Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, June 17, 2008

KERAJAAN MULA TERASA BAHANGNYA

Bukit Katil : Kerajaan BN mula terasa bahang penentangan rakyat terhadap kenaikan minyak apabila membuat pelawaan untuk bekerjasama dengan pembangkang hari ini.

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata bantahan yang tidak putus-putus oleh rakyat di seluruh negara mula menampakkan kesan.
Beliau mencadangkan seluruh rakyat meneruskan bantahan tersebut setiap hari demi untuk menyedarkan rakyat supaya menurunkan semula harga minyak ke tahap minima.

"Rakyat sudah tidak tahan dengan kezaliman dan kerakusan kerajaan yang menaikkan harga minyak dan ditambah pula sekarang ini harga barang juga naik"

"Mereka sudah tidak tahan, dari itu mari sama-sama kita bangkit menyatakan bantahan setiap hari" kata Sofi yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan Bukit Katil.

Sofi berkata demikian sewaktu diminta mengulas pelawaan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pagi ini agar pembangkang bekerjasama dengan kerajaan menangani masalah kenaikan harga minyak.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol, menjadi RM2.70 seliter dan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 sen. Ekoran itu, Jumaat lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Kira-kira 2,000 menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Kampung Baru, menuju ke Kompleks Sogo di ibunegara, selepas pihak polis menutup laluan ke KLCC.

Mengulas mengenai perkara itu, Syed Hamid berkata: "Saya tidak fikir anda boleh menggantikan kerajaan melalui demonstrasi".

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula berkata, polis akan melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.
Sumber : Malaysiakini

1 comments:

dibandar melaka bila lagi nak buat bantahan,asyik asyik KL sahaja nak pergi sana minyak dah mahal,cekali cekali buatlah inasiatif pak sheikh sofi bantahan kenaikan minyak dizoo air keroh!

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).