PENYOKONG KAMI

Friday, July 29, 2011

Pengundi baru suku kedua 2 kali ganda dari suku pertama, mungkinkah ada penipuan?

Pendaftaran Baru Rang Daftar Pemilih Suku kedua untuk negeri Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa seramai 14,288 pengundi baru didaftarkan berbanding suku pertama hanya 6,394. Jumlahnya sangat besar iaitu lebih dari 2 kali ganda dari suku pertama.

Mungkinkah ada penyelewengand dan penipuan????

Thursday, July 28, 2011

Timbalan Presiden PAS di Melaka 30 Julai

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan melakukan lawatan kerja ke Melaka pada 30 Julai ini.

Beliau akan berceramah di Kg Belimbing Dalam, Durian Tunggal. Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir

Memperkasa Negara Kebajikan: Pimpinan PAS Negeri Ziarah Pesakit

Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 (Yg. Bhg. Ust Md Noor Omar) mendengar penerangan tentang penyakit yang dihidapi suaminya.


Memberi semangat dan mendoakan agar pesakit kuat menempuhi ujian Allah.




Bersama pimpinan PAS Kawasan Tangga Batu.

Pimpinan Negeri turun padang bulan Ramadhan

Saf kepimpinan PAS Negeri diketua Pesuruhjayanya Adly Zahari akan melawat semua kawasan sempena bulan Ramadhan ini.

Antara pengisiannya ialah program menyantuni rakyat, sumbangan, berbuka puasa, tazkirah, solat tarawikh, ceramah dan sebagainya.

Jadual program akan diberitahu kemudian.


Tuesday, July 26, 2011

Kaedah Biometrik: SPR Tidak Ikhlas

"Lain diminta lain diberi, ibarat menembak lalat dengan peluru berpandu,” kata Pengarah Pilihan raya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail (gambar).

Katanya, itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menggunakan kaedah biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga kesal dengan sikap SPR yang disifatkan tidak peka dan sensitif dengan kehendak rakyat yang mahukan pilihanraya bersih dan telus dengan kaedah yang terbukti berkesan.

"Memang SPR sebenarnya sengaja tidak mahu menggunakan kaedah yang jauh lebih murah dan berkesan untuk mengelakkan seseorang mengundi 2 kali dan penipuan lain," ujarnya.

Beliau berkata, rakyat hanya mahu memastikan seseorang itu tidak mengundi 2 kali, maka seseorang itu telah mengundi dan tangannya dicelup dalam dakwat sudah pasti dia tidak boleh mengundi kali kedua kerana sudah ada kesan di tangan.


Tetapi, ujarnya jika kaedah biometrik dipakai, maka sudah pasti seseorang itu boleh mengundi lebih dari sekali jika namanya ada di beberapa tempat yang berlainan seperti yang dibuktikan oleh banyak pihak sebelum ini.

"Seseorang itu juga boleh mengundi banyak kali jika dia mempunyai Kad Pengenalan sah yang banyak. Ini kerana biometrik boleh memastikan bahawa dia adalah pemegang Kad Pengenalan yang sah berpandukan cop ibu jari dalam biometrik walaupun gambarnya tidak sama dengan tuannya," ujarnya.

Menurutnya, sememangnya banyak cara dan kaedah untuk menipu jika kaedah biometrik digunakan asalkan pemegang Kad Pengenalan itu mempunyainya yang menggunakan data ibu jari dia sendiri.

"Sudah banyak isu dan dakwaan yang kita dengar di mana pendatang asing di beri Kad Pengenalan dengan mudah. Selain itu sudah banyak tangkapan dibuat ke atas pegawai yang terlibat dengan pemberian kad pengenalan," ujarnya.

Ini, katanya bermakna sememangnya wujud kes di mana Kad Pengenalan yang mempunyai sistem pengenalan biometrik itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, lebih-lebih lagi jika ia direstui oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata tuntuan Bersih 2.0 tentang penggunaan dakwat kekal sememangnya relevan dan praktikal dan tidak memerlukan kos yang tinggi dan prasarana yang canggih.

