlimen sering dijadikan medan untuk menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen mengadakan sidang akhbar.

Mengapa kerajaan mengambil tindakan sedemikian? Tidak kita ketahui alasan sebenarnya. Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa parlimen ialah untuk menjaga keselamatan. Masalahnya adakah para wartawan dan petugas media ini ganas dan 'makan orang'. Itu yang memelikkan kita semua.

Jelas sekali sejak akhir-akhir ini kerajaan sering mengambil tindakan yang caca marba dan tidak masuk akal. Kita tahu apa yang 'merasukkan' pemikiran pemimpin kerajaan sehingga pegawai-pegawai kerajaan sendiri 'dirasuk' sama.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan tindakan menyekat petugas media membuat liputan di lobi Parlimen - yang pertama dalam sejarah Dewan Rakyat - sebagai tekanan terbaru kerajaan untuk melumpuhkan peranan media dalam melaporkan perbahasan yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

"Parlimen adalah badan perundangan tertinggi negara yang berhubungkait dengan segala aspek hidup rakyat semua lapisan masyarakat. "Oleh itu media memainkan peranan penting dalam menyebarkan isu-isu berbangkit yang melibatkan kepentingan umum dalam perbahasan ahli-ahli dewan rakyat," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Azizah berkata, sejak Parlimen mula bersidang selepas pilihanraya mum ke-12, dengan scenario baru di mana Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, kebanyakan media menghantar lebih daripada lima orang wartawan untuk membuat liputan berita yang lebih menyeluruh dan mendalam.

"Media televisyen juga terpaksa membuat rakaman di luar dewan sepanjang hari kerana siaran langsung sidang Parlimen terhad kepada hanya setengah jam pertama bagi sesi soal jawab sahaja," katanya.Namun, kata Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, mulai semalam, media telah dihadkan kepada tidak lebih daripada lima orang wakil. Tidak menghormati media"

Hari ini media dikejutkan lagi dengan sekatan untuk membuat liputan berita di lobi Parlimen, yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar.

"Adakah sekatan ini bertujuan melindungi menteri daripada pertanyaan media yang sentiasa menginginkan penjelasan atau penerangan daripada menteri?" soalnya.

Wan Azizah berkata, Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia di tangga ke-141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. "Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameroon dan Libya.

"Tindakan ini bukan sahaja tidak menghormati media, malah tidak menghormati rakyat yang ingin melihat perubahan selepas Pilihanraya Umum ke-12. "Percubaan kerajaan untuk menyekat berita daripada sampai kepada rakyat akan menjejaskan kredibiliti kerajaan yang telahpun merosot," tambahnya.

SELURUH RAKYAT MELAKA DISERU SAMA-SAMA SERTAI DEMO 28 JUN

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khairul Che Salleh menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya turun beramai-ramai untuk menjayakan demonstrasi PROTES membantah kenaikan harga minyak pada 28 Jun ini bermula pada jam 3.00 petang di Pintu Masuk Dataran Pahlawan.

Menurutnya kehadiran yang ramai amat penting bagi membuktikan bahawa majoriti rakyat membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini.

"Rakyat semakin tertekan dengan masalah kenaikan harga barang akibat harga minyak naik, maka untuk itu rakyat mesti membuktikan bantahan dengan sama-sama menyertai demo ini" kata Khairul yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

"Jangan kita mengeluh dan bersungut harga barang naik tetapi tidak mahu menunjukkan bantahan kita" ujarnya lagi.

Demo pada 28 Jun ini adalah anjuran bersama PROTES dan parti-parti Pakatan Rakyat. Ia merupakan demo kali kelima di Melaka selepas ianya diadakan di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Melaka Sentral dan Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru baru-baru ini.

Tuesday, June 24, 2008

KERAJAAN GAGAL TANGANI MASALAH KEMISKINAN SEMASA. JUMLAH ORANG MISKIN MENINGKAT MELEBIHI 24 %

Kerajaan Negeri Melaka mestilah menilai semula Paras Garis Kemiskinan (PGK) di kalangan penduduk negeri ini bagi mendapatkan jumlah sebenar keluarga dan orang miskin di negeri ini.
Perkara ini penting bagi memastikan semua pihak dapat merancang dan mengatur program yang benar-benar dapat membantu golongan ini.

Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga. Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.

Adalah dijangkakan jumlah keluarga miskin di negeri Melaka ini melebihi 25 % jika PGK adalah RM1,500. Angka ini adalah sangat besar jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk Melaka yang jumlahnya lebih kurang 1 juta orang.

