Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, April 30, 2013

2,415 POLIS MELAKA MENGUNDI AWAL. HARAPAN KEPADA PR...


MELAKA 30 April - Sebanyak 2,415 pegawai dan anggota polis dari seluruh negeri ini mengundi awal di 24 pusat pengundian yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, 742 daripada jumlah tersebut mengundi di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini bermula pukul 8 pagi.

MAT TAIB MENGAKU PR LEBIH BAIK TADBIR SELANGOR. APA KOMEN ANDA?



Inilah bukti kepimpinan Pakatan Rakyat adalh lebuh telus, amanah, berdaya maju dan berintegriti. Rakyat harus memberikan sokongan dan dokongan untuk memilih kerajaan yang terbaik yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia khasnya.

Pengakuan bekas Menteri Besar Selangor - Mat Taib.

Wang simpanan di jimatkan di dalam rizab pembedaharaan Selangor sehingga RM2.6 billion.


"Ini tidak pernah berlaku dulu, sedangkan 
kakitangan orang yang sama,majlis daerah orang itu juga, majlis bandaraya orang itu juga ,tetapi yang berbeza cumalah pimpinan politik."- Katanya

Monday, April 29, 2013

PAS TETAP SOKONG CALON DAP : TEGAS TIMBALAN PRESIDEN PAS MAT SABU


Pandangan peribadi" pemimpin kanan DAP Johor Norman Fernandez yang meminta anggota parti itu tidak menyokong parti Islam tidak akan menjejaskan hubungan dalam Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS Moahamad Sabu.

"Kita mahu menawan Putrajaya. PAS akan tetap undi calon DAP," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat majlis Pakatan di Petaling Jaya hari ini.

Mohamad (berbaju kuning) juga menolak kenyataan PAS Johor yang mahu mengambil tindakan sama sebelum ini dengan menegaskan Majlis Syura Ulama sudah memutuskan anggotanya hendaklah mengundi calon Pakatan tidak kira siapa.

Fernandez - timbalan pengerusi DAP negeri - sebelum ini di blog meminta pengundi tidak memilih PAS di Johor agar masa depan mereka tidak terjejas.

Menurutnya, PAS akan melakukan apa saja untuk mencapai kekuasaan, disebabkan "pendirian unilateral" parti itu dan "keengganan untuk menjadi rakan sebenar dalam Pakatan Rakyat".

Sementara itu, anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke berkata, partinya akan mengheret Fernandez ke jawatankuasa disiplin selepas pilihan raya umum kerana mahu menumpukan kepada kempen terlebih dahulu.

"Ini bukan pendirian parti, ini pandangan peribadi dia sendiri. Pendirian kita, kita akan undi semua calon Pakatan," tegas Loke.

CALON BN SERUPA NAJIB TAKUT BERDEBAT DI MASJID TANAH


MASJID TANAH - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin (Emy) enggan berdebat dengan Pakatan Rakyat (PR) berikutan mahu fokus kepada kempen menjelang pilihan raya. 



Beliau berkata, jemputan debat politik Agenda Masjid Tanah pada 2 Mei depan itu bukan masa sesuai sebaliknya mahu menggunakan ruang yang ada untuk aktiviti turun padang.



“Saya rasa buat masa sekarang lebih baik kita fokus kempen, debat-debat lepas ni la. Baik berjumpa pengundi daripada berjumpa pemimpin Pas.



“Sebenarnya, program seumpama ini hanya membantu kemenangan BN. Mereka tiada isu sebab tu mereka mahu berdebat,” katanya selepas program Klinik Skuasy bersama atlet skuasy kebangsaan, Mohd Azlan Iskandar di sini, semalam.



Terdahulu, Emy menerima surat jemputan menyertai debat bersama calon Pas Parlimen Masjid Tanah, Mohd Nasaie Ismail jam 9 malam di Pekan Masjid Tanah yang disampaikan Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas Masjid Tanah, Zulkifli Mat Tan.



Dalam surat itu, Zulkifli berkata, Emy diberi masa menjawab surat yang dihantar secara serahan tangan itu pada atau sebelum Selasa  jam 4 petang.



“Debat ini dilihat sebagai platform terbaik bagi kedua-dua pihak membentangkan agenda masing-masing untuk kebaikan pengundi di kawasan Masjid Tanah.



“Debat yang merupakan sebahagian budaya politik baru yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini adalah langkah proaktif Pas atas desakan anak muda melalui media baru dan alternatif,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/emy-tolak-tawaran-debat-nasaie-1.155190

"KAMI SEMAKIN HAMPIR KE PUTRAJAYA" KATA ANWAR DAN TOK GURU NIK AZIZ


SETIAWANGSA - Di sebalik tersebarnya dakwaan kononnya perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR), Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menggantikan Umno-Barisan Nasional di Putrajaya, 6 Mei ini.

