Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak akan melawat Melaka pada esok hari yang akan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam. Namun Perdana Menteri dijangkakan tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam sebaliknya akan mendarat di Dusun Dato' Murad di Ayer Keroh berdekatan Penjara Agro.
Apakah punca yang membuatkan Perdana Menteri tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka? Di manakah silapnya lapangan tersebut sehinggakan Perdana Menteri memilih untuk tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka itu?
Perdana Menteri seharusnya memberi keyakinan kepada rakyat Melaka dengan mendaratkan penerbangan di lapangan terbang tersebut. Jika benar-benar membawa slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' maka perdana menteri perlu mendengar denyut nadi rakyat dan bersemuka dengan rakyat memandangkan ruang untuk rakyat bertemu lebih luas berbanding dengan Dusun Dato' Murad.
Ini merupakan satu penghinaan ke atas Najib yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Melaka. Apa gunanya lapangan terbang yang bernilai RM240juta kos pembinaannya itu tidak digunakan oleh perdana menteri untuk mendarat. Kos tersebut adalah usaha pemanjangan landasan namun tidak mendapat sambutan yang baik dari pengusaha penerbangan domestik yang ada seperti Air Asia dan MAS.
Adakah Ali Rustam cuba menyembunyikan sesuatu daripada Najib tentang lapangan terbang itu? Jika ketua menteri seorang yang sanjung ketibaan perdana menteri, beliau seharusnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka itu sebagai mercu tanda negeri maju seperti yang diisytiharkan oleh Ali Rustam itu sendiri. Di manakah silapnya percaturan menguruskan perdana menteri itu. Betapa hinanya perdana menteri mendarat di dusun sebaliknya mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.
0 comments:
Post a Comment