Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, September 30, 2011

Hudud hanya untuk orang Islam

Ketua Pemuda PAS berkata, Hudud hanya untuk orang Islam bukan untuk orang bukan Islam.

Malangnya Umno mempolitik dan mempolimekkan hukum hudud semata-mata untuk mengalihkan isu yang sedang menghantui Umno seperti isu Kad Pengenalan palsu, daftar pemilih, ISA dan sebagainya.

Umat Islam yang taat kepada Allah sememangnya bercita-cita untuk Hudud diamalkan di negara kita. Pada masa yang sama rakyat bukan Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tidak akan dipaksa menerima hudud.





Burukkan Kelantan: Polis mesti bertindak terhadap Ali Rustam

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka mempersoalkan tindakan Polis yang begitu cepat bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor.


"Macamana pula orang Kelantan dengan Ali Rustam, apa yang Ali Rustam tak cakap tentang Kelantan. Dalam dan luar sidang DUN, sentiasa Kelantan diburukkan.


"Beliau pernah melarang pegawai kerajaan negeri Melaka pergi Kelantan. Pernah beliau menarik balik larangan itu?"


"Di Melaka orang buang anak, di Kelantan orang buang anak dan dibakar anak itu, itu antara ucapan Ketua Menteri dalam sidang DUN."


Menurut Adly, kalau Polis Johor hendak bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang maka Ketua Polis Kelantan juga wajar bertindak terhadap Ali Rustam.


Beliau mempersoalkan mengapa Polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang dituduh memburukkan Johor tetapi mendiamkan diri terhadap tindakan Ketua Menteri Melaka yang acapkali memburukkan negeri Kelantan.


"Burukkan Johor bertindak? Burukkan Kelantan tak apa, 1Malaysia apa?" soal Adly sinis.


Adly berkata rakyat Johor sedang dihasut agar membenci Lim Guan Eng kerana beliau di anggap menjatuhkan imej Johor.


"Menjatuhkan imej Johor di luar negara. Johor selamat, YAB Lim kata tak selamat?"


"Sedangkan secara faktanya Pulau Pinang paling selamat di Malaysia dengan indeks jenayah 27%." tegas Adly dalam blognya.


Pesuruhjaya: Hapus Kuota untuk Tutup Tembelang

  • Betul ke Melayu ada kuota.?
  • Betul ke Bumiputera ada kuota.?
  • Betul ke Melayu dan Bumiputera ada kuota?
  • Betul ke kuota itu 30%.
  • Kenapa tak 20% atau 40%.
  • Dikala ada kuota, Melayu tak kemana
  • Bumiputera pun sama.
  • Benarkah sistem kuota itu wujud atau sekadar fatamorgana.
  • Kuota Melayu dan Bumiputera sebenarnya telah tiada.
  • Yang ada hanyalah kuota UMNO.
  • Bukankah UMNO itu Melayu dan Bumiputera.
  • Sebab itu Najib tidak bimbang untuk memansuhkan kuota bumiputera yang tiada.
  • Penasihat Najib sudah dapat menghidu kesan buruk dari sistem kuota yang ada. Terutamanya bila rakyat semakin kritis.
  • Rakyat sudah mula mempersoalkan siapa yang mendapat laba selama ini dari sistem kuota, terutamanya dari tender tender kerajaan.Bulleted List
  • Sebelum ianya jadi barah dan bocor serta berbau, baik ianya ditutup.
  • Ganti dengan MTEN.
  • Kita rompak cara baru, melalui Parti Melayu Baru.
  • Kitab kuota ditutup. Tak perlu dipersoal, gagal, ruang terhad, mengonkong dan tak sesuai dengan transformasi dan imej 1 Malaysia.
  • Hapus kuota sebenarnya untuk tutup jenayah lampau.


Sumber: Tn HJ Adly Zahari

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)’s STAND

30 SEPTEMBER 2011
 
1. PAS would like to stress that its struggle and actions are within the framework of democracy and the provisions of the Federal Constitution. These include the basics such as the position of Islam as the Federal religion, the guarantee for the freedom to practise other religions, the sovereignty of the Malay language as the National Language while maintaining the rights to one's mother tongue, the status of the Malay Rulers, as well as the special rights of the Malays and Bumiputera and the rights of all other communities as guaranteed under the Federal Constitution.

2. PAS reiterates its commitment towards comprehensive reforms in the country through a people's charter agreed upon under what is called Pakatan Rakyat Common Policy Platform and the Orange Book.

