Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, December 20, 2010

KALAU BERANI BERI PELUANG PADA PR PERINTAH 100 HARI

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad mencabar BN supaya memberi peluang kepada PAS memerintah 100 hari bagi membuktikan segala janji-janji yang digariskan dalam dokumen yang dibentangkan pada konvensyen PR semalam.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya.

"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan." ujar Idris.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana konvensyen yang dianjurkan berjaya mencapai matlamat.

"Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCa dan GERAKAN.

"Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku (dalam konvensyen Pakatan)," katanya.

PASCA KONVENSYEN PR : BN GAGALKAN EKSPLOITASI ISU NEGARA ISLAM


Semabok : Rata-rata ahli PAS melahirkan kesyukuran dan lega dengan kenyataan Karpal berhubung isu negara Islam pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam.

Asri Shaikh, 45 dari Masjid Tanah berkata kenyataan Pengerusi DAP itu jelas menggambarkan bahawa beliau semakin faham akan negara Islam yang sebelum ini beliau seolah-olah menentang negara Islam tanpa asas yang kukuh.

"Kenyataan Pengerusi DAP itu merupakan perkembangan yang positif dan menunjukkan sikap keterbukaan beliau terhadap Islam."

"Beliau mula faham dengan pendelatan dakwah yang kita bawa" ujar Asri yang juga Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.

Imran Abdul Rahman, 44 dari Tanjung Bidara pula berkata kalau sebelum ini Karpal dilihat begitu keras menentang negara Islam kini beliau kelihatan bersedia untuk berbincang dan mendengar dengan teliti tentang isu tersebut.

"Terbukti usaha PAS selama ini menerangkan tentang negara Islam mula difahami oleh semua orang termasuk DAP, cuma Umno sahaja yang terus membutakan mata dan memekakkan telinga".

"Tidak mustahil suatu hari mereka akan menerima konsep negara Islam yang terbukti adil dan telus kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi" kata Imran yang juga merupakan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Sementara itu Kintan Man, 49 dari Serkam berkata setelah 20 tahun isu ini menjadi bahan eksloitasi BN terhadap PAS dan DAP, kini ia akan berakhir dengan sikap dinamik dan terbuka pimpinan atasan PR.

"Kejayaan ini merupakan suatu kejayaan yang manis dan membuktikan tahalluf siyasi yang diamalkan oleh PAS mula menampakkan kejayaan yang sukar untuk dipercayai sebelum ini".

"Kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat menentang keras negara Islam mungkin disebabkan dari pengamatan beliau selama ini yang melihat Islam ala Umno yang jelas mendisriminasikan rakyat, menzalimi rakyat serta penuh dengan amalan rasuah dan penyelewengan" ujar Kintan.

Karpal berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada konvensyen tersebut.

Saturday, December 4, 2010

Jom Turun Padang DUN Kuala Linggi 5 Dec

Seluruh kepimpinan PAS pelbagai peringkat dan ahli PAS seluruh negeri Melaka dijemput untuk menghadiri program Jom Turun Padang pada Ahad ini. Program dijalankan ini bermula seawal jam 8 pagi. Pesuruhjaya PAS Negeri Ust Abd Ghani Abd Rahman akan bersama-sama menyertai program dwibulanan ini.

DUN Kuala Linggi DUN yang beepotensi untuk dimenangi PR kerana terlalu banyak yang tidak dapat diselesaikan BN.

Tuesday, August 17, 2010

PAS MELAKA ZIARAHI KELUARGA MANGSA RIBUT

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ahad lalu mengunjungi keluarga Allahyarham Abdul Omar yang meninggal dunia dalam kejadian rebut di Bazar Ramadhan di Jasin Ahad lalu.

Dalam kunjungannya Ustaz Abdul Ghani menyampaikan ucapan takziah dan rasa sedih seluruh ahli dan penyokong PAS di atas musibah yang menimpa Allahyarham dan mendoakan roh Allahyarham ditempat di kalangan para anbia dan solihin.

Beliau mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dengan ketentuan Allah.

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mejar Jasme Tompang, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri, Hajah Kintan Man, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri, YUhaizad Abdullah dan beberapa orang AJK PAS Negeri Melaka dan AJK PAS Kawasan Jasin.