Bahkan menurut Anwar, keyakinan sama turut dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada beliau.

"Dulu tahun 2008, mereka kata PKR dikatakan berpecah, kalau menang pun mungkin di Permatang Pauh. Itu pun 50-50. Makin dekat pilihan raya, 60-40," ujar Anwar.


"Tapi saudara, Insya-ALLAH, kali ini kita tawan Putrajaya. Kita yakin.

"Tok guru beritahu saya, kali ini betul doh kita tawan Putrajaya," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Keramat Wangsa di sini, malam tadi diringi tepukan ribuan yang hadir.

Walaupun hujan renyai, para hadirin tidak berganjak menantikan ketibaan Anwar. 

Anwar yang tiba kira-kira jam 11.40 malam menyampaikan ucapan kira-kira 20 minit kepada penduduk di sini. 

Sambil melahirkan harapan agar pengundi Parlimen Setiawangsa mengundi calon PKR untuk berkhidmat di kawasan ini, Anwar mahu rakyat berfikir sejenak dan membuat keputusan bijak. 

"Calon di Setiawangsa ini bantu saya secara sukarela daripada tahun 2007.

"Dia memang tak petah berkata-kata tapi dia kerja," ujar Anwar. 

Calon PR bagi kerusi Parlimen Setiawangsa ialah Ibrahim Yaacub. Beliau merupakan anak kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur. 

Menurut Anwar, beliau yakin Ibrahim boleh memberi khidmat terbaik di kawasan itu.

Anwar dalam ucapannya turut menyentuh hasil siri jelajahnya di Sabah dan Sarawak.  

"Sabah dan Sarawak akan cipta sejarah pada pilihan raya kali ini," ujar Anwar yakin.

SHAMSUL ISKANDAR MENDAHULUI ALI RUSTAM DI PARLIMEN BUKIT KATIL


UKIT KATIL - Pertembungan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, merupakan satu pertembungan yang amat dinantikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.



Banyak pihak yang melabelkan pertemuan kedua mereka ini seumpama pertembungan antara David dan Goliath.

Malahan, sejak nama Mohd Ali diumum akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar sudah beberapa kali menyamakan pertemuan ini umpama pertemuan antara petinju Muhammad Ali dan Joe Frazier.

Menurut Shamsul Iskandar, perlawanan yang diadakan pada tahun 1971 di Madison Square Garden di New York itu merupakan satu perlawanan yang mencatatkan sejarah kerana inilah pertama kali Muhammad Ali tewas sebagai peninju profesional.

“Ada rakan yang memaklumkan kepada saya mengenai perlawanan itu dan turut menggelarkan pertembungan saya dengan Mohd Ali pada PRU13 ini sebagai 'fight of the century',” katanya.

Mungkin sejarah inilah yang ingin dicatatkan Shamsul Iskandar dengan menjadikan PRU13 ini kekalahan pertama Mohd Ali.

Bagi Shamsul Iskandar, peluang beliau menumbang lawan yang jauh lebih berpengalaman darinya tidaklah mustahil memandangkan PR sudah memulakan gerak kerjanya seawal dua tahun lalu.

Malahan, sentimen semasa di peringkat akar umbi dewasa ini dilihat memungkinkan berlakunya sejarah buat PKR Melaka dengan memenangi kerusi pertama mereka dalam pilihan raya umum di negeri ini.

Menurut beliau, populariti calon semata-mata tidak akan memberi sebarang kesan kerana kualiti calon adalah jauh lebih penting.


Sunday, April 28, 2013

PRESIDEN PAS ; PERINGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA, WABAK POLITIK WANG


