Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, June 24, 2014

SUSULAN AIR TERCEMAR DI MERLIMAU, PEMUDA PAS BERTEMU DENGAN SAMB.

ISU AIR MELAKA

23 Jun 2014
Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin saudara Yuzi Azhar merangkap Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka membuat kunjungan ke wisma Syarikat Air Melaka Berhad bagi mendapat maklumat dan tindakan pihak SAMB dalam kemelut isu air yang tercemar di Daerah Jasin.

Beliau menyatakan isu air di Jasin sudah berlarutan hampir dua minggu. Kehidupan penduduk di sana terjejas teruk kerana bekalan air yang di berikan seolah-olah tidak boleh di gunakan untuk minuman dan kegunaan seharian. Baru-baru ini Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka saudara Jauhar Mohd Dawi ada melakukan tinjauan di rumah penduduk di kampung Sebatu. Beliau memeriksa sumber air dari rumah penduduk disana dan memeriksa bacaan tahap pencemaran air menggunakan kit TDS(Total Dissolved Solid). Amat memeranjatkan bacaan TDS mencapai 840ppm.

Oleh yang demikian saudara Yuzi Azhar mahukan penjelasan dari Syarikat Air Melaka Berhad dalam isu air tercemar dan perlu bertangungjawab kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan penduduk amnya di Daerah Jasin.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memberikan notis amaran kepada penduduk supaya jangan gunakan air yang tercemar ini dan memberikan bekalan air bersih kepada semua penduduk. Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tidak teragak-agak untuk ambil tindakan jika sekiranya Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melepaskan tangungjawab dan membiarkan penduduk di sana menggunakan air yang sudah tercemar untuk kegunaan mereka.



Monday, June 23, 2014

PERGINYA SEORANG MURABBI



PAS Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Dato' Abu Bakar Chik yang telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan pada awal pagi ini.   Beliau juga merupakan salah seorang AJK PAS Pusat. Sila ke link ini untuk mengetahui latarbelakang Dato' Abu Bakar Chik




BEKALAN AIR DI MERLIMAU TERCEMAR

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Saudara Jauhar Muhammad Dawi berhubung pencemaran air paip di daerah Merlimau Melaka.


Pagi semalam saya berkesempatan pergi ke Merlimau untuk melihat permasalahan bekalan air bersih ke penduduk di sana. Saya membawa kit untuk mengukur tahap pencemaran air disana.
TDS singkatan dari Total Dissolved Solids. 
Amat memeranjatkan bacaan dari TDS mencapai 830ppm ke atas. Saya mengambil sampel air dari pili air yang di luar.
Isunya kenapa pihak yang berwajib seperti kerajaan negeri tidak memaklumkan isu yang boleh membahayakan kesehatan penduduk. Sepatutnya ada notis pemberitahuan agar tidak menggunakan air untuk minum dan perlu berikan bekalan air bersih kepada penduduk dengan apa cara sekalipun.
DPPNM amat khuatir dengan pentadbiran kerajaan negeri Melaka sekarang kerana memperjudikan keselamatan rakyat negeri ini.

Sunday, June 22, 2014

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN JASIN - MERIAH


Jasin : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jasin pagi tadi dijalankan dengan meriah dengan kira-kira 250 perwakilan dan pimpinan PAS Kawasan hadir.

Ianya dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Hj Adly Zahari di Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor di sini.

Saturday, June 21, 2014

AIR KOTOR : PEMUDA GESA SAMB JAWAB

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memandang berat tentang permasalahan air yang tercemar di Daerah Jasin terutama di Sungai Rambai hingga ke Serkam. 

Kami di beritahu masalah ini sudah hampir berlarutan hampir dua minggu tetapi pada dua hari lepas keadaan ini semakin buruk. Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk sudah membuat aduan kepada YB-YB tetapi malangnya tiada perubahan yang berlaku dan tiada tindakan yang sewajarnya di ambil oleh wakil rakyat dan pihak SAMB. 


Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendesak pihak SAMB perlu memberitahu apa yang berlaku. Sekiranya ada pencemaran di loji penapis air SAMB perlu mengambil langkah yang sewajarnya kerana ianya melibatkan kesihatan dan nyawa manusia. Tindakan seperti notis pemberitahuan dan menutup loji penapis merupakan satu langkah yang perlu jika sekiranya ada masalah air bekalan yang tercemar. Di sini saya lampirkan dua gambar dari penduduk yang menunjukan bahawa bekalan air yang di dapati tercemar. Gambar pertama menunjukkan kertas PH menyatakan nilai kualiti air kepada bacaan asid dan gambar kedua air teh tarik yang di buat menjadi berkeladak berbeza dengan keadaan biasa.


DPPNM berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dalam isu ini. Jangan apabila sudah berlaku sesuatu yang besar baru ingin ambil tindakan.



Jauhar Muhammad Dawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

Friday, June 20, 2014

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TANGGA BATU 22 JUN

PAS Kawasan Tangga Batu akan mengadakan mesyuarat agungnya kali ke 11 pada 22 Jun ini bertempat di Madrasah An-Nuriah Sg.Udang.

Mesyuarat Agung kali ini akan dirasmikan oleh YB Aminolhuda Hassan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor  yang juga merupakan ADUN Parit Yaani.

Thursday, June 19, 2014

LAPORAN AUDIT : PA SYSTEM BERHARGA RM58,000 DIBELI DENGAN HARGA RM123,070.


Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa PA sistem di Dewan Tun Ali dibeli dengan harga RM123,070.00. Harga pasaran hanya RM58,000. Ternyata ia satu pembaziran atau mungkinkah ada penyelewengan. 


Inikah kerajaan berkat???

PELIK : SAIZ TANAH MCL DAERAH MELAKA TENGAH LEBIH LUAS DARI SAIZ KESELURUHAN DAERAH?

Pelik tetapi benar. Laporan Audit Ketua Audit Negara menyatakan bahawa SAIZ TANAH MCL DAERAH MELAKA TENGAH LEBIH LUAS DARI SAIZ KESELURUHAN DAERAH.

Ini suatu perkara PELIK!!!

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).