Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka


Semalam telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka 2012 yang bertempat di Agro KPA berdekatan dengan Lebuh AMJ yang merangkumi 6 kawasan parlimen dalam negeri Melaka. Seramai 130 orang guru telah hadir dalam majlis sambutan yang telah diadakan semalam yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka 2012 ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari. Pada majlis yang sama juga wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka turut dijemput dan antaranya Timbalan Pesuruhjaya 2 iaitu Ustaz Mohd Noor Omar, Setiausaha Asri Shaik Abdul Aziz dan Haron Mohamad.

Manakala wakil dari Dewan Muslimat diwakili oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man. Dewan Pemuda pula diwakili oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuzi Azhar Yusof dan Juhari Osman selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda Negeri Melaka. Turut hadir adalah Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

PASTI diketuai oleh Halim Mathpoh selaku Pengarah PASTI Negeri Melaka dan juga guru-guru PASTI setiap kawasan.


Anugerah Tokoh Guru PASTI 2012 tahun ini dimenangi oleh Guru PASTI dari Taboh Naning iaitu Puan Zaleha Binti Abdul Jalil (gambar) dari PASTI Al-Murabbitin. Hadiah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Anugerah Jasamu Dikenang dirangkul oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka dari tahun 2003 sehingga 2011 telah dirangkul oleh Abdul Kadir Dewa. Mantan Ahli Majlis Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka telah dirangkul oleh Asri Shaik Abdul Aziz yang juga merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Ustaz Mohd Nazri Ahmad turut menerima Anugerah Jasamu Dikenang bagi kategori mantan Timbalan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka. Turut menerima Anugerah Jasamu Dikenang bagi kategori Peguam Utama PASTI Negeri Melaka ialah Hj. Mohamad B. Burok yang juga selaku Penyelia Parlimen Masjid Tanah.

Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka dari tahun 2003 sehingga 2011, Abdul Kadir Dewa

Mantan Ahli Majlis Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz

Mantan Timbalan Pengarah Jabatan PASTI, Ustaz Mohd Nazri Ahmad

Peguam Utama PASTI Negeri Melaka, Hj. Mohamad B. Burok

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).