Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, February 19, 2013

Pelancaran Impian Malaysia

Feb 18 - PAS Melaka sekali lagi diberi kepercayaan mengendalikan Majlis Pelancaran peringkat PAS Pusat. Kali ini Majlis Pelancaran Impian Malaysia di bawah Lujnah Perpaduan Nasional, PAS Pusat. Majlis yang penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ust Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional.

Majlis yang bermula jam 9.00 malam itu diadakan di Semabok Inn, Semabok, Melaka. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka), SV Singam (Pengerusi Tindak for Change), sdr Safwan Anang (Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia), Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh (Pengerusi Kerabat Melaka) dan Father Micheal dari St Peter Church, Melaka.

 Adly Zahari berucap dalam majlis pelancaran Impian Malaysia.

Menurut Hj Adly Zahari, "rakyat Malaysia mempunyai hasrat yang satu iaitu keselamatan. Bersesuaian dengan maksud Islam dari perkataan salam yang membawa maksud sejahtera atau selamat. Ini merupakan mesej yang jelas bahawa apa yang kita impikan ini senada dengan apa yang diimpikan oleh masyarakat dunia iaitu keamanan dan keselamatan."


YB Dr Mujahid Yusuf Rawa berucap dalam majlis pelancaran.

Menurut YB Dr Mujahid, "walaupun politik negara kita terlalu pekak dengan perkauman tetapi oleh kerana kita mempunyai Impian Malaysia ini, maka kita meredah segala perkara yang dianggap mustahil, hari ini sudah dianggap perkara biasa. Betapa besarnya Impian Malaysia yang kita bina."

Turut berucap dalam majlis tersebut adalah Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, sdr SV Singam dan sdr Safwan Anang.

Pimpinan dan peserta bergambar selepas program.


Thursday, February 14, 2013

Program Sana Sini PAS Melaka Minggu Ini

BBQ Anak Muda
Ust Kamarudin Sidek - Timb. Pesuruhjaya PAS 1
Ust Musa Mohd - Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri
14 Februari 2013 | Khamis | 9.00malam
Rashid Corner, Bukit Pegoh



"Orang Mude Geng Kite" Bermotorsikal
16 Februari 2013 | Sabtu | 9.00pagi
Pekan Kuala Sg Baru

Aktiviti:
Konvoi | Motor Cun | Motor Lambat | Tolak Motor
Servis Tukar Minyak Hitam Percuma | Konvoi ARC 
Bengkel Asas Motor | Teka dan Menang


 Mari Memasak bersama Farah Asyikin (Selebriti)
16 Februari 2013 | Sabtu | 3.00ptg
Dataran Rekreasi Tanjung Bidara


 Hi Tea bersama Farah Asyikin (Selebriti)
16 Februari 2013 | Sabtu | 5.00ptg
Dataran Rekreasi Tg Bidara

Semarakkan Perubahan!!
JOM UBAH!!


Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).