Pages

PENYOKONG KAMI

Wednesday, July 9, 2008

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DAN PUSAT ADUAN PAS

Semabok : Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan untuk semua rakyat Melaka dan sesiapa sahaja tidak mengira agama, bangsa, keturunan, ideologi politik dan warna kulit.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh (gambar) berkata Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan PAS ini bersedia untuk menerima apa juga aduan, masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat.

"Insya Allah kami akan sedaya upaya membantu tuan-tuan dan puan-puan menyelesaikan apa juga masalah".

"Ada banyak cara untuk kita membantu orang dalam kesusahan antaranya khidmat nasihat, kaunseling, bantuan kewangan, tenaga dan sebagainya" kata Khirul yang bertugas penyelaraskan Pusat Khidmat ini.

Pusat Khidmat ini beroperasi pada waktu pejabat di Pejabat Lajnah Penerangan PAS Negeri di Bangunan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini.

Menurutnya setakat beberapa kes sedang dikendalikan oleh pusat ini.

Sekiranya tuan-tuan ingin membuat aduan sila telefon talian kami di 06-284 1780 fax : 06-282 7205 atau emailkan ke penjana@gmail.com atau ibnuj@yahoo.com

Tuan-tuan dan Puan-puan juga menghantar pesanan di ruangan sembang bermanfaat/info blog http://mutaligat.blogspot.com atau http://pasmelaka.blogspot.com

TAHNIAH KEPADA RAKYAT MELAKA.

PAS Melaka mengucapkan tahniah kepada rakyat negeri Melaka atas pengiktirafan badan dunia UNESCO terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka mengekal dan memulihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu. Pengiktirafan ini sudah tentu mengembirakan semua pihak kerana ia akan meletakkan nama Melaka dan Malaysia dalam senarai peta dunia sebagai Bandaraya Warisan Dunia, setanding dengan bandaraya lain di seluruh dunia.

Adalah diharapkan selepas ini tidak ada tempat-tempat bersejarah seperti Padang Pahlawan, Bandar Hilir (tempat kemerdekaan diisytiharkan) dikuburkan oleh kerajaan negeri Melaka atas alasan pembangunan. Hari ini Padang Pahlawan tersebut hanya tinggal nama sahaja kerana di atasnya telah dibina Mega Mall dan lain-lain.


Janganlah kita mendabik dada mendapat pengiktirafan UNESCO tetapi pada masa yang sama kita merobohkan warisan nenek moyang kita.

Di bawah ini dinukilkan sedikit sejarah tentang Padang Pahlawan :

Di padang inilah, pada 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengistiharkan bahawa tarikh kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.Setelah pulang daripada rundingan selama 3 minggu dengan pihak British, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaiki konvoi kereta daripada Ayer Keroh ke Padang Merdeka di Melaka sebelum mengumumkan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasminya pada 31 Ogos tahun 1957.

NAMUN KINI PADANG INI HANYA TINGGAL NAMA DEK KERANA KERAKUSAN KERAJAAN BN.

MERCU TANDA KEMERDEKAAN KITA PUN DIRENTAP DAN DIKUBURKAN OLEH KERAJAAN BN.

Gambar atas : Padang Pahlawan DALAM KENANGAN

Tuesday, July 8, 2008

SEGERAKAN ANJUR MEGA PROTES

Himpunan 6 Julai : Suatu penilaian , pandangan dan cadangan
Kaget dan kecewa , itulah antara buah bicara dan suasana yang terhasil dari kalangan peserta Himpunan kelmarin. Pelbagai persepsi mula dihujani keatas pimpinan parti dalam pakatan rakyat dan apa yang pasti Himpunan ini sememangnya tidak memiliki perancangan yang teliti lantas mengundang kekecewaan rakyat yang berganda, mari kita singkap apakah yang menjadi isunya,


1. Siapa sepatutnya yang mengemudi HIMPUNAN ini , PROTES atau AMK?
Seperti kita sedia maklum siri-siri protes sebelum ini digerakkan oleh seketeriat Protes yang gerakkan bersama oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang berjaya memberi kesan kapada kesedaran rakyat terbanyak, namun demikian program ini semakin hilang nilai perjuangan yang sebenar apabila wujud elemen hiburan yang mengundang pengisian yang tidak mencapai matlamat.

