Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Wednesday, February 29, 2012

Bayar RM800 Rumah Macam Ini?


Masalah rumah terbengkalai menjadi satu masalah kepada pembeli yang terpaksa membayar RM800 untuk membayar pinjaman perumahan namun apa yang mereka dapat adalah rumah tidak siap. Kekecewaan ini diadukan oleh penduduk kepada wakil media dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari bagi menyelesaikan masalah perumahan yang terbengkalai ini.

Rumah Terbengkalai




Perumahan di Taman Bidara Palma, Tanjung Bidara masih ada rumah yang tidak boleh dihuni oleh pembelinya walaupun pembayaran pinjaman telah bermula. Apakah yang menyebabkan rumah ini tidak dapat disiapkan seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian?

Masalah rumah terbengkalai menyebabkan ramai pembeli kecewa dengan sikap pemaju perumahan yang gagal menyiapkan rumah yang sepatutnya mereka diami. Tinggal 10% sahaja lagi rumah untuk disiapkan namun rumah tersebut bagaikan seperti rumah yang lama dengan sistem pendawaian telah dicuri serta keadaan sekeliling telah dipenuhi dengan lalang.

Selain itu, pembeli terpaksa membawa pinjaman perumahan walaupun rumah mereka belum boleh didiami. Ini lagi menyulitkan kepada pembeli perumahan. Ikuti penjelasan dari penduduk setempat seperti dalam video di bawah.

Sunday, February 26, 2012

Kubah Masjid Bukit Baru Runtuh




Sebuah Masjid di Bukit Baru telah mengalami kerosakkan pada bahagian dalam dan luar setelah kubah masjid telah menghempap pada bahagian tempat imam menunaikan solat dan ruang masuk. Kerosakkan itu berlaku sekitar jam 5 lebih setelah jemaah menunaikan solat Asar.

Masjid yang dimaksudkan itu ialah Masjid Al-Ihsan di Bukit Baru berdekatan dengan tapak bagunan yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru. Pimpinan PAS yang hadir ditempat kejadian ialah Penyelia 2 DUN Bukit Baru, Ramli Dalip dan Mat Zen.

Ketika kejadian, hujan dan petir berdentum dengan kuat namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan ketika kejadian. Kerja-kerja pemabiakn akan dijalankan pada keesokkan hari. Para jemaah masih boleh menunaikan solat di ruangan sebelah luar masjid

Gambar ihsan: PJ Center Photography

Saturday, February 25, 2012

Duit Kerajaan diguna Untuk Parti BN



ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Paoy Tiong mempertikaikan program rasmi yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak ke Melaka semalam kerana ia melibatkan kos yang sangat besar digunakan.

Tambahan pula, kos yang digunakan itu bercampur aduk dengan urusan kerajaan dan parti. Perdana Menteri sepatutnya hadir atas nama sebagai Ketua Kerajaan Malaysia sebaliknya ketika berucap beliau berkempen untuk Barisan Nasional dan banyak jentera kerajaan telah disalah guna.

Disepanjang laluan beliau ke Melaka, kos yang digunakan adalah berjumlah RM580,000 seperti yang dilaporkan oleh ADUN Ayer Keroh. Bagi kos sewaan khemah pula adalah berjumlah RM156,000. Bahan promosi seperti kain rentang pula berjumlah RM249,000 dan bendera Barisan Nasional pula adalah berjumlah RM185,000.

Sepatutnya bendera yang patut diguna jika kedatangan rasmi perdana menteri adalah bendera Malaysia dan negeri Melaka sebaliknya menggunakan bendera Barisan Nasional. Lainlah jika untuk parti digunakan atas nama presiden UMNO.

Kos keseluruhan yang digunakan pada program semalam adalah sekitar RM1.17 juta dan ini tidak termasuk kos penyediaan makanan tengahari, minum petang dan makan malam serta kos perjalanan beliau.

Friday, February 24, 2012

Sanggupkah Najib Ikut Jadual Ini atau Rela ditipu Ali Rustam?


Persoalan mengapa Perdana Menteri, Najib Razak tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang bernilai RM240juta yang tidak mendapat sambutan daripada syarikat penerbangan.

Perdana Menteri seharusnya melawat ke Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) yang telah belanja RM15juta dan mengalami kerugian kira-kira RM20 ribu setiap bulan dan tidak mendapat sambutan sehingga telah menjadi projek gajah putih.

Dicadangkan supaya Najib meninjau ke kawasan pelupusan sampah yang terletak di Krubong yang mana 95% sampahnya adalah dari negeri Melaka. Tapak ini tidak dapat menanggung lagi sampah sejak 2008 seperti laporan audit negara sehingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan sering kali terbakar. Ini menjejaskan kesihatan penduduk dan para pelajar dan difahamkan ada 3 hingga 4 buah sekolah berdekatan dengan tapak pelupusan sampah.

