Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, December 20, 2012

Ke Mana Zakat Melaka RM13.5juta?


Ulasan Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka berkenaan isu "Lebihan Wang Zakat yang dipinjamkan"


Sunday, December 16, 2012

Sumbangan Bantuan Persekolahan sesi 2013



Merlimau - PAS Negeri Melaka sekali lagi membuktikan kepada masyarakat bahawa konsep "Negara Berkebajikan" merupakan agenda besar dalam Pakatan Rakyat melalui Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan sesi 2013 di Kg Chinchin, Merlimau. Program yang melibatkan seluruh jentera parti di DUN Merlimau itu dibuat secara bersiri dan dirasmikan oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka.

Antara yang menyampaikan ucapan adalah Mejar (B) Hj Jasme bin Tompang yang meletakkan harapan kepada hadirin bahawa tanggungjawab kebajikan kepada rakyat akan dilaksanakan walaupun sebelum memerintah.
"Walaupun belum memerintah dan mentadbir, namun kita dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Ini merupakan salah satu program kita bersesuaian dengan tema "Rakyat Di Hati Kami"."
Turut berucap adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah, merangkap Penyelia DUN Merlimau. Dalam ucapannya menyentuh tentang tujuan bantuan sumbangan ini disampaikan.

 Hj Yuhaizad Abdullah sedang menyampaikan sumbangan.

"Tujuan program ini dilaksanakan adalah kerana rasa tanggungjawab kita sesama Islam, terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kita datang untuk meringankan beban. Dan program ini juga boleh merapatkan ukhuwah antara kita semua." 
"Semoga dengan sumbangan yang tak seberapa dapat menjadi suntikan motivasi kepada ibubapa dan anak-anak terutamanya bagi menjalani sesi persekolahan yang terdekat ini."


Pesuruhjaya PAS Melaka dalam ucapan perasmiannya menekankan bahawa amanah yang dipikul mesti dijaga dengan betul dan orang Melayu hanya boleh bangkit jika mereka menerima Islam.

 Ucapan perasmian oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka.

"Amanah mesti dijaga dgn betul. Wang mesti diurus dengan baik. Hari ini kita mungkin senang dan masa depan kita belum tentu. Berilah peluang kepada pemimpin yang beramanah untuk memimpin negara dan negeri,"

"Orang melayu ini hanya boleh bangkit jika mereka menerima Islam. Kerana Islamlah yang akan memberikan darjat di sisi Allah. Kita terima Islam kita akan selamat."

Alunan Maulud Diba'ei didendangkan semasa majlis penyampaian sumbangan.

Program ini turut diserikan dengan alunan Maulud Diba'ei dari MTD Serkam. Program yang melibatkan seramai 130 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari seluruh Merlimau ini tamat pada jam 12 tengah hari. Ribuan terima kasih kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar, serta penyumbang-penyumbang yang memberi sumbangan bagi memenuhi kebajikan mereka yang memerlukan.

Para penerima sumbangan menaiki bas untuk ke pasaraya berdekatan. 
Turut kelihatan Hj Yuhaizad Abdullah (berkemeja putih).

Thursday, December 13, 2012

BN, Adakah Berjaya atau Gagal Sebelum 31 Disember 2012?


Berjayakah projek Barisan Nasional ini disiapkan dalam masa kurang daripada 14 hari daripada sekarang setelah beberapa tarikh asal siap projek ini telah dipinda. Bermula dari March 2012 dan terkini 31 Disember 2012? Agak-agak dapat disiapkan untuk digunakan pada awal tahun 2013?

Barisan Nasional berbangga dengan adanya papan tanda yang tertulis "Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" dan sumber peruntukan dari Kerajaan Melaka, adakah ia dapat disiapkan dalam masa 2 minggu ini? Mustahil untuk disiapkan kecuali projek cincai.

Pembinaan jalan inilah yang menyebabkan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan , Bukit Katil dirobohkan. Perobohan PASTI itu dengan alasan mahu melebarkan jalan namun sehingga ke hari ini ia belum menampakkan hasil walau diubah tarikh siap projek berkenaan.

Duit pampasan PASTI juga belum dilunaskan sepenuhnya tetapi projek ini seakan-akan tergendala. Adakah kerajaan Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam telah kekeringan duit untuk menyiapkan projek ini? Di bawah adalah gambar-gambar sekitar projek yang cuba disiapkan dalam masa kurang 14 hari.

Kita tunggu sehingga 1 Januari 2013. Adakah ia dapat digunakan dengan sepenuhnya atau rakyat sekali lagi ditipu oleh Ketua Menteri kesayangan mereka itu. Rakyat Melaka bolehlah membuat perhitungan tentang projek ini. Sama ada projek ini siap dengan baik atau sekadar melepas batuk di tangga?


