Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, April 15, 2013

PR MELAKA TAWARKAN MANIFESTO 'MELAKA MILIK RAKYAT' UNTUK WARGA MELAKA

Pakatan Rakyat Negeri Melaka menawarkan satu manifesto menyeluruh dengan tema 'Melaka Milik Rakyat' khusus untuk pelbagai lapisan rakyat pada PRU 13 ini.

Manifesto menarik dan mencakupi semua bidang keperluan rakyat ini dilihat amat penting bagi masa depan rakyat yang kian dihimpit dengan kenaikan harga barang, caj perkhidmatan dan kebajikan yang diabaikan di mana ianya gagal ditangani oleh kerajaan BN pusat dan negeri sekarang.

"Tidak syak lagi manifesto ini cukup-cukup menyelami masalah dan kesengsaraan rakyat"

"Orang muda, orang tua, wanita dan sesiapa sahaja sudah pasti terkesan dengan manifesto menarik ini" ujar salah seorang penduduk Kg Bukit Katil yang enggan namanya disiarkan.

Manifesto ini dijangka dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang malam esok di Pekan Durian Tunggal.

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).