Sekiranya Perdana Menteri ingin melakukan lawatan, dicadangkan melawat ke tiga kawasan ini seperti perhentian bas Melaka Sentral, Hospital dan Monorel. 

Pada sebelah malam pula, Najib dicadangkan untuk ke majlis jamuan makan malam pemimpin bersama rakyat di Taman Merdeka untuk merasai bau yang kuat yang terpaksa dihadapi oleh para penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Selepas itu dicadangkan untuk melawat tapak bela lembu yang mana lokasinya di Merlimau. Projek ini bernilai RM1.2juta di bawah TEKUN yang telah gagal. Paling melucukan ialah tiada lembu sebaliknya ditumbuhi lalang.

Di bawah ini ada video dari ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Paoy Tiong

Thursday, February 23, 2012

Ali Rustam Sabotaj Najib?


Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak akan melawat Melaka pada esok hari yang akan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam. Namun Perdana Menteri dijangkakan tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam sebaliknya akan mendarat di Dusun Dato' Murad di Ayer Keroh berdekatan Penjara Agro.

Apakah punca yang membuatkan Perdana Menteri tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka? Di manakah silapnya lapangan tersebut sehinggakan Perdana Menteri memilih untuk tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka itu?

Perdana Menteri seharusnya memberi keyakinan kepada rakyat Melaka dengan mendaratkan penerbangan di lapangan terbang tersebut. Jika benar-benar membawa slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' maka perdana menteri perlu mendengar denyut nadi rakyat dan bersemuka dengan rakyat memandangkan ruang untuk rakyat bertemu lebih luas berbanding dengan Dusun Dato' Murad.

Ini merupakan satu penghinaan ke atas Najib yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Melaka. Apa gunanya lapangan terbang yang bernilai RM240juta kos pembinaannya itu tidak digunakan oleh perdana menteri untuk mendarat. Kos tersebut adalah usaha pemanjangan landasan namun tidak mendapat sambutan yang baik dari pengusaha penerbangan domestik yang ada seperti Air Asia dan MAS.

Adakah Ali Rustam cuba menyembunyikan sesuatu daripada Najib tentang lapangan terbang itu? Jika ketua menteri seorang yang sanjung ketibaan perdana menteri, beliau seharusnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka itu sebagai mercu tanda negeri maju seperti yang diisytiharkan oleh Ali Rustam itu sendiri. Di manakah silapnya percaturan menguruskan perdana menteri itu. Betapa hinanya perdana menteri mendarat di dusun sebaliknya mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

UMNO/BN Biadap - ABU



Masjid Tanah; 22 Februari 2012: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (Melaka), Zuraidi Abdullah berkata NGO Asalkan Bukan UMNO/BN (ABU) diwujudkan adalah untuk menyedarkan rakyat mengapa kerajaan Umno/BN yang melakukan pembaziran dan penyelewengan mesti ditolak pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Ceramah Pelancaran ABU (Asalkan Bukan UMNO/BN) peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Feb ini bagi menyeru rakyat bangkit menentang UMNO/BN dari terus melakukan pembaziran sehinggakan menjejaskan kehidupan rakyat"

"Pembaziran ini berlaku ketika rakyat dipaksa untuk berhemah dalam berbelanja. Pembaziran ini juga menjadi punca ketirisan selain membantu kedudukan indeks rasuah negara mencecah paras terburuk dalam sejarah." ujar Zuraidi.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang bertindak ala gangsterism dan melakukan vandalisme terhadap program Pakatan Rakyat dan terhadap penyokong Pakatan Rakyat dan premis-premis kepunyaan Pakatan Rakyat di Melaka.

"Melaka juga tidak kurang hebatnya kebiadaban penyokong UMNO/BN secara jelas dan terbuka menyerang program Pakatan Rakyat seperti yang telah diadakan di Gadek dan Hutan Percha pada 12 Februari yang lepas sehingga berlaku pergaduhan kecil.

"Tidak cukup dengan itu, dengan biadapnya penyokong UMNO/BN mengganggu program Pakatan Rakyat dengan membuat bising seperti deruman motosikal dan memasang CD ceramah di sebelah program Pakatan Rakyat semata-mata ingin membuat provokasi" tambah Zuraidi.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Imran Abdul Rahman; Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Julasapiyah Kassim dan Setiausaha PAS Kawasan Asri Shaik Abdul Aziz dan pimpinan Pakatan Rakyat serta wakil ABU.


"Saya juga tidak terlepas dari menerima sms amaran dan ugutan dari pihak UMNO/BN supaya menghentikan program ABU ini dan tidak mencari masalah dengan UMNO/BN. Ada yang mencabar dan bersemuka jika tidak berpuas hati dengan UMNO/BN" kata Zuraidi.

