Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, April 30, 2012

Takraw Terbuka DUN Ayer Molek



Semalam berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw Piala Pakatan Rakyat Ayer Molek anjuran Pakatan Rakyat Ayer Molek yang turut dihadiri oleh pemain-pemain dari selatan tanah air yang merebut hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat pertama.

Kejohanan Kejohanan Sepak Takraw Piala Pakatan Rakyat Ayer Molek telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan disaksikan oleh Penyelia DUN Ayer Molek, Mustafa Ali dan Hj Ismail Ahmad.

Kejohanan yang bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir hingga lewat petang menyaksikan persaingan yang begitu sengit bagi merebut kejuaraan.

Taklimat Bersama Timbalan Presiden PAS






Semalam telah berlangsung taklimat bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli bersama dengan ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Melaka.


Program yang bermula jam 2.30 petang itu dimulakan dengan penyampaian persembahan mengenai pilihanraya oleh Pengarah Pilihanraya Negeri, Bahiki Ismail. Selesai dengan program itu, Timbalan Presiden turut menonton klip video pendek mengenai Pakatan Rakyat.

Lagu Kerajaan Baru Impian Baru hasil kerjasama DAP turut menampilkan beberapa pimpinan PAS Kawasan dan juga negeri. Antara yang kelihatan dalam video tersebut adalah Timbalan Presiden sendiri, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan ramai lagi

Kemalangan Di Melaka Meningkat

Gambar hiasan

Statistik yang dikeluarkan mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan negeri Melaka telah meningkat dan keadan ini amat membimbangkan pengguna jalan raya seperti motosikal. Motosikal merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya tidak kira di mana-mana lokasi.

Jumlah kemalangan yang dicatatkan di negeri ini sepanjang Mac lalu meningkat 12 peratus atau 133 kes kepada 1,283 kes berbanding 1,150 kes Februari lalu. Peningkatan ini mungkin berpunca daripada sikap pemandu yang tidak menitikberatkan aspek keselamatan.

Jumlah kemalangan maut bagaimanapun berkurangan satu kes kepada 17 kes pada bulan yang sama berbanding 18 kes Februari lalu. Bagi bulan yang sama, jumlah kematian juga menurun kepada 17 berbanding 21 kematian pada Februari 2012. Daripada 17 kematian yang dicatatkan, 12 daripadanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 Seluruh Negara


Walaupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghalang orang ramai dari mendekati Dataran Merdeka, namun keadaan sehingga pagi ini telah dipenuhi oleh peserta di Dataran Merdeka. Lebih banyak kon-kon dipasang dan juga kawat berduri telah merentangi laluan untuk ke dataran tersebut.

Jalan-jalan utama juga telah ditutp semenjak awal pagi tadi namun orang semakin mendekati kawasan Dataran Merdeka. Ada yang terpaksa meletakkan jauh dan terpaksa berjalan kaki disebabkan laluan telah ditutup. 

Wednesday, April 25, 2012

Perutusan BERSIH 3.0 Melaka


PAS Melaka yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah akan menghantar sekurang-kurangnya 5,000 ahli ke Dataran Merdeka bagi membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dianggap menimbulkan keraguan kepada pengundi serta sikap berat sebelahnya terhadap parti yang memerintah pada hari ini.

Himpunan yang dinamakan "Duduk dan Bantah" itu akan mengumpulkan sasaran seramai 500,000 orang yang bertempat di Dataran Merdeka pada 28 april 2012 jam 2.00 petang. Tujuan BERSIH 3.0 itu diadakan adalah untuk menyatakan tindakan SPR yang dianggap menganaktirikan parti pembangkang serta penyelewengan dalam daftar pemilih yang berlaku.

Di Melaka juga tidak terlepas daripada penipuan yang cuba dilakukan oleh SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap institusi pengajian awam terutamanya yang terletak dalam Parlimen Bukit Katil. Baru-baru ini terdedah satu video yang mengaitkan seorang anak ADUN UMNO terlibat dalam pemindahan daftar pemilih bagi memenangkan UMNO/BN di Parlimen Bukit Katil.

Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah berkata, SAMM akan bersedia menyediakan pasukan bertindak bagi memastikan setiap peserta dapat dilindungi. Selain itu, satu ceramah berkaitan BERSIH 3.0 akan diadakan di Bukit Baru pada 26 April 2012 jam 9.00 malam yang akan dihadiri oleh orang muda serta wakil-wakil dari pemuda komponen Pakatan Rakyat Melaka.

Antara yang akan hadir pada ceramah tersebut ialah Khairi Faizi selaku Setiausaha pemuda PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, Khairul Anuar selaku Timbalan AMK Pusat, ADUN Banda Hilir YB Tiey Kok Kiew mewakili DAP dan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah akan turut menyampaikan ceramah.


