Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, July 8, 2008

AIR PERCUMA & SKIM TAKAFUL : MELAKA JANGAN MALU TIRU NEGERI PAKATAN RAKYAT

Saya mencadangkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor dan Perak yang memberikan kemudahan air percuma berjumlah 20 meter padu kepada rakyatnya. Langkah kedua-dua negeri Pakatan Rakyat ini patut dicontohi kerana ianya jelas dapat membantu meringankan beban rakyat negeri Melaka yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan keperluan.
Kerajaan negeri Melaka tidak perlu malu atau segan untuk mencontohinya kerana apa yang penting rakyat mesti dibantu bagi meringankan beban mereka. Rakyat negeri Melaka bukannya kaya sebagaimana kayanya pimpinan kerajaan negeri yang memerintah Melaka sekarang. Masih terdapat 785 buah keluarga yang miskin di dalam negeri Melaka. Angka ini berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang lama iaitu sebelum inflasi meningkat akibat kenaikan harga minyak dan barangan lain. Jika PGK ini dinaikkan dan memang sepatutnya dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sudah tentu bilangan orang miskin meningkat menjadi 25 % di dalam negeri Melaka.Rakyat miskin inilah mesti dibantu. Maka jika kerajaan negeri dapat memberikan air percuma 20 meter padu seperti kerajaan Selangor dan Perak sudah tentu dapat meringankan beban mereka.

Kerajaan Selangor memulakan skim pemberian 20 meter padu secara percuma bermula 1 Jun manakala Kerajaan Perak melaksanakannya pada 1 Ogos ini.

Selain itu saya juga mencadangkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Perak dan Selangor yang memberikan ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Saya juga mencadangkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi Kelantan yang menjalankan Skim Takaful Kifaalah dan Takaful Armalah. Takaful Kifaalah ialah skim takaful untuk warga emas di mana seseorang warga emas yang meninggal keluarga mereka akan mendapat RM500 pada hari kematian dan bakinya RM2,000 selepas itu. Jumlah keseluruhannya RM2,500.

Sejak dilancarkan 7 Februari 2007, jumlah pendaftaran telah mencecah 83,091 orang atau 60 peratus daripada 139,000 warga emas seluruh Kelantan dan setakat ini 370 wasi (pewaris) kepada warga emas yang telah meninggal dunia mendapat pampasan masing-masing sebanyak RM2,000.00.

Skim Takaful Armalah pula ialah Program Takaful bagi membantu ibu tunggal yang menyediakan bayaran manfaat sehingga RM2,500 terhadap kematian atau kemalangan kepada ibu tunggal. Jadi saya mengharapkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat terutama rakyat miskin.Tidak syak lagi pemberian air percuma 20 meter padu, insentif untuk pelajar-pelajar yang memasuki IPTA, Skim Takaful Armalah dan Kifaalah serta lain-lainnya amat bermanfaat kepada rakyat.
Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Melaka boleh meniru dan menggunapakai sistem tersebut untuk diamalkan di negeri ini. Pegawai-pegawai kerajaan Selangor, Perak dan Kelantan boleh dipanggil untuk memberikan taklimat kepada kerajaan Negeri Melaka bagaimana untuk menjalankan skim-skim tersebut.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).