Zuraidi berkata ABU menolak sekeras-kerasnya amalan vandalisme dan gangsterism yang telah diamalkan oleh rejim UMNO/BN.

Monday, February 20, 2012

Tahniah Doktor dan Bekas Pengarah Kastam!















MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sudin Sahak (kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.
 
Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.
 
Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
 
Sementara Sudin pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.
 
Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.
 
Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.
 
Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun. 

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.

"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.

-Harakahdaily

Sunday, February 19, 2012

Keadilan Islam selesaikan masalah perkauman

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata keadilan Islam berjaya mengatasi masalah semangat perkauman sempit dalam sesebuah negara.

"Islam mengajar konsep keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan bangsa di mana Allah menjadi manusia berbangsa-bangsa supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain".

"Islam adalah agama yang sesuai untuk semua kaum, agama dan bangsa dan Islam tidak pernah menafikan kewujudan pelbagai bangsa dan agama di dunia ini, semuanya dilayan dengan adil" ujarnya.

Beliau berkata, Rasulullah yang menegakkan pemerintahan Islam di Madinah mengadakan tahalluf dengan semua penduduk Madinah termasuk golongan Yahudi, malah membenarkan orang munafik untuk terus menjadi rakyat negara Islam Madinah.

"Negara Islam Madinah menjadi Negara Madani negara bertamadun yang berjaya menyatukan semua bangsa dan agama"

"Hati manusia tidak boleh disatukan dengan duit tetapi dengan keadilan Islam yang mentadbir negara dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana pihak" ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Presiden PAS itu berkata demikian semasa berucap pada program taklimat penerangan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka pagi tadi. Beliau berada di Melaka dalam lawatan sehari menyertai Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat turun ke seluruh negara.

Tuan Guru juga berkata Melaka adalah sebuah pusat pendagangan Islam dan pemerintahan Islam semasa zaman kegemilangannya sebelum ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511.

"Semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis para paderi di Vatican City berpesta kegembiraan menyambutnya".

"Penjajah datang ke Melaka bukannya untuk berdagang tetapi bertujuan untuk menakluk dunia Islam yang berkembang pesat di dunia sebelah timur ini"tambah beliua.

Beliau berkata penjajah menggunakan cara pecah dan perintah dalam pentadbirannya untuk kekal menakluk Melaka dan memunggah segala kekayaan yang ada di sini.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula negeri Melaka kepada Islam yang pernah menjadi didaulatkan di negeri ini."

"Seluruh ahli PAS mesti bekerja kuat untuk memenangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dari pemerintahan kerajaan BN yang sudah memerintah lebih dari 50 tahun" tambah beliau.

Turut berucap dalam program tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

PRU 13: Rakyat Melaka sedia berubah.

DURIAN TUNGGAL, 19 Feb: PAS Melaka dengan pimpinan barunya membuktikan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan lebih bergaya.

Ia dapat dilihat apabila Melaka menjadi negeri yang paling berjaya dalam persiapan dan sambutan terhadap Konvoi Penerangan PAS yang ke Melaka semalam.


Pekan Durian Tunggal yang biasanya aman dan tenteram penuh sesak dengan konvoi penerangan PAS, petang semalam.

Bepuluh-puluh buah kereta dan motor mengiringi Presiden dan Ketua Penerangan PAS ke pekan itu bagi menyertai majlis hi tea dengan penduduk tempatan.

Mereka yang menyertai majlis itu pula penuh sesak dengan pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India duduk bersama-sama mendengar pucuk pimpinan PAS bercakap kepada mereka.

"Saya rasa Melaka paling hebat sambutan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat yang memimpin konvoi menjelajah seluruh negara ini.

Melaka adalah negeri ke tujuh dalam siri konvoi menjelajah negara menjelang pilihan raya umum ke 13 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Sebelum in mereka ke Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jumaat lepas konvoi ke Negeri Sembilan.

Sambutan yang diterima konvoi ini di Melaka amat mengujakan pimpinan PAS yang menyertai konvoi ini kerana jangkaan mereka tidak sampai ke peringkat itu kerana Melaka antara negeri yang belum mempunyai sebarang wakil rakyat dari PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi walaupun paling banyak bertanding berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.


Ketika membentuk kabinet selepas muktamar lalu, PAS telah melantik pesuruhjaya baru untuk Melaka.

Seorang tokoh muda PAS Melaka, Adly Zahari telah dilantik sebagai pesuruhjaya negeri itu.

Sejak itu, PAS Melaka menampakkan perubahan. Antara langkah awal yang dibuat beliau adalah mengupah satu badan profesional membuat kaji selidik tentang politik di Melaka.

Majlis Hi-Tea bersama pimpinan PAS di Durian Tunggal petang semalam nampaknya antara hasil perubahan yang dibuat beliau dan pasukannya.

