Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, March 30, 2012

KEMAS Terlibat Pertukaran Alamat?


Adakah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terlibat dalam proses pertukaran alamat seperti yang berlaku di DUN Ayer Molek? Seorang penduduk, Zawawi Abdul dari Ayer Molek mengadu kepada pihak kami bahawa tempat beliau mengundi telah ditukar tanpa pengetahuan beliau sendiri.

Kejadian ini berlaku setelah beliau meminta anaknya menyemak status tempat mengundi dan mendapati tempat beliau mengundi sebelum ini telah ditukar ke kawasan lain. Beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka di Ayer Keroh dan pihak SPR memberitahu bahawa beliau telah menukarkan alamatnya.


Beliau terkejut kerana sebelum ini tidak pernah menukarkan alamat dan borang itu juga bukan beliau yang mengisinya dan tandatangan itu juga palsu. Adakah pihak yang terlibat mendedahkan butiran peribadi ini ada kaiatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

Bagaimana maklumat seperti ini dimanipulasi oleh pihak SPR sedangkan beliau tidak pernah berbuat untuk pertukaran alamat? Adakah pihak KEMAS dengan kerjasama JPN dan SPR telah bersatu untuk memindahkan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat ke kawasan lain?

Apakah fungsi SPR sebenarnya? Menjadi alamat kepada UMNO atau bebas sebagai sebuah badan yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik?



Thursday, March 29, 2012

Pemuda PAS Melaka Selar Catuan Ubat Hospital


Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah menyelar tindakan pihak kerajaan UMNO/BN yang cuba menjadikan ubat sebagai bahan catuan sedangkan Melaka dianggap Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Namun ia hanya slogan semata-mata. Kekurangan peruntukan di Hospital Melaka adalah berjumlah RM3.5 juta pada bulan November 2011 dan stok ubat pula telah dipinjam dari hospital dan klinik-klinik kesihatan bagi menampung keperluan yang tinggi di Hospital Melaka.

Catuan ubat terpaksa dibuat supaya ubat dapat dibekalkan kepada semua pesakit dengan kuantiti yang minima. Namun ini akan menyebabkan pesakit sentiasa berulang alik ke farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat yang baru.


Dr. Mahathir Akui PAS Betul


Dr Khalid menyerah borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Presiden

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu (UMNO) kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS."

Mahathir berkata UMNO harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
    
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

Maka telah terbukti bahawa selama ini lontaran fitnah yang ditabur ke atas PAS adalah rekaan semat-mata bagi menutup kelemahan pemimpin UMNO itu sendiri. Mahathir mengiktiraf bahawa orang pandai akan memilih PAS dan UMNO memilih golongan yang ketandusan idea.

Sudah masanya untuk ahli UMNO berubah pandangan seperti yang diperkatakan oleh mantan mereka itu. Itu bukan kata-kata orang bawahan tetapi mantan Perdana Menteri Malaysia. Jadilah orang yang cerdik menilai seperti Mahatthir.

Wednesday, March 28, 2012

Brek Gagal Berfungsi Punca Lori Terbalik



Sebuah lori yang membawa muatan sarat dengan kelapa sawit telah terbalik di simpang berhampiran empangan Durian Tunggal dipercayai brek tidak berfungsi dengan baik pada pukul 10 pagi semalam.

Lori tersebut gagal dikawal apabila breknya gagal berfungsi dengan baik.

Akibat daripada itu, jalan disitu agak sibuk dengan kenderaan-kenderaan berat bagi kerja memindahkan kelapa sawit dan membersihkan kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Blog Yusof Wahab

Tuesday, March 27, 2012

Dedahkan Segera ADUN yang Terlibat Dalam Kelab Malam


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam diminta mendedahkan nama ADUN dari UMNO yang terlibat dalam kelab malam seperti yang dilaporkan dalam media. Sekiranya beliau berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan, bermakna beliau sendiri bersubahat bersama ADUN tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustz Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.

Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.

Monday, March 26, 2012

Rakyat Mahukan Perubahan Tolak UMNO


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata rakyat Malaysia mesti menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 sebelum negara ini bangkrap.

"Rakyat Malaysia mesti tukar kerajaan pada Pilihanraya umum ke 13, kerana jika tidak ditukar negara kita akan bangkrap.

"Jangan Malaysia dah bangkrap baru rakyat hendak bagi Pakatan Rakyat memerintah, sudah terlambat" ujar Mohamad.

Beliau berkata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala menjangkakan Malaysia akan bangkrap pada tahun 2019 iaitu pada 2012.

