PENYOKONG KAMI

Thursday, October 27, 2011

Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Melaka

Semua penyokong PAS dijemput hadir

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, October 25, 2011

PAS: Tahniah An-Nahdah Tunisia


KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada Parti An-Nahdah yang memenangi pilihan raya Tunisia semalam.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berharap kemenangan itu diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam.

Sebenarnya, kata beliau An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan itu dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ganouchi.

“Saya dimaklumkan An-Nahdah boleh memenangi pilihan raya dengan lebih besar jika bertanding di hampir kesemua kerusi. Tetapi An-Nahdah sengaja tidak bertanding di kesemua kerusi bagi memberi peluang kepada parti lain turut sama bertanding,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.




Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan an-Nahdah itu.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan Parti An-Nahdhah di Tunisia di dalam pilihanraya umum semalam. Semoga dengan kemenangan ini, Islam lebih bersinar di bumi Tunisia," ujarnya melalui twitter.

Paling penting, katanya keadilan dan kebajikan rakyat terbela di bawah pemerintahan yang adil berteraskan syariat Islam.

"Sesungguhnya di mana saja berlakunya kepekatan malam, akan tiba juga fajar yang menyinsing," ujarnya.

Parti An-Nahdah telah telah memenangi lebih daripada 30 peratus kerusi di perhimpunan 217 kerusi Tunisia, dalam pilihan raya bersejarah negara tersebut sebagaimana dilaporkan agensi berita AFP.

"Keputusan pertama yang disahkan menunjukkan al-Nahda telah mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan di kebanyakan daerah," kata pengurus kempen parti al-nahda, Abelhamid Jlassi, pada sidang akhbar, memetik laporan sendiri pemerhati pilihan raya al-Nahdah.

Pemimpin-pemimpin kedua-dua pihak berhaluan kiri, Parti Kongres Republik (CPR) dan Ettakol, berkata, mereka berjuang untuk tempat kedua, manakala pemimpin Parti Demokratik Progresif (PDP) mengakui kekalahan pada petang Isnin.

"Al-Nahda pastinya majoriti, tetapi terdapat dua entiti demokratik lain, Ettakatol dan CPR, yang lemah pada permulaan tetapi kini mendapati diri mereka dalam kedudukan untuk menyumbang kepada kehidupan politik dan menyambut kemodenan rasional dalam Arab-Islam negara, "kata Khalil Zaouia, pemimpin nombor dua parti Ettakatol.

Samir Dilou, ahli biro politik al-Nahda, berkata bahawa partinya telah memenangi tidak jauh daripada 40 peratus undi.

Pada hari mengundi pilihan raya bebas pertama Tunisia kelihatan orang ramai menunjuk-nunjuk jari telunjuk yang disapu dengan dakwat kekal berwarna biru mereka selepas membuang undi, menunjukkan mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikutan kemenangan Parti An-Nahdah dalam pilihan raya Tunisia semalam, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan bersyukur kepada Allah SWT di atas kurniaan kemenangan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh Sheikh Dr Rashid Ganouchi.

Sebenarnya An Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan ini dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ganouchi sendiri.

Kita berharap kemenangan ini diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam.

Kebetulan tiga minggu yang lalu, saya bertemu dengan Dr Rashid Ganouchi ketika sama-sama menghadiri Forum Parti-Parti Islam Sedunia di Istanbul membincangkan krisis Asia Barat.

Saya dimaklumkan An-Nahdah boleh memenangi pilihan raya dengan lebih besar jika bertanding di hampir kesemua kerusi. Tetapi An-Nahdah sengaja tidak bertanding di kesemua kerusi bagi memberi peluang kepada parti lain turut sama bertanding.

Mereka bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti-parti lain bagi menggantikan pemerintahan sebelumnya yang bersifat diktator dan ditunjangi dengan hanya satu parti.

Ini kerana sebagai parti yang menyertai demokrasi, An-Nahdah ingin menampilkan sikap toleransi dan bertolak ansur, walaupun majoriti rakyat Tunisia menerima An-Nahdah.

