Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, August 25, 2011

Malam Munajat Perdana 26Ogos



PAS PUSAT melalui Lajnah Tarbiyah akan menganjurkan Munajat Perdana pada 26hb Ogos ini secara serentak pada semua negeri bagi memberi kekuatan dalaman kepada seluruh Jawatankuasa Negeri dan Pas Kawasan.

Pengarah program ini Ustaz Idris bin Ahmad, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat (gambar) yang juga akan mempengerusikan majlis secara langsung dari Taman Melewar.

PAS Melaka memilih SMU Ar-Rahmah, Solok Gaong sebagai tempat berlangsung program.
Program itu dimulakan dengan solat terawih bersama dan berakhir dengan jamuan sahur pada keesokan harinya.

Aturcara program di Melaka adalah seperti butiran dibawah :

9:00 malam - 9.45 malam
Solat Tarawih

9.45 malam - 9.50 malam
Ucapan Pesuruhjaya Pas Negeri
Tn Hj Adly Zahari

Tn Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)


10.00 malam - 10.10 malam
Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan
Majlis Secara Langsung ( live )
dari Taman Melewar
Ustaz Idris bin Ahmad
Ketua Lajnah Tarbiyah PAS Pusat



10.10 malam - 10.40 malam
Ucapan YB Dato Haji Harun Taib
Siaran Langsung dari Masjid Rusila



10.40 malam - 11.20 malam
Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang
Siaran Langsung dari Masjid Rusila


11.20 malam - 12.00 malam
Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat
Siaran Langsung dari Kota Bharu , Kelantan




Semua Ahli PAS dan penyokong PAS Melaka dijemput hadir.

Wednesday, August 24, 2011

PRU 13: PR Melaka sudah bersedia hadapi BN



Pakatan Rakyat negeri Melaka sudah bersedia untuk menentang BN pada Pilihnaraya umum ke 13 akan datang. Semua kerja-kerja asas telah siap hanya menunggu 'loceng' dari Najib sahaja.


PAS sendiri sudah lama mempersiapkan jentera dan bakal-bakal calon mereka. Semua peti undi di Dun yang akan ditandingi oleh PAS telah mengerakkan Unit Peti Undi dengan struktur organisasi yang lengkap sejak 2 tahun lalu. Kursus-kursus asas kepada petugas juga telah dilaksanakan.

Malah Majlis Tindakan Dun (MTD) di tiap-tiap Dun juga telah mendaftarkan sejumlah besar pengundi baru yang dikenalpasti mempunyai pandangan kritikal kepada BN.

Kebanyakan Peti Undi di Dun-Dunmempunyai cawangan, ahli PAS dan penyokong yang ramai sebagai penggerak, struktur organisasi yang mantap dan pejabat atau markaz parti yang telah lama dibuku. Petugas-petugas khas juga telah dilatih bagi menggerakkan jentera penerangan, logistik, PACA dan sebagainya.

Memang tidak dapat dinafikan kemenangan sesebuah parti bergantung kepada jentera yang kuat di samping isu dan juga faktor calon. Macamana untuk kita menang jika cawangan atau cabang pun tak ada, jawatankuasa parti di peringkat Parlimen, Dun dan Peti Undi pun tiada malah lebih teruk lagi pejabat atau markaz di tiap-tiap peti undi pun tiada. Sehinggakan program ceramah pun tidak dapat dijalankan kerana tiada pejabat dan markaz.


Sumber: Timb. Pesuruhjaya 3

Memperkasa Negara Berkebajikan: Ziarah Hospital Jasin


  • Bersama ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka ziarah ke Hospital Jasin.
  • Sebanyak hampir 100 cenderahati daripada PAS diberikan kepada pesakit dan kakitangan hospital.
  • Menjaga kebajikan pesakit dan mendoakan agar pesakit di hospital tersebut diberikan kesihatan.
  • Bersyukur atas nikmat kesihatan yang dikurniakan.