Monday, April 23, 2012

Speaker Tuduh Pakatan Rakyat Menipu


Selepas didakwa terlibat dengan pertukaran alamat mahasiswa, Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad menuduh pembangkang menipu pula sedangkan dalam klip video itu jelas menunjukkan bahawa pertukaran itu melibatkan dana kerajaan seperti yang diperkatakan oleh lelaki dalam video yang di dakwa anak seorang ADUN UMNO.

Dalam kenyataan speaker kepada sebuah media, beliau mengatakan tidak timbul penyelewangan dan penipuan seperti yang didakwa pembangkang tetapi mengapa beliau tidak menjawab pertanyaan media adakah itu anak salah seorang ADUN UMNO di Melaka. berikut ialah kenyataan speaker kepada wartawan mengenai pertukaran alamat:

Ini semua bagi memberikan kemudahan kepada pelajar terbabit dan langsung tidak timbul soal penyelewengan dan penipuan seperti yang  didakwa pembangkang semalam - Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad.

Lagi satu, mengapa pihak tertentu mempergunakan pelajar seperti dalam video yang dapat diakses daripada internet.

Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU - Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh.

Siapa yang tipu siapa? Speaker tipu atau pembnagkang tipu.

Saturday, April 21, 2012

Anak ADUN UMNO Terlibat Pertukaran Alamat


Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu.

Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina.

Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat.

Thursday, April 19, 2012

Senator Abaikan Keluarga


Syed Zainaruddin B Dato' Syed Zain merupakan adik kepada Ketua Wanita UMNO Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain menceritakan beliau diabaikan oleh kakaknya dan kakaknya tidak menjenguk ibunya setelah diberitahu meninggal dunia dengan alasan ada tugasan lain.

Syed Zainaruddin B Dato' Syed Zain juga kesal dengan kakaknya yang tidak mengambil tahu pasal keluarga sedangkan kakaknya itu seorang yang terkenal dalam UMNO.

Beliau menunjukkan keadaan rumahnya yang uzur namun kakaknya yang hidup dalam keadaan mewah tidak mengambil berat keadaan keluarga walau semasa kecil pernah bersama


Wednesday, April 18, 2012

Sambutan Sukan Rakyat


Pada ahad lepas telah diadakan sukan marathon anjuran Sukan Rekreasi yang melibatkan sekitar 300 orang peserta yang melibatkan jarak sejauh 8.5 kilometer yang terbuka kepada tiga kategori yang dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori A bagi yang berumur 40 tahun ke atas, kategori B bagi dewasa bawah 40 tahun dan kategori C bagi acara wanita.

Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu bermula digarisan permulaan pejebat DAP Lorong Pandang yang melalui Kampun Lapan dan jalan utama AMJ dan kemudiannya melalui Jalan Pokok Mangga dan garisan penamatnya adalah di tempat permulaan tadi. Kesemua peserta selesai membuat larian selepas satu jam setengah.

Para pemenang tempat pertama bagi setiap kategori adalah wang tunai bernilai RM500 dan cederahati, tempat kedua hadiah wang tunai RM300 beserta cederahati manakala tempat ketiga pula hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta cenderahati. Hadiah saguhati pula adalah dari tempat keempat hingga ketempat ke-23 bagi setiap kategori.

Gambar boleh didapati di sini 

Tuesday, April 17, 2012

Belanja RM795.4juta Dalam Masa 3 Tahun


Sepanjang tempoh 1999 hingga 2011, kerajaan Melaka telah membelanjakan dari sumber langsung negeri untuk projek pembangunan adalah berjumlah RM795.4juta. Jumlah itu merangkumi beberapa projek seperti pembinaan Planetarium di MITC, Balai Cerap Al-Khawarizmi, pemilikan bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Hang Tuah, bangunan MICTH  dan pembinaan Bangunan Blok Bentara.

Mengikut pecahan, pembinaan Planetarium di MITC adalah berjumlah RM21juta, Balai Cerap Al-Khawarizmi pula berjumlah RM25juta semenjak dibuka pada tahun 2002 dan pemilikan bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Hang Tuah berjumlah RM226.17juta.

Bangunan MICTH pula dibina dan menelan kos perbelanjaan berjumlah RM29.3juta dan harga ini tidak termasuk harga tanah telah dijual kepada kerajaan persekutuan dengan harga RM43.8juta dan pembinaan Bangunan Blok Bentara pula menelan belanja RM11.5juta.

Tujuan itu adalah menggalakkan pelancongan dan pembangunan, namun adakah perbelanjaan mengurus itu diurus dengan sempurna tanpa ada ketirisan? Berapakah pulangan hasil dari pembinaan Balai Cerap Al-Khawarizmi pula berjumlah RM25juta itu pada setiap tahun?