2. Lokasi : Stadium VS Jalanan
Ahli PAS telah terdidik secara lansung atau tidak dengan nilai perjuangan berasaskan nilai 'Jihad' yang disingkap menerusi pelbagai method pentarbiyahan dan ini terbukti apabila program seumpama ini disulami dengan elemen hiburan dan terlalu tipikal (iaitu duduk berhimpun tak ubah seperti mendengar ceramah umum) makanya Ahli PAS secara keseluruhannya kecewa lantas membuat keputusan untuk bertindak pulang awal dengan perasaan yang terbungkam kerana gagal menatijahkan amarah kepada penguasa yang zalim akibat tekanan hidup yang kian terhimpit.

3. Himpunan ini tak ubah seperti satu Karnival rakyat
Imbas kembali kemanisan perjalanan program BERSIH , rakyat hadir dalam keadaan serba tercabar dan dicabar oleh sang penguasa yang angkuh, bergerak bersama-sama dengan cara cukup berstrategi lantas kita dikurniakan 1 DOZEN Negeri kepada Pakatan Rakyat pada 8 mac lalu, kerana apa ? kerana matlamat dan wasilah kita jelas ianya seiring dan berjaya menghasilkan natijah. Jadi apa lagi nak diperkatakan untuk HIMPUNAN 6 Julai yang baru berlalu, ianya tidak lain hanya berjaya mengundang keangkuhan kerajaan BN yang sedia angkuh.Jika nak diikutkan banyak nak ulas , walaubagaimanapun sebagai rakyat yang meletakkan diri dalam landasan perjuangan maka disini saya perturunkan cadangan untuk disegerakan bagi menyahut Cabaran Dato Najib yang begitu sinis dan angkuh atas kegagalan Himpunan Rakyat 6 Julai baru-baru ini,

1. Cadangan agar PROTES mengambil langkah segera untuk menghasilkan satu lagi siri "MEGA PROTES" bagi menyahut cabaran Dato Najib.

2. "MEGA PROTES" ini MESTI dibuat kawasan tumpuan atau lebih tepat lagi di Jalanan yang menjadi tumpuan rakyat bagi menghasilkan natijah yang begitu berkesan antara 2 samada harga minyak turun atau BN yang turun dari tampuk pemerintahan.Secara kesimpulanya saya berharap MEGA PROTES ini dapat di segerakan bagi mengembalikan semangat rakyat untuk bangkit menuntut hak yang dinafikan oleh pemerintah BN yang semakin angkuh mempermainkan amanah rakyat.

Salam perjuangan
Adly Zahari 05 Rejab 1429
http://adlyzahari.blogspot.com

AIR PERCUMA & SKIM TAKAFUL : MELAKA JANGAN MALU TIRU NEGERI PAKATAN RAKYAT

Saya mencadangkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor dan Perak yang memberikan kemudahan air percuma berjumlah 20 meter padu kepada rakyatnya. Langkah kedua-dua negeri Pakatan Rakyat ini patut dicontohi kerana ianya jelas dapat membantu meringankan beban rakyat negeri Melaka yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan keperluan.
Kerajaan negeri Melaka tidak perlu malu atau segan untuk mencontohinya kerana apa yang penting rakyat mesti dibantu bagi meringankan beban mereka. Rakyat negeri Melaka bukannya kaya sebagaimana kayanya pimpinan kerajaan negeri yang memerintah Melaka sekarang. Masih terdapat 785 buah keluarga yang miskin di dalam negeri Melaka. Angka ini berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang lama iaitu sebelum inflasi meningkat akibat kenaikan harga minyak dan barangan lain. Jika PGK ini dinaikkan dan memang sepatutnya dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sudah tentu bilangan orang miskin meningkat menjadi 25 % di dalam negeri Melaka.Rakyat miskin inilah mesti dibantu. Maka jika kerajaan negeri dapat memberikan air percuma 20 meter padu seperti kerajaan Selangor dan Perak sudah tentu dapat meringankan beban mereka.

Kerajaan Selangor memulakan skim pemberian 20 meter padu secara percuma bermula 1 Jun manakala Kerajaan Perak melaksanakannya pada 1 Ogos ini.

Selain itu saya juga mencadangkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Perak dan Selangor yang memberikan ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Saya juga mencadangkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi Kelantan yang menjalankan Skim Takaful Kifaalah dan Takaful Armalah. Takaful Kifaalah ialah skim takaful untuk warga emas di mana seseorang warga emas yang meninggal keluarga mereka akan mendapat RM500 pada hari kematian dan bakinya RM2,000 selepas itu. Jumlah keseluruhannya RM2,500.