  • Cenderahati diberikan kepada semua pesakit.


    Pelbagai bangsa.


    Yang tua.


    mahupun yang muda..


    Bersimpati dan mendoakan kesejahteraan.


    Kebanyakan pesakit terdiri daripada warga emas.


    Ziarah bersama pimpinan PAS Kawasan.


    • PAS Melaka merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh petugas-petugas Hospital Jasin.



    Tuesday, August 23, 2011

    Pemuda: Meraikan Anak Yatim


    MELAKA, 22 Ogos: Seramai 40 orang anak yatim diraikan semalam di dalam program meraikan anak-anak yatim peringkat negeri Melaka.

    Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka itu merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali bulan Ramadhan.

    Ianya bersifat santai di mana anak-anak yatim dibawa ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan sempena hari raya seperti baju raya, kasut, songkok dan sebagainya.

    Selain membeli barang keperluan hari raya, anak-anak yatim itu juga diraikan dengan memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit sebagai duit raya untuk mereka berbelanja.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah berkata, program itu bertujuan bagi menggembirakan anak-anak yatim agar mereka juga berasa gembira seperti mana kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa, lebih-lebih menjelang hari raya.

    “Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim ini apabila saya membawa mereka membeli baju raya,” ujarnya.

    Program di rasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz yang turut memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada anak-anak yatim.

    Beliau yang hadir dalam misi jelajah Jaulah Tarbawi mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS negeri di atas kejayaan melaksanakan program meraikan anak-anak yatim itu.

    Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama yang turut dihadiri oleh pimpinan DAP dan beberapa pimpinan dari AMK Melaka.


    Majlis berbeuka puasa bersama pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka.


    Sumber: Blog Pemuda PAS Melaka




    Friday, August 19, 2011

    Siasat Penipuan Undi Klon!!



    Sidang akhbar berhubung kewujudan banyak "Pengundi Klon" di Melaka.


    Urusan daftar pemilih yang dipertikaikan.
    1.1 Wujud daftar pemilih dengan no kad pengenalan yang sama, tapi ada 2 tempat mengundi yang berbeza. Contoh: Daud b Mohd (6830901) dan Jariah bt Alias (470822-04-5416)

    1.2 Undi POS, ada 3 kategori
    1.2.1 Pengundi POS yang bertindih
    a. Azlan Shah b Amat T1130546 & T1130545
    (Boleh mengundi di Sg Udang & Bandar Tun Razak, KL).
    b. Abidin b Md Sahak T3008570 & T1110727
    (Boleh mengundi di Sg Udang & Tapah, Perak)
    c. Sulaiman b Jamlus T536040 & T3008649
    (Boleh mengundi di Sg Udang & Selayang, Selangor)
    d. Muhammad b Ariffin T1147743 & T1144743
    (Boleh mengundi di Sg Udang & Peng. Chepa, K'tan)

    1.2.2 “Pengundi POS yang Sah” dan “Pengundi Biasa yang Sah”
    a. Jefree b Jantan T1082833 & 670807-05-5321
    (Boleh mengundi POS di Sg Udang dan mengundi biasa di Kuala Linggi, Masjid Tanah)
    b. Razalli b Hujut T1080267 & 681014-10-5775
    (Boleh mengundi POS di Sg Udang dan mengundi biasa di Rembia, Alor Gajah)
    c. Jamalludin b Isnin T1082811 & 710413-10-6679
    (Boleh mengundi POS di Sg Udang dan mengundi biasa di Lembah Pantai, KL)

    1.2.3 “Pengundi Biasa di Dun A” dalam proses pindah sebagai “Pengundi POS”. Tapi,
    statusnya adalah “Pengundi Biasa di Dun B”. Contoh:
    Mohamad Zaidi bin Ani
    No Kad Pengenalan Tentera: T1087317
    No Kad Pengenalan (MyKad): 700215-04-5079
    Lihat contoh dibawah

