Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, January 27, 2012

PAS Melaka perkemas jentera Penerangan dan IT

PAS Melaka akan memperkemaskan jentera penerangan dan IT bagi memantapkan lagi kerja-kerja penerangan dan media baru bagi menghadapi PRU 13 yang bakal menjelang.

Sehubungan dengan itu beberapa perubahan telah dibuat terhadap jentera penerangan dan IT negeri di mana Ketua Penerangan dan Ketua Lajnah IT yang baru telah dilantik pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di Pejabat PAS negeri di Semabok malam tadi.

Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat dan Azmi Aziz masing-masing telah dilantik menjadi Ketua Penerangan dan Ketua Lajnah IT yang baru.

Perlantikan kedua-dua mereka dilihat dapat memberikan suntikan baru terhadap kerja-kerja yang telah dirintis dan dirancang oleh Ketua Penerangan dan Ketua Lajnah IT sebelum ini.

Pihak PAS Negeri juga merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas gerakerja dan sumbangan yang telah diberikan oleh Ketua Penerangan sebelum ini iaitu Azrin Majid dan Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail yang telah bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja penerangan dan media baru. Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran kepada mereka berdua.

Kenyataan rasmi :
Asri Shaikh Abdul Aziz (gambar)
Setiausaha PAS Melaka
27 Jan 2012

Saturday, January 21, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Thursday, January 19, 2012

Pertandingan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda



29Januari (Ahad)
padang Bukit Tambun

Maklumat lanjut, hubungi:
Sukri 016-288 5904
Shukor 019-655 9745
Ridzuan 019-664 4307

Caj RM2 satu bilik: Kerajaan Negeri Melaka mengemis

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Melaka, Aizat Baharuddin berkata pemansuhan caj warisan 5% oleh kerajaan Melaka dan di gantikan pula dengan caj bayaran RM2 satu bilik untuk satu malam merupakan suatu tindakan bagaikan pengemis.

"Langkah itu bagaikan memerah duit rakyat setelah membeli RM1.76 juta Kincir Angin berkebolehan 'tidak berpusing', RM8 juta Eye on Malaysia yang lesap tinggal tapak kerana hutang, monorel RM15 juta yang mampu bergerak sambil 'berhenti-henti' akibat kerosakan, Kapal Selam RM12.6 juta yang mampu terapung di atas tanah...dan lain-lain"

"Mungkin Melaka sudah tidak ada duit maka terpaksalah caj ini dikenakan," ujar Aizat.

Sementara itu Blog Pemudabukitkatil pula menyatakan bahawa Ketua Menteri Melaka boleh diibarat seperti pengemis yang melukut di tepi gantang dengan mengenakan caj RM2 walaupun telah memansuhkan cukai warisan sebanyak 5% yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2011 yang lalu namun cukai tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha hotel.

Tindakan mengenakan cukai sebanyak 5% itu membebankan kepada mereka yang menginap. Jika Melaka benar-benar negeri maju, mengapa perlu ada caj warisan? Kerajaan Melaka selalu membuat perbandingan dengan Kerajaan Kelanatan namun kerajaan Kelantan tidak pula mengenakan caj warisan seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa Kelantan negeri yang mundur.

Peliknya negeri maju ada caj warisan. Adakah caj tersebut semat-mata untuk menampung hutang kerajaan Melaka yang kian menggunung atau untuk diisi dalam kocek pemimpim dari parti yang memerintah? Jika benar-benar maju, tidak perlu adakan caj warisan atau kutipan RM2 ini. Ia mencerminkan kerajaan pimpinan Ali Rustam semakin kekurangan duit.

Tahniah Dr Yunos, Exco baru Selangor

Tahniah buat Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunos Khairi yang dilantik sebagai Exco baru kerajaan Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS minggu lalu.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.

Perlantikan Dr Yunos menamatkan spekulasi siapa pengganti Hassan Ali. Ramai yang menjangkakan bahawa Dr Rani akan dilantik menjadi Exco tetapi sebaliknya PAS menamakan Dr Yunos.

Saturday, January 14, 2012

PRU-13: 40% Calon PAS adalah orang muda





Orang muda di Malaysia sepatutnya berbesar hati kerana PAS membuktikan peranan pemuda amat diperlukan di negara kita. PAS membuktikannya apabila bakal meletakkan 40% calon PAS Pada PRU 13 nanti adalah golongan muda.

Sinar Harian melaporkan hari ini bahawa Pemuda Pas menyambut baik kepercayaan pucuk pimpinan parti itu yang memberikan sebanyak 40 peratus golongan muda untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jumlah tersebut terdiri daripada sebahagian calon sayap Pemuda Pas dan Dewan Muslimat serta tokoh-tokoh Pas kawasan dan negeri.

“Keputusan itu menepati apa yang Pemuda mahukan dan kita yakin mengikut perkembangan mutakhir ini kita dapati 40 peratus daripada calon pilihan raya adalah golongan muda.