Ini kerana mereka sangat dekat di hati rakyat melalui kerja-kerja kebajikan yang dilakukan di bawah, jauh sebelum musim pilihan raya lagi, walaupun dalam keadaan parti diharamkan.

Kita berharap kemenangan ini memberi semangat bukan sahaja kepada pendukung parti Islam yang memilih demokrasi tetapi juga kepada rakyat dengan memberi peluang dan sokongan kepada parti Islam memerintah dan memperbetulkan urus tadbir politik, ekonomi dan sosial negara setelah sekian lama berada di bawah rejim sekular yang gagal memerintah Tunisia sehingga digulingkan rakyat.

PAS juga sebenarnya telah menghantar ucapan tahniah kepada An-Nahdah melalui Dr Syed Azman yang menyertai pasukan pemerhati antarabangsa ke Tunisia ketika ini.


Sumber

Kerajaan arah rakyat pindah, tetapi kebajikan DIABAI

Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab menyeru pihak kerajaan agar menurap jalan tanah merah menghala ke rumah 6 keluarga yang terpaksa berpindah ke Kampung Solok Sama Tahu, Bukit Katil akibat pengambilan tanah mereka di Jalan Datuk Demamg Hussein.

"Penduduk masih menunggu kemudahan infrastruktur seperti jalan tar di penempatan baru mereka memandangkan jalan tersebut masih lagi belum diturap sedangkan sudah ada enam buah rumah yang siap di bina. Keadaan jalan yang berdebu dan kadang-kadang berlumpur mendatang keadaan kurang selesa kepada penduduk di situ."

"Sepatutnya pihak kerajaan menurap jalan tersebut terlebih dahulu bagi memberikan kemudahan untuk mereka berulang alik" ujar Yusof yang meninjau keadaan mereka semalam.

Salah seorang penduduk terbabit Nyemah Binti Mohamad, 50-an berkata mereka telah lama berpindah ke kampung tersebut tetapi kerajaan seolah-olah tidak mengendahkan kebajikan mereka.
"Kami sudah lama berpindah kerana mengikut arahan kerajaan supaya berpindah ke tempat baru setelah rumah dan tanah lama kami ambil untuk tujuan pembangunan tetapi kebajikan kami diabaikan" ujar Nyemah.

Yusof berkata sebelum ini penduduk terbabit terpaksa menyewa rumah selama 6 bulan yang mana kadar sewanya RM300 bagi setiap bulan di Lorong Undang, Bukit Katil kerana mereka tidak dapat berpindah ke rumah baru akibat tiada jalan berturap dan tiada wang untuk membuat pendawaian elektrik.

"Akhirnya mereka sudah tidak sanggup lagi menyewa rumah sedangkan rumah baru mereka telah siap, akhirnya mereka berpindah juga walaupun keadaan tidak selesa" tambah Yusof.

Beliau berharap pihak yang berwajib dapat menunaikan permintaan supaya kemudahan asas disediakan terutamanya jalan yang sering berlumpur dalam keadaan hujan.

"Penduduk juga mengeluh kerana ada antara mereka yang terpaksa membayar harga rumah mereka yang melebihi dari wang pampasan yang diterima. Ada antara penduduk yang menerima kira-kira RM60,000 sahaja sedangkan harga rumah baru yang dibina mencecah lebih dari RM70,000"

"Mereka juga terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membuat pendawaian elektrik, paip dan sebagainya, ada antara mereka yang memang tidak mampu" tambah Yusof.

Menurutnya, kerajaan Melaka jangan berlepas tangan dalam isu ini kerana rakyat berpindah ke tempat baru bukan atas permintaan mereka, tetapi diperintah oleh kerajaan yang mengambil tanah mereka.


Mutaligat

Melaka pelihara 'Gajah Putih' dalam 'Zoo'nya

Kerajaan negeri Melaka sudah lama membina Zoo 'Gajah Putih' di negeri ini. Memang banyak Gajah Putih dipelihara di Melaka. Tidak ada Zoo di seluruh dunia yang memelihara gajah putih sebanyak yang ada dalam Zoo 'Gajah Putih' di Melaka ini.

