Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Saturday, September 17, 2011

Pemuda: Laporan Polis terhadap Prof. Datuk Dr. Zainal Kling

LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. DATUK DR ZAINAL KLING




Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pada 9 September 2011 lalu telah mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi "jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar".

Saya, mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu dan Kota Melaka amat terkejut dengan kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh seorang yang berpengaruh dan dikatakan pakar dalam bidang sejarah tanahair malah dinyatakan beliau mewakili Majlis Profesor Negara.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan segenap lapisan masyarakat yang telah sekian lama diajar dan difahamkan bahawa British adalah penjajah Negara dan kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 merupakan kemerdekaan dari penjajahan British.


Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu dan Kota Melaka merasakan terdapat agenda tersembunyi yang dirancang oleh pihak tertentu di sebalik kenyataan ini yang bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran dalam masyarakat bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu lain yang gagal ditangani oleh pihak yang berwajib.

Kenyataan ini juga mencerminkan seolah-olah rakyat telah ditipu selama 54 tahun apabila menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun sebagai ulangtahun kemerdekaan negara dari cengkaman penjajahan British di samping ia juga telah menghina Raja-Raja Melayu yang digambarkan seolah-olah tidak berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukan penjajah ke Tanah Melayu.

Sekiranya Negara tidak pernah dijajah dan hanya dilindungi atau dinaungi oleh British, apa perlu duit rakyat dihabiskan oleh Kerajaan setiap tahun untuk mengadakan majlis sambutan Kemerdekaan secara besar-besaran tersebut.

Tiadanya pendirian yang jelas di pihak kerajaan berkenaan perkara ini memburukkan lagi keadaan dan dikhuatiri akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat jika tidak dibendung dari awal apabila rakyat merasa tertipu dan mengambil tindakan sendirian yang bertentangan dengan undang-undang.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS 3 kawasan menuntut agar Prof Datuk Dr Zainal Keling disiasat dan didakwa di mahkamah kerana secara jelas telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan atau berita yang telah menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Sekian laporan saya.

Ust Musa b Mohamad (Dewan Pemuda PAS Tangga Batu)
Ust Nor Khairi b Yusof (Dewan Pemuda PAS Bukit Katil)
Ust Khairul Anam (Dewan Pemuda PAS Kota Melaka)


0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).