"Bukan PAS, DAP atau Adil yang dakwa Malaysia akan bangkrap tapi menteri kabinet sendiri, iaitu Idris Jala yang dilantil oleh Najib.

"Malah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga menyatakan bahawa Malaysia akan bangkrap pada 2015 tiga tahun lagi" tambah Mohamad.

Menurutnya rakyat mesti pantas bertindak menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti sebelum negara bangkrap macam Greece.

"Macamana tak bangkrap rasuah berleluasa, duit negara di bawa secara haram keluar negeri berjumlah RM1.077 trilion, RM28 bilion tiris menurut Ketua Audit Negara, macam mana negara tak bankrap" kata Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah di Kampung Lendu malam tadi yang turut dihadiri kira-kira 1000 orang dari penduduk setempat.


Antara pimpinan yang hadir pada majlis pelancaran adalah dari Parti Keadilan Rakyat yang diwakili oleh Law Bing Haw, DAP diwakili oleh ADUN Kesidang Goh Leong San manakala PAS diketua oleh Pesuruhjaya PAS, Adly Zahari, Timbalannya Sofi Wahab, Yuhaizad Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS Melaka, Penyelia DUN Lendu, Asri Shaikh Abdul Aziz, Penyelia DUN Kuala Linggi, Ustz Julasapiyah, Penyelia DUN Tanjung Bidara, Ustz Imran dan ramai lagi. Selain itu, bekas pengarah hospital Melaka yang masih bertugas sebagai kontrak di hospital Melaka turut hadir memberi sokongan, Dr Khalid.

Pada malam itu juga dilancarkan baju "Rakyat dihati Kami" serta logo baru bagi PAS Melaka. 

Friday, March 23, 2012

Bersih Di Bandar Tapi Kotor Di Luar Bandar


Masalah sampah sarap di Taman Lendu Bakti dan Kg Lendu Tengah tidak dipedulikan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Keadaan ini mengundang tidak selesa kerana tidak mencapai slogan yang dilaungkan oleh Ketua Menteri Melaka dengan tema "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau".

Adakah ini yang dikatakan "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau"? Jangan hanya keindahan serta kebersihan di kawasan bandar sahaja diutamakan tetapi kawasan luar bandar juga perlu diberi perhatian yang serius. Jika ini dikatakan "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau", ia belum mencapai status yang sesuai.

Turut hadir meninjau di lokasi tersebut ialah Penyelia DUN Lendu, Asri Shaikh Abdul Aziz dengan penduduk tempatan Tn Hj Adam yang meninjau keadaan sampah sarap yang tidak diurus dengan baik oleh MPAG. Keadaan sampah tidak diurus dengan betul dan ada serpihan sampah berselerakan di atas jalan raya. Keadaan ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Penduduk tempatan memohon MPAG mengambil tindakan segera agar masalah sampah ini dapat diselesaikan dan memberi keselesaan serta menjaga keadaan alam sekitar dengan bau busuk samaph tersebut.

Sudah beberapa kali isu sampah diajukan kepada JKKK dan pihak MPAG, namun tidak diendahkan. Diharapkan laksanakan tanggungjawab dengan baik demi memastikan kepentingan rakyat diutamakan.


Bekas JKKK Lumpuh 8 Tahun Tiada Bantuan UMNO



Isnin lepas satu ziarah singkat bersama bekas calon Dun Asahan, Tuan Haji Amdan Sudin bersama Timbalan Peneragan Pas Melaka, Yusof Wahab telah melawat bekas pengerusi JKKK berdekatan Bukit Senggeh.

Bekas pengerusi JKKK tersebut, Abdul Ghani bin Bachik, 84, terlantar sakit lumpuh di rumahnya sejak 8 tahun lalu.

Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi JKKK kampungnya selama 38 tahun, bermula tahun 1960-1998, satu masa yang agak lama.


Bila ditanya adakah adakah orang UMNO yang lain yang datang melawat sejak beliau sakit, beliau dengan berbaik sangka menjawab mungkin orang UMNO yang lain tidak tahu. Lagipun menurut beliau, beliau tidak menceritakan penyakit beliau kepada orang-orang UMNO yang lain.

Menurut Tuan Haji Amdan Sudin, pihaknya akan mengantar pasukan medik bagi memeriksa dan merawat bekas pengerusi JKKK itu.

Beliau juga dahulunya pernah menjadi penaja UMNO Bukit Senggeh Barat dan pernah menjadi pengerusinya.