Monday, April 16, 2012

Sukan PASTI Negeri Melaka

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menyampaikan hadiah kepada pemenang 

Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang


Pada 14 April 2012 yang lalu, PASTI Melaka telah mengadakan Sukan PASTI peringkat negeri yang melibatkan enam kawasan parlimen dalam Melaka yang bertempat di Masjid Tanah.

Acara yang bermula jam 8.30 pagi itu turut melibatkan 8 acara utama yang dipertandingan selepas peringakta kawasan bagi tiap-tiap kawasan. Antara acara sukan PASTI pada kali ini ialahjunjung pundi kacang, tarik bola dalam gelung, lari dalam guni, isi air dalam botol, bawa bola ping pong dengan sudu, lari membawa belon, lari pecut 50 meter dan acara tarik tali bagi pelajar lelaki sahaja.

Ibubapa juga turut teruja dalam memberikan sokongan kepada anak-anak masing-masing dalam acara yang dipertandingkan. Acara tarik tali paling memberi tumpuan kerana pelbagai ragam-ragam anak-anak kecil seperti menangis kerana kecewa gagal memenangi perlawanan acara tarik tali.

Turut hadir dalam majlis sukan PASTI peringkat negeri adalah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah serta saf kepimpinan pemuda-pemuda kawasan. Selesai acara sukan PASTI, majlis penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan gambar, boleh layari facebook PAS Negeri Melaka seperti berikut dan like page untuk mendownload gambar-gambar.

Video Himpunan Anti Lynas


Pada Jumaat lepas, Himpunan Anti-Lynas telah diadakan di dataran tempat meletak kereta di hadapan bangunan Universiti Terbuka Malaysia. Himpunan itu bertujuan membantah pembinaan kilang radioaktif dan juga tidak memberikan keuntungan kepada rakyat dan juga negara.

Tujuan berhimpun adalah 'membersihkan' bumi kita dari pencemaran sisa radioaktif yang boleh mengancam nyawa penduduk setempat berdekatan dengan kilang Lynas yang di bina.


Friday, April 13, 2012

Himpunan anti-Lynas Tengahari Ini di Melaka


Bersama-sama kita untuk menyatakan bantahan mengenai pembinaan kilang Lynas di Kuantan. Lokasi berhimpun di Melaka hari ini bertempat di perkarangan tempat meletak kereta di bangunan Universiti terbuka Malaysia selepas menunaikan solat Jumaat dan tema pakaina adalah berkaitan alam sekitar iaitu warna hijau atau Tshirt anti-Lynas.

Thursday, April 12, 2012

PTPTN dan Abd. Talib


Memetik kenyataan Naib Pengerusi Mimbar Pemuafakatan Ibu Bapa Nasional (Mapin) negeri Melaka, Datuk Abd. Talib Bachek, cadangan pembangkang untuk memansuhkan PTPTN tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata.

Apakah motif politik yang diperkatakan oleh Naib Pengerusi Mapin itu? Pembangkang yang mencipta motif politik atau pihak yang berkaitan tidak dapat mengagihkan projek kepada kroni? 

Beliau berkata lagi bahawa sejak PTPTN diperkenalkan ia telah banyak membantu pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan sebaik menamatkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT). 

Namun jawapan itu bukan satu tiket untuk membuktikan PTPTN banyak membantu pelajar sebaliknya ia membebankan pelajar terutama setelah menamatkan pengajian. Caj pengurusan yang dikenakan itu juga membebankan pelajar. Ada juga pelajar yang tidak dapat menjelaskan bayaran telah disenarai hitamkan untuk keluar negara.

Pelajar boleh menamatkan pengajian namun kos pembayaran yang ditanggung oleh pelajar tidak pernah dirasai oleh pihak yang cuba meraih keuntungan atas nama pemberian pinjaman kepada pelajar. PTPTN juga dianggap 'along' dalam dunia pendidikan. Permohonan yang mudah diluluskan namun sampai satu masa kadar faedah yang dikenakan itu terlalu tinggi.

Bagaimana pula dengan lepasan pelajar yang mengganggur? Adakah pihak PTPTN hanya menetapkan selepas enam bulan, pihak pelajar harus menjelaskan hutang sedangkan masih ramai yang belum dapat bekerja. Dan ada juga mengatakan selagi belum dapat kerja, pelajar tidak perlu membuat bayaran sehingga memperoleh peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, kadar faedah akan meningkat.

Wednesday, April 11, 2012

Himpunan Hijau Di Melaka 13 April 2012


Satu bantahan aman terhadap kilang nadir bumi Lynas akan diadakan Jumaat ini bagi menyuarakan bantahan dan kebimbangan masyarakat Melaka mengenai operasi kilang berkenaan di Kuantan, Pahang.