Sunday, August 15, 2010

BERTEMU RAKYAT DI DUN PANTAI KUNDOR

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman hari ini turun padang bertemu rakyat di DUN Pantai Kundor dalam rangka lawatan kerja dan turun padang ke seluruh negeri Melaka.

Program ini bermula hari ini dan akan diteruskan di DUN lain di seluruh negeri. Semua jentera pilihanraya negeri dan DUN-DUN akan berkampung di kawasan ini sehingga jam 2.00 petang ini. Mereka akan berkunjung ke rumah-rumah penduduk di DUN ini bertanya khabar dan beramah mesra.

TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA RIBUT BAZAR RAMADHAN

PAS Melaka mengucap takziah kepada 3 mangsa ribut di Bazar Ramadhan Jasin 2 hari lalu. Sesungguhnya segala kejadian itu ada hikmahnya.

Diharapkan keluarga Allahyarham bersabar dengan ketentuan Allah ini. Moga roh mereka ditempat dalam golongan para anbia dan muttaqin.

Dimaklumkan bahawa pimpinan PAS Kawasan Jasin telah menziarahi tempat kejadian dan keluarga mangsa terbabit.

Al Fatihah

Wednesday, May 26, 2010

Projek Jeti Sungai Lereh membazir

MELAKA: Projek penempatan semula nelayan di sepanjang pantai Klebang dan Tanjung Puteri yang dibina di Sungai Lereh akhirnya seperti yang diduga menjadi satu lagi bukti pembaziran wang rakyat oleh kerajaan Umno/BN, di sini.

Antara nelayan yang terlibat itu ialah dari pengkalan Lereh, Pantai Hailam, Balik Bukit, Pantai Puteri dan Pantai Kundor di mana penempatan nelayan yang terbesar ialah di Pantai Puteri yang menempatkan hampir 100 nelayan.

Pembinaan jeti yang menelan belanja sebanyak RM3.3 juta sepanjang kira-kira 200 meter itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk balai nelayan dan dua pondok rehat serta tandas.

Muara sungai yang telah diubahsuai kononnya bagi menempatkan lebih ramai lagi nelayan di situ telah menimbulkan masalah baru iaitu mendapan pasir dan menghalang pergerakan nelayan keluar masuk dari jeti berkenaan ke laut.

Walaupun pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah beberapa kali melakukan kerja-kerja pengorekkan namun masalah sama tetap berulang kerana kawasan itu memang secara semulajadinya merupakan tempat mendapan pasir dan tidak sesuai dijadikan laluan muara sungai berbanding muara lama yang sudah ditambak.

Pengarah JPS Melaka, Gapar Asan memberitahu, JPS akan melakukan kerja-kerja pengorekkan berkala sebagai alternatif terbaik menyelesaikan isu berkenaan sementara menunggu projek tambak laut di muara sungai berkenaan dijalankan.

Persoalannya ialah berapakah kos pengorekkan tersebut dan ianya juga merupakan kos tambahan atau kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai disebabkan kurang cerdiknya polisi pembangunan kerajaan negeri.

Jeti itu hanya digunakan sekitar 20 nelayan asal Sungai Lereh sahaja dan rata-rata nelayan yang diarahkan berpindah itu membantah kerana cadangan tersebut tidak rasional serta tidak mengambilkira pandangan mereka terlebih dahulu.

Selain disebabkan oleh muara yang cetek, kawasannya yang sempit, faktor keselamatan bot dan peralatan menangkap ikan, kurangnya kemudahan nelayan seperti bahanapi diesel yang jauh, menjejaskan pendapatan mereka dan pelbagai lagi kos akan bertambah.

Akhirnya yang mendapat untung daripada projek yang dikatakan untuk membantu nelayan ini adalah pihak-pihak yang tertentu dan mempunyai kepentingan seperti kontraktornya di mana kebiasaannya terdiri daripada kroni-kroni mereka.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, Kerajaan negeri merancang untuk memindahkan nelayan-nelayan dari Pantai Puteri ke penempatan nelayan di Sungai Lereh dengan tujuan mencantikkan lagi pemandangan di kawasan tersebut dan kerana mahu menjadikan Pantai Puteri sebagai destinasi pelancongan baru.