Sumber: Blog Yusof Wahab

Dilema Nelayan Pasir Gembur


Nelayan mahukan bantuan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran supaya membantu nelayan untuk baik pulih tempat pendaratan. Ketua Menteri, Ali rustam dan Noh Omar telah melihat nelayan dan berjanji akan memberikan bantuan berjumlah RM200,000.

Selain itu, isu tanah ibu tunggal juga menjadi isu yang diabaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. JKKK yang mengendalikan itu bermasalah menyebabkan rumah milik ibu tunggal itu tergendala. Janji JKKK itu dalam masa dua minggu belum ada apa-apa berita dari pihak JKKK.

Pendapatan ibu tunggal bergantung kepada kerjanya yang membersihkan masjid. Selain itu, ibu tunggal tersebut juga mahu mengawinkan anaknya namun pendapatan yang diperolehi dari kerja tidak dapat menampung kos.


Thursday, March 22, 2012

Video: Beginikah Layanan Kepada Rakyat?


Luahan seorang penduduk ketika memohon bantuan namun dipermainkan oleh pihak tertentu sehinggakan terpaksa melupakan hasrat untuk memohon bantuan tersebut. Ikuti wawancara beliau bersama Penyelia DUN Bukit Baru ketika beliau ke Bukit Pulau dalam DUN Bukit Baru dalam menyantuni rakyat.

Wednesday, March 21, 2012

Menara Telekomunikasi Perniagaan Baru Dalam Masjid


Tindakan kerajaan negeri Melaka meluluskan projek pembinaan menara telekomunikasi di beberapa kawasan masjid dan surau di negeri tersebut menimbulkan tanda tanya.

Ia berikutan pembinaan yang didakwa tidak kena pada tempatnya itu dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan jangka masa panjang penduduk berdekatan berikutan projek tersebut mendatangkan kesan radiasi.

Antara yang bangkit mempersoalkan perkara itu, beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat yang mendakwa pembinaannya tidak mengikut spesifikasi Suruhanjaya Telekomunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Menara Telekomunikasi Dalam Laman Masjid



Setakat ini terdapat kira-kira sembilan menara sudah dibina membabitkan kawasan surau dan masjid antaranya, Masjid Ubudiah, Ayer Keroh, Masjid Tun Khalil, Tangga Batu dan Surau Taman Peringgit Jaya.

Selain itu, katanya menara seumpama itu turut dibina di Surau Semabok Jaya, Semabok, Surau Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam, Surau Taman Ara Ehsan, Batu Berendam, Surau Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Surau Taman Tun Raha, Bukit Katil dan Surau Taman Jati, Batu Berendam.

Projek itu sudah disahkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika sidang DUN tempoh hari di mana ketua menteri menjelaskan kos pembinaannya berjumlah RM300,000 yang ditanggung oleh kontraktor.

Penempatan menara di kawasan terbabit dengan cara sewa sebanyak RM750 sebulan yang akan dibayar kepada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan jumlah yang sama juga akan dibayar kepada pihak jawatankuasa masjid dan surau terbabit.


Garis panduan pembinaan menara yang dikeluarkan oleh SKMM, meliputi menara yang dibina tidak melebihi 45 meter haruslah dalam jarak minimum 30 meter dari kawasan kediaman. Menerusi tinjauan, menara yang dibina di Taman Jati mencapai ketinggian, kira-kira 70 meter manakala jaraknya pula tidak sampai 30 meter dari kediaman.

Ketika ditemui petang tadi, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata bahawa pembinaan menara seperti ini tidak selamat ekoran kesan radiasi kepada penduduk sekitarnya.


"Sepatutnya, lagi lama duduk di surau lagi selamat dan tenang tetapi kini jadi tidak selamat. Kerajaan negeri harus merujuk balik garis panduan dan kepentingan rakyat, jadi inilah yang kita buat bantahan.

"Kalau kita tengok selalunya menara telekomunikasi di atas bukit, jauh daripada orang ramai, bukannya seperti mana yang dibina di sini.


"Namun, itu tidak boleh dijadikan alasan kerana tujuan utama adalah untuk meraih keuntungan oleh pihak-pihak tertentu.

"Mustahil sebuah syarikat swasta hendak melabur sehingga RM300,000 untuk membina sebuah menara semata-mata untuk tujuan azan sekiranya tidak ada maksud tersembunyi iaitu bermotifkan keuntungan seperti yang dijelaskan.

"Saya difahamkan mereka merancang untuk membina sebanyak 40 buah menara seumpama itu di negeri ini. - Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka.


