Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Wednesday, December 10, 2014

Ceramah 13/12/2014 : Dr Rosli Yaakob, YB Dr Khalid Kassim, YB Shamsul, YB Khoo Poay Tiong.

Ceramah Isu Semasa
Penceramah : Dr Rosli Yaakob, YB Dr Khalid Kassim, YB Shamsul, YB Khoo Poay Tiong.
Tarikh : 13 Dis 2014
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil
No 2-1, Jalan Desa Molek 2,
Taman Desa Molek,
Ayer Molek ( Bangunan Baru sederet dgn Petronas Ayer Molek)

Monday, November 17, 2014

Dr Khalid Kassim Menyampaikan sumbangan kepada Puan Mastura Bt Mat Zin balu pesakit Kanser

17 Nov,Dr Khalid Kassim  Menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Mastura Bt Mat Zin, suaminya menghidap penyakit kanser hati yang meninggal dunia baru-baru ini. Sekarang tinggal bersama anak-anak dan ibu bapa.
 
 

Sunday, November 16, 2014

16 Nov - Ceramah Isu-isu Semasa Bersama Pakatan Rakyat - Durian Tunggal


Ceramah Isu-isu Semasa Bersama PAKATAN Rakyat
Tarikh: 16 November 2014
Jam 9:00 malam
Tempat: Dataran Pak Mat, Pekan Durian Tunggal , Melaka

Hj. Mohd Sabu
Hj Adly Zahari
YB. Shamsul Iskandar
YB Goh Leong San
YB Hanipa Maidin
YB Datuk Raja Kamarul Bahrin

Peta:

https://goo.gl/maps/ShwoF



Street view:

https://www.google.com.my/maps/@2.3161039,102.2831111,3a,75y,147.02h,91.85t/data=!3m4!1e1!3m2!1sHXvR4jczmhNUthqKFCvjcQ!2e0?hl=ms


Monday, August 11, 2014

PAS minta ahli bersabar dalam isu MB selangor.

Isu Khalid: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.
"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.
Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014

Friday, August 8, 2014

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI PAS MELAKA 1435H

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka akan mengadakan Majlis Ramah Mesra PAS Negeri Melaka pada hari sabtu 9 Ogos 2014 jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
Majlis yang diadakan pada setiap tahun kali ini akan di Markas Hujan Panas, Masjid Tanah.
Semua rakyat Melaka terutama yang berdekatan dijemput hadir. Pemimpin masyarakat dan politik turut dijemput.

Monday, August 4, 2014

Mana Pergi Tabung Lama Dana Palestin?

MELAKA: PAS Melaka mempersoalkan penubuhan Tabung Palestin yang baru sedangkan tabung tersebut telah diwujudkan ketika Dato’ Mohd Ali Rustam menjadi Ketua Menteri dan tidak diketahui ke mana perginya sumbangan itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidik, beliau menyokong serta menyambut baik usaha kerajaan negeri menubuhkan Tabung Palestin tetapi ia menjadi persoalan kerana tabung itu sudah diwujudkan sejak 2009 dan tidak diketahui kedudukannya sehingga kini.

“Kami pernah bangkitkan isu ini di mana nilai terkumpul melebihi RM600 ribu kalau tak silap saya tetapi duit itu dipercayai tidak sampai kepada rakyat Palestin.

“Namun apabila kita desak, Ali Rustam mengatakan duit itu masih ada dan dicadang untuk digunakan bagi membantu anak-anak Palestin yang datang ke Melaka untuk dijadikan anak angkat,” ujar beliau.

Beliau berkata, isu tersebut telah dibangkitkan sebelum PRU13 lagi apabila ianya ditegur oleh Laporan Audit Negara mengenai dana itu yang masih belum diserahkan lagi kepada rakyat Palestin ketika itu.

“Kami PAS amat bersetuju dengan penubuhan tabung ini tapi kerajaan negeri perlu beri kenyataan rasmi sama ada dana itu telah disalurkan atau masih beku dan berada di Melaka.

“Saya rasa kalau duit itu masih ada, ia perlu dikeluarkan segera kerana ia membabitkan soal amanah rakyat yang mengharapkan ia disampaikan kepada rakyat Palestin.

