Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Sunday, February 21, 2010

PAS MELAKA BOLEH MENANG - DATO' HALIM

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan bahawa PAS Negeri Melaka berpeluang untuk menang dengan syarat jentera PAS mesti melaksanakan perancangan dan gerakerja yang rapi.
"Walaupun PAS Melaka tidak mendapat sebarang kerusi pada PRU 12 namun itu tidak bermakna PAS lemah dan ditolak secara total oleh rakyat Melaka".
"Kedudukan Melaka sebenarnya lebih baik dari sesetengah negeri dari segi peluang untuk menang pada PRU 13, cuma kita kena kerja kuat sikit" tegas beliau.
Dato' Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata demikian ketika berucap pada program dialog Presiden dengan kepimpinan PAS Melaka di Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor, Jasin pagi Ahad.

2 comments:

PAS menang di MELAKA. Sama ada kau mimpi di siang hari atau mengigau. Selagi pemimpin PAS tak tukar selagi itulah PAS hanya menang sorak aje. Tiada langsung tokoh kepimpinan yang dilahirkan oleh PAS Melaka yang dapat di banggakan di Pusat. lagi satu pemikiran pemimpin PAS Melaka bercelaru dan calon-calonnya adalah calon paracut setiap kali PRU.

Siang tidak akan selamanya siang, malam akan menjelang...Sebelum PRU 10 PAS mengalami kehilangan wang deposit selepas itu tidak ada yang hilang wang deposit sbb PAS semakin diterima oleh masy.PAS ada visi dan misi mendaulatkan ISLAM dimuka bumi Melaka.Kalah atau menang bukan ukuran di sisi Allah tetapi persolannya akan ditanya apa yang kamu lakukan ketika kemungkaran sedang berleluasa apakah boleh dijawab alah...siapa2 perintah sama aje...itu jawapan yg jauh dari rahmat ALLAH SWT waliazubillah

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).