Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Saturday, December 31, 2011

PAS akan dedahkan KERJA JAHAT UMNO Melaka/Bukit Katil

PAS akan mendedahkan segala kejahatan Umno Melaka/Bukit Katil yang mendaftar ratusan malah ribuan pelajar UTEM, MMU dan UiTM untuk menjadi pengundi di Parlimen Bukit Katil. Sumber dalaman Umno sendiri menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini diarahkan menukar alamat mereka ke Parlimen Bukit Katil dengan mendapat imbuhan sebanyak RM300. Setelah alamat mereka ditukar ke dalam Parlimen Bukit Katil mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam Parlimen Bukit Katil.

"Kita akan bongkar segala penyelewengan dan kejahatan Umno Bukit Katil pimpinan Ali Rustam" ujar seorang pimpinan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan Bukit Katil.

"Kami sudah mendapat beberapa maklumat sahih termasuk gambar dan klip video, dan usaha mengumpulkan maklumat tersebut sedang giat dijalankan dan kami akan dedahkan semua perkara satu per satu" tambah beliau.

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sememangnya gentar dan bimbang untuk berhadapan dengan PR di Parlimen Bukit Katil kerana BN hanya tewas tipis dengan dari 2000 undi pada Pilihanraya Umum ke 12. Selain beliau juga berasa tergugat dengan perkembangan terbaru pengundi-pengundi Dunnya sendiri iaitu Bukit Baru yang dilihat semakin cenderung menyokong PAS dan PR.

Tidak mustahil Umno akan menggiatkan kerja jahat ini sebelum 1 Januari ini bagi membolehkan semua pengundi yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2011 mengundi pada PRU 13.

-Timb. Pesuruhjaya PAS 3

Thursday, December 29, 2011

PR Melaka Menang: Ketua Menteri adalah Adun PAS

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, YB Lim Jak Wong (gambar) berkata sekiranya PR menang di Melaka DAP akan menyokong Adun PAS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Lim berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Tun Rahah, Bukit Katil malam tadi.

"Saya berani menyatakan bahawa kalau PR menang di Melaka, DAP akan sokong Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka" ujar Lim dengan bersemangat.

Kenyataan berani Lim ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN yang sering memainkan isu bahawa jika PR menang di Melaka, Wakil Rakyat dari DAP akan menjadi Ketua Menteri.

Turut berceramah malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin, Ketua Cabang Bukit Katil, Yusof Abdullah.

-mutaligat

Wednesday, December 28, 2011

Pemuda PAS Melaka Sumbang 120 pelajar miskin

MELAKA, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang pelajar yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin.

Hal ini dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, disamping keperluan mendesak keluarga untuk menyara beberapa anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan nanti. Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas.

Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir ini dibuat secara berperingkat. Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang pelajar yang dibawa ke pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke pasaraya di sekitar bandar Jasin.

Ketua Pemuda PAS Melaka, Tn Hj Yuhaizad b Abdullah yang juga merupakan calon PRK Merlimau yang lepas mengetuai program kebajikan ini.

Turut hadir bersama adalah kepimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin.

Konsep program dikatakan cukup merakyat kerana pelajar ini dibawa terus ke pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat tulis diberikan terus dari rumah ke rumah.

Program seumpama ini diharap dapat merapatkan ukhuwah antara masyarakat dengan Parti Islam SeMalaysia selain menjadi contoh tauladan kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Thursday, December 22, 2011

Melaka Oh Tanah Air Ku (Episod 1) - Penyelewengan Zakat

PELANCARAN SIRI KLIP VIDEO MELAKA TANAHAIRKU . Blog ini akan menerbitkan siri klip video bagi memperkatakan tentang isu-isu membabitkan pentadbiran, kewangan, pembaziran dan isu-isu masyarakat.


Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada ASNAF. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk membina bangunan.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah tiada sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan????


Rakyat mesti sedar dan bangkit menolak pihak yang tergamak menyelewengkan wang zakat ini.


Ikuti penjelasan Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari tentang isu penyelewengan wang zakat ini.




-mutaligat

Sunday, December 18, 2011

Mr Muscle Melaka cemarkan Islam - Pemuda PAS Melaka



Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Mohd Aizat Baharuddin kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.

Aizat berkata acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan baru-baru ini di Pantai Tanjung Bidara.

"Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung."

"Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach." ujar Aizat.

Menurut Aizat apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak.

"Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam."

"Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?" soal Aizat

Katanya, program tersebut juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.

"Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini."

"Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan." tambah Aizat.

Aizat berkata bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

"Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini." kata Aizat.

Friday, December 16, 2011

UMNO takut hudud, Orang bukan Islam Kelantan sokong hudud

Umno memang dari dahulu takut hudud dilaksanakan. Macam-macam alasan mereka beri bagi menafikan hudud dari dilaksanakan. Masyarakat majmuk, belum bersedia, tidak sesuai, nanti ramai orang Islam kudung dan seribu satu macam alasan diberikan bagi mempengaruhi rakyat supaya menolak Hudud. Mereka tidak suka dan tidak redha hukum Allah dilaksanakan. Mengapa? Adakah mereka takut ianya terkena kepada mereka. Orang yang takut kepada hudud ialah orang jahat sahaja. Orang baik yang tidak melakukan kesalahan jenayah biasanya tidak takut kepada undang-undang termasuk hudud.

Hari ini Portal Malaysiakini melaporkan suatu cerita di mana Wanita Bukan Islam Kelantan tidak takut kepada hudud malah menyokongnya.

Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemuiMalaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan.

Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan.

Kedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu.

Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah.

"Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya.

Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku.

"Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi.

NONEDitanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau.

Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang.

"Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan.

"Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi.

-Timb. Pesuruhjaya PAS 3 Melaka

Sunday, December 11, 2011

Salah guna wang zakat RM13.85 juta: Rakyat Melaka berang

Orang Melayu dan Islam di Melaka wajib bangkit membantah tindakan pihak berwajib yang menyalahgunakan duit zakat negeri Melaka bukan pada jalan yang diharuskan syarak.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wajab berkata tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85 juta amat dikesalkan.

"Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima, tetapi ia dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka"

"Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat."

"Ini jawapan yang diberikan oleh SPRM kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, mana dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM?" ujar Yusof.

Yusof berkata umat Islam Melaka mesti bangkit mengajar kerajaan negeri, MAIM dan Puzat Zakat Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Kalau wang zakat pun mereka berani seleweng dan salah gunakan sudah tentu wang lain juga bakal menjadi mangsa kerakusan puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini" tambah beliau.

-Mutaligat

Pemimpin Amanah, Rakyat Sejahtera, Negeri Makmur

Pelbagai lapisan masyarakat di negeri Melaka, mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan slogan PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT SEJAHTERA DAN NEGERI MAKMUR bagi menyelesaikan masalah rasuah, penindasan rakyat dan membentuk negeri makmur.

Melaka dilihat adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh pemimpin yang tidak amanah dan pengamal rasuah apabila Ketua Menteri sendiri disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan Agung Umno yang lepas. Macamana seorang pemimpin yang rasuah boleh terus memimpin negeri ini, sudah tentu seseorang yang mengamalkan rasuah akan mengamalkan rasuah di mana sahaja kerana ianya sudah menjadi perangainya. Jika pemimpin rasuah maka tidak hairanlah banyak wang rakyat akan tiris dan terbang akibat rasuah.

Bayangkan bagaimana duit zakat boleh digunakan untuk membuat bangunan MAIM dengan harga RM13.5 juta sedangkan masih ramai asnaf yang layak tetapi tidak menerima zakat.

Selain itu rakyat mahukan semua undang-undang dan peraturan yang menekan rakyat khasnya yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan lain-lain. Pakatan Rakyat Insya Allah akan mengkaji semua undang-undang dan peraturan ini bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang sememangnya tertekan dengan masalah harga barang yang semakin meningkat.

Antara perkara yang boleh dikaji ialah bayaran parkir, denda parkir, lesen perniagaan dan sebagainya.

Kita yakin jika Melaka mempunyai pemimpin yang amanah dan mengutamakan rakyat banyak masalah negeri dan rakyat akan diselesaikan. Bayangkan sebuah negeri yang kecil seperti Melaka mencatatkan hutang berjumlah RM853 juta sehingga tahun 2010 dan ianya langsung tidak dibayar pada tahun 2010 seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Selain itu kos projek yang membazir dapat dihitung melebihi RM239.6juta yang digunakan untuk membina kincir air, monorel, Eye On Malaysia dan lain-lain. Wang sebanyak RM239 juta boleh digunakan untuk membina 3422 buah rumah kos rendah, boleh membiayai seramai 8557 pelajar dengan biasiswa penuh dan boleh membina 4792 buah klinik kesihatan di Melaka. Namun duit rakyat ini dibazirkan dengan projek-projek yang tidak berdaya maju dan membazir.