Turut diadakan semalam majlis penyerahan borang keahlian kepada ahli-ahli baru PAS yang menyertai parti Islam itu.

Ia disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ditemani Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah itu.

Di majlis itu Abdul Hadi Awang memberikan penerangan yang jelas tentang negara berkebajikan yang menjadi hala tuju PAS kini.

Beliau juga menerangkan dengan jelas perjuangan PAS yang tidak membezakan antara bangsa-bangsa dan kaum di bawah pentadbirannya yang berasaskan Islam.

"Islam meletakkan bangsa-bangsa ini untuk berkenalan antara satu sama lain dan saling berhubungan antaranya bagi melengkapkan kehidupan manusia.


"Misalnya baju yang kita pakai dari kain, kain dari benang, benang dari kapas. Tidak semua orang boleh buat setiap benda itu melainkan ada pembahagian tugas dan tanggungjawab bagi setiap orang.

"Inilah yang melahirkan pelbagai bangsa itu kerana setiap kumpulan atau kaum mempunyai bidang dan kebolehan masing-masing. Jadi di sinilah lahirnya kerjasama," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

-Harakahdaily

Thursday, February 16, 2012

Presiden PAS ke Melaka 18 Februari.

MELAKA, 16 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyertai program Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat di negeri ini pada 18 Februari ini.
 
Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat berkata, selain beliau, pemimpin PAS Pusat yang turut bersama ialah Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Setiausaha Lajnah Penerangan, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohd Fadhli Hassan.
 
Katanya, program sehari suntuk itu bermula pada 8.30 pagi di mana Presiden PAS akan bersarapan pagi di Restoran Haji Bakrin Sidek, Bukit Katil.
 
Selepas itu, ujarnya rombongan akan meneruskan program taklimat kepada pimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan di Pejabat PAS Paya Dalam.
 
Pada sebelah petang, kata beliau bermula pada jam 3.30 petang, Tuan Guru Presiden dan pimpinan lain akan menghadiri jamuan Hi-Tea Bersama Rakyat di Pekan Durian Tunggal.
 
Menurutnya lagi, manakala pada jam 5.30 petang pula Tuan Ibrahim akan mengedarkan risalah di Pasar Malam, Paya Ikan, Bukit Baru sementara Mohammad Nizar menemui rakyat sambil mengedar risalah di Pantai Kundor.
 
Pada sebelah malam pula, ujar beliau semua pimpinan akan berjemaah Maghrib dan menyampaikan tazkirah di beberapa tempat di mana Tuan Guru Abdul Hadi di Surau Umri Serkam, Tuan Ibrahim di Markas PAS Bukit Katil dan Mohammad Nizar di Markas PAS Pantai Kundor.
 
Katanya, acara kemuncak ialah ceramah perdana yang akan diadakan di dua tempat berasingan iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Ibrahim di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir manakala Mohammad Nizar dan Dr Fadhli di Kuala Linggi, Masjid Tanah.
 
“Program jelajah Lajnah Penerangan PAS antara lain untuk mengeratkan hubungan PAS dan rakyat di samping menjadi medan untuk penyelarasan jentera penerangan pelbagai peringkat bermula dari pusat hinggalah ke akar umbi,” katanya.

-Harakahdaily

Wednesday, February 15, 2012

Konvoi Presiden PAS ke Melaka



Semua Rakyat Melaka dijemput hadir

Tuesday, February 14, 2012

Beberapa orang bekas PEGAWAI KANAN kerajaan SERTAI PAS di MELAKA



Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan  Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka. Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.

Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru. Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini. Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan ...........

-Timb. Pesuruhjaya 3

Monday, February 13, 2012

Program Jelajah Orang Muda (JOM Ubah) Melaka berjaya



Dewan Pemuda PAS Melaka semalam telah menjayakan program Jelajah Orang Muda dengan jayanya dengan tema Orang Muda Jom Ubah di Dun Merlimau.

Program besar ini merupakan program yang di rancang oleh DPP Malaysia dan di gerakkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri sebagai mesej khusus kepada golongan muda yang menjadi agen perubahan kepada lanskap politik Melaka.


Program yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi ini turut di hadiri beberapa pimpinan Pemuda Pusat seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh, Pengarah Pilihanraya, Saudara Sany Hamzah, dan beberapa AJK Pemuda Pusat seperti Saudara Suhaizan Kaiat, Ustaz Khalil, Saudara Sharom dan lain-lain.

Program ini di laksanakn sepanjang hari sehingga malam di mulai dengan kuliah subuh sehingga ke konsert anak muda pada sebelah malamnya. Pelbagai aktiviti yang di laksanakan seperti program sukan bersama anak muda, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, program berbentuk kebajikan seperti ziarah kebajikan ke rumah orang miskin dan ziarah medik.