“Buat masa sekarang kita tidak akan umumkan nama dan kawasan yang akan ditandingi oleh golongan muda,” katanya pada sidang media sempena Majlis Minum Petang Pemuda Pas Bersama Media di sini, hari ini.

Menurutnya, Pemuda Pas melihat ramai tokoh golongan muda di seluruh negara.
Bagaimanapun, parti mengambil kira calon boleh menang perlu diberikan keutamaan mengikut kesesuaian yang bukan sahaja mengikut kepada umur tetapi pada pengalaman, keupayaan pemimpin, pengaruh dimiliki di lokasi bertanding.

Ketika ditanya mengenai persiapan Pemuda Pas menghadapi pilihan raya akan datang, Nasrudin menegaskan, pihaknya membuat pecutan terakhir untuk menghadapinya.
“Banyak program yang kita buat dan terbaru kita akan buat satu program Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan.
“Kita akan buat program in ke seluruh negara dan sasaran kita adalah pengundi muda dengan aktiviti yang mesra anak muda,” katanya.

Menurutnya, program yang dianjurkan bermula Februari dan Mac nanti akan mengikut kesesuaian dan akan disertai individu yang bertaraf selebriti serta aktivis masyarakat.

Ditanya mengenai program bersama media yang dianjurkan, Nasrudin memaklumkan ia dianjurkan untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.

Hadir sama ke program itu ialah Timbalan Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Naib Ketua Pemuda, Dr Raja Ahmad Al His.

-mutaligat

Thursday, January 12, 2012

Pemuda PAS Melaka desak Kerajaan Negeri selesai segera isu bas henti-henti.

MELAKA, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak kerajaan negeri serius dalam usaha menangani masalah syarikat bas henti-henti di negeri itu yang membayangkan akan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Februari ini.

Ketua Penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, Kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk mengambil alih perkhidmatan bas henti-henti sepenuhnya dan membayar ganti rugi kepada syarikat bas yang mengalami kerugian, tapi malangya sehingga kini tiada pampasan yang di terima dari kerajaan negeri.

Katanya, jika benar keadaan itu berlaku, ianya dijangka akan menjejaskan hampir 30,000 orang penduduk negeri itu yang masih menggunakan perkhidmatan bas henti-henti tersebut.

"Menghairankan, bagaimana Kerajaan negeri boleh berhabis duit untuk membeli 10 buah bas Panorama bernilai RM2 juta untuk tujuan pelancongan dan melalui hanya beberapa destinasi tetapi bas untuk kegunaan penduduk negeri sendiri ibarat hidup segan mati tak mahu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Melaka, Razali Endun sebelum ini dilapor berkata sebanyak 120 buah bas terpaksa dihentikan perkhidmatannya akibat kos operasi yang tinggi menyebabkan syarikat tersebut menanggung hutang yang bertambah hari demi hari.

Kerugian yang terpaksa di tanggung oleh syarikat bas setiap hari hampir mencecah RM600 termasuk penyelengaraan kenderaan sedangkan kutipan tiket hanya sekitar RM200 sehari.

Mengulas lanjut, Muhamad Aizat berkata, perkhidmatan bas henti-henti di Melaka telah beroperasi berpuluh-puluh tahun lalu di mana kebanyakan penduduk masih menggunakannya khususnya pelajar untuk ke sekolah.

"Sudahlah monorel bernilai RM15juta masih lagi rosak, kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam pula hanya 3 kali penerbangan dalam seminggu, kini perkhidmatan bas awam pula bakal menamatkan operasi.

"Peliknya kerajaan negeri masih mampu membeli 'kenderaan' kapal selam bernilai RM7 juta untuk bahan pameran sedangkan hutang negeri sahaja telah mencecah RM800 juta. Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri," katanya.

-Harakahdaily

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3




Semua dijemput hadir meramaikan..

Wednesday, January 11, 2012

Komrad bertopeng manusia




"Saya tak faham macam mana orang ini boleh bergelar profesor. Jadi selepas berbalah, saya pun malas cakap banyak, saya tahu inilah mahkamah AUKU yang saya tidak pernah mengiktirafnya, (dan) saya digantung selama 3 semester," katanya. (Adam Adli Abdul Halim)

1. Mereka 'membesar' hingga mendapat jawatan profesor kerana menyokong AUKU dan mengampu pemerintah.
2. Mereka berjiwa hamba dan komrad bertopeng pendidik.
3. Profesor yang tidak sehaluan pun tidak dipertahankan, inikan pula mahasiswa yang dianggap sebagai budak sekolah.
4. 'Generasi Adam Adli' adalah generasi cerdik pandai bertakwa akan membebaskan umat yang 'dilembukan' oleh penolong firaun moden ini!
5. Guru Suluh Budiman! Ilmu Punca Kemajuan! Islam Untuk Semua!