Sejak negeri ini diperintah oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam memang banyak gajah putih dipelihara. Ada yang diimport dari luar negeri ada yang di'tangkap' di dalam negara kita sendiri.

Antara gajah putih yang sedang dipelihara di Melaka ialah Lapangan Terbang 'Antarabangsa' Batu Berendam, Eye On, Kincir Air, Litar Go-Kart, Stadium Hang Jebat, Taman Seribu Bunga dan banyak lagi. Terbaru 'seekor' lagi 'gajah putih' ditangkap dan dipelihara iaitu restoran terapung di Ayer Keroh.


Restoran ini berharga RM1.2 juta di Ayer Keroh. Restoran ini menjadi Gajah Putih selepas pengusaha-pegusaha di restoran terpaksa terpaksa gulung tikar tahun lalu sehingga menyebabkan sewa serta bil air dan elektrik tertunggak mencecah sehingga RM26,000. Kerajaan negeri Melaka diberitakan hanya mengutip sekitar RM57,500 sahaja.


Media hari ini menyiarkan pendedahan Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong yang mendedahkan bahawa projek restoran terapung telah menyebabkan hangusnya duit rakyat bernilai RM1.2 juta akibat kegagalan projek tersebut.


Ternyata kegagalan projek ini menambahkan lagi koleksi kegagalan kerajaan negeri Melaka dalam menganalisa, merancang dan melaksanakan sesuatu projek yang melibatkan duit rakyat.



Mutaligat

Friday, October 21, 2011

PAS Bukit Katil nafi laporan Sinar Harian



MELAKA, 21 Okt: PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar Sinar Harian membuat penafian berita mengenai penyertaan bekas ketua PAS cawangan ke dalam Umno.

Setiausahanya, Ramli Dalip (gambar kecil) menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar tersebut hari ini bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam laporan itu, bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli.

Gambar dalam akhbar itu juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Abdul Samad Mamat ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said.

Menurut Ramli, malam tadi beliau telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin cawangan PAS dan ranting PKR Bukit Piatu itu.

Katanya, mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali.

"Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno, mereka telah manipulasikan program tersebut ambil gambar kata Md Said masuk Umno.

"Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi," ujarnya yang juga anggota Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburuk-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil.

"Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut," jelas Ramli.

Sumber


Thursday, October 20, 2011

Malaysia jadi negara POLITIK SEKS


Malang sungguh bagi negara kita, di saat negara-negara lain jauh lebih matang, professional dan telus dalam politik mereka, Malaysia menjadi negara yang mengamalkan POLITIK SEKS. Apa nak jadi dengan negara kita. Bermula dengan fitnah liwat terhadap Anwar, diikuti dengan video adegan seks Presiden MCA, seterusnya kes liwat 2 Anwar, video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sehari dua ini isu ramas buah dada memfitnah anak Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendek kata Malaysia menjadi negara POLITIK SEKS sesuatu yang sangat memalu dan memualkan. Sekarang ini jika kita melancong ke luar negara kita malu untuk mengaku dari Malaysia bimbang disampuk orang sebagai ...ooo negara POLITIK SEKS tu ya.

Mengapa ini terjadi? Bagi saya tidak lain tidak bukan kerana adanya golongan yang tamakkan kuasa walaupun rakyat sudah jelak dan muak dengan corak pemerintahan mereka. Malah pemimpin utama mereka tanpa segan silu membuat kenyataan bahawa Putrajaya akan dipertahankan dengan apa juga cara, maknanya tidak kisah samada ia HALAL atau HARAM dari segi undang-undang atau agama sekalipun.

Adakah ini negara bangsa yang mahu dibentuk oleh pemerintah sekarang sehingga menggadaikan maruah dan imej negara dan rakyat sendiri.