3. In all its actions as well as policies of PAS whether at party or governmental level, PAS strongly subscribes to the struggle for a benevolent state which demands for the universal justice of Islam to be enjoyed by all, and rejects in the strongest terms any acts of injustice to any citizen.

4. The differences with DAP with regard to the Syariah Criminal Enactment are based on the interpretation that it runs contrary to the provisions of the Federal Constitution. Matters of interpretation are subjective, as there are clear differences in the understanding between the legal experts of both parties, particularly in finding a solution. For PAS, the solution will ultimately lie with a court of law.
 
5. In line with Syariah Criminal Enactment II (1993) and Syariah Criminal Enactment (2003)  respectively passed by the state assemblies of Kelantan and Terengganu, PAS is of the view that the state government has the power to translate these enactments into law. The question of whether the Federal government is agreeable or not is secondary and one that needs to be solved in a suitable and logical setting. The people of Kelantan chose PAS on the basis of its Islamic ideals, and as such, their right to practise their religion must be acknowledged. Any attempt otherwise goes against the spirit of democracy which has been mutually agreed. As for the Enactment, it is now up to the Kelantan state government to proceed with the next step.
 
 
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
PAS Information Chief
30 September 2011

Monday, September 26, 2011

Sambutan 60 Tahun PAS

Semua dijemput hadir..

Hina Hudud: Pemuda PAS Melaka selar Utusan

Karikatur akhbar Utusan yang menghina hudud.


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.

Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .

Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadi sebutan ramai pihak akhir-akhir ini.

Muhamad Aizat Bahrudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka (gambar) berkata, "sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar."

Tambahnya lagi, "hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah."

Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan." tambahnya lagi

Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak agar Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf terhadap umat Islam atas penghinaan tersebut.



TPJ3: BN takut bayang-bayang sendiri

Barisan Nasional betul-betul tersepit dan takut kepada bayang-bayang sendiri. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain selain dari Umno/BN akan dicurigai.


Itulah yang berlaku kepada klip video "Undilah", yang mana ianya tidak diluluskan oleh kerajaan walaupun ramai pemimpin BN mengambil bahagian dalam Klip Video tersebut. Malah klip itupun tiada unsur berkempen parti hanya
mengajak rakyat mendaftar sebagai pemilih serta keluar mengundi.

Namun oleh kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka ianya dihalang dari ditayangkan di stesyen TV kerajaan.

Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

Semalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”


Datuk Rosnah Abd Rashid (gambar), Puteri UMNO Malaysia turut mengambil bahagian dalam pembikinan klip video.

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Abdul Rahman juga menulis bahawa perkara pokok yang dibincangkan boleh diterima tetapi video itu condong kepada mesej-mesej yang cuba dibawa oleh pembangkang.


Itulah sikap jumud dan kolot BN yang tidak mempunyai jiwa besar dan penuh dengan buruk sangka.


Sumber: TPJ 3

Saturday, September 24, 2011

TPJ 3: Ali Rustam dan Exco sila isytihar harta masing-masing

Sekali lagi blog ini menggesa Ketua Menteri dan Exco kerajaan negeri Melaka mengisytiharkan harta masing-masing bagi meyakinkan rakyat bahawa mereka bersih dan telus. Selagi mereka tidak berani mengisytiharkan harta selagi itulah rakyat akan berprasangka buruk kepada mereka.

Mereka mesti mencontohi Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan aggota kabinetnya yang berani mengisytiharkan harta masing-masing baru-baru ini.

Berani keran benar, takut kerana salah. Itu perumpamaan yang sesuai untuk ditujukan kepada Ali Rustam dan Exco-Exconya. Apa yang hendak ditakutkan jika mereka tidak mempunyai harta di luar kemampuan mereka. Malah rakyat akan lebih hormat dan menyanjung mereka jika harta mereka memang setimpal dengan pendapatan mereka.

Sudah banyak kali Blog ini menggesa Ali Rustam mengisytiharkan harta tetapi beliau terus berdegil dan memekak serta membutakan diri enggan berbuat demikian. Apa maknanya itu ??,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Friday, September 23, 2011

Pesuruhjaya: Melaka Jadi 'Batam' Malaysia

  • Isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan.
  • Dalam sidang DUN yang lalu, wakil Pakatan Rakyat dari DAP sudah membangkitkan isu ini.
  • Sehingga keluar dari mulut kerajaan Melaka bahawa "judi adalah budaya cina"
  • Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar.
  • Hari ini kerajaan Melaka melancarkan perang habis-habisan kononnya kepada judi haram.
  • Macam kata pepatah melayu, sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai.
  • Judi Haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.
  • Judi Haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber.
  • Di Kg Gangsa sahaja ada dua pusat judi Haram !