Tuesday, March 20, 2012

TREM Projek Terbaru Menjana Pemborosan


Gambar hiasan

Terbaru, ada ura-ura mengatakan kerajaan negeri Melaka dalam perancangan untuk membina projek baru yang dinamakan TREM yang menelan kos RM272juta yang mana kerajaan negeri berjanji akan membayar kembali RM272juta tersebut dengan 20% daripada hasil jualan tiket. 

Jika hasil kutipan tiket 20% tersebut untuk membayar balik pinjaman, bilakah hutang tersebut akan dilangsaikan dan termasuk kadar faedah yang dikenakan pula mesti tinggi. Mampukah ia dijelaskan? 

Mari kita berfikir sejenak,  sekiranya penumpang sehari adalah 1,200 orang bagi setiap jam dengan caj RM2. Cuba kita bayangkan TREM tersebut beroperasi selama 8 jam sehari, maka setahun hasil jualan tiket adalah RM7.08juta dan hanya 20% sahaja daripada hasil jualan tiket tersebut yang akan digunakan untuk membayar hutang. Jadi, berapa tahunkah diperlukan untuk membayar hutang? Bagaimanakah dengan hutang tertunggak yang lain? 

Seterusnya, entah projek apa lagi yang bakal dilaksanakan dalam keadaan hutang yang berbillion ringgit. Sektor manakah pula yang bakal menjadi mangsa bebanan hutang yang terlalu banyak. Apa yang pasti rakyat akan terus menjadi mangsa dan hanya dikaburi dengan projek-projek yang kononnya gah tetapi duit rakyat dibazirkan begitu sahaja. 

Oleh: Nisa' Mujahidah

Monday, March 19, 2012

Hutang Dikurangkan dikatakan Untung?



Mendengar jawapan daripada Timbalan Ketua Menteri bahawa kerajaan Melaka yang ditadbir oleh Ketua Menteri sekarang telah berjaya mengurangkan hutang namun apa yang kita tahu bahawa hutang kerajaan negeri meningkat dari tahun ke tahun bermula semenjak diambil alih oleh Datuk Seri Ali Rustam pada tahun 1999 sehingga ke hari ini.

Setelah dikaji dan diselidik kita dapati, hutang kerajaan negeri Melaka pada tahun 2000 di bawah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam selepas memenangi pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 adalah, pada tahun 2000 hutang Melaka bernila RM461juta, pada tahun 2010 hutang meningkat kepada RM850juta dan pada tahun 2011 hutang kerajaan negeri dijangka melebihi RM1bilion. 

Kerajaan negeri telah membuat pinjaman sehingga mencecah billion ringgit supaya dapat melaksanakan projek-projek yang kononnya mega dan akhirnya mengisytiharkan ‘Melaka Negeri Maju’ kepada diri sendiri. Persoalannya, majukah kita dengan hutang sebanyak ini? Tidakkah kerajaan negeri memikirkan cara untuk melangsaikan hutang tersebut?   

Pada masa yang sama, di saat projek-projek “mega” diagung-agungkan, peruntukkan ubat bagi negeri Melaka sebelum ini adalah RM42juta kini telah dikurangkan kepada RM30juta. Kini kita dapat lihat siapakah yang akhirnya menanggung akibat bebanan hutang kerajaan Negeri.

Ketua Menteri sebelum ini pernah menyalahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan alasan tidak memberi peruntukan perubatan kepada Hospital Melaka namun telah dinafikan oleh Menteri Kesihatan  bahawa peruntukkan perubatan telah disalurkan kepada hospital berkenaan dan siapakah yang menipu dalam hal ini? Kerajaan Melaka atau Kementerian Kesihatan Malaysia?

Oleh: Nisa' Mujahidah

Saturday, March 17, 2012

Foto: Cuti-cuti Pantai Kundor






Hari ini telah berlangsung program Cuti-cuti Pantai Kundor di N.12 DUN Pantai Kundor. Program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tangga Batu mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Turut hadir pada program tersebut adalah wakil dari DAP.

Program yang bermula jam 8.00 pagi itu dan tamat jam 6.00 petang turut menyajikan beberapa acara menarik untuk kanak-kanak dan juga untuk ibu. Antara acara yang menarik ialah facial muslimah, memasak, menjahit dan banyak lagi yang telah disediakan.

