16 Apr - Pakatan Rakyat Melaka telah melancarkan manifesto bagi Pilihanraya Umum 13 malam ini. Majlis pelancaran disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat. Majlis tersebut dibuat di pekan Durian Tunggal.
Turut hadir pengerusi parti-parti dalam Pakatan Rakyat; Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka), sdr Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka), sdr Shamsul Iskandar (Pengerusi PKR Melaka) dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat Melaka.
Menurut Haji Abdul Hadi Awang, tema manifesto Pakatan Rakyat Melaka sangat sesuai. Dengan tema "Melaka Milik Rakyat".
"Melaka ini bukan milik PAS, Melaka ini bukan milik DAP, Melaka ini bukan milik Keadilan. Apatah lagi Melaka ini bukan milik UMNO/Barisan Nasional. Tetapi Melaka ini adalah milik rakyat," ucap Presiden PAS.
Selain itu, menurut Haji Hadi, pemimpin UMNO/Barisan Nasional dikatakan merosakkan perkembangan ilmu dalam negara dan akhirnya kepimpinan mereka selama 55 tahun dilihat merencatkan sistem pendidikan dalam negara.
"Unesco membuat kajian bahawa negara yang ingin membangun perlu perkayakan bahasa ibunda. Bahasa ibunda tak boleh dihapuskan. Kalau hapus, boleh melambatkan perkembangan ilmu."
Tambahan lagi, Haji Hadi menyatakan hasrat kepada seluruh rakyat Melaka khususnya dan Malaysia amnya. "Jangan Melayu, Cina bergaduh. Yang kenyang (adalah) Barisan Nasional. Sudah cukup 50 tahun lebih. Pakatan Rakyat nak tunjukkan kebolehan memimpin selama lima tahun. Berilah peluang kepada kita."