Selain Melaka, Program anju­ran badan bukan kerajaan (NGO) serta Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan turut diadakan di seluruh negara bagi tujuan sama.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, program akan bermula jam 2 petang berhada­pan­ Masjid Al-Azim di Bukit Palah dan dihadiri barisan kepimpinan­ PR negeri termasuk Ketua Pembangkang, Goh Leong San serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Tuesday, April 10, 2012

KUIM Hutang RM47juta dengan Kerajaan Melaka


Lagi agensi atau badan berkanun milik kerajaan berhutang dengan kerajaan Melaka. Kali ini melibatkan sebuah kolej yang terletak Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka. Kolej tersebut dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka dan sekarng dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diselia oleh badan berkanun kerajaan negeri Melaka.

KUIM mempunyai hutang tertunggak dengan kerajaan Melaka sehingga 31 Disember 2011 adalah berjumlah RM47juta (RM47,337,323.65). Satu angka yang begitu besar walaupun sudah beroperasi begitu lama, Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996.

KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 yang lalu oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM).

KUIM juga merangkumi 24 jenis kursus yang ditawarkan yang mana 23 daripada kursus tersebut bertaraf diploma dan satu sijil. Daripada 24 jenis kursus tersebut hanya 11 sahaja yang mendapat kelulusan Malaysian Qualification Register (MQA) dan 13 lagi kursus belum diiktiraf MQA. Daripada 11 yang mendapat kelulusan pula MQA hanya 2 sahaja yang masih sah laku iaitu kursus A6077-Diploma Pengurusan Pelancongan (tempoh sah laku 16 September 2012) manakala yang akan tamat tempoh pada bulan ini ialah A1828-Diploma Kejururawatan (tempoh sah laku 29 april 2012).

Bilakah KUIM dapat melaksanakan hutang kepada kerajaan negeri Melaka berjumlah RM47juta itu? Jika dilihat, kebanyakkan kursus tidak mempunyai tempoh sah laku bagi beberapa kursus yang ditawarkan. Bagaimana tiada pengiktrifan daripada MQA, KUIM boleh menjalankan pengurusan ini? Adakah nilai RM47juta itu diguna untuk tunjuan menutup pengiktirafan tersebut?

Monday, April 9, 2012

MAIM Hutang dengan Kerajaan Negeri Melaka RM11.99juta

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai hutang dengan kerajaan negeri berjumlah  RM11.99juta (RM11,990,437.84juta). MAIM selaku agensi atau sebuah badan berkanun yang dikawal selia oleh kerajaan Negeri Melaka. Hutang MAIM tersebut adalah berdasarkan kepada hutang yang berakhir pada 31 Disember 2011 yang lalu.

Di bawah MAIM mempunyai 3 anak syarikat milik MAIM iaitu Pusat Zakat Melaka (PZM), MAIM Holdings Berhad dan Pusat Latihan Al–Khawarizmi.

1. Pusat Zakat Melaka (PZM)

Pusat Zakat Melaka (PZM) telah dikorporatkan pada April 2001 dimana pengurusan kutipan zakat diletakkan dibawah PZM manakala agihan zakat diletakkan dibawah Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka.

Kutipan zakat di negeri ini sehingga 28 Mac 2012 mencecah RM7.48 juta iaitu meningkat sebanyak RM226,143 atau 3.12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Tahun lalu, jumlah kutipan yang diperoleh adalah RM7.25 juta.

Zakat wang simpanan menunjukkan jumlah kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM3.29 juta berbanding tahun lalu hanya RM2.72 juta.Ini diikuti zakat pendapatan sebanyak RM2.89 juta berbanding tahun lalu, RM2.04 juta manakala zakat ternakan pula mencatatkan kutipan terendah iaitu RM10,750.

Zakat korporat pula disumbangkan oleh lapan syarikat yang bernilai RM2.29 juta. Pada masa yang sama Lembaga Tabung Haji menyerahkan zakat korporat bagi tahun 2011 berjumlah RM1.194 juta. Turut menyerahkan zakat korporat ialah Ahli Lembaga Pengarah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Datuk Mohd. Aini Taib yang berjumlah RM623,812. Tidak ketinggalan ialah Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. iaitu sebanyak RM186,474.

2. MAIM Holdings Berhad

MAIM Holdings Berhad telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Melaka berdasarkan Seksyen 27(B) 2(e) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka Tahun 1994 yang memperuntukkan kuasa di bawah Majlis Agama Islam Melaka untuk menubuhkan syarikatnya di bawah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. MAIM Holding Bhd telah menubuhkan 3 anak syarikat yang bergerak aktif dalam aktiviti.


a) MAIM Bentara Sdn.Bhd.
b) MAIM Bentara Security Sdn.Bhd.
c) MAIM Industries Sdn.Bhd.


3. Pusat Latihan Al–Khawarizmi

Kompleks Falak Al Khawarizmi telah ditubuhkan pada tahun 2008 yang berstatus syarikat dibawah kawalan Majlis Agama Islam Melaka.