“Kita bimbang apabila tabung baharu wujud tetapi tabung lama tidak diketahui pergi ke mana dan akhirnya ianya hialng begitu sahaja tanpa diketahui apakah statusnya,” ujarnya.

* Harakah keluaran 1 – 4 SYAWAL 1435 / 28 – 31 JULAI 2014

Musab Umair

Tuesday, June 24, 2014

SUSULAN AIR TERCEMAR DI MERLIMAU, PEMUDA PAS BERTEMU DENGAN SAMB.

ISU AIR MELAKA

23 Jun 2014
Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin saudara Yuzi Azhar merangkap Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka membuat kunjungan ke wisma Syarikat Air Melaka Berhad bagi mendapat maklumat dan tindakan pihak SAMB dalam kemelut isu air yang tercemar di Daerah Jasin.

Beliau menyatakan isu air di Jasin sudah berlarutan hampir dua minggu. Kehidupan penduduk di sana terjejas teruk kerana bekalan air yang di berikan seolah-olah tidak boleh di gunakan untuk minuman dan kegunaan seharian. Baru-baru ini Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka saudara Jauhar Mohd Dawi ada melakukan tinjauan di rumah penduduk di kampung Sebatu. Beliau memeriksa sumber air dari rumah penduduk disana dan memeriksa bacaan tahap pencemaran air menggunakan kit TDS(Total Dissolved Solid). Amat memeranjatkan bacaan TDS mencapai 840ppm.

Oleh yang demikian saudara Yuzi Azhar mahukan penjelasan dari Syarikat Air Melaka Berhad dalam isu air tercemar dan perlu bertangungjawab kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan penduduk amnya di Daerah Jasin.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memberikan notis amaran kepada penduduk supaya jangan gunakan air yang tercemar ini dan memberikan bekalan air bersih kepada semua penduduk. Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tidak teragak-agak untuk ambil tindakan jika sekiranya Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melepaskan tangungjawab dan membiarkan penduduk di sana menggunakan air yang sudah tercemar untuk kegunaan mereka.



Monday, June 23, 2014

PERGINYA SEORANG MURABBI



PAS Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Dato' Abu Bakar Chik yang telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan pada awal pagi ini.   Beliau juga merupakan salah seorang AJK PAS Pusat. Sila ke link ini untuk mengetahui latarbelakang Dato' Abu Bakar Chik




BEKALAN AIR DI MERLIMAU TERCEMAR

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Saudara Jauhar Muhammad Dawi berhubung pencemaran air paip di daerah Merlimau Melaka.


Pagi semalam saya berkesempatan pergi ke Merlimau untuk melihat permasalahan bekalan air bersih ke penduduk di sana. Saya membawa kit untuk mengukur tahap pencemaran air disana.
TDS singkatan dari Total Dissolved Solids. 
Amat memeranjatkan bacaan dari TDS mencapai 830ppm ke atas. Saya mengambil sampel air dari pili air yang di luar.
Isunya kenapa pihak yang berwajib seperti kerajaan negeri tidak memaklumkan isu yang boleh membahayakan kesehatan penduduk. Sepatutnya ada notis pemberitahuan agar tidak menggunakan air untuk minum dan perlu berikan bekalan air bersih kepada penduduk dengan apa cara sekalipun.
DPPNM amat khuatir dengan pentadbiran kerajaan negeri Melaka sekarang kerana memperjudikan keselamatan rakyat negeri ini.

Sunday, June 22, 2014

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN JASIN - MERIAH


Jasin : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jasin pagi tadi dijalankan dengan meriah dengan kira-kira 250 perwakilan dan pimpinan PAS Kawasan hadir.

Ianya dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Hj Adly Zahari di Kompleks PAS Jasin di Simpang Kemendor di sini.

Saturday, June 21, 2014

AIR KOTOR : PEMUDA GESA SAMB JAWAB

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memandang berat tentang permasalahan air yang tercemar di Daerah Jasin terutama di Sungai Rambai hingga ke Serkam. 

Kami di beritahu masalah ini sudah hampir berlarutan hampir dua minggu tetapi pada dua hari lepas keadaan ini semakin buruk. Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk sudah membuat aduan kepada YB-YB tetapi malangnya tiada perubahan yang berlaku dan tiada tindakan yang sewajarnya di ambil oleh wakil rakyat dan pihak SAMB. 


Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendesak pihak SAMB perlu memberitahu apa yang berlaku. Sekiranya ada pencemaran di loji penapis air SAMB perlu mengambil langkah yang sewajarnya kerana ianya melibatkan kesihatan dan nyawa manusia. Tindakan seperti notis pemberitahuan dan menutup loji penapis merupakan satu langkah yang perlu jika sekiranya ada masalah air bekalan yang tercemar. Di sini saya lampirkan dua gambar dari penduduk yang menunjukan bahawa bekalan air yang di dapati tercemar. Gambar pertama menunjukkan kertas PH menyatakan nilai kualiti air kepada bacaan asid dan gambar kedua air teh tarik yang di buat menjadi berkeladak berbeza dengan keadaan biasa.


DPPNM berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dalam isu ini. Jangan apabila sudah berlaku sesuatu yang besar baru ingin ambil tindakan.



Jauhar Muhammad Dawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

Friday, June 20, 2014

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TANGGA BATU 22 JUN

PAS Kawasan Tangga Batu akan mengadakan mesyuarat agungnya kali ke 11 pada 22 Jun ini bertempat di Madrasah An-Nuriah Sg.Udang.

Mesyuarat Agung kali ini akan dirasmikan oleh YB Aminolhuda Hassan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor  yang juga merupakan ADUN Parit Yaani.

Thursday, June 19, 2014

LAPORAN AUDIT : PA SYSTEM BERHARGA RM58,000 DIBELI DENGAN HARGA RM123,070.


Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa PA sistem di Dewan Tun Ali dibeli dengan harga RM123,070.00. Harga pasaran hanya RM58,000. Ternyata ia satu pembaziran atau mungkinkah ada penyelewengan. 


Inikah kerajaan berkat???

PELIK : SAIZ TANAH MCL DAERAH MELAKA TENGAH LEBIH LUAS DARI SAIZ KESELURUHAN DAERAH?

Pelik tetapi benar. Laporan Audit Ketua Audit Negara menyatakan bahawa SAIZ TANAH MCL DAERAH MELAKA TENGAH LEBIH LUAS DARI SAIZ KESELURUHAN DAERAH.

Ini suatu perkara PELIK!!!

Thursday, March 6, 2014

RUGI RM360JUTA : IDRIS MESTI BUKTIKAN KETELUSAN DAN INTEGRITINYA

Melaka : Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka memandang serius terhadap pendedahan dan dakwaan Ketua Menteri Melaka Dato Seri Idris Haron yang menyatakan bahawa beberapa agensi kerajaan negeri mengalami kerugian berjumlah RM360juta.

Ketua Penerangannya Bahiki Ismail(gambar) berkata Idris mesti membuktikan ketelusan atau integriti yang selalu disebut-sebut oleh beliau dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM bagi membuat siasatan terhadap isu ini  tanpa menghiraukan tekanan-tekanan oleh mana-mana pihak.

"Ketua Menteri selalu menyatakan bahawa kepimpinan beliau akan sentiasa telus dan berintegriti jadi kita mahu beliau buktikan dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mencari punca kepada kerugian tersebut".

"Kita juga menggesa agar SPRM mendedahkan hasil siasatankepada umum supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jika terdapat bukti rasuah dan penyelewengan berlaku mereka yang terlibat mesti diheret ke muka pengadilan" ujar Bahiki.

Monday, February 17, 2014

KHURAFAT BN TAK KALAH DI MELAKA SUDAH BERKUBUR - ADLY

Bukit Katil : Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata khurafat bahawa BN tidak mampu dikalahkan di Melaka sudah berkubur dengan kemenangan PAS di Bukit Baru dan 6 Dun lain oleh DAP pada PRU 13 lalu.

"Khurafat yang sebelum ini bersarang di lubuk hati kita semua sudah berakhir, BN tidak boleh mendabik dada lagi PR sudah ada 7 kerusi Dun dan ada 7 kerusi lagi yang dimenangi oleh BN dengan majoriti tipis, di mana PR mendapat lebih 40 % di 7 Dun tersebut".