Yang diPertua PAS Tangga Batu, Ustz Mohd Noor Omar turut tidak melepaskan peluang dalam acara untuk potong rambut yang disediakan secara percuma kepada pelawat. Pameran seperti risalah Negara Berkebajikan tawaran PAS turut dipamer untuk tontonan umum.

Thursday, March 15, 2012

Foto: Sekitar Majlis Pengebumian Dr Rosnah

Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Hajjah Kintan Man

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli turut hadir

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab

PAS Melaka yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Adly Zahary dan barisan kepimpinan PAS Melaka mengucapkan takziah kepada Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli atas pemergian isterinya, Dr Rosnah Nyarus ke rahmatullah jam 3.00 pagi tadi.

Rumah beliau turut dikunjungi oleh staf-staf hospital yang mengenali Allaharyamah Dr Rosnah. Kehadiran yang hadir ke rumah Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli adalah sekitar 300 orang yang memberi penghormatan terakhir.

Bekas Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustz Abdul Ghani turut memimpin solat jenazah

Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka, Ustz Zulkifli Ismail menenangkan ahli keluarga
 



Isteri Bekas TPJ PAS Melaka Meninggal Dunia


PAS Melaka hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka atas pemergian isterinya, Dr Rosnah ke rahmatullah pada jam 3.00 pagi tadi akibat kanser.

Sekarang jenazah masih di rumah mereka dan akan dikebumikan jam 10.30 pagi ini di Bertam Malim. Berita lain akan menyusul beserta gambar dan video.

Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli merupakan bekas calon PAS yang juga seorang doktor telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999 dan Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004. 

Pada tahun 1999, beliau bertanding di N.24 DUN Serkam menentang calon daripada Barisan Nasional iaitu Ahmad Bin Hamzah dan pada tahun 2004 pula beliau bertanding menentang calon Barisan Nasional iaitu Datuk Wira Amid Bin Nordin dan kali ini di N.23 DUN Telok Mas.

Wednesday, March 14, 2012

Maut Motosikal Meletup



“Apabila terdengar dentuman kuat saya berpaling dan ternampak seorang lelaki melambung sebelum jatuh atas jalan.

“Saya berlari nak melihat keadaan mangsa dan panik mendapati tubuh terbaring berlumuran darah itu rakan sekerja,” kata Abd Kadir Kechut, 46.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, Pembantu Farmasi di Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Mohd Firdaus Yahya, 32, terbunuh selepas Honda Wave ditunggangnya merempuh Perodua Viva di simpang tiga berhadapan klinik itu.


Difahamkan, sebelum kejadian motosikal mangsa hilang kawalan dan merempuh Perodua Viva secara tiba-tiba membelok ke kanan jalan mengakibatkan Mohd Firdaus melambung melepasi kereta dinaiki dua beranak berusia 25 dan 56 tahun itu manakala motosikalnya terbakar.

Abd Kadir berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa rakan berada di kafeteria klinik.

Katanya, seorang anggota bomba memadamkan kebakaran motosikal menggunakan alat pemadam api.

“Saya terkejut menyedari orang yang melambung tadi rakan saya dan dalam keadaan panik bergegas membantu rakan lain mengambil pengusung dan membawa Mohd Firdaus ke klinik untuk rawatan,” katanya.



Sumber gambar disini

Tuesday, March 13, 2012

Penyelia Parlimen Masjid Tanah Bersama Rakyat

Kuala Linggi : Penyelia Parlimen Masjid Tanah Datuk Haji Mohammad Bin Burok telah mengadakan lawatan kerja ke Dun Kuala Linggi untuk mendekati rakyat dengan menziarahi rakyat dan menyantuni rakyat kebanyakan di Dun Kuala Linggi .

Turut serta bersama beliau ialah Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim, Penyelia Dun Lendu En Asri shaik Abdul Aziz dan ahli Jawatan Kuasa MTD Kuala Linggi. Beliau telah menziarahi Tuan Haji Rahmat di Kampung Kuala Linggi dan menyampaikan sedikit sumbangan tanda hati dari PAS.

Menziarahi Tuan Haji Rahmat Bin Ali di UPU Tanjung Dahan

Menziarahi En Ayob Bin Bachik Bekas Ketua Cawangan UMNO Kampung Kuala Linggi 

Tuan Haji Rahmat adalah seorang guru fardhu Ain dan tokoh agama di Dun Kuala Linggi ini. Seterusnya Datuk Hj Mohammad Bin Burok telah menziarahi bekas ketua cawangan UMNO Kampung Kuala Linggi En Ayob Bin Bachik yang sedang uzur dan ketika berita ini di tulis beliau telah kembali ke rahmatullah sehari selepas program ziarah ini berlaku.