Pendedahan seperti ini hanyalah sekelumit kisah benar yang berlaku di Melaka Bandaraya Bersejarah bagi mengenyangkan kroni Umno/BN yang rakus tanpa memikirkan pembaziran wang rakyat supaya mereka terus memberikan sokongan dan bersama-sama mempertahankan serta mengekalkan kelangsungan kuasa Umno/BN.

Maka tidak hairanlah ketika Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Angkatan Muda KeADILan Melaka membuat laporan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam Mac tahun lepas, mereka ini tanpa merasa malu mempertahankan beliau dan melakukan provokasi bagi mengagalkan laporan itu.

Laporan oleh : Zaili Mohammad

Tuesday, May 11, 2010

LAPANGAN TERBANG TERUS SUNYI SEPI

Ramai rakyat negeri Melaka bertanya kepada pimpinan PAS Negeri, apa sudah jadi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Sudah dirasmikan sejak sekian lama tetapi masih belum ada kapalterbang komersial yang turun.

Bagi kami pimpinan PAS Melaka, apa yang kami boleh jawab....sekadar menyatakan kami pun tidak tahu.

Untuk kesekian kalinya PAS Melaka menyatakan kekesalan di atas kegagalan kerajaan BN merancang pembinaan lapangan terbang ini dengan baik sehingga ianya menjadi gajah putih hingga ke hari ini. Siapa yang bersalah dalam hal ini sehingga ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

Wednesday, March 24, 2010

KERAJAAN KURANG DUIT RAKYAT KENA DITINDAS

Kerajaan terpaksa melaksana GST kerana mereka sedar sumber pendapatan daripada cukai persendirian, petroleum dan korporat kian berkurang disebabkan krisis kepercayaan kepada kerajaan sendiri.

Fakta :

Statistik menunjukkan 420,000 profesional telah keluar negara sejak 2007
Sejak 2007, RM9 bilion pelaburan (telah keluar),
2008 (sebanyak) RM26bilion telah keluar negara.
47 peratus dari bajet kewangan dari Petronas (sedangkan) rizab minyak kian berkurang, simpanan minyak pun akan habis

Jadi oleh kerana kerajaan kekurangan wang maka GST hendak diperkenalkan supaya kerajaan dapat mengaut duit rakyat melalui cukai ini.
Kerajaan miskin rakyat ditindas.

Tuesday, March 23, 2010

BUANG BAYI : TUKAR KERAJAAN SEBAGAI JALAN PENYELESAIANNYA

Gejala buang bayi memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa di buang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.

Hari ini media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.

Semalam, media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah di daftarkan pada tahun 2009.

Apa maknanya kedua-dua fakta di atas.? Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari.

Saya lebih suka membicarakan punca kepada perkara sebelum kita berfikir tentang cara penyelesaiannya. Mengikut kaedah 'Problem Solving', sebelum kita membuat 'Correctieve Action' atau langkah pembetulan kita mesti mencari punca-punca masalah ini.

Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah :-

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibubapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undangNya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlaq kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100 % pendengar mahukan undang-undang Islam di tegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini.

Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.

1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR Insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; Program Amar Makhruf dan Nahi Mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH. DARI ITU RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Tuesday, February 23, 2010

PAS MELAKA UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA BUNUH

PAS Negeri Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga Pemandu di Jabatan Penuntut Malaysia, Mohd Shah Saemin yang mati dipercayai akibat ditikam dan dibelasah dengan tukul di Sydney, Australia.
Mohd Shah yang berasal dari Kg Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka di percayai dibunuh tengah malam Isnin lalu.
PAS Melaka merakamkan ucapan takziah kepada ayah Allahyarham, Saemin Mongjin, 69 dan seluruh keluarganya.
PAS Melaka mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para nabi, solehin dan syuhada.
Selain itu PAS Melaka mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian Allah ini.

PAS MELAKA AKAN CIPTA SEJARAH

PAS Melaka berazam untuk mencipta sejarah memenangi kerusi pada Pilihanraya Umum akan datang. Perkara ini tidak mustahil kerana rakyat sekarang semakin cerdik dan celik maklumat berbanding dengan pilihanraya umum yang lalu.

