Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, June 19, 2008

PAK LAH MESTI LETAK JAWATAN SERTA MERTA

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak lagi mendapat kepercayaan dari sebahagian pemimpin dan ahli Umno sejak selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, semalam beliau juga menghadapi tamparan hebat apabila parti komponen BN dari Sabah, SAPP secara terbuka membuat kenyataan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.

SAPP akan mengemukakan usul tidak percaya dalam Sidang Parlimen bermula Isnin ini.

Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Abdullah sepatutnya sedar bahawa kenyataan terbuka dari beberapa pemimpin dan ahli Umno dan SAPP ini merupakan suatu signal yang membuktikan bahawa kepimpinan beliau adalah lemah, gagal dan tidak mendapat sokongan rakyat.

Tidak ada gunanya Abdullah terus memegang jawatan tersebut tanpa sokongan dari parti sendiri. Rakyat Malaysia sebenarnya telah menunjukkan isyarat yang jelas kepimpinan Abdullah sudah tidak diterima oleh mereka apabila BN kalah teruk di lima negeri termasuk juga kerusi-kerusi parlimen di Kuala Lumpur.

Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia BN atau Perikatan (dulunya) tewas sehingga hilang 5 negeri. Tidak syak lagi Abdullah merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno paling lemah pernah dilahirkan di Malaysia.

Abdullah sebenarnya telah gagal mentadbir dengan baik. Fakta ini disokong dengan kegagalan beliau dalam pengurusan harga minyak; kenaikan harga barangan keperluan; indeks jenayah yang kian meningkat; kedudukan ekonomi yang kian parah dan banyak lagi.

Beliau juga gagal dalam mentadbir parti BN apabila sebahagian besar parti-parti komponen BN termasuk Umno, Gerakan, MIC dan MCA mengalami masalah dalaman yang sangat meruncing.

Abdullah mendapat tentangan hebat di dalam Umno dari Tun Mahathir, Mukhriz Mahathir, Tengku Razaleigh dan lain-lain.

Gerakan menghadapi krisis dalaman yang amat teruk sehingga dua pemimpin kanannya iaitu Lee Kah Choon dan Dr Tan Kee Kwong mengisytiharkan keluar parti. Malah Parti Gerakan Negeri Melaka, lumpuh sama sekali kerana beberapa bahagiannya dibubarkan.

Semua krisis politik ini gagal ditangani dengan baik oleh Abdullah.

Oleh kerana itu Abdullah sepatutnya meletakkan jawatan serta merta dan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada individu yang mampu mentadbir negara dengan baik.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

1 comments:

pak sheikh nak tanya sikit nak suruh pak lah letak jawatan,jawatan PM OF MALAYSIA itu nak beri pada siapa?
jikalau jawatan pm itu di beri pada YAB CM kita,ada juga orang kampong bukit katil menjadi PM kita,dan dapatlah mek dengar bunyi bising jet excutive pm yang baru itu landing di airport batu berendam.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).