"SPR dan kerajaan jangan buat-buat tidak faham akan perkara ini," tegasnya.

Monday, July 25, 2011

PAS Kawasan Masjid Tanah selesai adakan retreat

Masjid Tanah : PAS Kawasan Masjid Tanah telah selesai mengadakan retreat bagi menggariskan KPI dan aktiviti mereka. Program tersebut dijalankan di Pejabat PAS Kawasan di Hujan Panas, Masjid Tanah semalam.

Timbalan Pesuruhjaya 3, Sofi Wahab bertindak sebagai Moderator program.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman (gambar) berkata program ini adalah julung kali diadakan di kawasan tersebut dan ianya merupakan suatu sejarah baru kepada PAS Kawasan bagi mendepani cabaran perju
angan di kawasan Parlimen Masjid Tanah.

"Kita akan berusaha untuk melaksanakan setiap KPI yang ditetapkan dan segala gerakerja akan bertumpu ke arah bagaimana untuk mencapainya".

"PAS Kawasan Masjid Tanah akan menumpukan kepada gerakerja Pilihanraya, Penerangan, Tarbiyyah dan memperkemaskan pentadbiran" jelas Ustaz Imran yang juga merupakan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Imran berkata PAS Kawasan telah mengenalpastikan kekuatan dan kelemahan organisasi mereka dan akan berusaha sedaya untuk memastikan seluruh jentera akan bekerja kuat untuk menyantuni dan menawan hati rakyat supaya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Sementara itu Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Julasapiyah Kassim(gambar) dalam ucapan penutupnya mengharapkan seluruh Ahli Jawatankuasa Kawasan dan cawangan-cawangan supaya komited untuk menjalankan gerakerja ke arah mencapai KPI yang ditetapkan.

"Tidak ada gunanya kita menetapkan sasaran dan KPI jika ianya hanya indah di atas kertas sahaja sedangkan semuanya tidak dapat dicapai dalam masa dan angka yang ditetapkan".

"Kita mesti bersedia dengan segala kelengkapan dan sumber yang ada untuk merealisasikan apa yang telah kita bincang dan persetujui" katanya.


Saturday, July 23, 2011

Retreat PAS Melaka berjaya dilaksanakan

Retreat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) yang dilangsung di Ayer Keroh hari ini berjaya membentuk rangka kerja dan perancangan aktiviti terbaik bagi menghadapi suasana politik semasa dan Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Retreat tersebut yang dijalankan sehari suntuk mengumpulkan seluruh kepimpinan PAS Negeri dan kawasan disifatkan amat berjaya.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam ucapan aluannya pada program tersebut optimis PAS Melaka berjaya menguasai politik Melaka dalam masa terdekat.

"Kepimpinan PAS mesti terjun ke tengah masyarakat bagi menangani isu-isu masyarakat di samping berusaha memperkenalkan PAS di tengah masyarakat".

"Kita mesti berusaha untuk menjadi juara rakyat dalam apa juga isu" kata beliau.

Monday, July 4, 2011

Bebaskan pimpinan dan ahli PAS - PJ Melaka

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka berkait dengan tindakan zalim pihak berkuasa menahan pimpinan dan ahli PAS Melaka petang Ahad.
  • Merujuk kepada penangkapan 17 ahli PAS Melaka di IPD Jasin pada 3hb Julai , jam 2.15 petang.
  • PAS Melaka mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan tindakan tangkapan ini.
  • PAS Melaka juga merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil. Sebaliknya mereka terus ditahan di IPD Jasin.
  • Sehubungan dengan itu PAS Melaka mendesak pihak berkuasa agar membebaskan mereka yang ditahan.
  • PAS Melaka akan terus memberikan pembelaan kepada mereka yang ditahan kerana kami yakin bahawa mereka yang ditahan tidak melakukan sebarang bentuk kesalahan.
  • PAS Melaka berharap keluarga para ahli PAS yang ditahan agar bersabar dan kita sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).