Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf
Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.
Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?
1 comments:
Assalamualaikum..
Nak bertanya atas kemusykilan ini :-
"Ceramah Isu Semasa
Datuk Tuan Ibrahim b Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
9 Dis (Jumaat)
Durian Tunggal"
"Hi Tea dan Ceramah bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
9 Disember 2011
Jumaat
5.00 ptg - 11.00 malam
Telok Mas (Hi Tea) & Padang Temu (Ceramah)"
Di manakah ceramah yang sebenarnya oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ?
Di Durian tunggal ke atau di padang temu ?
Post a Comment