    “Pengundi Biasa di Dun Lendu” dalam proses pindah sebagai
    “Pengundi POS di Sg Udang”
    .
    Tapi, statusnya juga adalah “Pengundi Biasa di Dun Kuala Linggi”. (tekan untuk besarkan)


    [admin]


    Sumber: Blog Pesuruhjaya

    Siasat Arahan Tanda Kertas Undi

    Saya menggesa pihak berwajib menyiasat pengakuan beberapa orang bekas anggota tentera yang menyatakan mereka memangkah kertas undi sehingga lenguh tangan. Semua itu dilakukan oleh mereka atas arahan pihak atasan.

    Sejak dari dahulu PAS mendakwa terdapat penipuan dan penyelewengan dalam undi pos tetapi SPR membutakan mata dan memekakkan telinga mereka. Mereka membuat penafian setiap kali PAS membuat dakwaan. Pengakuan bekas wira negara ini mengesahkan segala dakwaan PAS selama ini.

    Ini bermakna keputusan pilihanraya di kawasan terbabit yang mengandungi undi pos semuanya boleh dipersoalkan. Siapakah yang hendak dipersalahkan dalam hal ini.

    Siapa petualang negara yang berani menipu rakyat dan mempermainkan undang-undang negara. Pengkhianat negara ini mesti disiasat hingga ke akar umbi dan mesti diheret ke muka pengadilan.

    Adakah kerajaan, menteri pertahanan, SPR, Pegawai Tentera, orang yang memangkah kertas undi atas arahan pihak atasan atau siapa sebenarnya yang mengkhianati negara dalam hal ini?

    Saya mendesak suatu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes pengkhianatan terhadap negara ini.


    Gambar : Suhaizan Kayat dan pimpinan Pemuda PAS bersama beberapa bekas anggota tentera yang mengaku memangkah kertas undi atas arahan pihak atasan.


    Sumber: Timb. Pesuruhjaya PAS 3


    Wednesday, August 17, 2011

    Tugu: Mengapa JK Fatwa Melaka membisu

    Klebang : Tugu 1Malaysia yang dibina di Pantai Klebang dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak lama dahulu dibimbangi mempunyai unsur pemujaan selain ianya jelas suatu pembaziran.

    Timbalan Pesuruhjaya II PAS Melaka, Ustaz Mohd Nor Omar berkata jika Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tugu seumpama itu mempunyai unsur pemujaan mengapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka membiarkan sahaja ianya dibina tanpa membuat teguran kepada kerajaan negeri.

    "Kita bimbang tugu tersebut mempunyai persamaan dengan pemujaan terhadap berhala seperti yang berlaku pada zaman jahiliyyah," katanya.

    PAS, ujarnya mahu kerajaan negeri Melaka nyatakan pendirian berhubung isu itu jangan mendiamkan diri sahaja kerana akidah umat Islam mesti dijaga"

    "Selain itu ia jelas suatu pembaziran yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat dengan kos pembinaan mencecah RM352,000 sedangkan kosnya tidak sampai RM100,000," tambahnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu.

    Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang pada bulan April lalu berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

    Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

    Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

    Catatan : Mutaligat/harakahdaily

    Monday, August 15, 2011

    Berita Bergambar - Program seluruh negeri Melaka

    Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Julasapiyah Kassim berdiri kiri sekali menziarahi mangsa kemalangan dan menyampaikan buah tangan di Kuala Linggi. Turu kelihatan Ketua Penerangan PAS Kawasan dan AJK PAS Kawasan Masjid Tanah.
    Alternatif Riding Club (ARC) Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin mengadakan konvoi menyampaikan bantuan sempena Ramadhan

    Gambar : Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari melayani seorang pengunjung pada program iftar Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah di Kg Gangsa Tengah semalam.