Selain itu program mendekati masyarakat seperti 'Sarapan Rakyat', aktiviti membaiki rumah, dan program penerangan seperti program 'Hit & Run' dan edaran risalah turut di lakukan di sekitar bandar Merlimau.

Program ini mendapat respon yang begitu baik dari anak muda melalui kehadiran mereka yang ramai di konsert pada malamnya yang menjadi acara kemuncak kepada program Jelajah Orang Muda ini.


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap agar program bersama anak muda seperti ini dapat di teruskan sepanjang masa kerana program-program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada anak muda mencuba sesuatu hiburan alternatif yang sihat.

Ianya juga sebagai menyahut hasrat Ketua Pemuda Pusat untuk Pemuda PAS selaku sayap sebuah parti politik untuk tidak mengabaikan anak-anak muda selain dapat memberikan kefahaman kepada anak muda kenapa mereka wajar bersama PAS dan secara lansung mendekatkan anak muda dengan PAS.

-Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka

JPN Melaka bersekongkol dengan BN wajibkan Guru-Guru hadir Karnival


Beberapa orang warga pendidik disekitar Parlimen Bukit Katil kesal dengan sikap Kerajaan

Negeri Melaka yang menggunakan kuasa politik untuk mewajibkan guru-guru dan murid-murid hadir pada Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Sabtu lalu.
Lebih malang lagi Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga bersekongkol untuk menjayakan program tersebut. Walaupun program itu dilihat sebagai anjuran Jabatan Pelajaran dan Kerajaan Negeri tetapi jelas ianya dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program.

Seorang guru yang hanya m
ahu dikenali sebagai Aini Othman, 42 dari Ayer Molek berkata ada sekolah yang sepatutnya menggantikan cuti pada hari Sabtu tersebut terpaksa menangguhkannya semata-
mata kerana karnival tersebut.

"Semua guru wajib hadir ada surat lain yang mewajibkan guru hadir yang dihantar oleh JPN"

"Semua PIBG sekolah wajib menyumbang samada paling kurang RM1000.00 atau paling banyak RM15000.00, surat arahan dihantar kepada setiap PIBG sekolah" ujar Aini.

Rakan beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azani Basir, 36 berkata sekolah diwajibkan menghantar guru untuk bertanding antaranya pertandingan koir termasuk sekolah agama.

"Sekolah-sekolah wajib menghantar pernyertaan... kalau tidak.. guru yang tak datang dikenakan urat tunjuk sebab"

"Bayangkan sekolah-sekolah parlimen bukit katil ada lebih kurang 35 buah sekolah...mereka akan dapat berapa sumbangan dari PIBG, duit itu pula siapa yang dapat" tambah Azani yang tinggal di Ayer Molek.

Sementara itu bekas pendidik, Yusof Wahab, 56 berkata tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang membiarkan jabatan itu dipolitikkan amat dikesali.

"Guru dan pelajar-pelajar dipaksa untuk hadir program tersebut dan mereka menggunakan program ini untuk berkempen di mana bendera-bendera BN penuh digantung dalam kawasan karnival".

"Nampak jelas BN Melaka amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan JPN untuk memastikan guru-guru dan ibubapa hadir untuk mendengar ucapan pemimpin BN"

Antara pemimpin BN yang hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu; Ahli Dewan Undangan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin; Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Mohamed.

Tinjauan wakil Harakahdaily pada hari karnival tersebut jelas menunjukkan program tersebut dipolitikkan di mana bendera BN berkibaran di serata tempat karnival.

Sunday, February 12, 2012

Rang Daftar Pemilih suku keempat 2011 banyak kekeliruan?

Antara kekeliruan yang jelas ialah ketiadaan pengundi dalam kod-kod berikut :-

Status kod lain yang tidak diberikan adalah seperti berikut:-

iv)   kod 32 – rekod berganda
v)    kod 33 – kematian
vi)    kod 34 – hilang kelayakan sebagai pengundi pos
vii)   kod 35 – bersara polis/tentera
viii)   kod 39 – tentera diragui
ix)  kod 3A – polis diragui
x)   kod 3B – tiada rekod di JPN
xi)   kod 3C – bukan warganegara
xii)   kod 3f – dilucutkan kewarganegara
xiii)  kod 3G – masuk tentera
xiv)  kod 3H – masuk polis
xv)  kod 3J – silap pendaftaran
xvi)   kod 3K – tidak ditemui
xvii)  kod 3L – awam dalam lokaliti pth
xviii)  kod 3M – pengenalan diri tidak lengkap
xix)  kod 3N – rekod tidak aktif di JPN
xx)  kod 3o – hilang layak pengundi awam

Termasuk dua kod baru yang diwujudkan oleh SPR pada Rdpt kali ini ialah:-

i)  kod 38- awam diragui
ii)  kod 3p- pulang dari luar negeri


Hanya kod-kod dibawah sahaja yang ada dalam RDPT tersebut :-


i)  kod 10 – status pengundi baru
ii)  kod 20 – status pengundi berpindah masuk
iii) kod 31 – status pengundi berpindah keluar


Kita menyokong gesaan PAS Perak supaya SPR membuat pembetulan terhadap RDPT tersebut dengan segera dan tempoh pameran dan bantahan mesti dipanjangkan.