Menjadi persoalan di sini mengapa MAIM itu sendiri tidak dapat membayar hutang kerajaan negeri dan kita tahu bahawa MAIM Holdings Berhad itu menjalankan aktiviti perniagaan tetapi tidak dapat melunaskan hutang negeri sehinggakan kerajaan negeri hampir muflis. Sepatutnya ketiga-tiga anak syarikat milik MAIM itu dapat melangsai hutang MAIM itu sendiri tetapi ke mana pulangan itu digunakan?


Apakah fungsi utama kerajaan negeri memberi dana tetapi tiada sebarang pulangan dari agensi ataupun badan berkanun milik kerajaan? Adakah dengan nilai mencecah RM12juta itu terlalu kecil dan adakah pulangan keuntungan bagi 3 anak syarikat milik MAIM gagal membayar hutang kepada MAIM sekali gus untuk MAIM menyelesaikan duit kepada kerajaan negeri.

Sunday, April 8, 2012

Gempar Kerajaan Melaka Muflis


Terkini keadaan rizab tunai kerajaan Melaka yang berakhir pada 2011 menunjukkan bahawa adalah RM8.26juta dan kemungkinan rizab tunai itu akan menurun lagi pada tahun yang akan berkahir 2012. Bolehkah Melaka dapat diselamatkan ekoran rezab tunainya di bawah angka RM10juta? Jangan sampai Melaka muflis di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Ali Rustam.

Semenjak menjadi Ketua Menteri Melaka bermula pada tahun 1999, rezab tunai pada tahun 1999 adalah RM234.00juta. Rezab tunai itu semakin menyusut selepas 13 tahun Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka. Cuba kita kira dari PRU-10 hingga PRU-13 berapakah nilai penyusutan itu berlaku dan kenapa rakyat tidak sedar berkaitan rezab tunai ini?

Penggal pertama Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1999 pada PRU-10, rezab tunai kerajaan Melaka adalah berjumlah RM236.00juta. Mungkin ramai yang melihat angka ini besar dan akan lebih besar lagi sekiranya di bawah pentadbiran Ali rustam namun sasaran itu merosot dan tidak tepat. Kita simpulkan bahawa ada tiga angka.

Penggal kedua pula menyaksikan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri pada tahun 2004 pada PRU-11, rezab tunai menyusut lagi ke angka RM52.79juta. Penyusutan dari tiga angka terus kepada dua angka dan ini telah merisaukan status kewangan kerajaan negeri pada ketika itu. Walaupun BN menang besar pada tahun tersebut, rezab tunainya telah mengecil.

Penggal ketiga bagi tahun 2008 atau pada PRU-12 ketika memerintah Melaka, rezab tunai kerajaan Melaka adalah pada RM12.27juta dan pada tahun lepas rezab tunai menyusut lagi kepada nilai satu angka sahaja iaitu pada RM8.26juta bagi tahun 2011. Apakah Melaka akan berhutang selepas PRU-13 sekiranya masih di bawah BN? 

Perkiraan senang bahawa hidup di bawah pemerintahan BN, sesebuah kerajaan itu boleh muflis ekoran pemborosan yang melampau. Jawapan ini merupakan jawapan lisan pada persidangan DUN pada 5 - 8 March 2012 yang lalu.

PRU10 (1999) - RM234.00juta
PRU11 (2004) - RM52.79juta
PRU12 (2008) - RM12.27juta
2011 - RM8.26juta
PRU13 (2012/13) - ????

Friday, April 6, 2012

PR Cabar Ali Rustam Berkaitan Ugutan Bunuh


Ekoran kes ugutan bunuh terhadap suami kepada seorang surirumah di Bukit Baru ini khamis lepas, pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, YB Khoo Poay Tiong, dan Kamaruddin Sidek mengeluarkan satu kenyataan akhbar di rumah mangsa yang terletak di Bukit Baru semalam.

YB Khoo Poay Tiong Adun Ayer Keroh (DAP) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menyatakan pendirian beliau terhadap kejadian tersebut. Beliau juga berharap pihak Polis mengambil tindakan yang tegas kepada pihak terbabit, supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi.

Mangsa menunjukkan kad beliau yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan beliau memandang serius terhadap ugutan ini, kerana ugutan sebegini jarang-jarang diterima, iaitu adanya unsur ugutan bunuh. Beliau meminta kepada pihak Polis supaya laporan ini dipandang serius kerana ada unsur ugutan bunuh yang mana menurut seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu ugutan jenayah.

 "Saya turut mencabar Ketua Menteri Melaka ambil sikap yang gentlemen dan masuk ke dalam pilihanraya serara beradab, dan menggunakan saluran yang demokratik." ujar beliau lagi.