    Adly: Bangunan dari Lebihan Zakat?



    • Khamis lepas pergi kepejabat baru SPRM di Alai Melaka.
    • Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat RM13.5 juta bagi membina bangunan MAIM.
    • Persoalannya kenapa wang Zakat digunakan, sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk bina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik MAIM.
    • Kesudahannya, tanah hilang, duit zakat pun habis.
    • Apa kata SPRM dengan laporan pada 28 Feb 2011 itu.
    • Tiada Rasuah, cuma kesalahan teknikal.
    • Maim berhutang dengan pusat zakat, nanti dia bayar balik.
    • Duit zakat yang digunakan MAIM itu adalah duit zakat "LEBIHAN"
    • Bila perbincangan jadi panas SPRM tutup ucapan dengan "PAS siasatlah sendiri".
    • Tak mengapa nanti kita akan siasat.
    • Cuma bila lawat bangunan SPRM itu timbul satu pertanyaan. Kenapa bangunan SPRM yang boleh menempatkan 200 orang hanya digunakan untuk 40 orang kakitangan SPRM Melaka.
    • Siapa nak siasat ?

    Sumber: Blog Pesuruhjaya PAS Melaka


    [admin]

    Friday, August 12, 2011

    Pemuda PAS Melaka: Program "Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan" Berjaya

    Edaran buah kurma dan kad dibuat selepas solat Jumaat, di Masjid ar-Rahim, Merlimau.

    Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hari ini sekali lagi mengadakan Program “Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan”. Program ini diketuai Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah (Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka). Program tradisi ini dibuat bagi mengingatkan masyarakat terhadap kemuliaan bulan Ramadhan yang perlu diisi dengan kerja-kerja amal kebajikan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik.


    Masyarakat menyambut baik program.

    Petugas-petugas PAS mengedar buah kurma dan kad sesudah sembahyang Jumaat di Masjid ar-Rahim, Merlimau. Sebanyak 150 pek berisi kurma telah diedarkan. Tinjauan mendapati rata-rata penduduk kampung memberikan respon yang positif terhadap program. Diharapkan program-program seumpama ini sentiasa

    Gambar-gambar berkaitan:

    Memperkasa Negara Berkebajikan.


    "Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan"


    Bersedekah di bulan mulia


    Masyarakat menyambut baik program ini.


    Mengeratkan persaudaraan.


    Yang tua dihormati, yang muda dikasihi.


    Pek kurma telah habis diedar dalam masa kurang 15minit. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha ini.


    Sumber: Blog Pemuda PAS Negeri Melaka


    [admin]

    Thursday, August 11, 2011

    Melaka Maju 2010



    Baru sekejap tadi melalui Pekan Batang Melaka yang sepi dan suram. Tidak terlintas di fikiran saya bahawa Pekan Batang ini terletak di dalam sebuah negeri yang mengaku dirinya negeri maju.

    Kalau tuan-tuan berkesempatan sudilah kiranya melawat dan menziarahi pekan ini yang begitu 'maju' sesuai dengan lokasinya yang terletak dalam negeri paling 'maju' di Malaysia. Negeri di mana terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa yang kapalterbang pun tidak turun di sana, hanya sesuai untuk medan permainan layang-layang.


    Di Pekan Batang Melaka juga ada sebuah stesyen keretapi yang rupanya masih macam zaman kolonial British,. Agaknya ini standard sebuah stesyen keretapi di negeri maju.


    Sumber: Blog

    Wednesday, August 10, 2011

    Memimpin Kebangkitan Anak Muda: Edar Kurma Ramadhan


    Tn Hj Yuhaizad b Abdullah, Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka mengedar kad dan kurma kepada penjual.


    Masyarakat menyambut baik program "Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan" bertempat di Pasar Malam Pekan Merlimau.

