PENYOKONG KAMI

Sunday, October 28, 2012

JKKK: Isi borang UMNO sebelum dapat PPRT


27 Okt, Sg Putat - Bagi memelihara maruah perjuangan PAS, En Zubir Yahya sanggup untuk tidak mengisi borang keahlian UMNO yang merupakan syarat tambahan bagi mendapatkan rumah PPRT. Beliau yang berumur 50 tahun membuat permohonan PPRT semenjak tiga tahun lepas.

"Beliau memang layak menerima bantuan tersebut dan pegawai menyatakan bahawa En Zubir Yahya perlu mendapatkan surat sokongan dari Pengerusi JKKK," kata Hj Mohamad Ali Shariff, Pengerusi PAS Cawangan Sg Putat.

Tambahnya lagi, Pengerusi JKKK kampung berkenaan meminta En Zubir Yahya mengisi borang keahlian UMNO sebelum diberikan surat sokongan. Akhirnya, En Zubir mengendahkan arahan mengisi borang UMNO dan membuat aduan kepada Mohamad Ali.

Mohamad Ali ketika ditemui berkata, PAS Cawangan Sg Putat sangat bersimpati dan bertindak mengumpulkan dana bagi membina sebuah rumah. Akhirnya sebuah rumah berjaya dibina dalam tempoh 2 tahun hasil sumbangan orang ramai.

Majlis perasmian rumah baru tersebut disempurnakan oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh.

YB Khoo pada ucapan ringkasnya menyatakan bahawa prosedur untuk mendapatkan rumah PPRT telah diubah dan ini merupakan prosedur baharu yang diperkenalkan. "Sememangnya prosedur ini menyukarkan rakyat dan seterusnya menafikan hak golongan miskin."

Menurut Hj Adly Zahari, "kos bagi membina rumah tersebut adalah terlalu murah, RM15,000.00 dengan keluasan 22' x 32'. Namun ia adalah lebih selesa dan luas jika hendak dibandingkan dengan rumah PPRT dengan kos mungkin mencecah RM40,000.00 seunit."

Tambahnya lagi, "hal ini menunjukkan kalau kita bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat, kita memang boleh buat. Usahakan kekuatan kita untuk diberikan kepada rakyat, kita boleh lakukan."

En Zubir Yahya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Cawangan Sg Putat atas usaha ini dan sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Gambar oleh: Jai

Wednesday, October 24, 2012

Lagi Wakil Rakyat Melaka dihalang masuk ke sidang DUN


Satu memorandum, tentang cadangan, permintaan dan pertanyaan rakyat yang dikemukakan kepada Ketua Menteri Melaka dan kerajaan telah diserahkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil bagi dijawab oleh Ketua Menteri. Hal ini dibuat ekoran 5 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang telah digantung dari memasuki sidnag DUN. Mereka digantung daripada sidang DUN yang akan membahaskan bajet Negeri Melaka 2013.

Wakil pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, DAP dan PKR tidak dibenarkan masuk ke Seri Negeri. Memorandum serta pertanyaan tersebut hanya diserahkan kepada wakil dan pegawai keselamatan dihadapan pintu pagar.

Terdapat sejumlah 55 pertanyaan, cadangan serta permintaan telah dikemukakan kepada Ketua Menteri untuk dijawab serta dipertimbangkan. Mengikut prosedur Dewan, Ahli Dewan Undangan Negeri diberi peluang untuk bertanyakan 10 soalan lisan dan 15 soalan bertulis. Namun, peluang ADUN Pembangkang untuk bertanyakan soalan dinafikan dengan mereka tidak dibenarkan memasuki sidang DUN yang akan membahaskan bajet Negeri Melaka 2013.


ADUN Pembangkang tidak berpeluang bertanyakan soalan dan tidak berpeluang membuat teguran kepada kerajaan negeri atas kesilapan dan salahlaku yang berlaku dalam urustadbir negeri Melaka Bersejarah ini.

"Isu wakil pembangkang tidak dapat masuk kerana mereka disyaki oleh Speaker Dewan atas isu YB Betty meminta YG Gan Tian Lu memohon maaf kerana membangkitkan satu isu peribadi yang tidak ada berkaitan dengan isu negeri atau negara. Isu peribadi ini adalah isu rumah tangga YB Betty. Adakah isu peribadi ini patut dijadikan isu negeri/negara dan perlu dibahas di dewan?" soal Damian Yoe, ahli jawatankuasa Politik DAP Melaka. "Mengapa perlu YB Tay dan YB Goh pun turut dihalang masuk ke dewan, sedangkan ketika itu mereka langsung tidak membantah, tidak bersuara dan duduk sahaja?" tambahnya lagi.

Antara persoalan yang ditanya adalah berapakah kos penyelenggaraan kapal selam Agosta di Pantai Klebang setiap tahun? Selain itu Ketua Menteri dan Exco diminta untuk mendedahkan harta, aset kewangan dan apa-apa barang kemewahan setiap tahun, bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri tetapi juga kepada rakyat.

Sumber berita: http://yusofwahab.blogspot.com/2012/10/pr-bukit-katil-serah-memorundum-untuk.html

Wednesday, October 10, 2012

Cukuplah 56 tahun dalam UMNO, nantikan ucapan sulungnya di Melaka - 18 Oktober 2012

Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir akan membuat ucapan sulungnya di Melaka. Sebarkan..

Beliau adalah pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kabinet

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun.
Menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun.
Beliau turut pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah. 
Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun. Selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
Beliau juga pernah menerajui kementerian Penerangan dan Pelancongan.
Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas pada 19 Mac 2012.


Rakyat Melaka berkesempatan mendengar ucapan sulung dari Tan Sri pada 18 Oktober 2012, Khamis di Kg Gangsa, Durian Tunggal.







Tuesday, October 2, 2012

Tamrin Tun Ghafar di Melaka 3 hari berturut-turut


Rakyat Melaka dijemput hadir beramai-ramai ke siri ceramah penerangan tiga hari berturut-turut di sekitar Melaka. Bermula pada 5 Oktober (Jumaat) di Kg Alai, 6 Oktober (Sabtu) di Pekan Durian Tunggal dan 7 Oktober (Ahad) di Pengkalan Balak.

Tamrin Tun Ghafar merupakan anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, mantan Timb. Perdana Menteri Malaysia. Ceramah ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub pada 6 Oktober dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Siri ceramah 3 hari berturut-turut yang julung-julung kali diadakan ini akan mendedahkan sikap dan tindak-tanduk UMNO yang semakin dahsyat dan rakus merobek kekayaan negara.

Bagi mendapatkan info terkini, rakyat Melaka dijemput hadir ke siri ceramah ini.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).