Sejak dilancarkan 7 Februari 2007, jumlah pendaftaran telah mencecah 83,091 orang atau 60 peratus daripada 139,000 warga emas seluruh Kelantan dan setakat ini 370 wasi (pewaris) kepada warga emas yang telah meninggal dunia mendapat pampasan masing-masing sebanyak RM2,000.00.

Skim Takaful Armalah pula ialah Program Takaful bagi membantu ibu tunggal yang menyediakan bayaran manfaat sehingga RM2,500 terhadap kematian atau kemalangan kepada ibu tunggal. Jadi saya mengharapkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat terutama rakyat miskin.Tidak syak lagi pemberian air percuma 20 meter padu, insentif untuk pelajar-pelajar yang memasuki IPTA, Skim Takaful Armalah dan Kifaalah serta lain-lainnya amat bermanfaat kepada rakyat.
Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Melaka boleh meniru dan menggunapakai sistem tersebut untuk diamalkan di negeri ini. Pegawai-pegawai kerajaan Selangor, Perak dan Kelantan boleh dipanggil untuk memberikan taklimat kepada kerajaan Negeri Melaka bagaimana untuk menjalankan skim-skim tersebut.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Monday, July 7, 2008

CIRI-CIRI NEGERI MEMBANGUN. MELAKA MASIH JAUH DARICAPAI STATUS NEGERI MAJU

Ketua Menteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggariskan 5 cabaran bagi negara membangun iaitu :
1. Bekalan Air bersih yang belum dapat diselesaikan
2. Pelupusan sampah yang sempurna
3. Sistem pembentugan berpusat
4. Pengurusan banjir kilat
5. Sistem pengangkutan yang cekap.
Ternyata kelima-lima cabaran tersebut masih GAGAL ditangani oleh Ali Rustam bagi merealisasikan angan-angannya Melaka Maju 2010. Maka adalah agak sukar untuk Melaka mencapai status tersebut kerana kelima-lima cabaran fizikal ini masih jauh untuk dicapai. Itu kita belum bercakap soal pendapatan perkapita, bilangan orang miskin, pertumbuhan ekonomi, jenayah, maksiat dan sebagainya.Ali Rustam rupanya sedar bahawa angan-angannya untuk mengisytiharkan Melaka sebagai Negeri Maju hanyalah omongan kosong yang masih jauh untuk dicapai.
1) Bekalan air masih gagal dicapai. - Rumah saya sendiri sebagai contoh, memang saya memakai penapis air. Tetapi penapis air itu menjadi tersangat kotor selepas 2 minggu dicuci. Karat, keladak dan sebagainya menjadi minuman penduduk Melaka terutama yang tidak memakai penapis atau yang memakai penapis murah macam saya. Kekotoran ini sebenarnya bertambah teruk selepas banjir Disember 2006.
2)Tempat pembuangan sampah yang terus tidak diuruskan dengan baik menghantui penduduk Taman Angkasa Nuri, penduduk Krubong dan sebagainya . Malah pembinaan taman-taman penduduk berhampiran dengan tempat pelupusan sampah ini dipertikaikan. Bagaimana pihak berwajib meluluskan pembinaannya sedangkan tempat pelupusan sampah ini sudah tentu memberikan kesan yang tidak baik kepada penduduk. Antaranya pencemaran bau yang busuk, gatal-gatal dan lain-lain.

3) Sistem pembentungan di Melaka juga tidak baik. Di mana masih ada rumah di taman perumahan yang dibina sangat hampir dengan sistem pembetungan. Malah sistem pembetungan yang ada di Melaka masih tidak dijalankan secara berpusat ianya bertebaran merata-rata.

4) Banjir kilat terus menghantui beberapa kawasan di dalam negeri Melaka. Antaranya di Kampung Tun Razak, Bukit Katil. Malah banjir yang berlaku pada Disember 2006 benar-benar mengejutkan penduduk Melaka. Ianya gagal diuruskan dengan baik. Langkah pencegahan yang lemah, sistem pengurusan mangsa banjir yang lemah, pusat perpindahan banjir yang tidak terurus dan sebagainya. Malah sekarang ini beberapa taman di sekitar Lapangan Terbang Batu Berendam seperti Taman Merdeka, Taman Angkasa Nuri, Taman Thamby Chik Karim dan sebagainya masih trauma bila hujan lebat turun. Ini kerana kawasan tersebut menjadi rendah selepas pembesaran Lapangan Terbang tersebut. Sistem perparitan di kawasan tersebut dilihat tidak baik. Penduduk khuatir banjir Disember 2006 akan berulang lagi.

