Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, August 27, 2013

SOLIDARITI RAKYAT BERSAMA ADUN BUKIT BARU

Pesuruhjaya PAS Melaka meminta semua ahli dan penyokong PAS membuktikan solidariti mereka dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru pada 5 September ini dengan hadir beramai-ramai mendengar keputusan mahkamah pilihanraya bersabit dengan bantahan PAS terhadap petisyen BN bagi Dun Bukit Baru.

"Gerakkan solidariti ahli dan penyokong untuk bersama YB Dr Khalid di mahkamah pada 5hb September ini" tulis Adly dalam facebook peribadinya.

BN telah mengemukakan petisyen terhadap kemenangan calon PAS Dr Md Khalid Kassim bagi Dun Bukit Baru. Namun petisyen itu dibantah oleh PAS dan mahkamah telah bersidang pada 22 Ogos lalu namun mahkamah menangguhkan keputusan bantahan itu kepada 5 September. PAS diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Zulkhairi Mohamad manakala pasukan peguam BN diketuai oleh Dato Hafarizam Haron.

Sementara itu Pengerusi Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini meminta seluruh ahli dan penyokong PAS Melaka mengadakan solat hajat dan berdoa agar bantahan PAS ini diterima oleh mahkamah pilihanraya.

'Kita harap seluruh ahli dan penyokong mengadakan solat hajat dan mendoakan kejayaan Adun kita bagi memastikan khidmat kita dapat diteruskan"

"Jika bantahan ini diterima sudah tentu ianya melegakan kita kerana kita perlu lagi hadir ke mahkamah untuk perbicaraan petisyen ini yang dijadualkan pada pertengahan September ini" tambah Yusof.

PAS MELAKA KUTUK RAMPASAN KUASA DAN PEMBUNUHAN RAKYAT MESIR


Bukit Katil  : Buat kesekian kalinya PAS Negeri Melaka mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa dan pembunuhan ribuan rakyat oleh rejim As-Sisi.


'Kami berasa amat sedih dan marah dengan tindakan rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat yang tidak berdosa di Mesir".

'Lihat sekarang ribuan rakyat yang mati, keadaan tidak selamat, rakyat dibunuh lebih kejam dari binatang' ujar Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Beliau menyatakan PAS Melaka tahun ini tidak mengadakan jamuan Aidil Fitri kerana menghormati kesengsaraan yang dialami rakyat Mesir.

'Kita tak buat jamuan tahun ini, bajet jamuan itu kita akan serahkan kepada sahabat-sahabat kita di Mesir sebagai bukti solidariti kita bersama mereka" ujar Adly.

Beliau berkata demikian pada ceramah membantah kekejaman kudeta Mesir di Dataran Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi.

Sejumlah lebih RM9,000 berjaya dikutip pada program tersebut. Ada yang mendermakan barangan kemas sebagai bukti mereka menyokong rakyat Mesir.

Saturday, August 17, 2013

BATAL JAMUAN, SALURKAN PERBELANJAANNYA KEPADA RAKYAT MESIR - PJ MELAKA

Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap mengantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.

Keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Melaka yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan ini sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti kita bersama saudara-saudara kita di Mesir.

'Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, ikhwan kena makan' ujar beliau ringkas 

Antara pimpinan PAS Kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan ini ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog Pas Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com.

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).