Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, March 8, 2012

Orang Asli Serah Memo Kepada Ali Rustam



Wisma Seri Negeri, Melaka: Seramai 20 orang masyarakat orang asli dari Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) telah hadir ke Wisma Seri Negeri tempat berlangsungnya sidang DUN Melaka yang kedua belas bagi penggal kelima.

Kehadiran mereka adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam berkaitan isu tanah milik mereka.

Wakil Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) yang diketuai oleh Liza Bt Dongdor, Faridah a/k Goh Kam dan Norsinani Bt Achin. Mereka hadir ke Wisma Seri Negeri seawal jam 10.00 pagi dan menunggu sehingga sidang dewan tamat pada sesi tengah hari pada jam 1.40 petang untuk bertemu dengan ketua menteri.

Dalam kenyataan akhbarnya yang diberikan kepada pihak kami, mereka sebulat suara membantah sekeras-kerasnya pemberi milikan tanah Orang Asli 2009, kenyataan Ketua Menteri Melaka pada 27 April 2011 serta bantahan dan tuntutan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Berikut adalah bantahan yang dikemukakan oleh Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) :-

Pertama, orang asli di negara ini bukan hanya tinggal di atas darat (tanah) tetapi juga sebahagian kaum kami, yang tinggal di pinggiran laut dan tasik. Oleh itu kami menggesa supaya kerajaan menghormati keseluruhan hak kami sebagai orang asli walaupun di mana kami berada.

Kedua, kami menggesa kerajaan menghentikan sebarang bentuk usaha yang berunsur paksaan, dorongan atau pujukan dan paksaan orang asli supaya orang asli bersetuju. Kami menggesa kerajaan mansuhkan dasar pemberi milikan tanah orang asli kerana ia tidak akan menguntungkan masyarakat orang asli secara keseluruhannya.

Ketiga, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 27 April 2011 yang disiarkan di akhbar Melaka pada 28 April 2011.

"Kami masyarakat Orang Asli Melaka amat kecewa ke atas  kenyataan media Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang telah dikeluarkan melaui akhbar bahawa semua 16 perkampungan orang asli di Melaka akan digazetkan serta-merta.

"Beliau menambah seluas 520.39 hektar tanah akan dibahagikan kepada 363 ketua isi rumah. Ini bermakna satu ketua isi rumah hanya menerima 1.5 hektar tanah dan jelas tidak mencukupi. Sedangkan tanah adat masyarakat kami luas, tetapi kerajaan meluluskan dan membiarkan dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu".


Manakala tuntutan-tuntutan Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) kepada pihak berkaitan adalah seperti berikut:-

Pertama, hentikan segala aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat orang asli

Kedua, menarik balik lesen-lesen yang telah diberikan kepada pekerja-pekerja kontraktor yang bekerja di atas tanah dan wilayah adat orang asli

Ketiga, membayar pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan atas segala kerosakan dan kerugian yang kami hadapi

Keempat, membatalkan semua rizab-rizab lain yang bertindih dengan tanah dan wilayah adat orang asli.

Kelima, mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat orang asli menurut peta komuniti orang asli.

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).