Di sini Datuk Haji Mohammad Bin Burok bersama sama dengan Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menyampaikan sedekah sumbangan berbentuk barang makanan demi meringankan beban yang di tangung keluarga. 

Tanda kasih dan sayang seorang pemimpin kepada rakyat 

Seterusnya program ziarah ini telah berkunjung ke rumah En Abu Bin Endin dan seterusnya menziarahi Saudara Basiron di Kampung baru. Dalam komentar Penyelia Dun Kuala linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim selaku tuan rumah pada program ini beliau telah berkata bahawa program ini harus dan akan di teruskan setiap minggu demi kita merakyatkan pemimpin dan memperkenalkan Penyelia Parlimen Masjid Tanah Datuk Hj Mohammad Bin Burok ke mata rakyat.

Kita juga akan membela nasib rakyat kebanyakkan yang tidak di bela pihak kerajaan yang sanggup menganak tirikan rakyat Melaka dari segi kebajikan dan lain lain lagi. kita juga dalam ziarah ini akan menyampaikan sedikit sumbangan kepada rakyat selaras dengan konsep yang di perjuangkan PAS iaitu konsep menuju "Negara Berkebajikan".

Dalam ulasan Datuk Hj Mohammad Bin Burok Penyelia Parlimen Masjid Tanah beliau telah menyatakan bahawa beliau komited dalam membela nasib rakyat dan sedia menghadapi onak dan duri demi rakyat dan akan sentiasa di sisi rakyat senang atau susah . Diharap program ini akan memacu PAS di mata rakyat Parlimen Masjid Tanah . Dan kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah Ayob Bin Bachik ... Al Fatihah

Monday, March 12, 2012

Kutipan Tiket Lebih Rendah Dari Belanja


Jika kutipan tiket tidak mendapat hasil yang tinggi, bagaimana ia boleh menampung kos perbelanjaan? Sekiranya ini berterusan berlaku, kerugian yang dialami akan terus meningkat. Kos operasi yang tinggi namun hasil kutipan tiket yang kurang memberangsangkan. Apakah punca yang berlaku demikian dan bagaimanakah kaedah untuk meneruskan perkhidmatan ini bagi meningkatkan jumlah kutipan tiket?

Bagaimana status Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) boleh mengalami kerugian? Sepatutnya ia mempunyai trafik udara yang paling sibuk memandangkan ia bertaraf antarabangsa. Satu-satunya lapangan terbang antarabangsa yang mengalami kerugian adalah di Melaka. Bagaimana urus tadbir syarikat berkaitan sehinggakan menguruskan lapangan terbang ibarat melepas batuk ditangga?

Adakah agensi pelancongan yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah lapangan terbang mempunyai landasan yang pendek atau adakah syarikat penerbangan tidak berminat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) ini atau faktor kos yang tinggi dan tidak mendapat sambutan dari pengguna?

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam yang telah menelan belanja sebanyak RM300,000 sebulan, namun hasil kutipan tiket mengalami kerugian dan hanya dapat kutipan sebanyak RM53,000 sahaja sebulan. 

Kerugian 4 tahun setelah beroperasi adalah berjumlah RM6.58juta. Penumpang pada tahun 2004 adalah 44,000 orang dan pada tahun 2010 penumpangnya berkurang hampir 50% kepada 21,000 orang walaupun selepas dipanjangkan dengan menelan kos RM250juta. Permohonan tersebut telah dimohon oleh Ahli Parlimen Jasin, Ahmad bin Haji Hamzah.

Oleh: Nisa' Mujahidah

Sunday, March 11, 2012

5 Projek Gajah Putih Melaka

Setelah pelbagai projek yang mendatangkan pembaziran di negeri Melaka Bersejarah, Litar go-kart bernilai RM12juta, Replika jam MBMB bernilai RM500,000, air terjun Bukit Sebukor bernilai RM 1.7juta, Roller Coaster bernilai RM 10juta, ‘Bas Ali Rustam’ bernilai RM500,000, kini kita dapati 5 lagi projek yang terbengkalai di Negeri Melaka yang kita cintai ini. 


Pertama, Melaka Autocity yang menelan belanja sebanyak RM 20 juta. Terletak di Melaka Autocity berhampiran MITC, Muzium Pengangkutan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta, motosikal, basikal dan lain-lain. Namun ia tidak bertahan lama kerana sambutan kurang memuaskan dari pengunjung. Ia dibuka pada 2 Januari 2010. 