Kamaruddin Sidek yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka turut mengulas jika pihak Polis lambat bertindak, ini akan melahirkan penjenayah baru. Beliau bimbang insiden sebegini berulang pada masa akan datang, dan akhirnya orang ramai akan menyalahkan pihak seselamatan kerana mengambil sikap tunggu dan lihat. [sumber]


Thursday, April 5, 2012

Video: Ugut Bunuh Menjadi-jadi Dalam UMNO



Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.

Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.

Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya. Baca lagi di sini


Wednesday, April 4, 2012

Ali Rustam, Boros dan Liabiliti


Seperti yang kita ketahui bahawa 'banyak berhenti dari bergerak' dan itulah kekunci yang sesuai digunakan untuk perkhidmatan monorel yang terletak di Taman Rempah di mana pusat operasinya monorel Melaka sejauh 1.5 kilometer menghubungkan Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat dan sudah 27 kali rosak sepanjang pembukaannya pada Oktober 2010 sehingga Oktober 2011. Setahun sahaja sudah 27 kali mengalami masalah.

Sikap yang tidak bertanggungjawab Ketua Menteri Melaka yang mahu melaksanakan projek Monorel Fasa 2 tidak sedikit pun mengendahkan dengan apa yang berlaku pada monorel Fasa 1 yang telah mengalami kerosakan hampir RM16juta. Fasa 2 pembinaan Monorel ini dijangka siap pada Februari 2013 yang menelan kos RM21juta.

Perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah. Projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn. Bhd. [sumber]

Begitulah sikap boros Ketua Menteri Melaka apabila projek fasa yang pertama gagal berfungsi sepenuhnya tetapi bermimpi mahukan projek fasa kedua. Bukan sedikit duit rakyat yang digunakan tetapi mencecah jutaan ringgit.

Selepas mengalami pelbagai kerosakan, operasi Monorel Melaka di Taman Rempah telah diambil alih pengurusannya oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkuatkuasa pada 5 Mac lalu.

Selain Monorel Melaka, PPSPM juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan Private Park dan roda berputar Eye On Melaka yang terletak di Jalan Tun Ali, dekat sini.

PPSPM diberi mandat untuk mengambil alih pengurusan Monorel Melaka, Private Park dan Eye On Melaka atas arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Kenapa Ketua Menteri harus dilabelkan liabilit kepada rakyat? Beliau sesuai dilabelkan demikian kerana Ketua Menteri berpendapat adalah lebih mudah untuk PPSPM menguruskan Monorel Melaka dan kita telah mula menguruskan operasinya sejak 19 Mac lalu.

Beginikah cara Ketua Menteri menguruskan projek monorel? Kalau fasa pertama sudah gagal mengurus dan diserahkan kepada syarikat lain, bagaimana pula akan berlaku dengan fasa yang kedua. Inilah liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Melaka pada hari ini. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini membuktikan Ketua Menteri gagal mengurus dana awam dengan baik serta menjana pembaziran yang merugikan duit rakyat.

Adakah dengan Pertukaran pengurusan dapat membantu masalah Monorel Melaka? Mampukah PPSPM untuk mengekalkan semua beroperasi di tahap yang memuaskan? [sumber]

Tuesday, April 3, 2012

Kandungan Penuh Laporan Minoriti



Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) telah mencadangkan satu Laporan Minoriti berhubung Daftar Pemilih, dilampirkan bersama laporan akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Bagaimanapun, cadangan itu telah ditolak. Hari ini, Dewan Rakyat juga turut menolak usul mereka berhubung perkara yang sama.

Berikut adalah kandungan Laporan Minoriti tersebut.

1.0 Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak YB Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah YB Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai YB Dr Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah 3 undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala 6 undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).

Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa.

Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan 3 wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR

2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen di mana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka.

Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya.

SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada YB Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR

Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulan yang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar  Pemilih dalam tempoh 30 hari.

2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki.

Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos

Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.

Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3.0 Rumusan

Makanya keputusan kami untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil.

Malah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

YB Mohamed Azmin Bin Ali (Ahli Parlimen Gombak)

YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah)   

YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) 

Tarikh: 2 April 2012

Sumber: Malaysiakini

22 syor PCC mengenai pilihan raya



SETELAH mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengambil kira perbincangan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada Lawatan Kerja, PSC mengemukakan syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya seperti yang berikut:

(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN

1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos 

1.1. Jawatankuasa menyusul cadangan dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mengundi awal di Perwakilan Malaysia atau mengundi secara pos.

1.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi di Perwakilan Malaysia adalah sukar bagi SPR untuk melaksanakannya berdasarkan sistem pilihan raya sedia ada dan isu logistik. Pandangan ini turut disokong dengan maklum balas daripada Kementerian Luar Negeri.

1.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan SPR untuk mengkaji kemungkinan untuk membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

1.4. Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti yang berikut:

(a) Telah mendaftar sebagai pemilih; dan
(b) Hendaklah balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos.