Allah SWT mengesahkan tentang betapa buruknya perangai kaum Bani Israel berpolitik sebagai pengajaran kepada seluruh manusia, khususnya umat Islam. Firman Allah :
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Tholut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami, sedang Kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Tholut) menjadi pemerintah kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (RahmatNya dan PengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
Kisah ini benar-benar berlaku di zaman dahulu, apabila bangsa Yahudi terhina dengan sehina-hinanya lantaran mereka meninggalkan kitab Taurat, sehingga mereka ditakluk oleh bangsa lain. Setelah beberapa generasi mereka hidup hina merempat, maka Allah mengutuskan seorang nabi mendidik mereka semula dengan kitab Allah. Akhirnya mereka sedar dan insaf, serta bersedia untuk berjuang, menegakkan negaranya semula. Mereka telah memohon petunjuk Allah melalui nabi agar dapat melantik seorang raja yang menjadi pemimpin negara mereka.Tiba-tiba Allah menunjukkan seorang tokoh yang bernama Tholut supaya dilantik menjadi pemimpin mereka dalam perjuangan menegakkan semula negara namun begitu penyakit rohani masih ada dalam diri mereka, apabila kaum Bani Israel itu menolak dengan alasan raja yang dicadangkan tersebut bukanlah seorang yang kaya di kalangan mereka, Tholut yang dicadangkan itu bukanlah seorang kaya-raya. Nabi itu memberi tahu bahawa petunjuk Allah supaya melantik seorang yang berilmu dan gagah perkasa, Tholut adalah tokoh paling layak.
Kisah ini menunjukkan bahawa politik berteraskan harta menjadi penyakit bangsa yang Yahudi yang dimurkai Allah, disebut dalam surah Al Fatihah (المغضوب عليهم ).
Allah juga mendedahkan sifat kebendaan bangsa Yahudi dengan firman Nya :
Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).
Ini menunjukkan bahawa penyakit kebendaan telah merebak sehingga hilangnya perhitungan akal, lalu suka menerima berita bohong dan mengambil harta haram melalui rasuah dan lain-lain.
Cabaran keadaan yang sama juga dialami oleh para pemimpin Makkah dan pengikutnya. Rasulullah SAW menghadapinya apabila dihujahkan dengan kebendaan. Allah berfirman :
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi (bekalan air) bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.
Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari hiasan paling mahal (menunjukkan harta kekayaan ); atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah Kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (Wahai Muhammad):" Maha suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ?
Para ulama merakamkan kisah Rasulullah S.A.W. ketika baginda menegaskan kepada Adi bin Hatim R.A. seorang pemimpin Arab terkenal sebelum Islamnya, sabda Rasulullah SAW: “Wahai Adi ! Aku tahu mengapa kamu tidak mahu menerima Islam, kerana Islam dilihat bersama-sama dengan orang-orang yang lemah dan tidak ada kekuatan. Akan tetapi akan tiba masanya Islam mencapai kemenangan sehingga harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang mahu menerimanya”.
Demikianlah politik wang atau matlamat kebendaan menjadi wabak yang merosakkan manusia sejak dahulu sehingga sekarang, hilangnya harga diri manusia yang dijadikan Allah berakal dan fikiran supaya dapat menilai benar dan salah serta menggunakan harta menjadi alat, bukan diperalatkan oleh harta yang tidak berakal.
Apabila harta menjadi matlamat, maka hilanglah nilai kemanusiaan yang mulia serta martabatnya yang tinggi jatuh lantas menjadi hina. Akhirnya menjerumuskan diri sendiri lebih hina dan menghinakan bangsa serta umat. Kerana pada masa itu segala pertimbangan akal dan petunjuk Allah ditolak apabila harta menjadi ukuran benar dan salah.
Bangsa Melayu bersama Umno ditarbiyah dan dididik dengan politik wang dan kebendaan. Penyakit yang membarah ini diakui sendiri oleh semua pemimpin UMNO dengan menyatakan bahawa ianya sudah menjadi penyakit yang memburukkan usus dan menjadi kanser. Paling bahaya ianya juga telah merebak ke dalam jentera kerajaan dan rakyat Melayu apabila di setiap kali pilihanraya umum atau kecil.
Orang-orang Melayu di bawah UMNO hilang jati diri, sehingga tidak mampu bertongkat dengan hak istimewa yang diberi nafas sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini masih berlaku walau pun UMNO menang majoriti paling besar dalam pilihan raya sejak beberapa dekad yang lalu.
