Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Sunday, June 26, 2011

Sukan PASTI : Kontinjen Melaka Naib Johan Bolajaring

Kontinjen PASTI Melaka berjaya meraih gelaran Naib Johan pada Pesta Sukan PASTI Pusat yang berlangsung di Rusila, Marang Terengganu hari ini.

Pasukan Bolajaring Melaka tewas ditangan pasukan tuan rumah 2-8 pada perlawanan akhir kategori tersebut.

Manakala pasukan bolasepak berjaya memasuki pusingan suku akhir sebelum tewas kepada pasukan Selangor 0-1.

Tahniah diucapkan kepada kontinjen PASTI Melaka yang diketuai oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Asri Shaikh Abdul Aziz.

10,000 peserta BERSIH dari Melaka - Adly Zahari

PAS Melaka memberi komitmen menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 dan lebih 10,000 ahlinya akan menyertainya di ibunegara pada 9 Julai depan. Pesuruhjayanya, Adly Zahari berkata, ia sebagai menyokong tuntutan lapan perkara yang diminta oleh BERSIH. Menurutnya, perhimpunan secara aman ini merupakan satu hak rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan, dan dengan demikian, tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

"Perhimpunan ini telah dirancang dari awal. Tindakan pihak lain mahu turut mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama merupakan satu provokasi mereka untuk menghalang BERSIH," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, pihaknya sudah mengerakkan ahli-ahlinya untuk menyokong perhimpunan tersebut. Menurutnya, antara langkah bagi menjayakan usaha itu adalah dengan mengadakan ceramah serta iklan bagi mendapatkan sokongan dan penyertaan rakyat.

"Kita baru sahaja mengadakan mesyuarat Jawatankuasa BERSIH Negeri, di mana kita telah suarakan komitmen untuk menggerakkan lebih 10,000 ahli kita. "Ingin saya tekankan bahawa perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan keganasan sebagaimana digambarkan sesetengah pihak," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PKR Melaka, Hairiz Nordin berkata, parti berkenaan sudah mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

Menurutnya, perhimpunan itu sengaja diburukkan sesetengah pihak, yang mengambarkan seolah-olah ianya bertujuan mengulingkan kerajaan, sedangkan perhimpunan aman sebegini dijamin Artikel 10 Perlembagaan. "Kita hanya menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. Mana-mana rakyat berfikiran waras tentunya mahukan supaya pilihan raya itu dijalankan dalam suasana yang bersih dan adil," katanya.

Malaysiakini

Thursday, June 23, 2011

Ustaz Fadzil : Pemergianmu sukar dicari ganti

Hari itu tanggal 23 Jun 2002 saya dalam perjalanan pulang dari Temerloh ke Batu Berendam,Melaka. Jam menunjukkan lebih kurang 12.30 tengahari. Tiba-tiba saya teringat akan keadaan Ustaz Fadzil yang sakit kuat HUKM. Beberapa hari sebelum itu saya menelefon sahabat di Kuala Lumpur bertanyakan tentang keadaan Ustaz Fadzil. Beliau menjawab Ustaz dalam keadaan stabil.


Beberapa ketika selepas satu saya menerima SMS yang menyatakan Almarhum telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi. Saya menerima berita sedih tersebut agak lambat. Terasa sunyi dan sepi dunia ini kerana pemergian beliau amat menyedihkan bukan sahaja saya tetapi pasti seluruh ahli PAS juga berkongsi perasaan yang sama.


Saya menerima sms dari sahabat mengajak saya ke Kedah untuk menziarahi jenazah Almarhum. Apakan daya saya tidak dapat menunaikannya kerana masalah tertentu.


Pemergian beliau memang tidak dapat dicari ganti. Ilmu mantik, pandangan politiknya yang jauh dan istiqamah beliau dalam perjuangan tidak ada tolok bandingnya. Tidak hairan bagaimana pemergian beliau ditangisi oleh seluruh ahli PAS. Jalan ke Muasassah Darul Ulum 'jammed' berpuluh-puluh kilometer. Rakyat yang ingin ke tanah perkuburan Al Marhum terpaksa berjalan kaki berpuluh kilometer jauhnya.