Inikah TRANFORMASI yang dilaung-laungkan.....TRANFORMASI dari sebuah negara yang bermaruah kepada negara yang mengamal dan mengagungkan POLITIK SEKS. Atau apakah pemimpin yang ada pada hari ini memang KAKI SEKS dan berOTAK SEKS sehingga berpolitik pun menggunakan SEKS untuk mencari pengaruh.

Inilah akibatnya bila rakyat khasnya umat Islam tidak mengambil agama sebagai landasan untuk memilih calon semasa pilihanraya. Mereka memilih calon kerana nafsu siapa beri duit, beri projek, beri benda orang itu yang disokong walaupun calon itu TIDAK BERAKHLAK, KAKI RASUAH, HIDUNG BELANG dan sebagainya. Sudah banyak bukti yang parti memerintah sekarang bergelumang dengan RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA, SKANDAL dan sebagainya tetapi rakyat khususnya yang beragama Islam memejam mata dan memekakkan telinga memangkah calon parti yang memerintah sekarang.

Saya merayu dan menggesa rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya sedar dan insaf sampai bilakah kita ingin memberi kuasa kepada parti yang mengamalkan POLITIK SEKS, meminggirkan Islam dari pemerintahan, terpalit dengan rasuah dan segala 'mak nenek' keburukan dilakukan.

Mari sama-sama kita buat perubahan seperti mana kawan-kawan kita yang berbangsa Tionghua yang berani berubah demi masa depan negara dan anak cucu kita.

JAUHI POLITIK SEKS, RASUAH, MEMINGGIRKAN ISLAM..................AYUH BERUBAHLAH


Timb. Pesuruhjaya 3 PAS

Wednesday, October 19, 2011

PR Melaka sudah sedia ambil alih Kerajaan Negeri

Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Melaka dari BN jika rakyat memberikan mandat kepada mereka.

Dari barisan kepimpinan baru PAS, PKR dan DAP Melaka ternyata pimpinan yang ada jauh lebih layak dan berkarisma jika dibandingkan dengan pimpinan BN Melaka. Selain dari keterampilan, karisma, pendidikan dan ketrampilan pimpinan PR Melaka sudah pasti mempunyai integriti, bersih dan berakhlaq sebagaimana yang dibuktikan oleh pimpinan kerajaan PR di Kelantan, Kedah , Selangor dan Pulau Pinang.

Sebahagian besar pimpinan PR yang ada sekarang semua mempunyai pendidikan tinggi jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan pimpinan BN.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Adly Zahari, 40 tahun berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM; Shamsul Iskandar Mohd Akin,38 tahun memegang Ijazah Undang-udang dari UIA manakala Goh Leong San, 44 tahun, Pengerusi DAP Negeri Melaka mempunyai Ijazah Sains Kimia dari USM.



Malah rata-rata pimpinan PAS Negeri berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah pertama dari IPTA dan luar negeri. Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, 42 tahun, lulusan Universiti Al Azhar, Mesir; Timbalan Pesuruhjaya 2, Ustaz Mohd Nor Omar, 47 tahun (UKM), TPJ 3,Sofi Wahab, 43 tahun Ijazah Teknologi Industri (USM); Ketua Penerangan, Azrin Majid, 47 tahun, Ijazah Sarjana dari UKM; Ketua Dewan Ulama, Ustaz Zulkifli Ismail, 44 tahun lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan Dr Khatijah Jumangat, 55 tahun berkelulusan PhD dalam bidang Kimia.

Selain pimpinan tertinggi yang disebutkan di atas rata-rata AJK Perhubungan Negeri dan Kawasan berkelulusan Ijazah dan Diploma. Sebahagian lagi adalah bekas pesara kerajaan, swasta dan juga aktivis masyarakat yang dikenali dan disenangi ramai.

Kesemua mereka mempunyai pengalaman mentadbir samada sebagai Jurutera, Pensyarah, Guru dan sebagainya. Tidak syak lagi mereka sudah bersedia untuk menawarkan kepimpinan yang bersih dari rasuah, amanah, berakhlaq dan akan sentiasa memelihara wang rakyat dari pembaziran.