  • Judi Haram di Melaka bukan perkara baru. Antara pusat judi haram terbesar di Melaka ada dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, yang ketua Menteri menjadi wakil rakyatnya. Berselindung disebalik "Kelab Eksklusif". Berapa puluh tahun kelab itu beroperasi ?
  • Beranikah Ketua Menteri mengambil tindakan kepada jerung judi haram. Jangan mengejar bilis sahaja.

  • Trend ini tidak ubah seperti pulau Batam suatu ketika dulu. Tempat dimana warga Singapura memulakan industri judi haram. Perjudian haram di Batam cukup terkenal sehinggalah kerajaan Indonesia berjaya membenteras jenayah tersebut.

  • Persoalan saya kepada kerajaan Melaka, beranikah mereka membenteras jerung judi haram yang dah bertapak di Melaka lebih dari 20 tahun lalu.
  • Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai "Batam Malaysia".

Sumber: Pesuruhjaya PAS Melaka

Pentas Pemuda Pakatan bersama DSAI




Ust Musa, Timb. Ketua Pemuda PAS Melaka sedang menyampaikan ceramah.


ALOR GAJAH - 22 Sept - Pemuda Pakatan Rakyat mengambil inisiatif mengadakan ceramah Pemuda Pakatan bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang Pakatan Rakyat. Ceramah yang turut dihadiri oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berlangsung di Kg Sri Pengkalan, Alor Gajah.

Penceramah adalah terdiri daripada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, N. Surendran serta pimpinan tertinggi pemuda bagi parti-parti komponen PAS, PKR dan DAP Melaka.

Ust Musa, Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri turut menyampaikan ceramah bagi mewakili Pemuda PAS Negeri Melaka.


Sebelum itu, Tn Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka dan pimpinan PAS Negeri berkesempatan hadir ke Rumah Terbuka Parti Keadilan Rakyat Melaka di Bukit Godek, Semabok.

Pesuruhjaya PAS Melaka (tengah) bersama pimpinan Pakatan Rakyat Melaka


Ucapan amanat dari Tn Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Negeri)


Tetamu yang hadir terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.


PAS Melaka merakamkan jutaan terima kasih atas jemputan ke majlis yang meriah dan sangat bermakna.

Tuesday, September 20, 2011

Adly: Bandar Teknologi Hijau - Rakyat Melaka Ditipu

  • Kerajaan Negeri Melaka mempromosikan Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau.
  • Dalam erti kata lain, teknologi yang digunakan mestilah mesra alam.

  • Apa saja yang menyelamatkan alam sekitar sebenarnya menyumbang kepada teknologi ini.
  • Hatta berbasikal pun dikira penyumbang kepada usaha ini.

  • Namun kerajaan negeri Melaka gagal dalam melaksanakan usaha ini.

  • Asas teknologi hijau mestilah datang dengan pemeliharaan alam sekitar terutamanya hutan simpan.


  • Bagaimana nak buat Bandar Teknologi Hijau kalau alam sekitar dirosakkan.

  • Lihat saja apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri di Hutan Simpan Sungai Udang, Ayer Keroh dan di Bukit Senggeh. Pokok ditebang dan hutan digondolkan. Teknologi Hijau apa?

  • Bayangkan pokok gaharu yang ditebang dihutan ini dalam tempoh 5 tahun sebanyak 300 batang.

  • Melaka bukan negeri pembalakan. Kerajaan negeri benarkan hutan simpan dijadikan kawasan pembalakan ?

  • Asas membina teknologi hijau dengan memastikan alam sekitar tidak dirosakkan. Apa makna hutan simpan kalau pokoknya ditebang.

  • Bandar teknologi hijau adalah baik, tapi cara BN Melaka itu mengarut !

Sumber: Pesuruhjaya PAS Melaka


[admin]

Jamuan PAS Negeri Melaka Meriah

Sofi Wahab (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir.


PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan terima kasih di atas kesudian rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir pada Sambutan Hari Raya PAS Negeri Melaka di Taman Saujana Indah, Bukit Katil malam tadi.


Tn Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya) menyampaikan ceramah semasa jamuan.


Pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk mengenali pimpinan PAS secara dekat.