Sumber : Laporan Harakadaily - kenyataan JPN Perak

Thursday, February 9, 2012

PR Melaka sedia ambil alih kuasa.



Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka telah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Melaka dari BN. Keyakinan ini dilihat berputik dari sokongan padu rakyat Melaka terhadap ketiga-tiga parti komponen PR iaitu PAS, PKR dan DAP.

Walaupun banyak pihak mentertawakan hasrat dan kemahuan PR ini, tetapi ianya tidak mustahil akan berlaku, rakyat dewasa kini sudah terdedah kepada maklumat dari media baru khususnya pengundi muda. Mereka ini adalah silent voters yang hanya menunggu masa untuk mengundi dan mengenepikan kerajaan BN dari Seri Negeri.

BN sudah tidak dapat menutup mata, memekakkan telinga rakyat dan menutup pekung di dada mereka semuanya telah terdedah kepada umum. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan kronisme, keborosan dan ketirisan sudah menzalimi rakyat lebih dari 54 tahun. Siapakah lagi yang boleh bertahan dengan pemerintah semacam ini?

Dari congakan pemerhati politik dalam negeri bahawa PR Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 18 kerusi. Kerusi-kerusi tersebut sudah tentu kerusi majoriti pengundi Cina, kawasan campuran dan beberapa kerusi majoriti Melayu.

Walaupun BN Melaka perasan mereka begitu gagah tetapi itu syok sendiri kerana majoriti rakyat hari ini tidak menzahirkan sokongan mereka secara terbuka. Mereka akan tahu bila pengiraan undi dibuat nanti.

-Timb. Pesuruhjaya 3

Punca usahawan kecil tidak mahu pindah ke gerai sementara?



Pada 1 Februari lalu, Malaysiakini melaporkan tentang ketidakpuasan hati Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dengan cara penyelesaian yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka terhadap peniaga-peniaga yang diarahkan berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf di Taman Mini Asean.

Peniaga-peniaga tersebut ditawarkan gerai sementara berhampiran muzium lebah.





Selain lokasi yang tidak strategik dan jarang dikunjungi, saiz gerai yang agak kecil menyebabkan mereka tidak berpuashati.

Tinjauan ke gerai sementara itu agak mengejutkan kerana beginilah rupa gerai sementara tersebut.

Keadaan gerai ini sangat meragukan jika dilihat pada rekabentuk dan susun aturnya, tak ubah seperti sebuah....

Menurut laporan Malaysiakini, Presiden IKHLAS juga memohon supaya pihak berkenaan disiasat oleh SPRM.

Namun tidak jelas apakah perkara yang mereka ingin supaya SPRM siasat. Apakah ianya berkaitan cara penyelesaian pihak berkenaan ataupun bangunan sementara ini?

-MTD Bukit Baru

Wednesday, February 8, 2012

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Alor Gajah



Piala Ketua Pemuda PAS Alor Gajah
26 Feb (Ahad)
8 pagi
Nyalas, Asahan
Pertanyaan? Hubungi Jailani, 017-224 6224

Sunday, February 5, 2012

Terkini!! PRU-13 diadakan bulan Mac 2012

Maklumat yang diperolehi oleh YB Datuk Husam Musa, memaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu hadapan, menguatkan lagi kebenaran PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012.

Bukti terbaru pilihanraya akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan Mac ini, adalah terdapatnya arahan terbaru untuk kesemua Majlis Perbandaran membekukan kesemua permohonan dan kelulusan menyewa dewan perbandaran dari 8 Mac sehingga 18 Mac 2012.

Maklumat dari guru-guru yang menjadi petugas SPR juga memaklumkan bahawa satu mensyuarat khas bersama SPR akan diadakan pada 9 Februari, Khamis ini, bagi membincangkan persiapan pilihanraya.

Bagi... ambil, tetapi undi Pakatan Rakyat

Memandangkan pengagihan Bantuan Rakyat RM500 (BR1M) yang tidak banyak mengubah kebijaksanaan rakyat yang menganggap memancing undi... dalam masa terdekat ini, Najib Razak akan mengumumkan penurunan harga minyak berkuatkuasa serta merta sebagai taktik meraih sokongan rakyat.