Kerajaan Negeri Melaka mesti mengeluarkan statistik terbaru tentang jumlah sebenar keluarga miskin dan diharapkan fakta sebenar ini tidak disembunyikan. Program dan rancangan bersepadu dan menyeluruh mesti dijalankan dengan segera bagi memastikan golongan yang miskin tidak terus hidup dalam kedhaifan dan kesengsaraan.

PAS Melaka mendesak kerajaan negeri Melaka agar berbincang dan mengusulkan kepada kerajaan pusat supaya menurunkan harga minyak dan mengawal harga barangan harian sebagai satu usaha untuk mencegah inflasi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti negara kita akan lebih aman dan sejahtera dengan penduduk miskin akan semakin berkurangan.

Monday, June 23, 2008

PAS MELAKA DOAKAN PJ DAN TPJ PULAU PINANG CEPAT SEMBUH

Seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS Negeri Melaka mendoakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man dan Timbalan Pesuruhjayanya Ustaz Taqiuddin Hamzah agar cepat sembuh untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di bumi kita yang tercinta ini.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, dimasukan ke wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ustaz Saleh Man dimasukkan ke wad pada hari Rabu lepas di Loh Guan Lye untuk pemeriksaan lanjutan ekoran penyakit yang dihadapinya selepas diamanahkan menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri daripada Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Manakala Ustaz Tapiudin yang juga bekas calon PAS Penaga dimasukkan ke wad kecemasan akibat diserang sakit jantung di Hospital Besar Pulau Pinang kira 10 hari lepas.

ALI RUSTAM MESTI LETAK JAWATAN

Saya menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana kredibilti dan imejnya terjejas teruk setelah di saman RM10 juta baru-baru ini.Mohd Ali telah disaman oleh Abdul Hamid Mustapah, 48 seperti yang disiarkan oleh akhbar SIASAH edisi 103 minggu ini.

Beliau selaku Ketua Menteri mesti menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin bawahan kerana dakwaan beliau terhadap Abdul Hamid (gambar) dinafikan oleh bekas CEO Southern Hospital tersebut. Sudah tentu dakwaan ini boleh dipertikaikan sebab itu Abdul Hamid berani mengambil tindakan mahkamah terhadap Mohd Ali.

Sebagai rakyat Melaka, saya berasa malu kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang dipertikaikan integritinya. Seorang Ketua Menteri sepatutnya menyiasat secara teliti dan menangani masalah sesuatu agensi kerajaan seperti Hospital Southern dengan berhati-hati cermat bukannya membuat tuduhan melulu sehingga 'membuka pekung di dada'.

Dalam samannya Abdul Hamid menjelaskan bahawa Mohd Ali Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.

Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini.

Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.

Kisah saman Abdul Hamid ini telah saya dedahkan dalam posting saya yang terdahulu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar SIASAH baru-baru ini.

Saya dengan ini sekali lagi menegaskan supaya Mohd Ali MELETAKKAN JAWATAN bagi memberi laluan kepada orang lain yang mempunyai kredibiliti dan imej yang lebih baik darinya untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

POST MORTEM PILIHANRAYA PAS MELAKA SIAP

Jawatankuasa Post Mortem Pilihanraya Umum ke-12 telah selesai menyiapkan laporannya dan telahpun dibentangkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri semalam.

Menurut Setiausaha Jawatan Kuasa Post Mortem, Baihaki Ismail, mereka telah mengkaji secara terperinci semua aspek yang membawa kepada kekalahan PAS Melaka pada pilihanraya umum lalu.

"Kita telah menyediakan laporan lengkap tentang faktor-faktor kekalahan kita samada faktor dalaman, luaran dan sebagainya".

"Selain itu kita juga telah mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi punca-punca kekalahan kita agar ianya dapat dijadikan panduan untuk masa depan" ujar Baihaki lagi.

Difahamkan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri semalam memperakukan laporan post mortem tersebut sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Post Mortem PAS Pusat yang akan melawat Melaka minggu ini.

Sunday, June 22, 2008

RAKYAT MELAKA TERUS BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Rakyat Melaka terus menyatakan bantahan kepada kerajaan BN berikutan tindakan zalim kerajaan BN menaikkan harga minyak awal bulan lalu.

Setakat ini beberapa siri demonstrasi telah dilakukan oleh parti-parti politik dan NGO. Antara demo yang telah dilangsungkan ialah di Stesyen Shell Jasin, Pekan Masjid Tanah, Stesyen Bas Melaka Sentral dan semalam di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru.