Kedua,  Melaka Watercity Resort  bernilai RM 47 juta. Melaka Watercity Resort menggambarkan seni bina yang tersendiri yang unik, taman kreatif landskap dan penginapan bertaraf lima bintang. Ia mempunyai air tasik buatan manusia. Melaka Watercity Resort juga mempunyai kawasan khas untuk sukan seperti litar go-kart, rock climbing, lata air lingkaran dan beberapa tarikan lain. Namun hampir 2 tahun ia telah ditutup operasinya.


Ketiga, Digital Mall yang berharga RM 52 juta. Walaupun telah siap sejak tahun 2007 lagi, bangunan yang pada peringkat awalnya ingin dijadikan Plaza ‘ Low Yatt Melaka’ yang menjual pelbagai peralatan dan aksesesori komputer dan telefon bimbit tidak menjadi kenyataan.

Menurut seorang pengedar dan penjual barang komputer di bandar ini berkata di antara punca peniaga-peniaga komputer tidak berminat menjalankan operasi di bangunan ini kerana sewanya yang mahal dan masalah tempat letak kereta yang dilihat menyukarkan pengguna untuk berkunjung ke sini.



Keempat, Melaka Mall bernilai RM 59.4 juta sedangkan pendapatan bersih Melaka Mall hanya RM 600,000 hingga RM 800,000. Melaka Mall adalah satu penjelmaan pusat membeli-belah Kotamas, sebelum ini, yang pada mulanya berjaya, tetapi merosot selama ini akhirnya ditutup pada tahun 2005. Selepas tempoh yang lama, tapak melalui satu pembaharuan besar-besaran di bawah pengurusan milik kerajaan Melaka Sentral, dan dibuka semula sebagai Mall Melaka. 


Kelima,  Riverside hotel yang berharga RM 31.77 juta. Kesemua projek yang sudah semestinya menggunakan duit rakyat ini tidak mendapat sambutan serta tidak memberikan pulangan yang berpatutan dengan kos yang telah dibelanjakan.

Oleh: Nisa' Mujahidah

Friday, March 9, 2012

Orang Melaka Boleh Tolak BN


Majlis makan malam bersama anjuran DAP Melaka telah dihadiri oleh ADUN dan ahli Parlimen. Antara yang hadir ialah ADUN Kesidang, ADUN Ayer Keroh, ADUN Bachang, ADUN Bandar Hilir bagi negeri Melaka manakala ahli parliemn Melaka dihadiri oleh Ahli Parlimen Kota Melaka dan ramai lagi.

Selain itu, PAS diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari. Turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS Melaka, Ashraf Mukhlis dan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah serta Setiausaha Pemuda, Shahrin Azam.

Bekas calon Rembau, CheGu Bard juga hadir memeriahkan suasana. Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching turut hadir pada majlis tersebut.


Thursday, March 8, 2012

Orang Asli Serah Memo Kepada Ali Rustam



Wisma Seri Negeri, Melaka: Seramai 20 orang masyarakat orang asli dari Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) telah hadir ke Wisma Seri Negeri tempat berlangsungnya sidang DUN Melaka yang kedua belas bagi penggal kelima.

Kehadiran mereka adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam berkaitan isu tanah milik mereka.

Wakil Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) yang diketuai oleh Liza Bt Dongdor, Faridah a/k Goh Kam dan Norsinani Bt Achin. Mereka hadir ke Wisma Seri Negeri seawal jam 10.00 pagi dan menunggu sehingga sidang dewan tamat pada sesi tengah hari pada jam 1.40 petang untuk bertemu dengan ketua menteri.

Dalam kenyataan akhbarnya yang diberikan kepada pihak kami, mereka sebulat suara membantah sekeras-kerasnya pemberi milikan tanah Orang Asli 2009, kenyataan Ketua Menteri Melaka pada 27 April 2011 serta bantahan dan tuntutan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Berikut adalah bantahan yang dikemukakan oleh Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) :-

Pertama, orang asli di negara ini bukan hanya tinggal di atas darat (tanah) tetapi juga sebahagian kaum kami, yang tinggal di pinggiran laut dan tasik. Oleh itu kami menggesa supaya kerajaan menghormati keseluruhan hak kami sebagai orang asli walaupun di mana kami berada.

Kedua, kami menggesa kerajaan menghentikan sebarang bentuk usaha yang berunsur paksaan, dorongan atau pujukan dan paksaan orang asli supaya orang asli bersetuju. Kami menggesa kerajaan mansuhkan dasar pemberi milikan tanah orang asli kerana ia tidak akan menguntungkan masyarakat orang asli secara keseluruhannya.

