Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, November 11, 2011

Tamatkan khidmat monorel sebelum berlaku tragedi

Sejak dari awal lagi pemimpin PR Melaka telah menasihati kerajaan negeri supaya membatalkan niat mereka untuk membina monorel sebagai produk pelancongan. Ini kerana projek tersebut tidak berdaya maju dan akan membazirkan wang rakyat. Kini monorel yang mula beroperasi 20 Oktober tahun lalu mengalami masalah demi masalah. Kerosakan demi kerosakan dialami oleh monorel buatan China tersebut.


Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya ternyata membazirkan duit rakyat. Lebih parah lagi ianya tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan sehingga ianya diarah supaya dihentikan perkhidmatannya oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Ketua Pegawai Operasi SPAD Azhar Ahmad pada Sabtu lalu berkata monorel pelancongan itu digantung untuk selama sebulan dan kelulusan beroperasi semula bergantung kepada pengendali monorel itu memenuhi beberapa aspek keselamatan dan fasiliti yang dicadangkan SPAD.

7 syarat dikenakan kepada monorel tersebut sebelum ianya dibenarkan meneruskan operasi. Antaranya ialah pembaikan sensor pada pintu; mengecat landasan dengan cat termoplastik atau bahan getah; penyedian chery picker; menempatkan Jurutera Selenggara di setiap gerabak; mengadakan latihan kecemasan; menukar manual servis ke dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan menterjemah label atau perekat yang terdapat dalam gerabak ke dalam Bahasa Malaysia.


Selain satu lagi perkara yang mesti diperbaiki ialah memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Ternyata monorel ini tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan sebelum ini. Nasib baik dari kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku ketika monorel ini rosak beberapa kali sebelum ini. Kerosakan yang paling memalukan berlaku baru-baru ini apabila sepasang pelancong barat terperangkap dalam monorel ini dan terpaksa diturunkan menggunakan kren.


Bagi saya monorel ini sebenarnya tidak selamat dan wajar ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Lebih baik kita tamatkan perkhidmatan secepat mungkin demi keselamatan rakyat dan pelancong yang akan menaiki monorel ini.


Kerajaan negeri boleh memikirkan alternatif lain bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. Apa guna kita teruskan projek ini andainya ia mengundang risiko tinggi tentang keselamatan orang ramai.

Sumber


0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).