Selepas siri demo ini akan terus dijalankan iaitu pada 28 Jun anjuran PROTES dan parti-parti Pakatan Rakyat.

Di harapkan rakyat Melaka terus komited mengadakan demo membantah kenaikan harga minyak untuk menyedarkan seluruh rakyat Malaysia membantah kenaikan harga minyak ini.

Friday, June 20, 2008

PEMIMPIN BN/UMNO JANGAN BUAT KENYATAAN TANPA FAKTA DAN BUKTI

Sejak Sinar Harian Isnin lalu menyiarkan kenyataan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim tentang rakyat Melaka menolak tuah kerana tidak memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka pelbagai reaksi dapat dilihat dari berbagai pihak.

Seperti dijangka pihak Umno dan Barisan Nasional sudah pasti menafikan kebaikan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Rakyat manakala rakan-rakan di kalangan Pakatan Rakyat sudah tentu menyokongnya.

Terbaru dalam Sinar Harian hari ini, Ahli Parlimen Kota Melaka dari dari DAP, YB Sim Tong Him (gambar) menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang berjaya mengujudkan persaingan sihat dengan BN. Dengan adanya persaingan sihat ini, katanya, kedua-dua kerajaan samada kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu berusaha untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Seterusnya YB Sim menjelaskan bahawa rakyat akan menilai keberkesanan kedua-dua parti dalam memerintah negeri masing-masing dan akan memudahkan rakyat untuk memilih parti mana yang mereka ingin undi pada pilihanraya umum akan datang. Manakala pemimpin-pemimpin Umno dan BN memberikan komen bahawa kenyataan Zaki bahawa kerajaan Pakatan Rakyat berjaya memberikan kebajikan kepada rakyat hanyalah janji-janji politik untuk meraih keuntungan dalam pilihanraya.

PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat yakin bahawa apa sahaja yang dibuat oleh kedua-dua kerajaan akan dinilai oleh rakyat. Semua agenda dan program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah omongan kosong atau sekadar untuk mengabui mata rakyat. Tetapi ianya terbukti berjaya dilakukan dengan berkesan dan mampu memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat sudah pasti akan menunaikan manifesto pilihanraya kami kerana ianya merupakan janji yang mesti dikotakan.

Selain itu semua janji-janji itu bukanlah suatu yang mustahil untuk ditunaikan kerana ianya telah dikaji baik buruknya sebelum ia dijadikan manifesto. Masalahnya BN dan Umno cuba mengelirukan rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Perlu difahami bahawa ada janji-janji tersebut yang memerlukan masa yang agak panjang kerana ianya melibatkan kajian, perjanjian dan kontrak serta ianya melibatkan pihak ketiga dimana kemungkinan juga ia melibatkan kerajaan pusat.

Jadi tohmahan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji adalah tidak timbul kerana kerajaan-kerajaan ini baru sahaja berumur 100 hari atau kurang dari itu (kecuali Kelantan). Maka rakyat dan pemimpin Umno kena bersabar menanti samada janji-janji tersebut dapat ditunaikan atau tidak.

Rakyat tidak perlu bimbang kerana mereka mempunyai kuasa kerajaan baru jika kerajaan lama gagal menunaikan janji mereka. Ini dibuktikan apabila rakyat Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya umum lalu. Malah mereka juga menafikan majority 2/3 BN di Parlimen.

Kerajaan Kelantan telah membuktikan bahawa kebajikan ibu tunggal dan warga emas dibela dengan program Takaful Kifaalah dan Armalah. Buktikan boleh dilihat di Kelantan di mana sudah ramai rakyatnya yang menerima imbuhan dari skim ini. Apakah pemimpin BN dan Umno ingin menafikan fakta ini? Ini adalah salah satu antara program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan Kelantan. Banyak lagi sebenarnya program yang telah dan sedang dirancang untuk rakyat Kelantan.

Begitu dengan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tidak lama lagi seluruh rakyat Selangor akan menikmati air percuma sebanyak 20L padu. Bila tiba masanya nanti semua ini akan terbukti. Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Malah kerajaan Selangor akan mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan Takaful Kifaalah dan Armalah pada 1 Julai.

