Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Saturday, October 1, 2011

Pemuda Bantah Tambahan 5% Caj Warisan

Tindakan Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Caj Warisan 5 % kepada pelancong yang menginap di premis penginapan bermula dari 1 September 2011 adalah dipersoalkan, memandangkan kos penginapan yang sedia ada telah merangkumi caj perkhidmatan oleh pengusaha premis penginapan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPK BK ) dengan ini menggesa Kerajaan Negeri Melaka supaya keputusan tersebut dikaji dengan sedalam-dalamnya bagi mengelakkan penurunan kadar kedatangan pelancong ke negeri Melaka akibat daripada tindakan tersebut.

DPPK BK bimbang berikutan dengan tambahan caj tersebut maka pelancong akan merasakan beban yang tidak munasabah lalu beralih arah haluan melancong ke tempat lain.


Kerajaan Negeri harus memikirkan cara yang lebih sesuai untuk mencari dana bagi menjalankan aktiviti penyelenggaraan dan promosi pelancongan seperti dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa sebarang pembaziran sepertimana yang telah berlaku baru - baru ini berikutan pembelian tender nombor pendaftaran kereta kerajaan negeri yang melibatkan wang berjumlah RM 317,000.

Antara projek pembaziran yang lain adalah projek Pulau Melaka dan projek Eye On Malaysia yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Berjuta-juta ringgit duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Ali Rustam.

Dengan duit yang sebanyak itu pelbagai projek pengindahan, pemeliharaan dan keceriaan dapat dilakukan tanpa mengenakan caj tambahan kepada pelancong yang sememangnya telah menyumbang kepada ekonomi negeri Melaka selama ini. DPPKBK dengan ini mendesak agar caj ini tidak dikenakan kepada pelancong-pelancong yang datang melancong dan menginap di negeri Melaka.


Jauhar Mohd Dawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
1 Oktober 2011

Sumber

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).