Cuba kita bandingkan dengan Ketua Menteri dan exco-exco kerajaan negeri yang ada pada hari ini. Bukan untuk memperlekehkan mereka tetapi itulah hakikatnya.

Apa yang penting PAS dan PR akan menawarkan sebuah kerajaan yang tidak akan mengamalkan rasuah, telus, professional, mengutamakan rakyat dan sebagainya.

Tidak syak lagi rakyat jangan sangsi dan gusar dengan kredibiliti, kebolehan dan pengalaman pemimpin PAS dan PR. Mereka sudah pasti dapat memimpin kerajaan Melaka jauh lebih baik dan telus serta beramanah jika dibandingkan dengan kepimpinan BN.

Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya bangkit membuat perubahan menukarkan kerajaan negeri yang ada pada hari ini yang terbukti terlibat dengan rasuah (Ketua Menteri sendiri disabitkan dengan rasuah), tidak berkelulusan tinggi dan hanya mementingkan diri dengan mengumpulkan kekayaan untuk diri masing-masing.


Timb. Pesuruhjaya 3 PAS

HIMPUN: Pas tidak terlibat

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

"PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai."

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS



Harakahdaily

Monday, October 17, 2011

Calon boleh menang atau Calon Kroni Presiden Umno?

Presiden Umno, Najib Razak sering melaung-laungkan bahawa calon Umno yang akan diturunkan pada PRU 13 nanti adalah calon boleh menang (winnable). Pelbagai kriteria dan sifat calon digariskan oleh Presiden Umno. Namun kita tidak nampak ciri-ciri yang digariskan Islam dititik beratkan.

Sepatutnya Presiden Umno meletakkan pegangan agama, integriti, ahklaq, peribadi baik dan berilmu sebagai ciri-ciri utama bakal calon Umno. Tidak ada gunanya meletakkan calon boleh menang jika dia seorang kaki rasuah, kaki betina dan kaki segala kaki. Mungkin seseorang itu boleh dikatakan calon boleh menang oleh Presiden Umno hanya kerana duit banyak, hubungan dengan orang kampung baik sedangkan beliau seorang perasuah dan sebagainya.

Sebagai contoh Isa Samad dan Ali Rustam adalah calon boleh menang tetapi semua orang tahu mereka kaki rasuah, semua orang tahu kedua-duanya disabitkan kesalahan rasuah ketika pemilihan Umno. Apa gunanya meletakkan calon seperti ini kerana ianya sudah tentu membuktikan bahawa Umno sebenarnya MESRA RASUAH dan tidak bermaruah meletakkan kaki rasuah sebagai calon mereka.



Rakyat sepatutnya berfikir dalam hal ini. Jangan kita melihat seseorang calon itu selalu balik kampung, mesra dan sebagainya tetapi yang penting kita mesti menyelidiki seseorang calon itu dari segi agama, integriti, akhlaq dan rekod peribadinya. Takut nanti 'body' tergadai kerana budi.


Timb. Pesuruhjaya 3 PAS

Sunday, October 16, 2011

Sekolah Harapan - Pelajar Melebihi Kapasiti





Sekolah Harapan Negeri Melaka adalah idea daripada Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah dibuka pada tanggal 17 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Kini sudah genap setahun sekolah itu telah beroperasi di Jasin. Sekolah itu yang dikenali sebagai ''Sekolah Harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Peruntukan untuk Sekolah Harapan ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan pelajar ketika dibuka adalah seramai 5 orang dan boleh memuatkan maksimum 40 pelajar. Namun, jumlah terkini pelajar tersebut adalah dua kali ganda jumlah maksimum tersebut iaitu seramai 87 orang sehingga setakat ini. Jumlah tersebut sudah cukup membuktikan semakin ramai yang terlibat dalam aktiviti kurang sihat ini.