Di Penang kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan salah satu janji mereka apabila menaikkan elaun guru Kafa memberikan bantuan makanan kepada golongan miskin. Ini telah pun dilakukan. Mengapa pemimpin BN menafikan kebenaran ini sedangkan ianya telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Manakala di Perak, kerajaannya yang baru memerintah kurang dari 100 hari telah berjaya menyelesaikan isu pendudukan rakyat di tanah kerajaan yang telah puluhan tahun gagal diselesaikan oleh kerajaan BN terdahulu. Kerajaan Perak berjaya membuktikan bahawa kebajikan rakyat adalah agenda utamanya apabila memberikan geran kekal kepada penduduk-penduduk tersebut. Fakta ini yang dapat dilihat didepan mata sepatutnya dinafikan oleh pemimpin BN dan Umno.

Saya menyeru kepada pemimpin Umno dan BN supaya membuat komen yang membina dan berdasarkan fakta bukannya berdasarkan nafsu dan sentimen politik semata-mata kerana kita bimbang kredibiliti kita sebagai pemimpin kerajaan dan parti tercalar dan lambat laun rakyat akan hilang kepercayaan kerana kita semua bercakap tanpa bukti dan fakta.

Antara pemimpin Umno dan BN yang memberikan komen tentang isu ini adalah Pengerusi Perhubugan PPP Negeri Melaka, Senator Datuk Chiw, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ADUN Gadek Datuk Ghafar Atan.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

SOKONG PEMBUKAAN SEMULA TAPAK PERNIAGAAN DI HADAPAN BASTION HOUSE

Saya menyokong cadangan penjaja-penjaja kecil di negeri ini yang meminta kerajaan negeri Melaka membuka semula tapak perniagaan di hadapan Bastion House (gambar).

Pembukaan semula tapak perniaagaan ini akan memberikan peluang kepada para peniaga berniaga semula untuk menambah pendapatan mereka. Ini kerana sebahagian besar bekas-bekas penjaja di sini dahulu tidak sanggup untuk menyewa kedai di kompleks membeli belah di Dataran Pahlawan yang sewanya agak tinggi.

Selain itu dengan pembukaan semula tapak perniagaan ini, ia akan menjadi tarikan kepada kawasan ini untuk kembali meriah seperti sebelum penutupannya dahulu. Ini kerana sebilangan besar para pelancong lebih gemar membeli barangan dari gerai terbuka berbanding kompleks membeli belah. Mereka sebenarnya ingin mencari kelainan dari apa yang terdapat di negara mereka sendiri yang mempunyai gedung membeli belah yang lebih hebat dan besar.
Kerajaan negeri mesti menyediakan tempat-tempat menjaja yang menarik seperti ini agar keaslian dan kelainan ini terpelihara dan ianya akan menjadi daya tarikan kepada pelancong asing. Hasrat kerajaan untuk menambah kawasan perniagaan orang Melayu mesti direalisasikan.
Antaranya mengujudkan tapak-tapak perniagaan seperti ini, asalkan ianya mestilah kemas teratur dan menarik. Untuk membeli dan menyewa kedai yang mahal mungkin penjaja-penjaja ini tidak mampu jadi mengapa tidak kerajaan mengujudkan tapak-tapak sebegini bagi mencapai matlamat 30 % pemilikan tapak perniagaan untuk bumiputera di dalam Bandaraya Melaka.
Selain itu saya juga mencadangkan kerajaan membuka semula tapak perniagaan di kawasan Bazar Mara di Jalan Laksamana yang dirobohkan beberapa tahun dahulu demi untuk menambahkan lagi bilangan peniaga bumiputera di dalam Bandaraya Melaka yang semakin berkurangan di sebabkan pertambahan gedung-gedung perniagaan yang besar.
Jika kawasan-kawasan perniagaan khas untuk orang Melayu tidak didirikan atau terus dirobohkan kita bimbang peniaga-peniaga Melayu ini tidak dapat bersaing dengan peniaga-peniaga lain.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

PAK LAH MASIH BINGUNG DAN BERANGAN

Sekali lagi pada mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi Pak Lah ditipu apabila semua komponen BN menyatakan taat setia dan sokongan kepada Pak Lah terutama parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak. Malah parti-parti ini berjanji akan memastikan Ahli-ahli Parlimennya akan menentang usul undi tidak percaya SAPP akan bakal dibentangkan di parlimen minggu depan.

Pak Lah syok sendiri melihat anak-anak buahnya berbuih-buih mulut mengampunya. Pak Lah tersenyum bangga atas janji-janji manis mereka.

Namun kita merasakan bahawa janji-janji itu merupakan janji dibibir mulut sahaja kerana anak-anak buahnya juga pandai menipu sebagaimana diajar oleh Pak Lah yang suka menipu dan membelit rakyat, ibarat 'bapa borek anak rintik'.