5) Sistem Pengangkutan awam memang jauh panggang dari api kalau hendak dikatakan cekap. Bas-bas awam yang dhaif masih beroperasi; jadual yang tidak menentu; layanan yang tidak mesra dan sebagainya. Saya sendiri pernah menunggu bas dari Batu Berendam ke Melaka Sentral. Saya menunggu hampir 30 jam, bas belum kelihatan. Kalau beginilah keadaannya sudah pasti ramai yang terpaksa menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja masing-masing.
Kesimpulannya, Melaka masih jauh lagi untuk mencapai status negeri maju berdasarkan kelima-lima faktor yang digariskan oleh YAB Ketua Menteri sendiri.
Persoalannya apakah sasaran YAB Ketua Menteri bahawa Melaka akan menjadi negeri maju 2010, adalah sasaran yang realistik dan berpijak di bumi nyata. Atau apakah Ketua Menteri mahu mengikuti jejak langkah bekas Menteri Selangor yang mengisytiharkan Selangor Negeri Maju berdasarkan 'standard' dia sendiri tidak bersandarkan 'standard' antarabangsa.

Kepada YAB Ketua Menteri saya mengharapkan kerajaan negeri terus berusaha dan merancang segala langkah dan strategi untuk mencapai status negeri maju kalaupun tidak tahun 2010 mungkin tahun-tahun seterusnya. Yang penting jangan gadaikan agama Islam, kedaulatan rakyat dan akhlaq rakyat Melaka dalam usaha untuk mengejar Melaka Maju. Elakkan pemborosan dan pembaziran demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Tidak lupa juga jangan abaikan rakyat yang sedang 'sesak nafas' akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

KES PENAHANAN 3 YB PEMBANGKANG DI MELAKA : MEREKA BELUM DIBICARAKAN

Dari Blog Ketua Penerangan PAS Negeri http://mutaligat.blogspot.com


Berapa lama mau tunggu lagi. Mungkin itu yang bermain di dalam minda tiga orang Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; YB iaitu ADUN Kesidang, YB Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong apabila dakwaan mereka terlibat dalam perhimpunan haram dan 'curi besi' di tangguhkan sebulan lagi.Mereka masih belum didakwa, masih dalam siasatan Polis.

Blogger Damian 'Baba' Yeo dalam blognya (http://damianslyeo.blogspot.com) menulis yang beliau mula sangsi dengan keberkesanan Polis menyiasat kes ini dan juga pada yang sama beliau mempersoalkan keupayaan Pejabat Peguam Negara membuat pendakwaan kepada 3 orang hero tempatan ini.

Sekarang menurutnya, selepas 3 bulan kes ini berlaku tanpa pendakwaan di mahkamah, kemungkinan pasukan peguam akan mengemukakan saman terhadap OCPD, kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan kekejaman Polis dan penyalahgunaan kuasa terhadap ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong yang dipukul.
Gambar-gambar sidang akhbar yang dibuat sebaik sahaja YB Lim Jak Wong dibebaskan oleh Polis dalam kes itu dan juga gambar Forum 'Polis atau Samseng' yang dianjurkan oleh DAP.Sumber : http://damianslyeo.blogspot.com/

Tuesday, July 1, 2008

BERTENANG DAN DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR DARI PIMPINAN

Seluruh ahli dan penyokong PAS Melaka di minta bertenang sentiasa patuh kepada arahan dan laporan serta maklumat yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS agar tidak kekeliruan timbul berkenaan isu LIW*T yang hangat diperkatakan sekarang.

PAS Melaka tidak mahu ada ahli-ahli yang membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada pimpinan negeri dan pusat.

PAS Melaka juga mengharapkan seluruh ahli dan penyokong PAS mendapatkan maklumat yang sahih dan benar bagi memastikan ianya adalah maklumat dan arahan rasmi dari pimpinan. Harakahdaily sebagai salah satu media massa yang diketahui asal usulnya mesti dijadikan salah satu rujukan setiap ahli dan penyokong PAS.

Ahli-ahli dan penyokong PAS diminta bertenang dan mematuhi undang-undang negara demi untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua.

Jika terdapat sebarang kekeliruan dan masalah semua ahli dan penyokong PAS boleh menghubungi Pejabat Perhubungan PAS Negeri di talian 06-284 1780.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).