Kebanyakkan pelajar yang menginap di Sekolah Harapan terdiri daripada mereka yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun ini seramai empat orang menduduki peperiksaan PMR dan empat orang bakal menduduki SPM tidak lama lagi pada November ini.

Sekolah Harapan juga mempunyai kelas tambahan (tuisyen) yang akan diajar oleh guru daripada luar yang dijemput khas. Kebanyakkan mata pelajaran kelas tambahan ini melibatkan subjek teras seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan beberapa mata pelajaran teras bagi subjek PMR dan SPM.

Jumlah kakitangan Sekolah Harapan pada ketika ini ialah seramai enam orang termasuk seorang pemandu. Kebanyakkan kakitangan sekolah ini di bawah kerajaan negeri dan diikat kontrak.

Statistik kelahiran bayi semenjak sekolah ini beroperasi adalah seramai 71 orang yang mana seorang bayi telah meninggal. Bayi-bayi yang dilahirkan itu diambil oleh keluarga pelajar tersebut untuk dijaga. Tempoh pelajar untuk berada dalam sekolah tersebut adalah tiga bulan selepas bersalin dan selepas itu mereka akan dikeluarkan dari sekolah tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Bagi pelajar sekolah itu pula ada yang kahwin dengan lelaki pilihan mereka yang sebelum ini telah terlanjur. Pelajar paling muda dalam sekolah tersbut adalah berusia 14 tahun dan kes ini di bawah kes polis memandangkan pelajar tersebut dikategorikan di bawah umur 16 tahun.

Punca berlaku adalah disebabkan dari keluarga terbiar yang tidak mengambil berat keadaan anak-anak mereka. Kes-kes lain adalah daripada kes rogol sebanyak dua kes dan lain-lain kes adalah suka sama suka. Majoriti pelajar sekolah tersebut adalah berbangsa Melayu dan buat masa ini tiada dari bangsa selain Melayu.

Bayi-bayi juga ada disediakan ibu angkat namun sebelum bayi itu diambil ia akan menjalani proses temuduga dari jabatan agama sebelum bayi tersebut diambil oleh keluarga angkat terbabit untuk dijaga. Bantuan lain adalah dari badan bukan kerajaan seperti NGO seperti lampin dan keperluan untuk bayi dan ibu.

Yusof Wahab
Penyelia Dun Bukit Baru

Thursday, October 13, 2011

Sayang Kereta, Melayang Nyawa



KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar dan diseret sejauh 54.8 meter.

Lebih menyayat hati, kejadian tersebut disaksikan oleh suami dan anak Moy Lay selepas mereka berlari keluar dari rumah sebaik mendengar jeritan mangsa.

Mengimbas tragedi itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis mengesyaki kedua-dua suspek itu mengekori Moy Lay yang memandu kereta Toyota Altis bernombor pendaftaran BKV 3882 yang bekerja di sebuah syarikat kredit dan kereta terpakai di ibu negara sehingga sampai di hadapan rumah mangsa.

Menurut beliau, sampai di rumah mangsa, salah seorang suspek turun dari keretanya sebelum bertindak menaiki kereta mangsa.

Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar.

PRA PRU 13 : Kenapa JANGAN SOKONG UMNO/BN? - Bahagian 3



Tun Mahathir kata Umno sudah busuk sampai ke usus sukar hendak diubati.

Tun Musa Hitam kata Umno dilanda penyakit 'ketuaan' ertinya sudah sampai umur nyanyuk.

Kewujudan PERKASA menunjukkan Umno gagal membela Melayu.

Umno/BN merestui industri judi di negara ini. Buktinya untuk tahun 2009 jumlah cukai judi ialah RM2.3 bilion. 

Umno 'pandai' memerintah sebab itu hutang negara meningkat kepada RM450bilion iaitu seorang rakyat menanggung hutang sebanyak RM40,000.

Umno membazir wang rakyat sebanyak RM77juta untuk mengupah syarikat Yahudi APCO.

