Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, July 30, 2012

Kerajaan Melaka Tipu Rakyat Untuk Ambil Tanah



PAS Melaka mempertikai tindakan kerajaan mengambil tanah awam bagi tujuan awam sebaliknya tanah tersebut telah dimajukan untuk tujuan pembangunan yang tidak berkaitan dengan awam. Tanah awam tersebut telah bertukar kepada tanah komersil dan terpesong dari tujuan asal pengambilan tanah tersebut.

Pengambilan tanah berlaku ke atas tanah Lot 190, 5071 Mukim Bandar Bukit Baru, Seksyen 11, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Tujuan tanah itu diambil adalah untuk tujuan awam sebaliknya berlaku projek pembangunan kedai pejabat 3 tingkat dan menaik taraf sebuah pencawang elektrik.

Jumlah kedai pejabat yang akan didirikan di atas tanah tersebut adalah sebanyak 8 unit dan pencawang elektrik 1 unit. Syarikat yang menjalankan projek ini adalah Tetuan Vison Positive Sdn Bhd yang beralamat di Taman IKS Merdeka, Batu Berendam, Melaka.


Kerajaan negeri Melaka telah menggunakan akta tanah bagi pengambilan tanah tersebut tetapi selepas pengambilan tanah pada Mac tahun ini (2012). Sebuah syarikat yang dilantik telah menjalankan projek pembangunan. Kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa.

Akta Pengambilan Tanah Seksyen 3 di bawah Akta Pengambilan Tanah (1) yang merujuk bahawasanya pihak berkuasa negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan (bagi apa-apa maksud awam).

Apa-apa yang dimaksudkan awam ialah apa-apa jalan, landasan pengangkutan, bekalan air, elektrik, talian paip gas, telekomunikasi, lampu jalan, sistem pembentungan, sistem pemparitan, kerja-kerja awam dan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan awam yang serupa.

Jelas menunjukkan bahawa akta pengambilan tanah itu tidak mencapai objektif pengambilan tanah awam. Jika tanah awam untuk tujuan awam maka hendaklah disempurnakan untuk tujuan awam seperti yang termaktub dalam akta tanah.

Orang ramai pada ketika itu beranggapan bahawa kerajaan akan mengambil tanah bagi tujuan melebarkan jalan yang sememangnya sudah sempit sebaliknya pembinaan kedai pejabat bertingkat.


Pada ketika itu mereka menawarkan pampasan kepada tuan tanah bernilai RM27 kaki persegi akan tetapi pada ketika itu ada sebuah syarikat swasta yang sanggup menawarkan pada harga RM75 kaki persegi kepada tuan tanah pada ketika itu. Disebabkan alasan untuk kegunaan awam, mereka hanya membayar RM27 kaki persegi berbanding seperti yang ditawarkan RM75 kaki persegi oleh sebuah syarikat swasta.

Kerajaan negeri mengunakan akta tanah ini bagi tujuan pihak tertentu sahaja dan beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan melantik peguam serta akan mencabar keputusan kerajaan di Mahkamah Tinggi.

Apa yang berlaku pada hari ini mungkin akan berlaku kepada orang lain di masa akan datang sekiranya berlaku kes pengambilan tanah bagi tujuan awam.

Sunday, July 29, 2012

Longkang dipenuhi Sampah


Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab menerima aduan daripada salah seorang penduduk di Taman Harta Pertama yang mengalami masalah longkang yang tersumbat bila berlaku hujan lebat.

Longkang tersebut sepatutnya mempunyai spesifikasi longkang yang sesuai agar pengaliran air dalam keadaan baik. Penduduk di situ rasa kurang selesa apabila berlaku hujan kerana setiap kali hujan keadaan longkang dipenuhi sampah dan keadaan air longkang yang tidak mengalir.

Sebelum ini penduduk telah mengadu dan tindakan Jabatan Pengaliran dan Saliran seakan-akan tidak memberikan kesan untuk melaksanakan tugas mereka walhal perkara ini telah diadu kepada pihak berkenaan supaya tindakan dilakukan ke atas longkang yang tersumbat itu.




Sumber: Blog Yusof Wahab

Saturday, July 28, 2012

Himpunan Bantah Kekejaman Kerajaan Myanmar

Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka sedang berucap dalam perhimpunan aman membantah kekejaman terhadap rakyat Myanmar.