Ingat lagikah kita semua bagaimana Pak Lah menipu rakyat Malaysia dengan menyatakan tiada pembubaran parlimen dalam masa terdekat, tetapi keesokannya parlimen dibubarkan untuk pilihanraya ke 12 tempohari.

Baru-baru ini sekali lagi Pak Lah menipu rakyat dengan menyatakan tiada kenaikan harga minyak. Tetapi dengan tidak disangka-sangka Pak Lah menaikkan harga minyak, sedangkan beberapa hari sebelum itu diwar-warkan bahawa minyak hanya akan dinaikkan pada bulan Ogos.

Maka sudah pasti anak-anak buah belajar dari Pak Lah bahawa menipu tidak ada masalah kerana ia jalan terbaik untuk menyenangkan hati seseorang atau rakyat jelata.

Jadi kita tidak harian jika hari ini ada parti yang bermatian-matian sokong Pak Lah, tiba-tiba esok isytihar keluar BN atau ahli-ahli parlimen mereka melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Thursday, June 19, 2008

DEMO PROTES KENAIKAN HARGA MINYAK DI AIR TERJUN BUKIT SEBUKOR, BUKIT BARU 21 JUN

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, DPPBK akan menganjurkan Demonstrasi Membantah kenaikan harga minyak pada 21 Jun, hari Sabtu ini bermula jam 2.00 petang.

Pemangku Ketua DPPBK, Nazri Ariffin berkata demo akan bermula di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru dan berakhir di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB).

Seluruh rakyat Melaka dijemput hadir untuk membuktikan bahawa kita semua membantah kenaikan harga minyak ini.

AHLI PARLIMEN BN MESTI SOKONG USUL UNDI TIDAK PERCAYA

Ahli Parlimen BN mesti menyokong usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh Ahli Parlimen SAPP pada Sidang Parlimen Isnin ini.

Sokongan ini amat penting demi untuk menyelamatkan negara dari kehancuran akibat kegagalan Abdullah mentadbir negara sejak beliau menggantikan dari Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ahli-ahli Parlimen BN kena sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat dan negara yang sekarang ini semakin tertekan akibat kenaikan harga minyak, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, kestabilan politik yang meruncing, indeks jenayah dan sosial yang semakin membimbangkan dan pelbagai lain.

Dengan sokongan Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat sudah tentu Abdullah akan tumbang dan digantikan dengan Perdana Menteri baru samada dari Pakatan Rakyat atau BN.

Semua Ahli Parlimen samada dari BN atau Pakatan Rakyat serta Bebas mesti meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan individu. Mereka seharusnya mencari calon yang paling berkaliber, berkarisma, bersih dan mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.makmur dan mementingkan kesejahteraan rakyat.

Andaikata calon yang dipilih sama seperti Abdullah atau mengamalkan dasar perjuangan dan stail pemerintahan yang serupa maka ianya tidak akan memberikan makna kepada kita semua sebagai rakyat yang cintakan negara.

Ayuh Semua Ahli-ahli Parlimen BN berfikirlah secara rasional dan professional.

PAK LAH MESTI LETAK JAWATAN SERTA MERTA

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak lagi mendapat kepercayaan dari sebahagian pemimpin dan ahli Umno sejak selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, semalam beliau juga menghadapi tamparan hebat apabila parti komponen BN dari Sabah, SAPP secara terbuka membuat kenyataan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.

SAPP akan mengemukakan usul tidak percaya dalam Sidang Parlimen bermula Isnin ini.

Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Abdullah sepatutnya sedar bahawa kenyataan terbuka dari beberapa pemimpin dan ahli Umno dan SAPP ini merupakan suatu signal yang membuktikan bahawa kepimpinan beliau adalah lemah, gagal dan tidak mendapat sokongan rakyat.

Tidak ada gunanya Abdullah terus memegang jawatan tersebut tanpa sokongan dari parti sendiri. Rakyat Malaysia sebenarnya telah menunjukkan isyarat yang jelas kepimpinan Abdullah sudah tidak diterima oleh mereka apabila BN kalah teruk di lima negeri termasuk juga kerusi-kerusi parlimen di Kuala Lumpur.

Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia BN atau Perikatan (dulunya) tewas sehingga hilang 5 negeri. Tidak syak lagi Abdullah merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno paling lemah pernah dilahirkan di Malaysia.

Abdullah sebenarnya telah gagal mentadbir dengan baik. Fakta ini disokong dengan kegagalan beliau dalam pengurusan harga minyak; kenaikan harga barangan keperluan; indeks jenayah yang kian meningkat; kedudukan ekonomi yang kian parah dan banyak lagi.

