Perkara ini berlaku kepada pelajar yang belajar di luar negara. Mereka diberikan sumbangan zakat berjumlah RM2,000 untuk melanjutkan pengajian luar negara manakala RM400 bagi kusrus ijazah, sarjana dan PhD manakala RM300 untuk diploma bagi melanjutkan dalam Institut Pengajian Awam dengan syarat pemohon tersebut adalah anak Melaka yang bernombor kad pengenalan 04 ataupun 30.
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) adalah gabungan dua entiti iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Mengikut dokumen yang diterima, salah seorang pelajar yang membuat pinjaman dengan TAPEM dikehendaki menjelaskan hutang pinjaman mereka dalam masa 6 bulan sekiranya gagal menamatkan, diberhentikan atau dibuang pengajian di luar negara. Bukan itu sahaja, duit zakat yang diberikan kepada pelajar terbabit sedangkan pinjamannya adalah sekitar RM4,600 dan duit zakat adalah RM2,000. Maka jumlah keseluruhannya adalah RM6,600.
Kenapa duit zakat yang berjumlah RM2,000 itu perlu dijelaskan sedangkan pelajar terbabit hanya membuat pinjaman sekitar RM4,600 sahaja. Adakah sistem zakat di Melaka berbeza dengan sistem zakat Islam yang di amalkan? Duit zakat bukanlah duit pinjaman yang berlu dibayar balik sebaliknya ia duit yang dikutip untuk diberikan kepada asnaf yang layak.
TAPEM juga menjadikan duit zakat satu perniagaan. Kenapa dikatakan perniagaan? Perniagaan kerana memaksa pelajar membayar balik duit zakat. Lainlah kalau itu duit yang dipinjamnkan kepada pelajar dan pelajar terbabit perlu menjelaskan duit pinjaman dan bukannya duit zakat seperti yang diminta oleh TAPEM.
Jika dibandingkan antara 3 jenis pinjaman yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu PTPTN, MARA dan TAPEM maka jumlah bayaran balik oleh TAPEM selepas 6 bulan lebih tinggi daripada pinjaman MARA dan PTPTN. Mengikut dokumen yang diterima, pelajar yang membuat pinjaman TAPEM perlu jelaskan RM1,100 sebulan selama 6 bulan iaitu jumlah bagi 6 bulan RM6,600.
Berbeza MARA dengan PTPTN yang hanya bayaran balik selepas 6 bulan adalah sekitar bawah RM400 dan ini tidak membebankan pelajar seperti yang diamalkan oleh TAPEM. Mana konsep Rakyat Didahulukan? Yang ada sekarang Rakyat Ditindas. Malang sungguh anak-anak Melaka jika sikap TAPEM yang menindas terutama pelajar yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.
Sebagai contoh, sekiranya jumlah RM1,100 itu dijelaskan maka pendapatan pelajar terbabit melebihi RM5,000 sebulan. Mustahil untuk pelajar jelaskan RM1,100 sebulan. Terlalu tinggi dan menekan pelajar.
0 comments:
Post a Comment