-Ketua Penerangan PAS Melaka

Bantah Penggantungan Adam Adli



  • Pengantungan 3 semester kepada Adam Adli adalah tidak wajar.
  • Beliau hanya seorang pelajar.
  • Gantung 3 semester hanya kerana menurunkan bendera gambar najib, kemudian dinaikkan semula.
  • Bendera itu tak diiktiraf oleh mana-mana perlembagaan.
  • UPSI sebelum ini tidak berapa popular dikalangan generasi IPTA. Adam Adli telah memahat nama UPSI, institusi yang dilihat sebagai institusi yang dapat melahirkan pelajar yang berani.
  • Tapi sayang, UPSI melahirkan nilai sonsang, pelajar berani tapi pentadbir penakut lagi pengampu.
  • Kami sokong perjuangan anak muda ini. Moga anak aku seberani Adam. Tahniah Adam Adli!


  • - Pesuruhjaya PAS Melaka

    Kes Demo ISA: Rayuan 3 Ahli PAS Melaka ditolak

    Dalam kesibukan kita berbicara isu DSAI pada 901, kita terlupa bahawa rayuan kes berkenaan demontrasi ISA terhadap sahabat kita Hasbullah Bin Pit serta 2 org lagi ahli/penyokong PAS didengar juga pada hari di tempat yang sama dgn DSAI.


    Mahkamah yang bersidang hari ini MENOLAK RAYUAN mereka. 


    Harap sahabat-sahabat semua tidak mengkesampingkan kebajikan mereka. Tunjukkan solidariti kita kepada Saudara Sebol dan sahabat-sababat lain.


    Mereka telah mempertaruhkan tenaga, wang ringgit dan nyawa untuk menentang kezaliman ISA. Kita semua mesti memberikan sokongan moral kepada mereka.

    -Timb. Pesuruhjaya PAS 3

    Sunday, January 8, 2012

    PR Melaka di landasan TERBAIK menang PRU-13

    Penganalisis Politik Malaysia, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata PR Melaka berada dalam landasan terbaik untuk memenangi banyak kerusi pada PRU 13 nanti. Ini berdasarkan kepada kajian firma yang diketuai beliau iaitu Zentrum Future Studies Malaysia yang dijalankan di Melaka.

    "PR dan BN Melaka tidak banyak bezanya dari sokongan rakyat, ia hanya berselisih sedikit sahaja, tiada siapa yang dominan".

    "Untuk memastikan kemenangan mutlak PR mesti bekerja kuat, mengatur strategi yang tepat dan mempunyai barisan kepimpinan yang meyakinkan rakyat" tegas beliau.

    Abu Hassan berkata demikian pada program Wacana PRU 13 : Menuju Seri Negeri yang dianjurkan oleh PAS Melaka di Ayer Keroh pagi ini.

    "Rakyat khususnya golongan muda cenderung untuk menyokong PR dan terpulanglah kepada PR untuk menguruskannya"

    "Mereka terdedah kepada media baru, maka sesiapa yang ingin menang mesti menguasai media baru dan ini disedari oleh semua pihak, cuma siapa yang hebat menguruskannya dia menang" ujar Abu Hassan.

    -mutaligat

    Tuesday, January 3, 2012

    2012 : Tahun selamatkan Melayu




    • 2012 Tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia.
    • Sukar bagi rakyat menentukan benar atau salah.
    • Rakyat makin berserabut. Melayu terutamanya.
    • Orang Melayu dipersimpangan, nak pilih pakatan, dibimbangi kuasa melayu hilang, nak pilih UMNO dibimbangi duit melayu hilang.
    • Mungkin Melayu kena dengar Motivasi "Dr Azizan Osman". Kenal potensi diri supaya Melayu lebih ceria, berjaya dan kaya.
    • Melayu ada permata, tidak digilap.
    • Melayu ada harta, tidak diketahui.
    • Melayu ada budi, tidak diarah.
    • Melayu ada agama, sayang tidak difahami.
    • Bolehkan Melayu diselamatkan oleh UMNO, jujurlah dengan kuasa 54 tahun.
    • Bolehkan Melayu diselamatkan dengan PERKASA.
    • Bolehkan Melayu bangkit ceria, berjaya dan kaya dengan RASUAH.
    • 2012 adalah harapan baru buat Melayu, kekal dengan UMNO, walaupun ditipu atau beralih kepada pakatan?
    • Mampukan PAS selamatkan Melayu?
    • Tahun 2012 adalah tahun untuk menyedarkan Melayu dengan Islam.
    • Bukan mudah membawa Melayu kepangkal jalan.
    • UMNO sudah meracuni minda kita.
    • Kita juga Melayu, iaitu Melayu yang telah dibuka "Hijab".
    • 2012 adalah tahun membuka hijab Melayu kepada UMNO.
    • Supaya Melayu dapat melihat UMNO yang sebenarnya tanpa "Hijab".
    • Tahun 2012, tahun selamatkan Melayu !



    -Pesuruhjaya PAS Melaka

    Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

    Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

    Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

    Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



    Fakta Monorel Melaka



    1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

    2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

    3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

    3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

    4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

    5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

    6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


    Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).