Jumlah kerusi Melayu diagih untuk menjadi benteng pasir melindungi UMNO. Hanya negeri Melayu kuat UMNO ditambah kerusi pilihan raya. Ada pun negeri Melayu yang tidak memilih UMNO tidak ada pertambahan kerusi walau pun penduduknya bertambah dalam dua kali kajian kajian persempadanan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Duit ditabur dengan sebanyak-banyaknya untuk membeli undi Melayu supaya tetap memilih UMNO. Kepada yang tetap memilih UMNO pula di bodohkan dengan media Melayu arus perdana bersama para penulis upahan, sehingga terus berkhayal dalam kejahilan dan kemiskinan dan tidak kenal perubahan yang berlaku dalam dunia terkini .
Allah menegaskan bahawa harta negara yang banyak tidak mampu membela seluruh rakyat dengan adanya penyakit tersebut. Ini kerana apabila harta negara yang boleh dianggap sebagai darah yang tidak mengalir ke dalam seluruh jasad kerana berlakunya :
دولة بين الأغنياء منكم
Berpusing kepada orang-orang kaya tertentu di kalangan kamu.
Maka kekayaan negara dikikis atau dibocor oleh pemimpin yang kaya dengan rasuah atau menyalah gunakan kuasa untuk mendapat kekayaan bagi diri dan kroninya. Apatah lagi adanya orang-orang kaya yang mendapat peluang dengan rasuah atau sentiasa berpeluang kerana bersekongkol dengan pemimpin yang khianat terhadap rakyat dan harta negara. Puncanya apabila berpolitik kerana wang dan matlamat kebendaan, bukannya menunaikan amanah.
Allah SWT telah menunjukkan contoh dalam al-Quran petunjuk sepanjang zaman di mana adanya tiga serangkai Firaun (raja), Haman (Perdana Menteri ) dan Qarun (hartawan).
Rakyat termiskin dibantu dengan duit dan kemudahan sementara sahaja, tetapi tidak boleh membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan. Rakyat yang tidak memiliki tanah tempat kediaman diburu ketakutan peras ugut dengan milik sementara sepanjang masa, atau terpaksa meneroka tanah tanpa kebenaran rasmi dan dibiarkan supaya menjadi mangsa ugutan.
Setiap kali pilihan raya maka duit menjadi senjata kempen dengan bekalan daripada pemilik harta Qarun penyumbang tetap yang mendapat segala peluang tetap selepas pilihanraya, atau membocorkan peruntukan yang wajib ditunaikan bagi kemudahan rakyat. Maka berlakulah projek terbengkalai atau projek cacat yang meruntuhkan kerana tidak sempurna.
Setiap kali pemilihan kepimpinan UMNO juga wang tetap digunakan, kerana kedudukan dalam parti akan dapat menjamin kehidupan dan segala kesempatan. Di sana pula tetap ada para Qarun yang bersedia menyumbang bagi memperjudikan diri masing-masing.
Penyakit ini pernah menjadi sebab bersejarah kejatuhan umat terdahulu dengan hina, termasuk kuasa besar yang paling kaya dengan tamadun kebendaannya. Semuanya dikisahkan oleh Al Quran supaya menjadi petunjuk kepada seluruh manusia di sepanjang zaman, termasuklah orang-orang melayu terkini.
Ketika bangsa lain berpolitik memilih parti yang menjaga bangsa masing-masing dalam persaingan masyarakat majmuk, tiba-tiba bangsa Melayu masih lagi bersama UMNO. Ada lagi di antara kita yang memilih parti yang mengagihkan duit dan segala habuan segera. Maka tunggulah padah menimpa diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain .
Akhirnya dengarlah pesanan Rasulullah S.A.W.
خُذُوا الْعَطَاءَ مَا دَامَ عَطَاءً، فَإِذَا صَارَ رِشْوَةً فِي الدِّينِ فَلا تَأْخُذُوهُ، وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيهِ، يَمْنَعْكُمُ الْفَقْرَ وَالْحَاجَةَ، أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ مَا لا يَقْضُونَ لَكُمْ،
المعجم الكبير للطبراني - (ج 14 / ص 499)
Ambillah pemberian, selagi sebenarnya pemberian yang berhak. Maka apabila sudah menjadi rasuah dalam perkara al-Din (agama dan cara hidup) maka janganlah kamu mengambilnya dan jangan pula meninggalkannya, nescaya menghalang kamu daripada menjadi fakir dan sentiasa berhajat . Ingatlah Islam sentiasa dalam pusingan (menang dan kalah, mulia dan dihina), maka kamu hendaklah sentiasa bersama Islam di mana sahaja keadaannya. Ingatlah, akan berlakunya pertelingkahan diantara kitab (al Quran) dan pihak yang berkuasa memerintah negara, kamu jangan sekali-kali berpisah daripada kitab al Quran. Ingatlah, akan adanya para pemimpin yang menghukum kerana diri mereka bukan kerana menolong kamu ….).
Dalam hadith yang lain pula diharamkan kepada orang yang berada mengambilnya kecuali selepas itu diberi kepada orang yang sebenarnya memerlukan bantuan.
Wujudnya penyakit politik kerana harta pada hari ini adalah tanda kerasulan Nabi Mohammad S.A.W. yang wajib diimani. Ingatlah maksudnya bahawa memilih parti politik wang atau kebendaan akibatnya bencana menimpa umat .

PRESIDEN PAS
Selasa 23 April 2013/ 12 Jamadil Akhir 1434

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).