Bagaimana pun, harga minyak akan dinaikkan kembali selepas pilihanraya jika BN berjaya mendapat kemenangan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Pandangan PRU13 Bukan Pada Bulan Mac

Terdapat pandangan yang mengatakan Pru13 tidak diadakan pada bulan Mac yang mengambil kira pengumuman Najib yang mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

Ini adalah tektik ‘reverse psychology’ yang diamalkan sejak dulu lagi bagi MELALAIKAN semua jentera Pakatan Rakyat yang beranggapan pilihanraya lambat lagi.

Keadaan sebegini juga berlaku pada tahun 2008 apabila Abdullah Badawi mengatakan pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi tidak lama selepas itu mengumumkan pembubaran parlimen.

Maklumat risikan Special Branch dan Military Intelligence melaporkan jika Najib tidak mengadakan pilihanraya dalam masa terdekat, Najib dan BN akan menghadapi kesukaran di luar jangkaan untuk tempoh yang lebih lama, memandangkan keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar Ibrahim telah membuka ruang yang amat luas kepada Anwar Ibrahim merancang dan menyusun strategi yang amat berbahaya kepada BN. Lebih lama ruang diberikan kepada Anwar, lebih parah Bn akan menghadapinya.

Isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam, terpaksa Najib hadapi menyelesaikannya dengan segera, kerana isu-isu ini akan menjadi barah yang menghancurkan Bn jika ditunggu lama lagi. Apatah lagi apabila kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang membuatkan Najib Razak terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan kerajaan.

Pengumuman pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, adalah hanya akan menjadi alasan Najib kononnya prihatin dengan kakitangan awam. Bila tiba masa pengumuman pembubaran parlimen, semua perkara ini dilupakan dengan mengalih isu-isu yang lain di dalam media arus perdana.

‘Kuasa Ketiga’ yang sedang berkembang sekarang ini menyukarkan Najib mempertahankan “fixed deposit” di Sabah dan Sarawak yang menyaksikan banyak parti politik baru dan NGO ditubuhkan di sana, dan malang bagi Najib, kebanyakan ‘“Third Force’ tersebut lebih condong ke arah Pakatan Rakyat. Lebih lama Najib menangguhkan pilihanraya, lebih bersedia ‘Kuasa Ketiga’ ini bergerak menyusun strategi mengalahkan BN.

Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasi pilihan raya. Ini juga perlu dielakkan oleh Najib untuk membincang dan meluluskan transformasi tersebut, kerana hanya satu cara sahaja BN boleh memenangi PRU13, iaitu hanya DENGAN PENIPUAN DI DALAM PILIHANRAYA.

Petugas dan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat jangan LALAI. Mulai sekarang pastikan semua jentera sudah digerakkan dan bersedia 100%.

-Kota Melaka

Saturday, February 4, 2012

PAS optimis menang sekurang-kurangnya 5 DUN Melaka

PAS yakin menang sekurang-kurangnya 5 Dun di Melaka. Antara Dun-Dun tersebut ialah Tg Bidara, Taboh Naning, Lendu, Sg Rambai dan Pantai Kundor.

PAS memang dari awal lagi iaitu selepas PRU 12 telah meletakkan kelima-lima Dun tersebut sebagai Dun target yang paling berpotensi untuk dimenangi.

Menurut sumber dalaman PAS itu, maklum balas dari pengundi di kelima-lima Dun tersebut amat baik. Program PAS juga berjalan dengan sangat rancak di kawasan tersebut.

"Walaupun ramai menganggap pengundi bandar dan separa bandar ramai menyokong PAS dan PR tetapi kali ini kita dapati pengundi di luar bandar lebih cenderung menyokong PAS kerana mereka seolah-olah dianaktirikan kerajaan".

"Jangan terkejut jika PAS menang di 5 Dun tersebut kerana tinjauan kami memang berlaku perubahan secara senyap di kawasan tersebut" menurut sumber dalaman tersebut.

Ditanya peluang PAS di Dun-Dun lain, beliau berkata peluang PAS agak sukar kerana pengundi di kawasan lain sukar diramal, malah mereka tidak cenderung untuk menunjukkan parti mana yang mereka sokong.

"Kita agak sukar untuk meramalkan peluang kita di Dun-Dun lain kerana pengundi kebanyakannya penyokong tegar BN yang sukar berubah" tambah beliau.

Sementara itu menyentuh tentang pembahagian kerusi, sumber itu menyebut bahawa PR mungkin akan membuat kejutan dengan menukar kerusi-kerusi yang sesuai antara ketiga-tiga parti.

"Jangan terkejut jika PAS bertanding di kawasan majoriti Cina dan DAP bertanding di kawasan campuran, semua ini strategi politik kita, mungkin kita akan buat perhitungan politik yang pihak lawan tak boleh jangka, yang penting PR mahu PAS, DAP dan PKR sama-sama ada wakil di Dun dan PR dapat perintah Melaka"

"Mungkin calon PAS bertanding di Dun Bandar Hilir atau Kesidang, manakala DAP bertanding di Bukit Baru atau Telok Mas, semua itu boleh dilakukan demi kelangsungan perjuangan menumbangkan kezaliman BN di Melaka".

