Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, August 11, 2014

PAS minta ahli bersabar dalam isu MB selangor.

Isu Khalid: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.
"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.
Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014

3 comments:

Kepada Adli Zahari yang diketahui umum cukup istimewa hubungannya dengan Timbalan Presiden PAS, kami rakyat negeri Selangor juga terkilan dan bersimpati dengan sebahagian AJK PAS Pusat yang terlebih-lebih meletakkan kasih sayang mereka kepada pihak luar parti, mengelabui sentimen rakyat yang menolak UMNO-BN kepada menolak kepimpinan syura ulama', dan khianat kepada amanah muktamar yang diberikan oleh ahli PAS untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, bukannya untuk setiap masa membabi buta mengikut kehendak politik pihak luar atas nama strategi kononnya. Tatkala tekanan-tekanan yang hebat diberikan kepada Tuan Guru Presiden daripada dalam dan luar parti, maka tidak terbitkah rasa terkilan dan simpati Adli Zahari kepada Tuan Guru Presiden? Kami rakyat negeri Selangor sangat faham titah Sultan negeri kami, yang meminta supaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama calon MB. Ini jelas bermaksud, paling minima tiga nama! Imej PAS bukan semata-mata sebagai gerakan siasah, tetapi juga memikul amanah dakwah yang lebih besar dan berat untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap hukum Islam yang sebenar sebagaimana digariskan di dalam al-Quran. Satu soalan kepada Adly Zahari: jika kita menuduh seseorang korup tanpa mendatangkan bukti yang kukuh dan munasabah, dan hanya semata-mata memenuhi strategi dan muslihat politik, adakah perkara ini tidak mencalarkan imej Islam secara keseluruhannya?

Bagaimana saya ingin menjadi Ahli PAS yer? Sy dibhgn Parlimen Tangga Batu dan Dun Klrbang. Sila pm sy diemel. Tq.

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).