Beliau juga gagal dalam mentadbir parti BN apabila sebahagian besar parti-parti komponen BN termasuk Umno, Gerakan, MIC dan MCA mengalami masalah dalaman yang sangat meruncing.

Abdullah mendapat tentangan hebat di dalam Umno dari Tun Mahathir, Mukhriz Mahathir, Tengku Razaleigh dan lain-lain.

Gerakan menghadapi krisis dalaman yang amat teruk sehingga dua pemimpin kanannya iaitu Lee Kah Choon dan Dr Tan Kee Kwong mengisytiharkan keluar parti. Malah Parti Gerakan Negeri Melaka, lumpuh sama sekali kerana beberapa bahagiannya dibubarkan.

Semua krisis politik ini gagal ditangani dengan baik oleh Abdullah.

Oleh kerana itu Abdullah sepatutnya meletakkan jawatan serta merta dan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada individu yang mampu mentadbir negara dengan baik.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Wednesday, June 18, 2008

PILIHANRAYA KECIL DUN SANGLANG : RAKYAT PUNYA PELUANG TUNJUK BANTAHAN

Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan.

Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan.

Dengan keputusan mahkamah ini, rakyat di Sanglang khasnya, berpeluang untuk membuktikan bahawa mereka menentang kenaikan harga minyak. Kita mengharapkan pengundi-pengundi di Sanglang bangkit untuk memberikan pukulan KO kepada BN pada pilihanraya kecil ini nanti.

Setiausaha Lajnah Penerangan Negeri, Khairul Che Salleh dalam kenyataanya hari ini, mengharapkan seluruh rakyat prihatin di negara ini supaya bersama-sama bekerja kuat untuk membuka minda pengundi di Sanglang agar mereka benar-benar merealisasikan kemarahan mereka di dalam peti undi.

"Ayuh tunjukkan kuasa rakyat di Sanglang, biar Abdullah Bafawi faham bahawa semua rakyat menentang kenaikan harga minyak, kalau boleh biar BN hilang deposit" katanya.

RAKYAT MELAKA AKAN TERUSKAN DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Rakyat negeri Melaka akan terus mengadakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak. Minggu ini ianya akan dijalankan pada 21 Julai bermula jam 2.30 petang. Tempat akan ditentukan kemudian. Minggu depan demo ini akan berlangsung pada 29 Jun jam 3.00 petang. Tempatnya juga akan ditentukan kemudian.

Sebelum rakyat Melaka telah berdemo di Jasin dan Masjid Tanah.

Apa yang penting tuan-tuan dikehendaki sentiasa bersedia untuk turun berdemo membantah tindakan zalim kerajaan menaikkan harga minyak.

AYUH RAKYAT MELAKA MARI SAMA-SAMA TUNJUKKAN BANTAHAN KITA.

SYABAS AKHBAR SINAR HARIAN : TERUSKAN KEBEBASAN MEDIA

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mengucapkan tahniah dan syabas kepada akhbar Sinar Harian kerana menyiarkan laporan dan kegiatan PAS Melaka di akhbar mereka.

Menurutnya, sejak ianya dilancarkan 2 Jun lepas, Sinar Harian telah beberapa kali menyiarkan program, aktiviti dan kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat Negeri ini.

Antara yang dimuatkan oleh laporan berkenaan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, kenyataan Timbalan Speaker DUN Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim ketika ceramah di Jasin, gambar Sukan PASTI Negeri serta kenyataan akhbar Setiausaha DMP Negeri, Hajah Kintan Man dan beliau sendiri dalam Sinar Harian hari ini.

Beliau mengharapkan Sinar Harian terus mengamalkan kebebasan media dalam akhbarnya.

Ditanya tentang kenyataan Pengerusi Perhubungan PPP Melaka yang menyatakan Melaka Bertuah tidak melantik Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri Melaka, Sofi berkata, pemimpin BN memang tidak berjiwa besar, mereka sentiasa menafikan apa juga kebaikan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat walaupun ianya jelas menguntungkan rakyat.

"BN gagal menjaga kebajikan rakyat dinegeri-negeri yang diperintah olehnya, tapi mereka tidak mahu mengakui kebaikan program kebajikan kita dinegeri yang kita perintah" ujar Sofi.

Pengerusi PPP Melaka itu membuat kenyataan balas tentang laporan Sinar Harian yang memuatkan kenyataan YB Zaki bahawa rakyat kelima-lima negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terjaga kebajikan mereka.