Melaka sudah tentu akan menjadi negeri makmur dengan pemimpin yang amanah, bersih dan telus dan kesejahteraan rakyat akan lebih baik dengan undang-undang serta peraturan yang mengambilkira kebajikan mereka.

PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT SEJAHTERA, NEGERI MAKMUR


-Timb. Pesuruhjaya 3 PAS Melaka

10 Tawaran PAS Tentang Negara Berkebajikan

10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS dalam dokumen negara berkabajikan :-

1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari


Satu perkara yang ingin ditekankan di sini ialah dakwaan Umno bahawa kerajaan BN telah lama menjadikan Malaysia Negara Berkebajikan. Mereka tidak faham bahawa negara berkebajikan adalah sebuah negara yang bukan hanya membantu rakyat tetapi yang paling penting ialah pemimpin negara mestilah beramanah, bersih, adil dan tiada penyalahgunaan kuasa serta rasuah. Inilah perkara asas yang tidak ada dalam 'Negara Berkebajikan' BN di Malaysia ini.


Ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pendakwaan terpilih dan sebagainya menjadi teras kepimpinan kerajaan BN sehingga indeks persepsi rasuah (CPI) Malaysia yang dikeluarkan oleh Trasnparency International (TI) terus menjunam sehingga ke tangga 60. Ia merupakan sejarah paling buruk dalam pemerintahan negara, di mana di zaman Perdana Menteri sebelum ini Malaysia tidak pernah terperosok ke tangga 60.


-Mutaligat

Saturday, December 3, 2011

Program terkini PAS Melaka

Ceramah Maal Hijrah bersama Bob Lokman
7 Disember 2011
Rabu
9.00 malam
Pasir Gembor, Tg Bidara


Hi Tea bersama Bob Lokman
7 Disember 2011
Rabu
5.30 ptg
Pejabat MTD Lendu (belakang Petronas Masjid Tanah)


Ceramah bersama Bob Lokman
9 Disember 2011
Jumaat
9.30 mlm
Markas PAS Bukit Katil


Hi Tea dan Kuliah maghrib bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
9 Disember 2011
Jumaat
5.00 ptg - 11.00 malam
Telok Mas (Hi Tea) & Padang Temu (Kuliah maghrib)



Semua dijemput hadir..

Friday, December 2, 2011

Hi Tea bersama YB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin



Kad jamuan ini boleh didapatkan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka
Lot 911, KM 5, Semabok.
Hubungi 06-2841780

Calon Boleh Menang: Ramai pemimpin UMNO Melaka bakal Terkorban?

Ramai pemimpin-pemimpin Bahagian Umno akan di'korban'kan pada Pilihanraya Umum ke 13 ini. Mereka tidak akan dipilih menjadi calon Umno/BN atas alasan Umno mempunyai calon lain yang 'boleh menang'. Begitu juga akan ada pemimpin-pemimpin pusat dan negeri yang juga tidak dipilih menjadi calon kerana 'Tidak Boleh Menang'.

Calon 'Boleh Menang' ialah calon dari kem Najib manakala calon dari kem Muhyiddin, Pak Lah dan lain-lain akan diklasifikasikan 'Tidak Boleh Menang' dan tidak akan dipilih menjadi calon.

Sebab itulah Najib dan orang kuatnya mencanangkan kepada umum bahawa Umno akan memilih calon 'Boleh Menang'  bagi menghalalkan hasrat Najib meletakkan seberapa ramai calon yang menjadi penyokong kuat beliau.

Maka kita akan dapat melihat selepas ini berduyun-duyun pemimpin Umno di pelbagai peringkat akan membodek Rosmah supaya membisikkan ke telinga Najib nama mereka.

Umno akan lebih haru-biru dan serabut kerana pertelingkahan berebut untuk menjadi calon.

Sumber:

Siapakah pemimpin Umno Melaka yang bakal menjadi korban?

Fakta tentang monorel Melaka

Fakta Monorel Melaka 

1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).