Program yang bermula jam 7.00 malam itu sangat mendapat sambutan di luar jangkaan. Tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai lapisan masyarakat, dihidangkan dengan jamuan sate, nasi impit, mee bi hun dan kuih-muih.



YB Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS) turut berkesempatan hadir ke majlis.



Kehadiran orang kurang upaya ke majlis.


Turut hadir pada majlis tersebut Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub.

PAS Kawasan Bukit Katil mewakili PAS Negeri Melaka merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah yang budiman, Encik Leo Kim Cheng kerana sudi menjadikan rumah beliau tempat jamuan Hari Raya tahun ini. Lembaran baru telah berjaya dibuka dan mendekatkan PAS kepada masyarakat pelbagai bangsa.

Monday, September 19, 2011

Jamuan Raya PAS Kawasan Alor Gajah





Saturday, September 17, 2011

Pemuda: Laporan Polis terhadap Prof. Datuk Dr. Zainal Kling

LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. DATUK DR ZAINAL KLING




Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pada 9 September 2011 lalu telah mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi "jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar".

Saya, mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu dan Kota Melaka amat terkejut dengan kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh seorang yang berpengaruh dan dikatakan pakar dalam bidang sejarah tanahair malah dinyatakan beliau mewakili Majlis Profesor Negara.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan segenap lapisan masyarakat yang telah sekian lama diajar dan difahamkan bahawa British adalah penjajah Negara dan kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 merupakan kemerdekaan dari penjajahan British.


Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu dan Kota Melaka merasakan terdapat agenda tersembunyi yang dirancang oleh pihak tertentu di sebalik kenyataan ini yang bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran dalam masyarakat bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu lain yang gagal ditangani oleh pihak yang berwajib.

Kenyataan ini juga mencerminkan seolah-olah rakyat telah ditipu selama 54 tahun apabila menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun sebagai ulangtahun kemerdekaan negara dari cengkaman penjajahan British di samping ia juga telah menghina Raja-Raja Melayu yang digambarkan seolah-olah tidak berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukan penjajah ke Tanah Melayu.

Sekiranya Negara tidak pernah dijajah dan hanya dilindungi atau dinaungi oleh British, apa perlu duit rakyat dihabiskan oleh Kerajaan setiap tahun untuk mengadakan majlis sambutan Kemerdekaan secara besar-besaran tersebut.

Tiadanya pendirian yang jelas di pihak kerajaan berkenaan perkara ini memburukkan lagi keadaan dan dikhuatiri akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat jika tidak dibendung dari awal apabila rakyat merasa tertipu dan mengambil tindakan sendirian yang bertentangan dengan undang-undang.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS 3 kawasan menuntut agar Prof Datuk Dr Zainal Keling disiasat dan didakwa di mahkamah kerana secara jelas telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan atau berita yang telah menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Sekian laporan saya.

Ust Musa b Mohamad (Dewan Pemuda PAS Tangga Batu)
Ust Nor Khairi b Yusof (Dewan Pemuda PAS Bukit Katil)
Ust Khairul Anam (Dewan Pemuda PAS Kota Melaka)


Tuesday, September 13, 2011

TPJ 1: Edar Kuih Bulan

ISNIN 12/9/2011- Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil semalam di bawah Lujnah Perpaduan Nasional telah mempergiatkan usaha mempereratkan hubungan antara kaum dengan melaksanakan program mengedar kuih bulan di beberapa kawasan Parlimen Bukit Katil.

Program yang turut dihadiri oleh Ustaz Kamarudin Sidek, Timb. Pesuruhjaya 1, adalah program dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun, Bukit Baru dan Ayer Molek telah mendapatkan respon positif dari kaum Tiong hua yang begitu gembira menerima kuih bulan. Ada di antara mereka yang terkejut dengan kehadiran petugas PAS yang menghulurkan kuih bulan kepada mereka.

“Ada seorang wanita Cina yang terkejut apabila saya datang dan memberi beberapa bungkus kuih bulan, dia bertanya bagaimana awak tahu hari ini kami menyambut perayaan kuih bulan dan ada juga yang mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai ucapan balas terima kasih” ujar ustaz Nor Khairi (kiri) yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil.


Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Ia sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Saudara Jauhar Dawi berkata sejarah Perayaan Kuih Bulan ini sebagai simbolik bahawa kita perlu menolak sebarang bentuk kekejaman yang di lakukan pemerintah kepada rakyat.