Jasa beliau yang berjaya memimpin PAS mencapai kejayaan gilang gemilang pada pilihanraya umum 1999 menjadi pemangkin kepada pemimpin PAS terkemudian sehingga kejayaan yang lebih hebat dikecapi pada pilihanraya 2008. Begitu juga kejayaan beliau menyatukan PAS, DAP dan PKN(sekarang PKR) memang disegani oleh kawan dan lawan. Konsep tahalluf siyasi yang diasaskan beliau seterusnya membuktikan kejayaan sekarang melalui pesefahaman dalam Pakatan Rakyat.


Satu kejadian aneh juga berlaku selepas pemergian beliau beberapa tahun di mana seorang pilot menceritakan bahawa pesawat dipandunya yang membawa jenazahnya dilindungi oleh awan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah. Itu semua kuasa Allah. Kisah ini diceriakan oleh pilot kepada sebuah majalah beberapa tahuh lalu.


Sehingga kini selepas 9 tahun Al Marhum meninggalkan kita terasa seolah-olah seperti baru semalam ianya berlaku. Semangat perjuangan beliau masih terasa bahang kepanasan. Bacaan politiknya sungguh tajam. Beliau menjadi pemimpin politik pertama yang menziarahi Anwar sebaik bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat oleh Mahathir. Beliau tanpa berfikir panjang menubuhkan GERAK yang berjaya menghimpunkan seluruh parti politik alternatif dan NGO tanpa mengira ideologi perjuangan bangsa dan agama. GERAK menjadi asas kepada penubuhan Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan PAS, DAP dan PKN teras kepada BA.


Malah cetusan politiknya juga menjadi dorongan dan perangsang kepada anak-anak muda menggerakkan reformasi selepas Anwar ditangkap dan dipenjarakan.


Sesungguhnya pemergian Al Marhum amat memberikan kesan kepada kita semua. Semangat dan istiqamah yang berjuang hingga ke sedutan nafas terakhir memberi perangsang dan semangat kepada kita semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, ketelusan dan bencikan kezaliman.


Al Fatihah.


Catatan : Sofi Wahab Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka

Sunday, June 19, 2011

Ustaz Kamal koordinator BERSIH 2.0

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Koordinator BERSIH 2.0 bagi negeri Melaka.

Beliau akan mengkoordinasi dan memobilasikan penyokong-penyokong BERSIH dari Melaka bersama-sama dengan Ketua Pemuda, Yuhaizad Abdullah.

Keputusan tersebut dibuat pada Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Negeri semalam. Adalah dijangkakan BERSIH 2.0 akan mendapat sambutan yang sangat hebat dari rakyat negeri Melaka.

Saturday, June 18, 2011

Muka baru barisi 'Kabinet' PAS Melaka

PAS Negeri Melaka selesai melantik semua jawatan dalam 'kabinet' nya pada mesyuarat pertama petang ini. Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari berkata perlantikan semua jawatan tersebut dipersetujui oleh semua ahli-ahli mesyuarat PAS Negeri.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ustaz Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Bekas Ketua Penerangan Negeri sessi lalu yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Asri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai Bendahari PAS Negeri.

3 orang Penolong Setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat telah dipilih pada Mesyuarat Agung masing-masing. Ustaz Zulkifli Ismail dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama; Yuhaizad Abdullah sebagai Ketua Pemuda dan Hajah Kintan Man sebagai Ketua Dewan Muslimat.

Thursday, June 16, 2011

Pelancaran BERSIH 2.0 peringkat Negeri Melaka malam ini

Pelancaran BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka, di Kompleks PAS Kawasan Jasin (Dataran Hamas), Simpang Kemendor pada 16 Jun 2011, Hari Khamis. Masa 9 mlm.

Antara pimpinan yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mohd Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San.

Azam PJ baru - PAS Melaka dekati rakyat

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka akan berusaha menyelesaikan isu masyarakat yang berbangkit terutama isu-isu berkaitan masyarakat yang diabaikan oleh pentadbir negeri ini.

"Bagi menyelesaikan masalah ini, pemimpin di peringkat negeri bukan mendekati bukan Melayu bahkan memperkukuhkan hubungan dengan DHPP dan inilah yang menjadi fokus kita" ujar beliau.

Beliau menganggap latikan beliau sebagai Pesuruhjaya yang baru merupakan harapan PAS Pusat yang begitu tinggi.

Adly berazam akan berusaha memikul tanggungjawab itu dengan baik walaupun tugas itu amat berat.

Beliau berkata demikian kepada Harakah yang disiarkan oleh akhbar pada keluaran bil 1649.