PEMIMPIN BN MELAKA DI SAMAN RM10 JUTA DAN RM5JUTA

Hujung Julai ini satu perbicaraan melibatkan seorang pemimpin Umno Melaka akan didengar di Mahkamah Tinggi Melaka. Ianya melibatkan kes saman fitnah seorang bekas pegawai tinggi anak syarikat kerajaan negeri Melaka yang dipecat dari jawatannya.

Beliau yang masih dirahsiakan namanya mendakwa bahawa difitnah kerana gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada Exco dan isteri pemimpin negeri semasa masih memegang jawatan tersebut.

Beliau juga didakwa terlibat dengan rasuah. Namun semua tuduhan tersebut dinafikan oleh beliau.

Wakil Blog ini dan SKUAD SIASAT Pemuda Bukit Katil telah menemui beliau dan mendapatkan cerita terperinci. Insya Allah semuanya akan dilaporkan didalam media massa hujung minggu ini.

Kes ini adalah 1 dari 3 kes yang melibat pembesar negeri Melaka. Dua orang daripada mereka dituntut membayar gantirugi sebanyak RM10 juta dan seorang lagi sebanyak RM5juta.

Selain itu mangsa yang pegawai tinggi yang diberhentikan ini juga akan mengemukakan tuntutan di mahkamah buruh supaya jawatannya dikembalikan. Perbicaraannya akan di jalankan di mahkamah buruh Melaka pada 28 dan 29 Julai ini.

Siapa pembesar itu, Insya Allah Sabtu ini semuanya akan terjawab, apabila beritanya akan dimuatkan didalam salah satu akhbar politik tersohor............TUNGGU

Tuesday, June 17, 2008

KERAJAAN MULA TERASA BAHANGNYA

Bukit Katil : Kerajaan BN mula terasa bahang penentangan rakyat terhadap kenaikan minyak apabila membuat pelawaan untuk bekerjasama dengan pembangkang hari ini.
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata bantahan yang tidak putus-putus oleh rakyat di seluruh negara mula menampakkan kesan.
Beliau mencadangkan seluruh rakyat meneruskan bantahan tersebut setiap hari demi untuk menyedarkan rakyat supaya menurunkan semula harga minyak ke tahap minima.

"Rakyat sudah tidak tahan dengan kezaliman dan kerakusan kerajaan yang menaikkan harga minyak dan ditambah pula sekarang ini harga barang juga naik"

"Mereka sudah tidak tahan, dari itu mari sama-sama kita bangkit menyatakan bantahan setiap hari" kata Sofi yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan Bukit Katil.

Sofi berkata demikian sewaktu diminta mengulas pelawaan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pagi ini agar pembangkang bekerjasama dengan kerajaan menangani masalah kenaikan harga minyak.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol, menjadi RM2.70 seliter dan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 sen. Ekoran itu, Jumaat lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Kira-kira 2,000 menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Kampung Baru, menuju ke Kompleks Sogo di ibunegara, selepas pihak polis menutup laluan ke KLCC.

Mengulas mengenai perkara itu, Syed Hamid berkata: "Saya tidak fikir anda boleh menggantikan kerajaan melalui demonstrasi".

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula berkata, polis akan melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.
Sumber : Malaysiakini

RAKYAT SELANGOR MULA RASA NIKMAT PEMERINTAHAN PR, RAKYAT MELAKA PUTIH MATA

Rakyat Negeri Selangor mula merasai nikmat diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) walaupun belum pun sampai 100 hari PR memenrintah.

Mereka akan mendapat 20 liter padu air percuma tidak lama lagi apabila kerajaan negeri telah mencapai persetujuan dengan SYABAS dalam isu pemberian air percuma ini.

Kira-kira 10,000 anak-anak rakyat Selangor yang berjaya menjejaki kaki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000 seorang mulai bulan depan.

Selepas ini kerajaan negeri Selangor juga akan memperkenalkan skim Takaful Kifaalah untuk warga emas dan Takaful Armalah untuk ibu tunggal seperti yang dijalankan di Kelantan.

Itulah hadiah untuk rakyat Selangor yang memilih kerajaan negeri yang ingin mengamalkan negeri berkebajikan.

Bagaimana dengan Melaka, rakyatnya yang karat Umno/BN....apa yang kita dapat?

BN MELAKA SEMAKIN GOYAH

Ayer Keroh : Barisan Nasional Negeri Melaka yang dikatakan kuat dan gagah kini semakin goyah berikutan masalah dalaman pasti komponennya iaitu Gerakan.

