Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Wednesday, June 18, 2008

RAKYAT MELAKA AKAN TERUSKAN DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Rakyat negeri Melaka akan terus mengadakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak. Minggu ini ianya akan dijalankan pada 21 Julai bermula jam 2.30 petang. Tempat akan ditentukan kemudian. Minggu depan demo ini akan berlangsung pada 29 Jun jam 3.00 petang. Tempatnya juga akan ditentukan kemudian.

Sebelum rakyat Melaka telah berdemo di Jasin dan Masjid Tanah.

Apa yang penting tuan-tuan dikehendaki sentiasa bersedia untuk turun berdemo membantah tindakan zalim kerajaan menaikkan harga minyak.

AYUH RAKYAT MELAKA MARI SAMA-SAMA TUNJUKKAN BANTAHAN KITA.

1 comments:

baguslah pak sheikh ini, baru mek komen dah ada feedback,maaknanya dalam bulan june ini demontration 2kalilah,tempat yang mek cadangkan tadi 29/6 dizoo air keroh ,lepas berdemo boleh masuk zoo tengok sahabat handai kita dizoo itu ada makan atau tidak, semenjak minyak naik harga buah buahan pun tinggi harganya,dan 21/6 ini mek cadangkan dhang tuah mall lepas kita huha huha kita boleh tengok sorakan EURO di stadium hang tuah, ramai artis mai disinilah pak sheikh dan yang syoknya lagi ada cabutan hadiah bertuah tiket kapal terbang percuma,dan silap silap haribulan gambar pak sheikh keluaq di TV3 baru glamour.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).