"PKR boleh bertanding di Dun Duyong dan Ayer Keroh, DAP boleh bertanding di Paya Rumput dan Machap, ini semua ada kemungkinan, kita dalam PR bekerja dalam satu pasukan, yang penting PR menang bukan macam BN, MCA, Gerakan dan MIC serta Umno berebut kerusi" kata beliau.

-Timb. Pesuruhjaya 3

Mari berselawat ke atas Nabi.

Friday, February 3, 2012

Video: MP Kota Melaka Mengenai Tindakan Kerajaan Negeri

Video: Pemandu Bas Mogok

Thursday, February 2, 2012

Gaji RM510: Pemandu bas Melaka berang!



Kira-kira 50 pemandu Bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru dibawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cutural Tourist Sdn Bhd (PMCT).

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan RM10 menjadikan tangga gaji sebanyak RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.


Pemandu bas yang tidak berpuashati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam" "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju,Rakyat Miskin" "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49 menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

Beliau menambah "Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu".

Beliau mendakwa jika mereka bekerja lebih masa dibawah skim gaji yang baru ini dengan bekerja 12 jam sehari mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1300-RM1400.

Menurut Rosman lagi pemandu disini telah mogok selama tiga hari bermula 31 Januari 2012 yang lalu.


Dengan syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1900-RM2100 termasuk komisyen dan elaun, dan apabila syarikat baru ini mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510 adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Untuk rekod syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat SCOMI Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

-Bukit Baru

Pertandingan Mencipta Logo PAS Melaka



Lajnah IT PAS Negeri Melaka mengalu-alukan penyertaan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan mencipta logo PAS Melaka. Logo yang bertemakan "Rakyat Di Hati Kami" ini menawarkan hadiah utama RM400 bagi tempat pertama, RM200 bagi tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga.

Penciptaan logo tersebut hendaklah bertemakan "rakyat" kerana PAS Negeri Melaka beriltizam untuk menjaga kebajikan rakyat. Logo hendaklah mempunyai warna biru, merah, putih dan hijau. Asas kepada warna bendera negeri Melaka dan bendera PAS. Para peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu lukisan.

Menurut pengerusi Lajnah IT PAS Melaka, saudara Azmi Aziz (gambar), objektif pertandingan ini antara lain adalah untuk memasyarakatkan PAS sebagai parti untuk semua, disamping mewujudkan kebersamaan antara PAS Negeri dengan masyarakat umum. Peraduan yang bermula hari ini akan tamat pada 18 Februari 2012. Logo berserta nama dan nombor telefon bimbit tersebut hendaklah dihantar terus ke email peneranganpasmelaka@gmail.com.

Wednesday, February 1, 2012

Jelajah Orang Muda menuju Perubahan (JOM Ubah)

Muzium Pengangkutan Membazir


Yuhaizad berkata sehingga sekarang muzium tersebut gagal menarik pelancong untuk melawatnya disebabkan tidak ada sesuatu yang menarik minat mereka untuk berbuat demikian.

"Apa yang hendak mereka tengok kalau tak ada yang menarik dan unik di muzium tersebut".

"Lagipun kereta-kereta yang dipamerkan di muzium itu biasa-biasa sahaja" ujar beliau

Menurutnya kos penubuhan muzium itu adalah RM198,900 manakala kos operasinya melibatkan ribuan ringgit sebulan.

"Sebagai contoh emolumen bagi bulan April hingga Jun 2010 adalah RM3,840.59 iaitu RM986.53 bagi bulan April, Mei - RM986.53 dan Jun - RM1,444.03."

" Perbelanjaan bagi utiliti [pula dari April - Jun 2010 adalah berjumlah RM784.23. ManakalaKos kawalan keselamatan pada Jun 2010 adalah berjumlah RM1,946.67" tambah Yuhaizad

Beliau yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin berkata jumlah pelawat yang datang ke muzium tersebut amat sedikit hingga sekarang dan ianya tidak dapat menampung kos operasi muzium tersebut.

"Maka sudah tentu lenbih banyak duit rakyat akan dibazirkan jika muzium ini terus beroperasi dan kita tidak nampak ianya dapat dipopularkan dalam masa terdekat"

"Ternyata ini satu lagi bukti kelemahan kerajaan negeri kerana tidak membuat kajian terperinci sebelum memulakan sesuatu projek dan program sehingga akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja" ujar beliau.

Menurutnya akibat kegagalan kerajaan negeri membuat kajian dan analisis yang terperinci dan tepat terhadap sesuatu projek maka hutang kerajaan negeri melonjak tinggi kerana banyak projek tidak memberikan manfaat dan keuntungan kepada kerajaan negeri dan rakyat.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).