PAS Negeri Melaka dengan beberapa NGO telah mengadakan himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Myanmar ke atas umat Islam di negara tersebut. Kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar itu telah meningkat dari hari ke hari menyebabkan ramai yang menjadi mangsa korban kekejaman kerajaan yang tidak berhati perut itu.

Bertempat di hadapan Masjid al-Azim selepas solat Jumaat, seramai 200 orang telah berkumpul menyatakan bantahan terhadap kerajaan Myanmar yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan beberapa pimpinan PAS Negeri Melaka.

Antara yang turut menyampaikan ucapan mengenai keganasan kerajaan Myanmar ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek dan Ustaz Mohd Noor Omar, Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail dan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah. Turut hadir juga adalah Ketua Penerangan PAS Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat.

Selain itu, wakil NGO dan beberapa komponen Pakatan Rakyat turut hadir menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar. Himpunan itu berlangsung secara aman yang turut dihadiri oleh anggota polis bagi memastikan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Sebahagian dari peserta himpunan aman. Lagi gambar..

PAS menyeru kepada umat Islam di negara ini untuk turut menyatakan rasa simpati tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kepada umat Islam di Myanmar yang ditindas secara kejam dan zalim oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab.

Wednesday, July 25, 2012

BERSIH Sah Tapi UMNO Yang Haram



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am. 

"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih 
menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya. [Baca berita penuh]

Sementara itu,  Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
    
Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
    
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya. 
    
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari. 
    
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
    
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
    
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
    
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
    
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
    
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana. 
    
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut  daripada Pejabat Peguam Negara.
    
Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram. 

M/kini

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan dari Pesuruhjaya PAS Melaka



Ramadhan 1433 H ini memberi makna yang sangat signifikan kepada umat Islam di Malaysia. Apatah lagi ia merupakan Ramadhan yang terakhir sebelum rakyat Malaysia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13. Semakin ditangguh, semakin pening buat pimpinan UMNO. Perasaan meluat rakyat semakin membuak-buak.

Ramadhan al-Mubarak bulan yang diberkati. Jangan biarkan diri kita tersungkur dek nafsu yang bertapak dalam diri. Apatah lagi nafsu merompak dan meragut harta wang rakyat. Sangat jijik bagi mereka yang menjadikan harta rakyat seperti harta mereka sendiri. Berbelanja sewenang-wenangnya. Tanpa mengambilkira hak rakyat dan gerombolan yang sangat memerlukannya. Kasihanilah mereka dan berjujurlah dalam mentadbir dan menguruskan negara. Jika tiada upaya, Pakatan Rakyat sedia memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Bersederhanalah dalam berbelanja. Berbelanja mengikut keperluan, bukan kemahuan. Semakin hari harga semakin naik. Sinonim dengan Barang Naik (BN). Selagi tidak dijatuhkan barisan ini, maka semakin itulah harga semakin naik menggila. Akibat ketirisan dari sikap pemimpin yang bobrok. Rakus merobek harta rakyat.

Akhir kalam, mewakili seluruh kepimpinan PAS Melaka, Selamat Mengharungi Ramadhan al-Mubarak. Jadikan Ramadhan ini sebagai madrasah untuk melatih diri berjihad melawan nafsu dan menentang kezaliman.

Ramadhan kareem.. 

Friday, July 20, 2012

MBMB Sila Jawab



Penyelia 1 MTD DUN Bukit Baru bersama Ketua Pemuda Pas Bukit Katil, Saudara Jauhar Muhammad Dawi telah memohon pejelasan kepada pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ekoran notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu supaya menurunkan bendera PAS yang digantung di premis mereka (Pemuda PAS Bukit Katil) sendiri.

Bendera tersebut yang terletak di di Bangunan Kampungku Sayang telah diarahkan turun dalam masa tiga hari.


Sebaliknya pihak MBMB membiarkan bendera Barisan Nasional (BN) bebas bergantungan sama ada dilmpu isyarat seperti di persimpangan Bukit Baru, Di lampu Isyarat Bukit Beruang, di Sekolah Rendah Ugama dan ditepi-tepi jalan dibawah kawasan seliaan MBMB.

Pihak pemuda PAS Bukit Katil tidak teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan SPRM supaya melakukan siasatan jika sekiranya terdapat pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa kerana bertindak kepada sebelah pihak dan membiarkan sebelah pihak lagi mengantung bendera sewenang-wenangnyadi dimana sahaja kawasan yang mereka suka.

