Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Sunday, April 28, 2013

SAKSIKAN PUTRAJAYA DITAWAN 30,000 ORG BERSAMA UIA DAN DATUK HUSAM MUSA


Rakyat telah sedar, rakyat telah bangkit, rakyat ingin berubah, rakyat perlukan PR di Putrajaya. Sila saksikan kemaraan manusia yang merdeka malam tadi di Putrajaya yang mencecah lebih 30,000 orang dan pada masa yang sama dianggarkan hanya 3,000 sahaja menghadiri program bersama Tun M itupun dipenuhi oleh ahli BN bukannya rakyat jelata. Ayuh rakyat.......bersama maju ke Putrajaya. Ini kalilah....








Saturday, April 27, 2013

PR HAMPIRI PUTRAJAYA.... GAMBAR BERBICARA.....

Kehadiran hampir 20,000 orang yang membanjiri bumi Putrajaya malam tadi memberikan indikator terkini era kebangkitan rakyat di Malaysia. Perasaan ingin membuat perubahan semakin membuak-buak dan tidak dapat lagi ditahan arus kebangkitannya. Najib pasti boleh berkira-kira untuk berpindah ke Pekan kerana rumah beliau di Putrajya abukan tempat yang selamat kini. Rakyat semakin sedar...rakyat bersatu hati kini.....rakyat telah bersedia mara ke Putrajaya. Tumbangkan kezaliman dirikan kerajaan berdaulat....











Friday, April 26, 2013

"PEMANTAU PILIHANRAYA TIDAK BERLAKU ADIL". KATA PESURUHJAYA PAS MELAKA


BANDARAYA MELAKA - Tindakan pemantau pilihan raya mengarahkan Pas menurunkan bendera parti yang dipasang di beberapa lokasi di Durian Tunggal dilihat seolah-olah satu tindakan penguatkuasaan terpilih (selected enforcement).

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, faktor keselamatan pengguna jalan raya telah digunakan sebagai alasan arahan itu dikeluarkan supaya bendera tidak dipasang di persimpangan jalan.

Menurutnya, Pas akur dengan arahan berkenaan dan telah bertindak mengalihkan bendera yang dipasang di persimpangan Jalan Gangsa-Durian Tunggal serta beberapa lokasi lain di Durian Tunggal.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan mengapa arahan itu hanya dikeluarkan kepada Pas di kawasan Durian Tunggal dan bukannya di kawasan lain.

“Di kawasan di mana Pas dominan, seperti di Durian Tunggal, arahan itu telah dikeluarkan.

“Bagaimanapun, dari pengamatan saya, kawasan yang dominan BN tidak pula bendera dialihkan dari persimpangan jalan atau pembahagi jalan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan ini membayangkan seolah-olah penguatkuasaan terpilih dikenakan kepada Pas dan bukannya parti politik lain.

Menurutnya, apa yang beliau bimbang adalah tindakan itu boleh mewujudkan prasangka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kalangan petugas parti.

“Sekiranya bendera ini perlu dialihkan atas sebab keselamatan, maka ia perlu dilakukan di kawasan lain juga dan bukannya hanya terhad di kawasan Pas.

“Tambahan pula, dari apa yang saya tahu, tiada sebarang kemalangan yang membabitkan kecederaan dilaporkan akibat dari pemasangan bendera ini. Jadi  mengapa isu ini perlu dibangkitkan?” katanya.


NAJIB DI IPOH DISAMBUT 1,000 ORANG, ANWAR DI SEGAMAT 20,000 ORANG. APA MAKNA INI?


ANWAR : 

Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini. 


Anwar (kiri) mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah 
selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah. 

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.

Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.
---------------------------------------------------------------------------------------------

NAJIB :

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat. 

"Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung. 

"Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping (wang kertas RM100). Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata. 

"Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung. 

"Ekonomi semakin berkembang," katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin. 

Najib yang juga pengerusi tiba di perkarangan Dataran Umno, Gerbang Malam, Bagan Serai dari Kuala Kangsar, Perak bagi menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia. Selepas itu, Najib akan meneruskan sesi jelajahnya ke Sungai Bayor, Selama, Perak

=================================================

Sumber : Kedua-dua sumber dari Malaysiakini. Lu fikirlah sendiri bro...

AWAS...... ! BN AKAN BELI BILIK GERAKAN PR SUPAYA DITUTUP

Semua Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di Melaka harus mempertingkatkan kawalan ketat menjelang fasa kedua sebelum hari pengundian pada 5 Mei 2013. Pembelian Bilik Gerakan PR supaya ditutup telah bermula di negeri Selangor dan dijangka menular ke Melaka. 


Semua ahli PR haruslah meningkat keazaman untuk menolak usaha jahat ini kerana mereka tahu inilah cara terakhir untuk menyelamatkan mereka. Sila laporkan kepada Ketua Bilik Gerakan anda atau PDRM atau SPR jika anda ditawarkan rasuah supaya menutup Bilik Gerakan atau markaz.
Mengikut laporan oleh penyelidik UM semalam, mereka menyatakan PR telah mendahului untuk memenangi PRU13. PR telah hampir mencapai kemenangan ke Putrajaya, tegakkan landasan perjuangan, tingkatkan usaha dan azam, pertingkat kawalan keselamatan dan akhirnya berdoalah moga Allah memberikan kemenangan kepada kehendak rakyat.
=======================================================================

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR).


Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.


Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.
“Mereka boleh lapor kepada saya, SPR atau polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas," katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7, di sini semalam.
(Petikan: Sinar)

Thursday, April 25, 2013

KURSUS ASAS HAJI DITANGGUH SEMPENA PRU13


KUALA LUMPUR - Kursus Asas Haji selama dua hari yang dijadualkan bermula 4 Mei ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.
    
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata bagaimanapun tarikh baharu belum diputuskan.


    
Kursus Asas Haji itu merupakan modul bimbingan haji bersepadu yang memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tata cara menunaikan haji khususnya kepada bakal jemaah haji bagi tahun 2013/1434H.
    
Justeru, TH menasihatkan semua bakal jemaah haji supaya berhubung terus dengan cawangannya dan penganjur kursus berhampiran bagi memperoleh maklumat terkini mengenai tarihk, masa dan tempat kursus akan diadakan.
    
Bakal jemaah juga boleh berhubung terus dengan TH Contact Centre di talian 03-6207 1919

ADAKAH ANDA PENGUNDI POS? JOM MENGENALI MEREKA...




Siapakah yang layak mendaftar sebagai pengundi pos?

  • Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan menetapkan bahawa semua warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan dan layak di sisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Pengundi Pos) jika seseorang itu tergolong dalam mana-mana kategori seperti berikut :

    i) Seseorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing;
    ii) Seseorang anggota Perkhidmatan Awam Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing; dan
    iii) Seorang pelajar sepenuh masa yang belajar di Institut Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangan iaitu isteri atau suami masing-masing.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).