Ketiga, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 27 April 2011 yang disiarkan di akhbar Melaka pada 28 April 2011.

"Kami masyarakat Orang Asli Melaka amat kecewa ke atas  kenyataan media Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang telah dikeluarkan melaui akhbar bahawa semua 16 perkampungan orang asli di Melaka akan digazetkan serta-merta.

"Beliau menambah seluas 520.39 hektar tanah akan dibahagikan kepada 363 ketua isi rumah. Ini bermakna satu ketua isi rumah hanya menerima 1.5 hektar tanah dan jelas tidak mencukupi. Sedangkan tanah adat masyarakat kami luas, tetapi kerajaan meluluskan dan membiarkan dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu".


Manakala tuntutan-tuntutan Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) kepada pihak berkaitan adalah seperti berikut:-

Pertama, hentikan segala aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat orang asli

Kedua, menarik balik lesen-lesen yang telah diberikan kepada pekerja-pekerja kontraktor yang bekerja di atas tanah dan wilayah adat orang asli

Ketiga, membayar pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan atas segala kerosakan dan kerugian yang kami hadapi

Keempat, membatalkan semua rizab-rizab lain yang bertindih dengan tanah dan wilayah adat orang asli.

Kelima, mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat orang asli menurut peta komuniti orang asli.

Wednesday, March 7, 2012

Ziarah Pesuruhjaya ke Kuala Linggi


Kuala Sungai Baru : Persuruhjaya Pas Negeri Melaka Tuan Haji Adly Bin Zahari telah megadakan lawatan kerja beliau ke Pejabat MTD Kuala Linggi bagi melihat gerak kerja pasukan MTD Kuala Linggi untuk mengahadapi pentas Pilihan Raya Umum yang penuh dengan onak dan duri. 

Beliau telah di sambut oleh Penyelia MTD Ust Julasapiyah Bin Kassim dan barisan Ahli jawatan kuasa MTD. dalam ucapan alu - aluan dari pihak tuan rumah iaitu Penyelia Mtd Ust Julasapiyah Bin kasim beliau telah merasa berbesar hati atas kunjungan Tuan Persuruhjaya ke MTD Kuala Linggi dan beliau juga berharap dengan kehadiran Tuan Persuruhajaya dapat meningkatkan moral seluruh ahli dan perkerja parti untuk meneruskan perjuangan.

Tuan Persuruhjaya juga telah menyampaikan amanat beliau dan berharap agar MTD Kuala Linggi dapat memacu kemenangan dalam PRU yang bakal tiba dan mengaharap agar Kuala Linggi dapat di tawan Parti Islam Semalaysia( PAS) InsyAllah.

Bagi pihak ahli jawantan kuasa MTD mengucapakan ribuan terima kasih kepada Tuan Persuruhjaya yang sanggup turun ke MTD Kuala Linggi dan membakar semangat untuk meneruskan kerja untuk memenangkan PAS di sini.

Oleh: Haziq

Tanah Tidak Dibayar Pampasan



Tanah sememangnya menjadi isu besar di Melaka terutamanya berkaitan tanah milik orang Melayu. Dilema orang Melayu adalah tanah milik mereka diambil dengan harga murah bagi setiap kaki tetapi jual oleh kerajaan dengan harga yang paling tinggi. Itulah realiti yang berlaku di Melaka sebuah negeri maju 2010.

Harga tanah yang begitu tinggi nilainya hanya dibayar setengah harga atau tidak dibayar langsung. Ada kes fail atau dalam dokumen berkaitan tanah boleh hilang dalam simpanan mahkamah. Itu agak pelik dan kenapa dalam simpanan boleh hilang? Adakah peranan orang dalam memainkan peranan penting dalam menghapuskan bahan bukti?

Bukan itu sahaja, peguam juga disogok dengan nilai RM1juta semat-mata tidak mahu kes itu menang. Akhirnya pemilik tanah tewas dalam perbicaraan akibat rasuah yang diterima oleh pihak peguam. Begitu parah dan tenat negara Malaysia ini sekiranya lanun memerintah negara.

Tanah sekarang sudah menjadi milik perumahan Vista Kirana yang telah siap fasa satu. Inilah gambaran tanah asal dari ladang getah dan sekarang telah menjadi perumahan yang diduduki oleh sesiapa sahaja termasuk rakyat dari Singapura.



Sumber: Yusof Wahab

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).