MBMB tidak sepatutnya menjadi seperti orang yang lumpuh sebelah badan, telinga, kaki, tangan, mulut serta otak berfungsi sebelah badan sahaja.

Wednesday, July 18, 2012

Sumbangan Kepada Penduduk DUN Asahan


Penyelia DUN Asahan yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka menyantuni rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di DUN Asahan. Sumbangan barangan kepada penduduk sedikit sebanyak dapat menyelami masalah yang dihadapi oleh penduduk ekoran kos hidup yang meningkat pada masa kini.

Seorang penduduk berkata, walaupun negeri Melaka telah mencapai sebuah negeri maju pada kaca mata Malaysia namun ia masih lagi mundur pada kaca mata rakyat kerana pembangunan hanya tertumpu pada bahagian bandar dan tidak pada bahagian pedalaman atau kampung. Mereka menganggap ini sebagai perbezaan yang ketara.

Penyelia DUN Asahan bersama-sama dengan jentera PAS DUN Asahan menyampaikan barangan berupa beras dan makanan kepada 20 buah rumah yang dijalankan pada setiap hujung minggu. Penduduk di DUN tersebut agar kali ini pembangkang dapat mengambil alih kerusi DUN Melaka dari kerajaan BN yang semakin hari semakin tidak relevan.

UMNO hanya membawa slogan 'Hidup Melayu' dan bagaimana dengan penduduk di DUN Asahan yang dikatakan bangsa Melayu sebaliknya mereka mengabaikan tanggungjawab. Slogan 'Janji Ditepati' hanya slogan untuk mententeram jiwa pemimpin bukannya sebagai slogan yang mesra kepada rakyat. Bagaimana RM28juta ketika kedatangan Najib setengah hari dibelanjakan oleh BN?

Penduduk berharap agar pihak PAS dan Pakatan Rakyat bekerja keras demi menyelamatkan negara dari bankrap seperti yang dilaporkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek bahawa negara hanya tinggal dua peratus sebelum mencapai muflis iaitu pada 55 peratus seperti yang berlaku di negar-negara Eropah seperti Greece.

Monday, July 16, 2012

Lagi Cawangan Baru PAS Ditubuhkan di Melaka


Perasmian disempurnakan oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Dato' Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.


14 Julai - Sokongan rakyat Melaka kepada PAS bertambah padu apabila sebuah lagi cawangan baru ditubuhkan di Dun Durian Tunggal. Cawangan ini yang dibina atas tanah persendirian mendapat sambutan masyarakat setempat. Penaja bagi penubuhan cawangan baru ini merupakan bekas imam masjid kg tersebut. 

Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Y. Bhgia Hj Adly Zahari, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Alor Gajah. Menurutnya, "PAS perlu memperkukuh organisasi sehingga diperingkat akar umbi supaya dapat menguasai politik yang akan diterajui kelak. Pada masa yang sama kita tidak boleh lari dari menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Kerana Islam menuntut penganutnya menyebarluaskan Islam."

Menurutnya lagi, "menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk menguruskan muka bumi Allah ini dengan mentadbir dengan acuan Islam. Nak urus kampung, negeri, negara memerlukan kuasa dan untuk dapatkan kuasa perlukan gerakan yang kuat. Penubuhan cawangan ini diyakini berupaya untuk memperkukuh dan memperkuat gerakan PAS khususnya di Melaka."


Sunday, July 15, 2012

Video: Konsert BERSIH - Hishamuddin Rais


Hishamuddin Rais antara yang dijemput menyampaikan ucapan pada malam konsert BERSIH dan anti LYNAS turut mengajak rakyat supaya berjuang menuntut lapan tuntutan BERSIH supaya negara kita bebas dari pengundi hantu yang kebanyakan dari Myanmar, Indonesia dan beberapa buah negara yang disenaraikan oleh SPR sebagai pengundi hantu.

Video: Konsert Bersih Melaka


Konsert BERSIH dan anti LYNAS Melaka telah diadakan pada Jumaat yang lalu dengan kehadiran seramai 3,000 orang bertempat di Dewan Sekolah Pay Fong berdekatan dengan Stadium Kubu, Melaka. Program yang bermula jam 7.00 malam dan berakhir jam 12.00 tengah malam.