Thursday, December 6, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat - Ubah Tempat, Ubah Kerajaan!

Dis 6 - Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka terpaksa dipindahkan ke lokasi baru iaitu di belakang Pejabat DAP Negeri Melaka kerana tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan untuk menyewa kepada Pakatan Rakyat untuk program tersebut.

Setiausaha Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan Umno/BN yang mengugut tuan tanah tersebut dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan individu terbabit takut untuk menyewakan tanahnya kepada PR.

"Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengah hari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau".

"Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 kira sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan dari awal di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.

Asri menegaskan bahawa tindakan Umno/BN ini merupakan tindakan yang bacul dan tidak bertamadun kerana ianya jelas menyekat kebebasan dan hak asasi rakyat untuk mengadakan himpunan di mana sahaja tempat yang sesuai.


"Kita bayar sewa bukannya kita guna secara percuma, malah tuan tanah sudah pun bersetuju pada awalnya".

""Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri.

Menurutnya ini adalah rentetan tindakan tidak bertamadun Umno/BN negeri ini yang jelas begitu takut dengan kebangkitan rakyat.

"Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka".

"Kita yakin rakyat Melaka akan membuat perubahan di atas tindakan biadap, samseng, ganas dan kebudak-budakan Umno/BN Melaka, rakyat akan bangkit menolak BN pada PRU 13 nanti" tambah Asri.

Asri memaklumkan bahawa lokasi baru Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Melaka ialah di Belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan. Beliau menjemput seluruh rakyat Melaka untuk turun beramai-ramai bagi membuktikan bahawa rakyat mahukan perubahan demi masa depan Melaka dan Malaysia.

Sumber


 

Pelajar Melaka di Mesir dinafikan hak penginapan


MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek (gambar) kesal dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kaherah yang menghalang 25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut.

"Apa alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki Rumah Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Terbukti mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang di penginapan kawan-kawan mereka dari negeri lain, jelas mereka menafikan hak pelajar-pelajar ini" ujar Kamaruddin pada majlis ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek, di sini malam tadi.

Beliau berkata hal ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab di negeri ini tetapi mereka meminta beliau merayu kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yang merupakan Pengerusi MAIM.

"Saya sudah tahu apa keputusan yang akan diambil oleh Ali Rustam jika saya membuat rayuan, jadi tidak perlulah saya berbuat demikian.

"Kalau benar Kerajaan BN Melaka mendahulukan rakyat mengapa mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut sedangkan mereka melaung-laungkan merekalah pejuang Melayu dan Islam," tambah Kamaruddin.


Minta kerajaan Pulau Pinang bantu


Menurut Kamaruddin, jika pihak pentadbiran Rumah Melaka (gambar) tersebut terus dengan tindakan menzalimi pelajar-pelajar terbabit, beliau tidak teragak-agak untuk membuat permohonan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membenarkan mereka menginap di penginapan pelajar kendalian kerajaan Pulau Pinang.

"Kalau pejuang-pejuang Melayu ini terus menzalimi pelajar-pelajar tersebut saya tidak teragak-agak untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membantu supaya pelajar-pelajar ini dibenarkan untuk tinggal di Rumah Pulau Pinang di Kahirah.

"Kita akan minta bantuan dari orang yang dituduh sebagai anti Melayu, anti Islam dan kita tengok nanti siapa sebenarnya menzalimi orang Islam, orang Melayu," ujar Kamaruddin serius.

Kamaruddin juga kesal kerana MAIM yang mengutip zakat dari rakyat negeri melalui Pusat Zakat Melaka gagal memberikan hak kepada pelajar-pelajar terbabit sehingga mereka dizalimi sedemikian rupa.

Difahamkan pelajar-pelajar Melaka tersebut sudah beberapa bulan belajar di Kaherah tetapi sehingga kini permohonan mereka untuk menginap di Rumah Melaka tidak diluluskan sedangkan mereka adalah anak jati Melaka yang sememangnya layak untuk tinggal di pusat penginapan tersebut.

Pelancaran Agenda Wanita Malaysia peringkat Melaka

Dis 5 - Wanita Pakatan Rakyat Melaka hari ini telah mendapat suntikan tambahan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13, apabila telah melancarkan Agenda Wanita Malaysia peringkat Negeri Melaka. Pelancaran yang dibuat di Markas PAS Paya Dalam itu telah disempurnakan oleh ketiga-tiga pimpinan wanita parti peringkat pusat iaitu YB Dr Siti Maria (Timb. Ketua Muslimat PAS Pusat) YB Zuraida (Ketua Wanita PKR Pusat) dan YB Chong Eng (Ketua Wanita DAP Pusat).