Parti Gerakan Rakyat Melaka (PGRM) menerima tamparan hebat berikutan tindakan 1,342 ahlinya mengumumkan keluar parti dan seterusnya membubarkan 12 cawangan masing-masing kerana memprotes kepimpinan atasan Negeri.

Malah, pembubaran itu juga menyebabkan dua bahagian PGRM iaitu Bukit Katil dan Tangga Batu turut dibubarkan tetapi mereka belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat.

Krisis kepimpinan ini menyebabkan Gerakan negeri terbahagi kepada tiga puak iaitu puak Pemangku Pengerusi Gerakan negeri, Ng Lip Yong, puak bekas Pengerusi Gerakan Melaka, Yong Lang Low yang juga merupakan Pengerusi Cawangan Pengkalan Rama dan puak yang berkecuali iaitu bekas Naib Pengerusi Melaka merangkap Pengerusi Cawangan Pengkalan Batu, Mohd Abass Abdullah.

Yong juga mengakui bahawa sejak kepimpinan negeri diambil-alih oleh Ng, masalah menjadi semakin rumit dan mewujudkan jurang yang lebar lalu menyebabkan parti berpecah kepada beberapa puak.

Menurut bekas Pengerusi Cawangan Malim Jaya, Wan Cho Yow, suasana kacau-bilau yang berlaku adalah merupakan agenda Gerakan Pusat bagi menguasai Gerakan Negeri dengan mengenepikan mereka yang tidak sehaluan pendapat dengan pimpinan pusat.

Wan seterusnya menambah, Gerakan sudah tidak relevan lagi dan mengingatkan kepada mereka yang ingin menyertai parti tersebut supaya berfikir dua kali sebelum membuat keputusan dan slogan parti 'Satu Hati' bertukar menjadi 'Sakit Hati' disebabkan tindakan sesetengah pemimpin.

DEWAN MUSLIMAT NEGERI SOKONG PENUBUHAN PETRONAS WATCH

Bukit Katil : Dewan Muslimat PAS Negeri menyokong penuh hasrat Institut Kajian Dasar (IKD), untuk menubuhkan satu badan yang memantau pengurusan syarikat petroleum negara, Petronas.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man berkata Petronas sebagai sebuah syarikat milik kerajaan sepatutnya sentiasa telus dalam apa juga urusannya terutama dasar perniagaan dan urusan kewangan.

“Petronas mesti bertanggungjawab kepada parlimen dan laporan audit tahunan sepatutnya dibentangkan kepada rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui berapa kos operasi, berapa keuntungan bersih tahunan dan lain-lain.”.

“Selain itu Petronas juga mesti membentangkan kepada rakyat perancangan jangka pendek dan jangka panjang supaya hala tuju Petronas diketahui dan dipantau oleh rakyat” tegas beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurut Kintan, rakyat sebenarnya dukacita kerana, akaun Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara. Ini menyebabkan rakyat berasa sangsi dengan kesahihan laporan audit dan angka sebenar keuntungan Petronas.

Selain itu, katanya, rakyat akan tetap tidak berpuashati selagi Petronas tidak benar-benar telus dalam urusan perniagaannya. Sebab itulah ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu ini, tetapi sehingga sekarang jawapan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab masih tidak memuaskan hati semua pihak.

Kintan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memuatkan cadangan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar untuk menubuhkan satu badan yang memantau pengurusan syarikat petroleum negara, Petronas.


Dalam cadangannya, Khalid yang juga Ketua Perhubungan Parti KeADILan Rakyat Negeri Melaka, berkata bahawa IKD akan menubuhkan satu pasukan yang dinamakan ‘Petronas Watch’ untuk meneliti ketidaktelusan dan kekaburan seluruh rakyat selama ini dan ia akan memberikan maklumat kepada rakyat tentang perjalanan Petronas.

Isu urusan pentadbiran Petronas dan laporan kewangannya timbul selepas berlaku kenaikan harga minyak yang melampau yang begitu menekan kesejahteraan hidup rakyat.

SELAMAT DATANG KE BLOG PAS MELAKA

Selamat datang ke Blog Badan Perhubungan PAS Melaka. Insya Allah Blog ini akan melaporkan pandangan-pandangan pemimpin PAS Melaka, aktiviti-aktiviti PAS di Negeri Melaka dan lain-lain maklumat.

Anda dipelawa untuk memberikan komen dan feedback dengan menghantarnya ke email : kpnmelaka@gmail.com

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).