Thursday, July 12, 2012

Desak Pelajar Bayar Balik Duit Zakat

Perkara ini berlaku kepada pelajar yang belajar di luar negara. Mereka diberikan sumbangan zakat berjumlah RM2,000 untuk melanjutkan pengajian luar negara manakala RM400 bagi kusrus ijazah, sarjana dan PhD manakala RM300 untuk diploma bagi melanjutkan dalam Institut Pengajian Awam dengan syarat pemohon tersebut adalah anak Melaka yang bernombor kad pengenalan 04 ataupun 30.

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) adalah gabungan dua entiti iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).


Mengikut dokumen yang diterima, salah seorang pelajar yang membuat pinjaman dengan TAPEM dikehendaki menjelaskan hutang pinjaman mereka dalam masa 6 bulan sekiranya gagal menamatkan, diberhentikan atau dibuang pengajian di luar negara. Bukan itu sahaja, duit zakat yang diberikan kepada pelajar terbabit sedangkan pinjamannya adalah sekitar RM4,600 dan duit zakat adalah RM2,000. Maka jumlah keseluruhannya adalah RM6,600.

Kenapa duit zakat yang berjumlah RM2,000 itu perlu dijelaskan sedangkan pelajar terbabit hanya membuat pinjaman sekitar RM4,600 sahaja. Adakah sistem zakat di Melaka berbeza dengan sistem zakat Islam yang di amalkan? Duit zakat bukanlah duit pinjaman yang berlu dibayar balik sebaliknya ia duit yang dikutip untuk diberikan kepada asnaf yang layak.

TAPEM juga menjadikan duit zakat satu perniagaan. Kenapa dikatakan perniagaan? Perniagaan kerana memaksa pelajar membayar balik duit zakat. Lainlah kalau itu duit yang dipinjamnkan kepada pelajar dan pelajar terbabit perlu menjelaskan duit pinjaman dan bukannya duit zakat seperti yang diminta oleh TAPEM.

Jika dibandingkan antara 3 jenis pinjaman yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu PTPTN, MARA dan TAPEM maka jumlah bayaran balik oleh TAPEM selepas 6 bulan lebih tinggi daripada pinjaman MARA dan PTPTN. Mengikut dokumen yang diterima, pelajar yang membuat pinjaman TAPEM perlu jelaskan RM1,100 sebulan selama 6 bulan iaitu jumlah bagi 6 bulan RM6,600.

Berbeza MARA dengan PTPTN yang hanya bayaran balik selepas 6 bulan adalah sekitar bawah RM400 dan ini tidak membebankan pelajar seperti yang diamalkan oleh TAPEM. Mana konsep Rakyat Didahulukan? Yang ada sekarang Rakyat Ditindas. Malang sungguh anak-anak Melaka jika sikap TAPEM yang menindas terutama pelajar yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah RM1,100 itu dijelaskan maka pendapatan pelajar terbabit melebihi RM5,000 sebulan. Mustahil untuk pelajar jelaskan RM1,100 sebulan. Terlalu tinggi dan menekan pelajar. 

Tuesday, July 10, 2012

Janji Ditepati Tapi Desak Rakyat Bayar Balik Duit Zakat


Di Melaka keadaan pentadbiran dalam bidang agama agak bercelaru sistemnya terutama berkaitan dengan penggunaan wang zakat dan ke mana mereka agihkan sebenarnya? Adakah dengan adanya wang zakat, ia perlu dibayar balik ke pusat zakat? Tahukah apa istilah zakat wahai UMNO dan kerajaan Melaka? Jangan kencang mengutip zakat tetapi tidak tahu untuk agihan zakat.

Kutipan zakat bagi negeri ini sehingga setakat 4 Jun 2012 adalah berjumlah RM15.22 juta. Namun menurut sumber yang cuba mendapatkan bantuan zakat terutama yang ingin melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi anak Melaka akan diberikan RM400 bagi yang layak. Tetapi yang menjadi persoalan ialah wang zakat juga diberikan kepada orang bukan Islam.

Birokrasi tentang agihan zakat ini juga berlaku kerana ramai yang memohon sedangkan mereka layak tetapi yang mendapat manfaat ialah golongan bukan Islam. Apa gunanya zakat dikutip jika tidak diberikan kepada asnaf yang sepatutnya. Ramai lagi yang memerlukan bantuan zakat untuk melanjutkan pengajian. Di bawah ini ialah fatwa negeri Melaka dan apakah fatwa ini diguna pakai?