Insya Allah dengan kerja kuat dan dengan pertolongan Allah PAS akan membawa panji-panji Islam di DUN Melaka selepas PRU ke 13 nanti. Mungkin pimpinan Umno/BN Melaka mentertawakan kita jika mereka membaca kenyataan ini tetapi ingatlah Allah boleh melakukan sesuatu itu dengan mudah dan senang.

Siapa sangka PAS akan menang kerusi di Johor dan Negeri Sembilan serta berjaya memimpin kerajaan PR di Perak selepas PRU 12. Adakah kita semua terfikir akan hal itu sebelum PRU 12. Perkara ini tidak mustahil berlaku di Melaka.

Amin

Monday, February 22, 2010

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini.

Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun Umno sapu bersih di kawasan Melayu.

Dengan timbulnya isu perarakan maulid Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak golongan yang belajar agama dalam Umno untuk tampil memberikan hujah dan hukum berhubung isu perarakan maulidur Rasul dan bertafakur dihadapan tugu negara. Pada masa ini Umno sengaja menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam di negara ini dengan memainkan isu perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang, tanpa memberikan kefahaman kepada ahli mereka tentang hukum syiar berkenaan diadakan. Umno menjadikannya bahan politik dan menjaja di seluruh negara seolah-olah perarakan berkenaan adalah sesuatu yang wajib dan menjadi sunnah Rasulullah. Ramai kalangan ahli Umno yang tidak tahu sejarah sambutan Maulidur Rasul ini.

Di antara fakta sejarah mencatatkan bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara. Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat. Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual semata-mata. Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu. Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk 'Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.

Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H). Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan.

Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri. PAS bertegas agar umat Islam menunaikan perkara wajib iaitu mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan hidup berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.

Kita lihat sahaja, setiap kali ada sambutan dan perarakan, wang rakyat akan dihabiskan untuk menempah baju baru kepada peserta perarakan dan mengundang penyanyi-penyanyi untuk berhibur sedangkan tidak semua rakyat dapat hadir ke dalam majlis itu. Sebaiknya wang berkenaan digunakan untuk membantu fakir miskin yang masih wujud dinegara ini. Tidak mengapa jika perarakan tidak diadakan kerana boleh digantikan dengan program lain seperti kuliah, berzanji dan majlis-majlis lain yang melibatkan rakyat kebanyakkan diseluruh pelusuk Masjid dan surau dinegara ini.

PAS pelik kenapa Umno begitu bersungguh memainkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata dan teliga melihat Presiden mereka setiap tahun bertafakur di hadapan tugu negara yang sebelum ini difatwakan sebagai perbuatan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ke mana dokumen keputusan Majlis Fatwa itu disimpan. Kenapa ahli-ahli Umno tidak bangkit berdemo atau mengadakan bantahan bila pemimpin umno bertafakur di hadapan tugu negara setiap tahun.

PAS menghargai jasa anggota keselamatan negara, dan mahu jasa mereka itu dikenang dengan Kerajaan memperbanyakan bantuan kepada waris-waris mereka dan bukannya menghabiskan duit membeli bunga untuk dikalungkan pada patung tugu yang tidak bernyawa itu. PAS menyeru kepada ahli Umno supaya mendalami Islam dan bukannya mengambil Islam mengikut keperluan mereka dan membuang sebahagian hukum Islam untuk kepentingan politik mereka.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, February 21, 2010

PRESIDEN DISAMBUT HEBAT DI MELAKA

500 pimpinan PAS pelbagai peringkat hadir mendengar amanat Presiden PAS pada program tarbiyah yang dijalankan sempena lawatan kerja 1 hari beliau ke Melaka hari ini.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi tadi dimulakan dengan Program tarbiyyah di mana 2 kertas kerja dibentangkan oleh Presiden sendiri dan Ketua Dewan Ulama' PAS negeri Melaka Ustaz Zulkifli Ismail.

Peserta program melimpah sehingga keluar Dewan Kompleks PAS Kawasan Jasin di Simpang Kemendor.
Semasa membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk adab-adab berjemaah Tuan Guru Presiden meminta ahli supaya terus bekerja kuat untuk menumbangkan BN yang sedang nazak sekarang.
"Kita mesti berkorban dengan tenaga, wang ringgit, masa dan jiwa raga untuk mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia ini" tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang.