    TPJ 3: PR Mesti Berani Melakukan Anjakan Paradigma

    Politik baru yang didakwa diasaskan oleh Pakatan Rakyat PR melampaui sempadan perkauman, agama dan warna kulit. Ketiga-tiga parti utama PR iaitu PAS, PKR dan DAP sejak dari awal penubuhannya membuka keahliannya kepada apa juga bangsa di negara ini berbanding dengan Umno, MCA maupun MIC yang menghadkn keahlian kepada kaum mereka sahaja. Stail politik lama mereka sudah lapuk dan tidak mendapat sokongan rakyat.

    Cuma sekarang ini rakyat mahu melihat perpaduan dalam PR benar-benar utuh atau tidak. Rakyat mahu melihat PR membuat lonjakan paradigma dalam berpolitik dengan tindaka-tindakan drastik yang tidak terfikir oleh kita suatu ketika dahulu tetapi jika diamalkan ianya akan menambahkan lagi sokongan dan dokongan rakyat kepada PR.

    Satu saranan untuk kepimpinan PR. Buktikan bahawa PR bukan parti perkauman dengan meletakkan calon-ca lon Melayu dari PAS atau PKR bertanding di DUN atau Parlimen yang majoriti Cina yang berpotensi menang seperti Parlimen Bukit Bintang, Kota Melaka, Seputih, Bagan dan sebagainya, Begitu juga PAS dan PKR disarankan menyerahkan kerusi yang majoriti Melayu yang berpotensi menang kepada calon-calon Cina dari DAP seperti kerusi parlimen Bachok, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Marang dan sebagainya.

    Jika ini dapat dilakukan sudah tentu PR memberi peluang kepada perubahan minda politik rakyat secara to t al dengan mengenepikan terus sentimen perkauman sebaliknya memilih calon yang mendokongi parti yang berpolitik secara matang, telus dan professional.

    Bayangkan jika pengundi Cina di Kota Melaka mengundi calon PAS yang bertanding di kawasan itu dengan mengenepikan calon MCA atau Gerakan dari bangsa Cina sendiri. Sudah tentu ini memberikan impak baru kepada landskap politik negara kita. Begitu juga jika pengundi Melayu di Pengkalan Chepa mengundi calon DAP dengan mengenepikan calon Umno yang jelas mewakili parti korup dan kotor.

    Selain itu cadangan ini sudah tentu memberi peluang kepada parti-parti komponen PR untuk bertapak di sesebuah negeri yang sukar untuk dimenangi oleh parti-parti tertentu walaupun dengan satu kerusi. Misalnya jika PAS bertanding di kubu kuat DAP di Melaka Insya Allah PAS boleh menang dan PAS boleh mengatur tapak di Melaka. Begitu sebaliknya jika DAP bertanding di kubu kuat PAS di Kelantan dan Terengganu Insya Allah DAP menang dan parti itu boleh bertapak di negeri Pantai Timur tersebut.

    Saranan ini jika menjadi kenyataan diyakini mampu mengubah landskap politik negara kita sekaligus menguburkan sistem politik lama Umno/BN yang bermazhabkan politik perkauman sempit.

    Saya mencadangkan supaya perkara ini difikirkan secara serius oleh pimpinan tertinggi PR.


    Sofi Wahab
    Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka
    Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

    Sumber>> Blog


    [admin]


    Monday, August 8, 2011

    Memperkasa Negara Berkebajikan: Khidmat Masyarakat di Masjid Tanah dan Kota Melaka

    Gambar sekitar Ziarah di Masjid Tanah (6 Ogos 2011)











    Gambar sekitar Ziarah di Kota Melaka (7 Ogos 2011)






    Tn Hj Adly Zahari
    Pesuruhjaya PAS Melaka


    Sumber>> Blog Pesuruhjaya PAS Melaka


    [admin]



    Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

    Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

    Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

    Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



    Fakta Monorel Melaka



    1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

    2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

    3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

    3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

    4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

    5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

    6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


    Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).