Harus menggunakan sumber wang zakat di bawah peruntukan asnaf al-gharimin sebagai bantuan pinjaman pendidikan tinggi negeri Melaka secara qardhul hasan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara dalam bidang-bidang tertentu yang diperakui oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Mengesyorkan supaya bantuan pinjaman yang diberikan itu adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dan meliputi hanya sebahagian (50 peratus) daripada keseluruhan pembiayaan yang ditetapkan, manakala sebahagiannya lagi ditampung dalam bentuk pemberian dermasiswa di bawah peruntukan asnaf fisabilillah.

Jika anda tidak percaya, anda boleh ke Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dan melihat sendiri bantuan zakat kepada orang bukan Islam turut diberikan. Penggunaan wang zakat yang tidak kena pada asnaf yang memerlukan. Sebalinya ada pihak mengadu mereka terpaksa membayar balik duit zakat terbabit.

Monday, July 9, 2012

Cikgu Malu Nak Mengaku UMNO


Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar menceritakan di mana ada sekolah di situ ada orang PAS. Setelah ditanya guru di sekolah terbabit, mereka malu yang mereka ini UMNO. Jadi sekarang di mana-mana ada orang PAS dan tidak perlu bimbang kerana ia bukan zaman sekolah-sekolah pondok seperti yang selalu di mainkan oleh UMNO/BN.


Walaupun masih ada pondok atau sawah padi, di situ ada PAS sebagai contoh guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah. Guru-guru yang ada sekarang tidak sama seperti guru-guru pada zaman yang lalu dan mereka tidak lapar untuk bergantung dengan UMNO/BN serta pada hari ini guru-guru lebih terbuka dengan adanya teknologi.

Mahfuz berkata lagi, di mana ada pejabat kerajaan di situ ada PAS dan mereka cuma tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya tunggu masa pencen. Kata Mahfuz yang disambut lebih kurang 600 orang yang datang di ceramah PAS di Bukit Katil di tapak lama PASTI yang di roboh.

Sebelum itu Mahfuz turut ke DUN Lendu pada sebelah petang untuk jamuan minum petang bersama Mahfuz. Kehadiran hadirin sekitar 150 orang yang turut datang dari golongan kakitangan kerajaan dan juga penyokong-penyokong UMNO yang inginkan perubahan.

Wednesday, July 4, 2012

Gaji Pemain Bola Sepak Melaka RM600



Percaya atau tidak, itulah realiti sebenarnya yang berlaku kepada Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) yang terpaksa mencari dana berjumlah RM3 juta bagi menampung kos jurulatih dan pemain terutama pemain dari luar Melaka.

Kemerosotan bola sepak Melaka disebabkan penghijrahan ramai pemain berbakat ke negeri lain berikutan tawaran gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Mafa yang hanya sekitar RM600 di bawah paras gaji kemiskinan sedangkan kos untuk sukan bola sepak adalah tinggi.

Mafa sekadar mampu membayar gaji antara RM600 dan RM800 sebulan, manakala pasukan lain membayar antara RM1,500 dan RM2,000 lebih tinggi dari Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa). 

Hutang Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) pula telah meningkat kepada RM2 juta dan ia tidak termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak dibayar berjumlah lebih RM300,000 serta denda dan dividen menjangkau RM700,000.

Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) mengharapkan dana dari kerajaan negeri setiap tahun berjumlah RM200,000 dan keadaan ini belum mampu untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Gaji pemain yang rendah menyebabkan ramai pemain tidak bersemangat untuk bermain.

Video: UMNO Akan Jadi Macam Jepun


Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan tumbangnya Parti LDP di Jepun menandakan Barisan Nasional juga akan turut mengiringinya untuk tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.

Buktinya, LDP di Jepun yang dahulunya memerintah negara matahari terbit itu tersungkur juga setelah rakyat menggunakan kuasa undi mereka untuk menukarkan kerajaan yang sedia ada kepada sebuah kerajaan yang baru dan adil dalam melaksanakan tuntutan rakyat. 

Mahfuz menyeru agar rakyat di Melaka supaya terus menyokong Pakatan Rakyat demi memastikan agar mandat pada PRU-13 yang akan datang bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.



CJ.MY


Monday, July 2, 2012

BN Pengkhianat Sistem Pilihanraya


 Timbalan Pesurujaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidekberkata bahawa PAS dengan Pakatan Rakyat menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada penghujung April lalu bukan kerana Ambiga sebaliknya untuk menuntut pilihanraya yang adil dari penipuan Barisan Nasional.

 

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).