1.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan.

1.6. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini juga akan melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

1.7. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses seterusnya.

2. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media

2.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar SPR mengkaji sama ada membenarkan petugas media untuk mengundi awal atau pun mengundi secara pos.

2.2. Jawatankuasa mengambil maklum kaedah pengundian bagi petugas SPR adalah secara pos.

2.3. Jawatankuasa mengambil maklum ulasan SPR supaya petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos yang akan diwartakan di bawah Peraturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.4. Jawatankuasa mengambil maklum semua petugas media yang disahkan oleh majikan sebagai petugas media dan kena bertugas pada hari mengundi di luar kawasan pendaftarannya yang berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah memohon untuk berbuat demikian melalui Borang 1 (Permohonan bagi Kertas Undi Pos) menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.

2.6. Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

3. Pengundi luar kawasan

3.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada pengundipengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama daripada Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.

3.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran SPR untuk mengendalikan pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya kerana ia melibatkan urusan logistik yang rumit, tenaga kerja yang terhad dan undang-undang sedia ada tidak membenarkan seseorang pemilih mengundi di tempat mengundi yang bukan namanya didaftarkan.

3.3. Jawatankuasa mengambil maklum kehendak Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu. Manakala Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan seseorang pengundi mengundi di tempat mengundi yang bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya telah diuntukkan.

3.4. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini memerlukan kajian dibuat sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda berhubung dengan isu pemastautinan selain pindaan kepada mana-mana peraturan yang berhubung dengan pilihan raya.

3.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian warganegara Malaysia di luar negara bagi pengundi yang berada di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan. 

4. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun

4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.

4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.

5. Tarikh pembubaran Parlimen

5.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

5.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.

5.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.

5.4. Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang.

6. Kerajaan sementara

6.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru  dibentuk.

6.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.

7. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran

7.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

7.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang berikut:

i) urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan
ii) urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.

7.3. Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam kad pengenalan.

7.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR dalam menguatkuasakan Akta 5 adalah bergantung kepada kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.

7.5. Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di bawah Akta 5 dan Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran dan permohonan pertukaran alamat di kad pengenalan.

7.6. Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.


(II) MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA

8. Memanjangkan tempoh berkempen

8.1. Jawatankuasa mengambil maklum subperaturan 3(1) Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan tempoh minimum 7 hari bagi maksud berkempen.

8.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya SPR menetapkan suatu tempoh berkempen yang lebih panjang dalam sesuatu pilihan raya bagi memberi ruang berkempen yang lebih lama dan pada masa yang sama urusan mengembalikan undi pos dapat dibuat dengan wajar.

8.3. Jawatankuasa juga mengambil maklum pandangan berbeza bahawa tempoh berkempen yang terlalu panjang mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya di samping kos yang tinggi.

8.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh berkempen menurut peruntukan undang-undang dengan tempoh tidak kurang daripada 10 hari.

9. Akses media yang bebas dan saksama

9.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

9.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh SPR.

9.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

(III) MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH

10. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan

10.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk MIMOS menjalankan verifikasi terhadap daftar pemilih dengan kerjasama SPR dan JPN.

10.2. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS itu menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan dijalankan oleh SPR dengan kerjasama JPN. Hasil verifikasi oleh Mimos mendapati tidak wujud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.

10.3. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 483 rekod anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih SPR yang belum mempunyai nombor KP12.

10.4. Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan perkara yang disebut di perenggan 10.3 dalam tempoh 60 hari dari tarikh laporan ini  dibentangkan di Dewan Rakyat.

10.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan SPR memberi keutamaan kepada usaha berterusan untuk membersihkan daftar pemilih dengan kerjasama JPN bagi memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bagi manamana Pilihan Raya adalah mantap dan bermutu tinggi dari segi kualiti kesahihan dan integriti maklumat (terkini dan sebagainya).

10.6. Jawatankuasa mengesyorkan supaya suatu agensi bebas dan bertauliah seperti MIMOS dapat membantu menyemak daftar pemilih secara berterusan bagi mempertingkat usaha pembersihan daftar pemilih.

10.7. Jawatankuasa mengesyorkan supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk mengawasi dan meneliti semua usaha penyemakan dan pembersihan daftar pemilih yang dicadangkan di perenggan 10.6 di atas dan melaksanakan tugas-tugas lain yang dirujukkan kepada Jawatankuasa tersebut.

11. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar

11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh Mimos mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut:

i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;
ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti ‘kampung’, ‘rumah pangsa’, ‘rumah panjang’ dan ‘jalan’ tanpa butiran nombor rumah yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar;
iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang tidak dikemas kini setelah berpindah; dan
iv) alamat pendaftaran “pinjaman” iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.

11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.

11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.

12. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya

12.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan membolehkan bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui dibuat melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

12.2. Jawatankuasa mengambil maklum peraturan sedia ada hanya membenarkan bantahan dibuat terhadap nama pemilih yang dipamerkan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

12.3. Jawatankuasa mengambil maklum daftar pemilih yang telah diperakui boleh dibuat pemotongan atas alasan kematian dan lucutan atau tolakan warganegara setelah Ketua Pendaftar berpuas hati mengenai alasan itu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

12.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada daftar pemilih atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain hanya berdasarkan kepada aduan mana-mana pihak.

12.5. Jawatankuasa mengesyorkan suatu peruntukan undang-undang dikaji untuk memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak awam dengan bukti yang sah.

13. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik

13.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.

13.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik ini memerlukan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

13.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan. Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan pendaftaran secara automatik.

13.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR membuat kajian dan mengambil tindakan dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pada masa hadapan.

14. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya

14.1. Jawatankuasa mengambil maklum senario semasa yang mana jumlah pengundi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak semakin berkurangan kerana penghijrahan golongan belia ke kawasan bandar untuk mendapatkan pekerjaan.

14.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menggunakan alamat selain alamat di kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan kawasan pendaftaran.

14.3. Jawatankuasa mengambil maklum jika cadangan ini dilaksanakan, implikasinya adalah seperti yang berikut:

i) Jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan, kemungkinan alamat itu tidak dapat disahkan melalui apa-apa dokumentasi yang sah;
ii) Ada kemungkinan orang mendaftar menggunakan alamat yang dia tidak bermastautin; dan
iii) Ada kemungkinan terdapatnya peningkatan bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan atas alasan orang itu tidak bermastautin di alamat yang digunakan jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan.

14.4. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika dia telah berpindah ke alamat yang lain. SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.

14.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.

14.6. Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara dan implikasi peraturan yang diamalkan di negara lain yang membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.

(IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR

15. Memperkasakan kedudukan SPR

15.1. Jawatankuasa mengambil maklum penubuhan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai oleh tujuh (7) orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira peri mustahaknya mendapat kepercayaan awam.

15.2. Jawatankuasa mengambil maklum pandangan dan maklum balas yang mempersoalkan kebebasan SPR.

15.3. Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

15.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.

15.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.

16. Penstrukturan dan pengukuhan SPR

16.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa SPR dalam menjalankan fungsinya di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. Kuasa untuk mendapatkan bantuan ini diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan pegawai-pegawai yang dibuat di bawah Akta Pilihan Raya 1958.

16.2. Jawatankuasa mengambil maklum sumber manusia yang terhad di SPR dan kebergantungan SPR dengan pihak lain dalam menjalankan fungsinya itu.

16.3. Jawatankuasa mengambil maklum dari pemerhatian Lawatan Kerja ke UK, Jerman dan Denmark, tiga fungsi utama SPR itu dijalankan oleh badan yang berasingan.

16.4. Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain, keperluan sumber manusia SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.

17. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya

17.1. Jawatankuasa mengambil maklum wujudnya Akademi Pilihan Raya sejak tahun 2007 dengan sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan yang terhad dalam menjalankan fungsinya termasuklah pendidikan pengundi, kesedaran mengundi dan latihan kepada petugas pilihan raya.

17.2. Jawatankuasa mengambil maklum keperluan memperkasa Akademi Pilihan Raya dengan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan serta diwujudkan bangunan khusus untuk menempatkan Akademi Pilihan Raya yang dilengkapi dengan kemudahan pusat latihan sebagaimana pusat latihan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

17.3. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

17.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya. 

18. Pengasingan fungsi utama SPR

18.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.

18.2. Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang, cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya diasingkan kepada tiga badan yang bebas.

(V) PERSEMPADANAN, PEMBIAYAAN POLITIK DAN SISTEM ALTERNATIF

19. Pengahihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak

19.1. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Govenment Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.

19.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.

19.3. Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia.

20. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang

20.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk wajaran kawasan luar bandar (rural weightage) dan juga memenuhi prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’.

20.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’ dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar (rural weightage).

20.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.

21. Peruntukan dana kepada parti politik

21.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini serta membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.

21.2. Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa mekanisme pelaksanannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan Kerajaan serta pindaan kepada aspek perundangan. Perkara ini wajar diberi perhatian untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang.

21.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk setiap parti politik mengisytiharkan apa-apa sumbangan yang diterima dari mana-mana sumber semasa kempen pilihan raya.

21.4. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk kerusi yang dimenangi dan 50% untuk jumlah undi yang diperolehi, tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga kaedah yang akan digubal.

22. Sistem pilihan raya baru

22.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa sistem pilihan raya yangdiamalkan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ialah Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post).

22.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti sistem campuran (First-Past-The-Post dan Proportionate Representation) atau Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation).

22.3. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).