PENYOKONG KAMI

Tuesday, September 25, 2012

Pentas Muslimat dan Presiden PAS di Melaka


Kelmarin telah berlangsungnya majlis makan malam dan ceramah bersama Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta beberapa pimpinan PAS Pusat dan juga PAS Negeri Melaka di Kg. Parit Putat di Sungai Rambai Melaka.

Antara yang hadir selain daripada presiden ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu Siti Zailah Mohd Yusof yang juga merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Timbalannya iaitu Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja. Selain itu AJK PAS Pusat yang turut hadir ialah saudara Zulkifli Omar.


PAS Melaka diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Melaka iaitu Adly Zahari bersama AJK Badan Perhubungan Negeri. Wakil DAP dan PKR juga hadir ke majlis makan malam tersebut. PKR diwakili oleh Pengerusi PKR Melaka iaitu Shamsul Iskandar Md Akin dan DAP pula diwakili YB Goh Leong San selaku Pengerusi DAP Melaka bersama YB Lim Jak Wong dan rombongannya.

Kintan Man selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka mengadakan program bersama jentera di Sungai Rambai sebagai pentas muslimat juga turut bersama dalam majlis berkenaan. Kehadiran tetamu pada malam itu dianggarkan lebih daripada 3,000 orang yang datang. Keadaan majlis pada malam itu tidak ada gangguan atau sebarang provokasi dari pihak lawan.

Majlis yang bermula daripada jam 6.30 petang itu berakhir jam 12.00 tengah malam selepas ucapan daripada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Majlis juga turut diserikan dengan kumpulan  Maulid dari Sungai Rambai.

Saturday, September 22, 2012

Politik Murahan Ali Rustam


Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menasihatkan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam supaya tidak menjadikan isu penghinaan kepada Rasulullah S.A.W sebagai politik murahan untuk meraih survival politik beliau dan juga UMNO. Tindakan beliau yang tidak cerdik melambangkan beliau gagal dalam membezakan isu sensitif dan juga isu politik.

Adly ketika dihubungi pihak admin berkata bahawa isu penghinaan ke atas Rasulullah S.A.W telah disalah guna oleh Ali Rustam untuk menghentam DAP terutama isu berkaitan permohonan maaf Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham. Ali melihat isu tersebut untuk kepentingan politik partinya bukan untuk kepentingan Islam.

Selain itu, Adly juga menegaskan bahawa PAS Melaka menyokong segala bentuk bantahan atas isu tersebut termasuk dilakukan oleh UMNO tetapi menolak segala tujuan mempolitikkan isu tersebut. Isu yang di mainkan oleh Ketua Menteri itu menunjukkan tahap pemikirannya adalah kebudak-budakan kerana mengambil kesempatan ke atas isu yang berlaku.


Ali tidak fokus terhadap isu penghinaan ke atas Rasulullah S.A.W sebaliknya mengheret parti politik untuk meraih populariti. UMNO jangan cuba menjadi juara dalam membela agama tapi pada masa yang sama menolak hukum-hukum berkaitan dengan Islam. Ajarlah anak ketam berjalan dalam keadaan betul tetapi ibu ketam sendiri berjalan tidak betul.

Kenyataan Ali dipetik dari sebuah akhbar tempatan. Jika benar Ali mengambil berat pasal politik, mengapa tidak menegur Chua Soi Lek yang terang-terang menghina Islam seperti yang disembunyikan oleh media utama dan juga akhbar milik mereka.

Lagi sekali PAS Melaka bertegas menyokong segala bentuk bantahan atas isu tersebut termasuk dilakukan oleh UMNO tetapi menolak segala tujuan mempolitikkan isu tersebut.

Tuesday, September 18, 2012

Gelombang Hijau Membadai Melaka


Dua hari lepas, PAS Melaka telah menganjurkan ceramah di Tanjung Kling, Tangga Batu yang mendapat sambutan lebih daripada 4,000 orang dan paling ramai pernah dihadiri oleh rakyat sekitar negeri Melaka. Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Melaka mencetuskan satu fenomena gelombang hijau di Melaka yang turut mendapat sambutan daripada golongan muda.

Arus gelombang ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan melayu sahaja sebaliknya kepada golongan bukan melayu yang datang dari seluruh negeri Melaka dan juga sempadan negeri berhampiran dengan negeri Melaka. Kehadiran yang ramai itu membuktikan bahawa sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat masih lagi diterima.


Walaupun Pakatan Rakyat sering dilemparkan dengan pelbagai isu yang tidak masuk akal oleh pihak lawan, namun rakyat masih bijak menilai mana yang positif dan mana yang negatif. Rakyat pada hari ini bukan rakyat seperti pada masa lau kerana mereka tidak bergantung kepada media arus perdana sebaliknya mempunyai media alternatif seperti internet yang dapat menangkis segala fitnah pihak lawan.

Kehadiran Menteri Besar Kelantan itu juga ke Melaka untuk menjelaskan situasi sebenar di Kelantan yang mana pihak lawan sering memburukkan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan. Namun segala tohmahan dapat ditepis dengan siri-siri ceramah seperti ini. 

Pada malam ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiada sebarang gangguan daripada pihak lawan dan keadaan berjalan dengan baik. Keadaan seperti inilah yang kita mahukan dan bukannya seperti pada ceramah-ceramah yang lepas yang mana ceramah anjuran Pakatan Rakyat sering diganggu serta provokasi daripada pihak lawan.