Turut berucap pada majlis pelancaran tersebut adalah Pn Hjh Kintan Man (Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka), Pn Mahani Masban (Ketua Wanita PKR Melaka) dan wakil pimpinan wanita DAP Negeri. Turut hadir adalah pimpinan Pakatan Rakyat Negeri dan ahli jawatankuasa kerja bagi ketiga-tiga parti.

Menurut Pn Hjh Kintan Man, wanita Pakatan Rakyat Melaka sudah bersiap sedia memerdekakan Seri Negeri Melaka dari penyelewengan dan salahguna kuasa. "Kita juga mahukan kemenangan atas kekuatan kita sendiri, bukan kerana kelemahan UMNO/Barisan Nasional.


Disamping itu, wanita Pakatan Rakyat akan mengunjungi setiap rumah bagi menjalankan kempen dan mewar-warkan usaha dan iltizam Pakatan Rakyat kepada masyarakat setempat. Demikian menurut Pn Mahani Masban.

"Saya yakin bahawa dengan pelancaran Agenda Wanita Malaysia ini menjadi 'bullet' kepada Barisan Nasional dalam menghadapi PRU-13 ini," menurut wakil pimpinan Wanita DAP Melaka.

Majlis Pelancaran ini disempurnakan selepas ucapan ketiga-tiga pimpinan Wanita Pakatan Rakyat Pusat.


Tuesday, December 4, 2012

ALI RUSTAM BACUL!!

  • Tindakan Ali Rustam mengarahkan JKKK membuat karnival disebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di Bukit Palah, Melaka adalah satu tindakan bacul.
  • Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan dikalangan rakyat, UMNO akar umbi pun resah.
  • Sudahlah permintaan pakatan untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah tidak dilayan, kawasan yang dipersetujui pakatan iaitu tanah persendirian di kejar oleh Ali Rustam.
  • Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatang kemenangan kepada UMNO Melaka.
  • Sekarang ini tahun 2012 dah nak masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.
  • Apakah Ali berhajat rakyat "bertembung" 8hb. ini?
  • Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8hb. ini, ayuh orang melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati.
  • Jom kita berhimpun pada 8hb. ini di Bukit Palah Melaka. Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam.
Sumber 

Monday, December 3, 2012

Ali Rustam diberi tempoh tujuh hari isu PERTAM

Kenyataan Media berkenaan:
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM)
PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)


PENGENALAN

PERTAM merupakan satu-satunya agensi yang menguruskan Kemajuan Tanah Adat di dalam negeri Melaka. Fungsi yang baik ini menjadi harapan kepada rakyat negeri Melaka supaya pengurusan tanah lebih efisien dan mendatangkan manfaat.

Sejarah dan fungsi PERTAM:
a. Ditubuhkan pada 14 Mei 1991
b. PERTAM menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet melalui proses pengambilan balik tanah.
c. Fungsi PERTAM adalah membangunkan sektor hartanah samada secara maju sendiri, secara usahasama atau secara penswastaan.
d. PERTAM mempunyai 3 buah anak syarikat:
• PERTAM Construction Sdn. Bhd.
• PERTAM Properties Sdn. Bhd.
• PERTAM Trading Sdn. Bhd.
• Pertam Teamcoat Management Services Sdn Bhd

Namun, pengurusan dan pentadbiran agensi ini sering dipandang serong. Rentetan daripada Laporan Ketua Audit Negara yang menegur corak pentadbiran dan pengurusan PERTAM ini.

Berikut merupakan keratan daripada Laporan Ketua Audit Negara:

1. PENEMUAN AUDIT (JULAI - OGOS 2011)
a. 2008 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM0.25 juta
b. 2009 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM1.02 juta
c. 2010 : PCSB memperoleh keuntungan sebelum cukai sejumlah RM0.17 juta
d. Kerugian meningkat sebanyak RM0.77 juta dari tahun 2008 ke 2009.
e. Kerugian terkumpul sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM6.78 juta dengan beban hutang sebanyak RM6.26 juta.
f. Rujukan (Sumber: Penyata Kewangan PCSB):
 
• Pendapatan dan Perbelanjaan Serta Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010
• Trend Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

*PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)
(Dahulunya dikenali sebagai Pembangunan Pembinaan Melaka Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Mac 1983 dan bertukar nama berkuatkuasa pada 18 Februari 1998)


2. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PRJEK OLEH PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN:
  • PCSB mensasarkan untuk menyertai sekurang-kurangnya 10 tender dan memperoleh sekurang-kurangnya 2 projek dalam setahun bagi tahun 2009 – 2011. 
  • 2008 – Jun 2011 : PCSB menyertai 20 tender (19 untuk projek agensi kerajaan, 1 swasta). Penyertaan dari 13 tender bagi tahun 2008 menurun setiap tahun sehingga tiada tender disertai dalam tahun 2011.
  • PCSB tidak berjaya memperoleh sebarang projek bagi tahun 2008, 2010 dan 2011 kecuali 1 projek swasta dari CTRM dalam tahun 2009.
  • Kelemahan PCSB dalam pengurusan projek :
• PCSB gagal mencapai sasaran bilangan projek yang ditetapkan.
Hutang projek tidak dijelaskan kepada subkontraktor walapun projek telah lama siap.
• Bayaran kemajuan kerja serta bon pelaksanaan milik subkontraktor digunakan oleh PCSB bagi menampung kos operasi.
• PCSB bergantung pada sokongan padu Kerajaan Negeri untuk memasuki tender/memperoleh projek.
• Peluang PCSB untuk memperolehi tender bagi melaksanakan projek baru terjejas akibat beban hutang yang gagal dijelaskan berikutan masalah kewangan yang serius.
• PCSB tidak mampu berperanan sebagai kontraktor utama dalam menjalankan projek yang diperolehi sedangkan PCSB merupakan kontraktor kelas A yang telah lama beroperasi.
• Menyerahkan projek yang diperolehi kepada subkontraktor kerana sumber kewangan tidak mencukupi.

Hal ini menunjukkan terdapat penyelewengan yang nyata dalam PERTAM.


3. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT TADBIR URUS KORPORAT PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN :
 
a) Caruman KWSP dan PERKESO dibayar bagi 2 jurutera yang tidak berkhidmat di PCSB
  • Jawatan Pengurus Projek dan Jurutera Tapak tidak pernah diisi walaupun perjawatan diwujudkan. Kekosongan jawatan tersebut kerana PCSB kurang mendapat tender untuk melaksanakan projek selain mengalami masalah kewangan yang serius. 
  • PCSB menggunakan nama dan jawatan 2 jurutera yang tidak berkhidmat dengan PCSB bagi tujuan pembaharuan Lesen Kelas A di PKK dan CIDB.
  • Sebagai balasan, PCSB membuat caruman KWSP dan PERKESO syer majikan dan pekerja berjumlah RM0.03 juta dari tahun 2008 – Jun 2011 bagi kedua-dua jurutera berkenaan.

b) Jawatankuasa Audit tidak ditubuhkan dan pembayaran dividen tidak dapat dilaksanakan kepada PERTAM kerana mengalami kerugian.
  • PCSB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit sepertimana yang ditetapkan dalam Pekelling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993.* 
  • Pengurusan PCSB didapati belum pernah diaudit oleh mana-mana juruaudit termasuk PERTAM dan BADSA (Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam)
*setiap syarikat kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan dalaman yang berkesan terhadap pengurusan syarikat agar kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham dipelihara
c) Pengurusan PCSB kurang memberi komitmen terhadap mesyuarat dengan badan induk.



Dengan ini, saya Johar Jawi mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, dan mewakili rakyat Melaka inginkan jawapan daripada Pengerusi PERTAM, YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap PENGURUSAN dan PENTADBIRAN PERTAM dengan jawapan yang munasabah dan disiarkan di media dan akhbar.

Kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM dalam TEMPOH TUJUH HARI jika tidak mendapat penjelasan yang diiginkan daripada YAB Datuk Seri. (bermula 30 November 2012)


Sunday, December 2, 2012

Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya peringkat Negeri Melaka

Dis 2 - Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya telah berjaya dilaksanakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Akademi Tabiyah Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pemuda PAS Malaysia itu dirasmikan oleh al-fadhil Ust Faisol bin Sheikh Mohd, Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka.




Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan pemuda PAS seperti Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia), Ust Zaharudin Mohamad (Ahli Majlis Syura Ulama), Ust Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan Ust Fadhli Ghani (Arkib PAS Pusat). Begitu juga pimpinan PAS Negeri seperti Ust Faisol Sheikh Mohd (Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah) dan Jauhar Mohd Dawi (Exco Pemuda PAS Negeri).

Antara tajuk yang dibentangkan adalah "Pemuda PAS Ke Arah Memenangi PRU-13", "Pilihanraya dan Fiqh Waqie'" dan "Tarbiyah Siasah". Manakala forum pula membincangkan tajuk "PAS sebagai gerakan Tarbiyah, Dakwah dan Siasah".



Program yang bermula jam 9.00 pagi itu dihadiri sejumlah hampir 100 orang anak muda dari pelbagai latar belakang. Turut hadir pimpinan Pemuda PAS negeri dan kawasan-kawasan.

Akademi Tarbiyah Pemuda PAS Pusat dalam rangka program untuk turun ke setiap negeri dalam misi mengadakan Ijtima' Tarbawi di peringkat negeri bagi menggantikan Ijtima' Tarbawi peringkat Pusat yang ditangguhkan. Ijtima' Tarbawi Pemuda Pusat ditangguhkan bagi memberi laluan kepada persiapan Pilihanraya Umum ke-13.


Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).