“Islam juga menyeru kepada umatnya agar menolak kezaliman dan berusaha untuk berlaku adil, kerana adil itu dekat kepada Taqwa” ujar Jauhar

Program ini juga sebagai salah satu inisiatif Pas dalam usaha memasyarakatkan Pas selain memecahkan fenomena takut kepada Pas khususnya kepada rakyat bukan Islam.

“Pas komited dalam usaha memperbaiki hubungan antara kaum yang akhir-akhir ini kelihatan agak goyah dengan pelbagai isu sensitive yang di main kan UMNO” kata Jauhar lagi.


Sumber dan diubah: Pemuda Bukit Katil


[admin]

Thursday, September 8, 2011

Adly: SIAPA PENJAHAT BUKIT KEPONG !



  • Bila istilah komunis mula dipopularkan oleh UMNO.
  • Persoalan utama yang sering bermain dalam minda kita adalah persoalan sejarah sebelum merdeka.
  • Kerajaan British mengistilahkan golongan penentang mereka sebagai "Bandit". Semua yang menentang mereka diistilahkan demikian. Istilah Melayu ketika itu sebagai "Penjahat"
  • Persoalannya bila "Bandit" mula dipopularkan sebagai "komunis".
  • Utusan Melayu pada 24 Februari 1950 sehari selepas peristiwa Bukit Kepong telah menulis tajuk "Serangan Penjahat Atas Rumah Pasung Bukit Kepong". Keratan Utusan Melayu seperti dibawah (Utusan Melayu : 24/2/1950 : ms 1).
  • Begitu juga dengan keratan daripada NST :24/2/1950 : ms1.
  • Persoalannya, bagaimana penulis sejarah boleh mengaitkan Mat Indera sebagai Komunis, sedangkan istilah media Pro British dikala itu mengistilahkan mereka sebagai penjahat.

Mat Indera Bantu Mangsa Bukit Kepong
  • Kenyataan Sdr Suhaizan Kaiat bahawa Mat Indera membantu mangsa Bukit Kepong ada asasnya.
  • Merujuk kepada buku "Yusoff Rono - Wira Bukit Kepong" pada m/s 54 ada dicatitkan seperti berikut : "Mereka kemudiannya hendak menikam Yusoff Rono dengan bayonet tetapi tindakan mereka itu telah dihalang oleh ketua komunis yang menyerang balai polis itu. Yusoff Rono amat mengenali wajah ketua komunis itu. Mat Indera namanya.
  • Pada m/s 55 juga tercatit "Yusoff Rono juga dapat melihat Mat Indera bersama pengiringnya membawa anak-anak serta isteri polis beramai-ramai keluar dari kawasan balai polis sebelum meninggalkan mereka disebuah sekolah cina berhampiran".
  • Mat Indera Komunis atau tidak, pasti boleh diperdebatkan. Saya yakin beliau bukan komunis.
  • Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam yang menulis sekapur sirih dalam buku Yusoff Rono sepatutnya faham sejarah yang dicatitkan. Ada keberangkalian beliau tidak membaca,sekadar membelek ?
  • Begitulah juga dengan Datuk Prof. Dr.Hjh. Ramlah bte Adam, yang menjadi penyunting kepada buku tersebut . Disana ada jasa Mat Indera. Media dikala itu mengistilah mereka sebagai penjahat, Penyunting dan penulis buku mengistilah mereka sebagai komunis. Wajarkah ?
  • Sebelum merdeka yang melawan British semuanya adalah penjahat (Bandit).
  • Selepas merdeka yang melawan UMNO adalah pengkhianat.
  • Bapa kencing berdiri, murid kencing berlari.




[admin]


Tuesday, September 6, 2011

Adly: Menteri Batu Api?

  • Datuk Hishamudin tak sepatutnya jadi "batu api"
  • Beliau Menteri Dalam Negeri.
  • Tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat menyaman Hj Mohd Sabu.
  • Hishamudin yang turut tersinggung tidak pula berbuat demikian (menyaman).



  • Hishamudin sepatutnya malu dengan kenyataan sendiri yang turut menggambarkan anggota PDRM sebagai lambat dalam menyelesaikan siasatan.
  • Bukankah Menteri yang menyebabkan mereka lambat ?
  • Tak terfikir aku, duduk dalam negara yang 54 tahun merdeka, ada menteri suruh rakyat saman rakyat. Menteri batu api!


Sumber: Pesuruhjaya PAS Melaka



[admin]

Saturday, September 3, 2011

Salam Aidilfitri PAS Melaka


Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).