PAS Melaka, menurutnya dalam rangka membentuk jawatankuasa peringkat negeri dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Justeru, beliau yakin kekuatan jentera Melaka di setiap peringkat cawangan akan melepasi garis kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Wednesday, June 15, 2011

Pemuda Melaka kutuk Utusan biadap hina hukum Allah

Bandaraya Melaka : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk Utusan Malaysia kerana dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam.Ruangan kartun yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini jelas cuba mempermain-main kan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin berkata tindakan akhbar tersebut jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam di tuduh melakukan zina orang yang menuduh perlu di bawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq"

"Namun, dialog kartun yang cuba di gambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam. Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh di guna pakai tetapi video dan gambar boleh di jadikan sebagai bukti. Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis."

"Ianya di percayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama akhbar itu" jelas Aizat.

Aizat berkata tidak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor bercerita tentang Qazaf dan fitnah,pemuda UMNO pula buat laporan, kononnya di agama politikkan. Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka."

"Ini lah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di 'UMNO' kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan UMNO akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri di persenda. Mereka yang bekerja untuk akhbar ini fikir-fikirkanlah tentang rezeki yang akan di beri pada anak isteri." tambah Aizat

Sehubungan itu, Aizat menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan terhadap agama oleh akhbar Utusan Malaysia. Justeru, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama ini hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam di hina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan di sebabkan kejahilan sendiri." kata Aizat dalam kenyataan yang dibuat di sini hari ini.

'Kabinet' PAS Melaka akan dibentuk Sabtu ini

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka akan mengadakan mesyuarat pertamanya Sabtu ini. Mesyuarat tersebut dijangka akan membincangkan perlantikan jawatan-jawatan dalam yang perlu diisi iaitu Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Pengarah Pilihanraya, Ketua Penerangan, Bendahari dan AJK Tambahan.

Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua Yang Dipertua PAS dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan yang secara automatik menjadi Ahli Badan Perhubungan selain dari Ketua-ketua dan Setiausaha Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat negeri.

Untuk rekod 3 orang Yang Dipertua PAS sessi lalu dikekalkan sementara 3 lagi adalah yang baru. Yang Dipertua yang kekal ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman bagi Masjid Tanah, Adly Zahari bagi Alor Gajah dan Sofi Wahab Kawasan Bukit Katil. Sementara Yang Dipertua baru ialah Ustaz Mohd Nor Omar Kawasan Tangga Batu, Ustaz Kamaruddin Sidek Kawasan Jasin dan Harun Mohamed kawasan Kota Melaka.

Ustaz Abdul Ghani adalah Pesuruhjaya Sessi lalu, Adly Timbalan Pesuruhjaya 1, Sofi Wahab Ketua Penerangan, Harun adalah Setiausaha sementara Ustaz Kamaruddin pula adalah Ketua Pemuda Negeri. Manakala Ustaz Mohd Nor merupakan Setiausaha Khas kepada Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Tuesday, June 14, 2011

PJ baru terus dapat sokongan

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari yang baru dilantik terus mendapat sokongan dari PAS Kawasan dan Dewan-dewan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohamed berkata perlantikan Adly akan lebih meyakinkan rakyat untuk membuat perubahan.

"Perlantikan ini memberi suntikan baru kepada PAS Melaka dalam merangka kemenangan merampas kerusi Umno dan menawan Seri Negeri" kata Harun yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri sessi 2009/2011.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man mengharapkan Adly serius mengemukakan serta melaksanakan strategi PRU 13 untuk mencapai kemenangan.

"Adalah diharapkan Pesuruhjaya dapat mengembeleng tenaga secara bijaksana dan dapat memimpin PAS Melaka mencapai kemenangan untuk sekurang-kurangnya 8 Dun"

"Insya Allah beliau berupaya menjadi calon Ketua Menteri Melaka sekiranya PR menang dan PAS memengani kerusi majoriti" kata Kintan.

PAS Melaka ucap tahniah pada AKP

PAS Melaka mengucap tahniah kepada AKP atas kemenangan parti itu pada Pilihanraya Turki semalam.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataannya hari ini turut melahirkan rasa gembira di atas kemenangan AKP pimpinan Recep Tayyib Erdogan buat kali ketiga berturut-turut.

"Kemenangan AKP membuktikan bahawa parti yang adil, telus dan berkebajikan akan tetap mendapat sokongan rakyat dan parti yang korup, mengamalkan kronisme dan sebagainya tidak akan mendapat tempat di hati rakyat".