PAS MELAKA BOLEH MENANG - DATO' HALIM

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan bahawa PAS Negeri Melaka berpeluang untuk menang dengan syarat jentera PAS mesti melaksanakan perancangan dan gerakerja yang rapi.
"Walaupun PAS Melaka tidak mendapat sebarang kerusi pada PRU 12 namun itu tidak bermakna PAS lemah dan ditolak secara total oleh rakyat Melaka".
"Kedudukan Melaka sebenarnya lebih baik dari sesetengah negeri dari segi peluang untuk menang pada PRU 13, cuma kita kena kerja kuat sikit" tegas beliau.
Dato' Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata demikian ketika berucap pada program dialog Presiden dengan kepimpinan PAS Melaka di Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor, Jasin pagi Ahad.

PAS TAKKAN NAIK BAHTERA BOCOR - TUAN GURU HAJI HADI

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN.

"PAS tidak akan menaiki bahtera BN yang sedang bocor".

"PAS tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan sekali-kali memungkiri janji untuk bersama dengan PR" tegas beliau.

Walaupun PAS bersedia untuk bekerjasama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan bersama seperti isu antarabangsa dan sebagainya namun kerjasama politik tidak akan ujud kerana PAS sudah mengenali siapa kawan dan lawan.

Tuan Guru Presiden menegaskan perkara sewaktu berdialog dengan kepimpinan PAS Melaka pada program road show Presiden PAS di Kompleks PAS Kawasan Jasin, Melaka pagi tadi.

Sambil menyifatkan Umno dan BN sebagai bahtera bocor beliau juga menyamakan Umno dengan orang tua nyanyuk yang bila-bila masa akan mati.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga berkata pujangga Islam Ibnu Khaldun pernah menyatakan bila sesebuah pemerintahan itu bermegah dengan kemewahan dan kesenangan dunia maka itu maksudnya kerajaan itu sudah nyanyuk dan berada di penghujung usia.

Saturday, February 20, 2010

SELAMAT DATANG PRESIDEN PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka pada 21 Feb 2010 ini. Beliau mempunyai aturcara yang padat bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Di sebelah pagi beliau akan menyamapaikan amanat kepada seluruh kepimpinan PAS Negeri dan kawasan dalam program Tarbawi di Hamas, Jasin. Sebelah petangnya pula diadakan taklimat khas juga di tempat yang sama.

Pada jam 5.30 petang program Hi Tea bersama Presiden di Pejabat PAS Kota Melaka di Telok Mas dan sebelah malam diadakan ceramah umum di Markas PAS Hujan Panas Masjid Tanah.

Seluruh rakyat negeri Melaka di jemput hadir pada program hi tea dan ceramah umum.

JALANKAN HUKUM ISLAM DENGAN BETUL

Riuh rendah sehari dua ini tentang hukuman sebatan. Ada pihak mendakwa hukum sebatan itu bertepatan dengan Islam dan wajar dihormati.

Namun sebenarnya hukum sebatan yang dijalankan ke atas 3 wanita tersebut adalah jauh dari hukum Islam sebenar. Siapa yang mengajar mereka bahawa hukum Islam ke atas penzina yang belum kahwin adalah 6 sebatan dan dijalankan secara tertutup. Adakah gagasan 1Malaysia yang mengajar mereka.

Sedangkan di dalam Al-Qur'an disebutkan bahawa penzina yang dibuktikan bersalah disebat dengan 100 rotan di khalayak ramai. Jelas sekali lagi bahawa hukum Islam dipersenda dan dipinda sesuka hati. Siapa punya angkara semua ini.

Saya menggesa pihak berwajib dan berkuasa supaya benar-benar menghayati Hukum Islam dan kaedah pelaksanaannya, jangan persenda dan mengubahnya sesuka hati.

Pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan lain-lain mesti memperbetulkan kesilapan ini supaya Islam tidak terkeliru dengan pelaksanaan hukum Islam sebenar. Niat untuk menjalankan hukum Islam adalah baik tetapi mestilah ianya dijalankan dengan betul dan tepat.


Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).