Sumber : TPJ 3

Kenapa Jangan Sokong BN PRU -13? Bahagian 2

Orang agama dalam Umno hanya bersifat kupang tembaga.
Peranan golongan agama hanya untuk menjadi 'peluru' melawan PAS, baca doa, tahlil dan marhaban.
Suara mereka tidak diendahkan hatta fatwa mufti pun diketepikan, Contohnya pengharaman 'Jom Heboh'.

Dasar bumiputera sebenarnya adalah Umnoputera. Akhirnya hak orang lain dibolot oleh Umnoputera yakni menindas orang lain khususnya orang yang berlainan ideologi.
Akibatnya matlamat DEB gagal ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan.
Diskriminasi terhadap kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat sangat ketara. Contohnya penafian royalti kepada Kelantan dan pemberian wang perkapita dilengah-lengahkan.



Khianat bangsa sendiri. Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu dengan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003.

Politik khianat bangsa, yang penting ialah kuasa, contohnya persempadanan baru pilihanraya pada 2003 untuk PRU 2004 di mana negeri Kelantan dan Terengganu tidak mendapat tambahan kawasan Parlimen baru.

Umno mengajar rakyat dengan politik rasuah ketika pemilihan Umno dan kempen pilihanraya umum atau kecil.
Sehingga ada pemimpin utama mereka disabitkan dengan rasuah antaranya Ali Rustam dan Isa Samad.


Sumber: TPJ 3

Tuesday, October 11, 2011

80,000 Pelajar tercicir - APA TINDAKAN KERAJAAN?




Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong berkata kira-kira 70,000 hingga 80,000 pelajar tidak menghabiskan pengajian mereka samada di peringkat sekolah rendah maupun sekolah menengah. Antara puncanya ialah pelajar tidak berminat untuk belajar dan juga kerana masalah kesempitan hidup.

Ini merupakan suatu angka yang sangat besar dan membimbangkan. Mana mungkin sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju tidak lama lagi mempunyai bilangan yang begitu ramai tidak menamatkan persekolahan mereka.

Saya menggesa kerajaan membuat kajian terperinci dan mencari sebab sebenar mengapa pelajar ini tidak berminat untuk belajar dan kedua mengkaji mengapa mereka tidak diberi bantuan sekiranya mereka tiada duit untuk bersekolah.

Kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap fenomena yang tidak sihat ini kerana kita tidak mahu negara dibebani dengan masalah rakyat yang tidak berpelajaran asas. Kita bimbang mereka ini akan menjadi kutu rayau, kaki lepak dan mungkin terlibat dengan masalah sosial, maksiat dan jenayah.


Sumber: TPJ 3

Kenapa jangan sokong Umno/BN? -Bahagian 1

Islam tidak menjadi dasar, akhirnya banyak perkara yang dilaksanakan semasa berkuasa bertentangan dengan Islam.

Dasar Umno/BN pragmatis (ikut suasana). Mana yang boleh untung ia akan ikut. Contohnya Bank Islam.

Islam hanya kuda tunggangan Umno/BN, terutama di kawasan yang kuat agama contohnya Muhyiddin Yassin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen PRK Manek Urai.



Akhlaq pemimpin yang terlibat dengan skandal yang mengaibkan seperti yang berlaku kepada bekas Ahli Parlimen Gombak, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita Umno Kelang.

Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan bukan untuk membela agama dan rakyat.


Sumber

Thursday, October 6, 2011

Bersih 2.0 : Ambil Tindakan terhadap Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis


Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menggesa tindakan diambil terhadap Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu keganasan Bersih 2.0.

Polis bawahan yang melakukan keganasan semasa Himpunan Bersih 2.0 disebabkan orang atasan membiarkan mereka melakukan perkara tersebut.




video

Bukan Polis sahaja yang bersalah tetapi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, demikian antara intipati ucapan Ahli Parlimen Pokok Sena dalam Persidangan Dewan Rakyat semalam.


Sumber: TPJ 3

JASA ditubuh untuk BN/Umno

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ditubuhkan oleh kerajaan BN beberapa tahun lalu. Tujuannya tidak jelas tetapi kerja yang dilaksanakan oleh Jasa hanyalah untuk berkempen supaya rakyat menyokong BN, itu sahaja.