"Kita di Malaysia juga berasa gembira dengan perkembangan ini dan mengharapkan rakyat Malaysia akan mencontohi raktat Turki yang matang dan berani membuat pilihan" ujar Sofi.

Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini.

AKP menang dengan undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.Bagaimanapun AKP gagal mencapai sasarannya untuk memenangi dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 325 kerusi iaitu kurang dua belas kerusi lagi dari jumlah sasaran dua pertiganya.Rakyat Turki, khasnya penyokong AKP dari pelbagai lapisan umur bagaikan berpesta di perkarangan pejabatnya di Istanbul dan juga di Ankara.

Monday, June 13, 2011

PAS tolak negara Islam?

A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?

PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.

NONE“Dasar”, “tujuan-tujuan” dan “usaha-usaha” PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti, ketiga-tiga perkara ini tidak berubah; semuanya tetap sama seperti dahulu.

Misalnya, dasar PAS masih tercatat sebagai 'Islam'. Tidak pun dipinda kepada 'Kebajikan' ataupun 'Melayu'. Dua tujuan parti PAS masih ialah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang menurut nilai-nilai hidup Islam, serta mempertahankan kesucian Islam.

Usaha-usaha parti pula menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS untuk mencapai tujuan-tujuan parti. Di antara usaha-usaha utama PAS ialah untuk mendakwah kepada semua “umat manusia” (dengan menitikberatkan bukan Muslim), menjadikan Islam “sebagai panduan berpolitik dan bernegara”, dan “memperkenalkan nilai-nilai keIslaman” dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa kemajuan ke dalam semua bidang termasuk “pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, sosial, serta pelajaran dan pendidikan”.

NONEMenurut Fasal 7 yang berhubung Hukum dan Kekuasaan pula, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, dan kekuasaan PAS yang dipegang oleh muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut.

Secara ringkasnya, kesemua yang disebutkan di atas merupakan rangka dan rancangan-rancangan penting dalam membentuk sebuah negara Islam.

Jalan untuk meminda atau membatalkan dasar, tujuan-tujuan dan usaha-usaha PAS bukanlah mudah.

Menurut Fasal 86, cadangan pindaan perlu dikemukakan oleh ahli parti kepada setiausaha agung parti, dan jika terima, persetujuan dua pertiga (66.7%) suara yang hadir di dalam muktamar tahunan PAS diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan.

NONEHasrat mana-mana ahli profesional jawatankuasa kerja pusat untuk membatalkan mana-mana fasal perlembagaan PAS yang berkenaan dengan Islam pasti akan dimatikan oleh perwakilan PAS. Tambahan, masa depan politik ahli profesional itu bersama-sama dengan puak profesional secara amnya juga mungkin terkubur.

B. Majlis syura ulama lebih berkuasa daripada jawatankuasa kerja pusat

Majlis syura ulama PAS ialah badan yang tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS. Jawatankuasa kerja pusat, termasuk presiden dan timbalan presidennya, terletak pada peringkat yang kedua. Pada peringkat seterusnya ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (wanita).

NONEBerbeza daripada jawatankuasa kerja pusat, majlis syura lazimnya diwakili 100% oleh para ulama (Fasal 8(3)). Puak profesional tidak berpeluang untuk menguasai badan ini, apatah lagi menganggotainya.

Ahli-ahli majlis syura dipilih dan dilantik tidak lebih daripada lima orang oleh majlis syura ulama sendiri; empat orang oleh jawatankuasa kerja ulama pusat; empat lagi oleh jawatankuasa kerja pusat; dan dua masing-masing oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS (Fasal 8(4)).

Perhatikan bahawa pemilihan ahli-ahli majlis syura bukan melalui pertandingan demokratik sepertimana ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih oleh ahli-ahli PAS di muktamar. Namun majlis syuralah yang mengawal halatuju jawatankuasa kerja pusat dan PAS seluruhnya.

Juga, lebih daripada 50% daripada ulama di dalam majlis syura dipilih oleh golongan ulama sendiri (sembilan ahli daripada 17 ahlinya dipilih oleh majlis syura dan jawatankuasa ulama pusat). Dominasi golongan ulama cukup kuat di dalam PAS walaupun jika jawatankuasa kerja PAS pusat dikuasai 100% oleh puak profesional.

Penguasaan kepimpinan ulama diperkukuhkan lagi oleh peranan majlis syura. Antara tugas utama majlis syura ulama ialah untuk 'menjamin' kekuasaan PAS tidak terkeluar daripada mematuhi hukum tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah, dan muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum itu (Fasal 8(1a)).