Video ceramah di sini 

Friday, September 14, 2012

Video: JKKK Ugut dan Ancam Keselamatan Orang Ramai


Tindakan bongkak seorang Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Bukit Palah, berdekatan dengan Masjid al-Azim mengugut penduduk yang menyokong PAS akan menerima 'balasan' yang setimpal kerana tidak mengenang budi yang UMNO berikan kepada mereka sebelum ini. UMNO itu siapa? Tuhan ke?

Tindakan JKKK yang seakan-akan tidak waras menjerit serta mengajak untuk berlawan dengan beliau. Apa yang dicabar dan diajak itpun kita tidak pasti. Beliau menjerit "PAS kurang ajar" dan di manakha yang menyebabkan kekurangan ajaran it yang menyebabkan hati seorang JKKK tersentuh? Adakah kerana ceramahnya hanya didengari oleh kersi-kerusi atau ramai orang yang mewakilkan kerusi untuk mendengarnya?

Bagi beliau, bila rakyat susah atau tersepit maka ramai yang mengadu kepada beliau namun beliau harus ingat  bahawa tanggungjawab perlu dilaksanakan dan bukannya diungkit. Beliau patut sedar mengapa orang kampung tolak parti yang membawa kemudaratan kepada mereka. Adakah tindakan UMNO mengadakan ceramah sebelah menyebelah itu yang membuatkan rakyat merasa mual. UMNO sudah tidak relevan pada masa kini.

Akibat 'ramai' kerusi biru yang datang, beliau menggelarkan "PAS Parti Syaitan". Adakah kerana tersinggung dengan kehadiran orang ramai maka beliau menyalahkan PAS dalam isu ini? Rakyat sendiri dapat menilai tindak-tanduk mereka dalam berhujah dan menyampaikan ucapan. Ucapan JKKK itu sebenarnya ibarat sampah yang tunggu masa untuk dipungut.

Bengang dengan kehadiran orang ramai, kata-kata yang kurng enak didengar dilontarkan oleh pemimpin yang kononnya membawa imej melayu. Dalam ucapannya menyentuh jangan memaki hamun orang lain, beliau sendiri yang memaki hamun "sial betul PAS ni". JKKK cuba mengajak jadi baik tetapi eliau sendiri yang kurang baik. Ibarat penguin mengajar anak bejalan lurus sedangkan ibu penguin pun jalan terhuyung-hayang.

JKKK itu telah mengelarkan gutan kepada penduduk Bukit Palah. Adakah pihak polis hanya duduk dan lihat sahaja perkara ini? Polis tidak harus bersikap "double standard" dalam yang berkaitan dalam isu keselamatan kerana tugas polis menjaga keselamatan dan bukannya menjaga ahli politik.

Thursday, September 6, 2012

Isu Allahyarham Tun Ghafar: Ini Jawapannya

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 September 2012


PAS Melaka mendakwa menantu bekas Timb. Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Ahmad Hamzah tersalah faham mengenai isi kandung ceramah yang disampaikan Timb. Presiden PAS, Mohamad Sabu. Maklumat lanjut, sila liha keratan Sinar Harian bertarikh 6 September 2012.

Rentetan itu, PAS Melaka akan membuat siri penerangan dan ceramah berhubung isu ini pada 7 September 2012, 9.00mlm di Markas PAS Serkam Darat, Serkam. Semua dijemput hadir.

Wednesday, September 5, 2012

Apabila Hantu Takut Bayang-bayang

Kuala Linggi - Koyak banner

Durian Tunggal - Potong strimer dan bunting

Lendu - Bakar bendera dan rosakkan banner

Melaka yang ditadbir oleh Barisan Nasional ibarat fobia dengan kehadiran Pakatan Rakyat. Buktinya jelas bahawa banyak kain rentang dan bendera telah menjadi sasaran ahli vandalisma dengan memotong dan merosakkan harta benda awam terutama berkaitan politik. Jika mereka tidak tergugat, manakan angin akan meniup pokok dan apabila pokok bergoyang maka terbuktilah pokok itu tidak lagi selamat untuk masa akan datang.

Mungkinkah akan berlaku satu perubahan secara besar-besaran dalam landskap politik di Melaka? Apakah yang menyebabkan politik pihak musuh ibarat politik pra matang? Adakah ini sebenarnya nilai murni yang diamalkan oleh rakyat Malaysia atau badut-badut sarkas yang hanya mampu buat lawak tetapi tidak menggelikan hati?

Celikkah mereka apa yang dimaksudkan politik dwi parti atau mereka anggap negara ini 'mak bapak' dia punya sehinggakan tidak menghormati prinsip norma sediakala. Mengapa mereka takut sangat dengan pembangkang sedangkan di Amerika juga parti politik sering bertukar pucuk pimpinan setiap kali berlaku pilihanraya?

Mungkin Malaysia ini sebuah negara milik penjajah yang telah diamanahkan kepada sebuah parti politik untuk menjaga negara ini dan tidak ada parti politik yang boleh mengambil alih 'amanah; penjajah ini. Penjajah sudah lama meninggalkan Malaysia dan yang ada kini dalam Malaysia adalah 'saka' peninggalan penjajah yang mengganas ibarat ketiadaan tuannya.

Budaya ganas dan merosakkan harta benda ini adalah jelmaan negara barat namun ada golongan yang terikut-ikut budaya barat. Mereka ibaratkan manusia yang hidup songsang bak zaman primitif. Hidup bertuhankan media yang berat sebelah dan tidak boleh berfikir secara matang kerana sudah terencat akal oleh sang pelapor yang berat sebelah.

Jika kamu anak jantan, tunjuklah kematangan kamu dan jadi orang yang profesional. Jika budaya seperti ini ditunjukkan kepada umum, maka gagal cita-cita penjajah kerana mendidik jiwa bangsa yang tidak bertamadun dan tidak beretika.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).