Malah dalam media hari ini tanpa segan silu Ketua Pengarah Jasa, Fuad Hassan berkata Jasa akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri nama-nama yang mampu bertanding pada pilihanraya akan datang.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia apabila sebuah agensi kerajaan yang dibiayai dengan duit rakyat digunakan untuk mengekalkan kuasa pemerintah dengan program-program khas yang 100 % untuk Umno/BN.

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak akan redha 1 sen pun duit rakyat yang sebahagiannya duit cukai dan sebagainya yang dibayar oleh saya, saudara-mara dan rakan-rakan saya.

Sumber: TPJ 3

Tuesday, October 4, 2011

DAP tetap bersama PAS


Kita menyanjung tinggi sikap terus terang DAP serta kematangan mereka berpolitik. Tanpa berselindung DAP menyatakan sikap mereka menolak pelaksanaan hukum Hudud atas alasan bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.

Tidak seperti Umno yang berdolak dalik dengan menyatakan hukum Hudud tidak sesuai kerana masyarakat majmuk dan rakyat belum faham sepenuhnya. Kalau itu alasannya Umno/BN sepatutnya berusaha untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang baik dan adilnya hudud bukannya menakut-nakut rakyat dengan pelbagai isu berkaitan hudud.

Kesetiaan DAP untuk terus bersama PR dan setia dengan persahabatan ini amat disanjung kerana kita tahu manusia dipegang pada janji, kerbau dipegang pada tali. PAS sudah terbukti tidak pernah mengkhianati segala perjanjian persefahaman politik sebelum ini iaitu Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat.



Setiausaha Agung DAP 2 hari lepas dengan lantang menyatakan bahawa DAP akan tetap bersama PAS untuk menumbangkan BN, banyak persamaan dalam perjuangaan PAS dan DAP, yang berbeza hanya isu hudud sahaja katanya.

>>Klik sini pendirian DAP terhadap Hudud



Sumber: TPJ 3

Saturday, October 1, 2011

Pemuda Bantah Tambahan 5% Caj Warisan

Tindakan Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Caj Warisan 5 % kepada pelancong yang menginap di premis penginapan bermula dari 1 September 2011 adalah dipersoalkan, memandangkan kos penginapan yang sedia ada telah merangkumi caj perkhidmatan oleh pengusaha premis penginapan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPK BK ) dengan ini menggesa Kerajaan Negeri Melaka supaya keputusan tersebut dikaji dengan sedalam-dalamnya bagi mengelakkan penurunan kadar kedatangan pelancong ke negeri Melaka akibat daripada tindakan tersebut.

DPPK BK bimbang berikutan dengan tambahan caj tersebut maka pelancong akan merasakan beban yang tidak munasabah lalu beralih arah haluan melancong ke tempat lain.


Kerajaan Negeri harus memikirkan cara yang lebih sesuai untuk mencari dana bagi menjalankan aktiviti penyelenggaraan dan promosi pelancongan seperti dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa sebarang pembaziran sepertimana yang telah berlaku baru - baru ini berikutan pembelian tender nombor pendaftaran kereta kerajaan negeri yang melibatkan wang berjumlah RM 317,000.

Antara projek pembaziran yang lain adalah projek Pulau Melaka dan projek Eye On Malaysia yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Berjuta-juta ringgit duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Ali Rustam.

Dengan duit yang sebanyak itu pelbagai projek pengindahan, pemeliharaan dan keceriaan dapat dilakukan tanpa mengenakan caj tambahan kepada pelancong yang sememangnya telah menyumbang kepada ekonomi negeri Melaka selama ini. DPPKBK dengan ini mendesak agar caj ini tidak dikenakan kepada pelancong-pelancong yang datang melancong dan menginap di negeri Melaka.


Jauhar Mohd Dawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
1 Oktober 2011

Sumber

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).