NONEMajlis syura juga bertanggungjawab mengeluarkan perintah supaya dasar Islam PAS dan peruntukan yang berkenaan dengannya (seperti tujuan-tujuan dan usaha-usaha parti) “dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS”, dan majlis syura perlu 'mengawasi' supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam perlembagaan “dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS” (Fasal 8(1b)).

Dalam erti kata lain, majlis syura tidak akan membenarkan jawatankuasa kerja pusat menyimpang daripada dasar dan tujuan-tujuan parti seperti penubuhan negara Islam walaupun sejengkal. Dengan itu, soal puak profesional menidakkan atau melawan matlamat negara Islam tidak timbul sama sekali. Mereka perlu melangkah mayat majlis syura dahulu.

Mampukah Datuk Nik Aziz Nik Mat menutup mata kepada peminggiran matlamat negara Islam? Tidak mungkin. Menurut perlembagaan PAS Fasal 9(1c), tugas Mursyidul Am ialah untuk “mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.

NONEApakah pendirian Mat Sabu – yang memenangi kerusi timbalan presiden PAS baru-baru ini – mengenai hal ini?

Mengikut temuramah akhbar, beliau “terus mendokong konsep kepimpinan ulama” dan berpendapat bahawa “Majlis syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam”. Jelas bahawa Mat Sabu bukan ancaman kepada aspirasi negara Islam.

C. Kesimpulan

  • Nik Aziz, Ppresiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presidennya Mat Sabu atau mana-mana ahli jawatankuasa kerja PAS pusat tidak pernah menolak atau menafikan harapan PAS untuk menubuhkan satu negara Islam suatu hari kelak.
  • Konsep 'negara berkebajikan' yang diwar-warkan PAS ialah satu dasar sosio-ekonomi semata-mata yang tidak bercanggah dengan ataupun membatalkan matlamat utama mewujudkan sebuah negara Islam.
  • perkasa first agm 270310 keris 03Ibrahim Ali, Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak perlu gelisah tentang halatuju PAS. Ini selagi majlis syura PAS yang menjadi nadi cita-cita negara Islam masih wujud dan tidak dibubarkan. Jawatankuasa kerja pusat hanya melaksanakan kehendak parti dan wajib mematuhi semangat perlembagaan parti.
  • Konsep 'negara berkebajikan' dan pemilihan puak profesional ke dalam jawatankuasa kerja pusat lebih merupakan satu strategi PAS untuk memancing undi kelompok bukan Muslim dan Muslim golongan sederhana yang was-was terhadap 'pengIslaman' Malaysia yang radikal atau menyeluruh.
  • PAS amat sedar bahawa negara Islam perlu dilaksanakan dengan lembut dan perlahan agar tidak ditentang masyarakat Malaysia yang tidak mendokong sebuah negara Malaysia yang berlandaskan Islam teokratik (yang tidak sejajar dengan semangat perlembagaan persekutuan Malaysia).
  • NONETidak ada konflik langsung di antara golongan profesional dengan fahaman 'kepimpinan ulama'. Bezanya hanya dari segi pendekatan, iaitu sebahagian daripada golongan ulama lebih cenderung berpakat dengan Umno untuk mendapatkan kuasa manakala puak profesional berpegang bahawa PAS perlu menolak pinangan Umno dan mengalahkan Umno untuk merampas tampuk kuasa.
  • Para pemimpin Umno yang kononnya melahirkan rasa dukacita terhadap slogan 'negara berkebajikan' PAS sebenarnya takut dengan pendekatan golongan profesional yang lebih agresif dan menolak usaha 'perpaduan' Melayu-Islam yang dipelopori Umno. Mereka berasa bimbang hilang undi jika penyokong Melayu atau bumiputera Umno lebih teruja dengan PAS yang 'berimej lembut' dan Pakatan Rakyat secara amnya.
Sumber : Malaysiakini

Tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri yang baru, Haji Adly Zahari

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mendapat Pesuruhjaya yang baru apabila Yang Dipertua PAS Alor Gajah, Haji Adly Zahari dipilih menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang kurang sihat.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Presiden PAS pada mesyuarat PAS Pusat semalam. Rata-rata ahli PAS Melaka menyambut baik perlantikan Hj Adly Zahari yang disifatkan berpengalaman dan mempunyai karisma untuk memimpin PAS Melaka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).