"Peratusan sokongan kepada PR juga tidak jauh berbeza dengan BN di mana PR mendapat 47 % dan BN 53 % di Melaka" ujar Adly.

Oleh kerana itu, katanya, PR mempunyai peluang cerah pada masa hadapan kerana ststistik ini jelas menunjukkan rakyat tidak takut untuk menyokong PR.

"PR dan BN kalau diibaratkan liga bolasepak, kedua-dua pasukan sudah berada dalam liga yang sama, tak banyak bezanya" jelas beliau pada Forum Politik Malaysia anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di Dewan Kompleks PAS Bukit Katil di sini malam tadi.

Turut menjadi panelis pada program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad.

Saturday, February 15, 2014

HEBAT STRATEGI BANTU RAKYAT KETUA MENTERI MELAKA


Plat Kereta. Datuk Idris Haron MCM 11 (RM20, 000.00, Isteri MCM 10 (RM15, 510.00), Setausaha Sulit MCM 3 (RM 55,100.00), dan S/U Politik yang lain. Contoh apa yang hendak ditunjukkan pada rakyat, dikala rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup. Mungkin ini antara strategi membantu rakyat?



~ fb Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari

Friday, February 14, 2014

TANGAN SIAPA YANG GATAL MEROSAKKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz ini wajar direnungi semua pihak.

Sehingga sekarang sistem pendidikan negara kita masih tercari-cari dan teraba-raba mencari sistem yang benar-benar jitu dan hebat.

Siapa yang menjadi mangsa ...sudah tentu rakyat.

MANTAN YDP PAS KAWASAN RAUB MENINGGAL DUNIA

Raub : Mantan YDP PAS Kawasan Raub, Ustaz Suhaimin Saad baru sahaja meninggal dunia di rumah beliau di Felda Tersang 1, di sini  sebentar tadi. 

Allahyarham adalah bekas Pengerusi Lajnah Peneroka PAS Pahang dan pernah bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Terkenal dengan semangat dan kekentalannya berjuang di Felda yang sememangnya kubu kuat Umno/BN. Ayahnya Arwah Lebai Saad adalah guru agama terkenal di Daerah Raub dan negeri Pahang.

Moga-moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh para anbia, syuhada dan solihin. Al Fatihah.

BELI NO PLAT MCM 10 DAN MCM 11 - ALANGKAH BAIKNYA JIKA DISEDEKAHKAN PADA FAKIR MISKIN

Portal Media FreeMalaysiaToday menyiarkan kenyataan MyWatch yang mempersoalkan pembelian nombor plat MCM 10 dan MCM 11 oleh Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dan isterinya Fadilah Abdullah.
Laporan penuh di bawah ini :
PETALING JAYA: The MCM series vehicle plate number seems to be hot and much wanted since even the Malacca state government has allegedly spent more that RM200,000 to buy it. This was revealed by Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) today.
Its chairman R Sri Sanjeevan said that MyWatch received a document from an anonymous whistleblower listing the winners for the MCM series: from MCM 2 to MCM 11.
With the exception of numbers MCM 6 and MCM 8, the other numbers in the list were bought by the Malacca Chief Minister Idris Haron and individuals claimed to be associated or affiliated with him or his administration.
Sanjeevan was amazed that the Malacca CM’s office paid a fortune for a fancy MCM plate number which can be translated to Malacca Chief Minister (“MCM”).
“We are amazed to see Malacca Chief Minister’s office spend more than RM200k on fancy car-plate,” said Sanjeevan in an e-mail.
Among the other individuals who won their bids for the MCM series that MyWatch claimed to be close to Idris and his office were Isnin Aman, Rosli Hasan and Fadilah Abdullah.
Sanjeevan also demanded to know if these individuals had used their own money or was it the state that funded their bidding and purchase of the number plates.
“MyWatch demand an explanation on this matter from Chief Minister of Malacca Idris Haron as he should be held accountable for every penny spent from taxpayers’ fund,” he added.
Meanwhile, the Malacca chief minister told an online portal that he had not used public funds to purchase the plate numbers.
“I ask them (MyWatch) to check first… the government is not as stupid as they think to use public money to buy plate numbers,” he said, without confirming or denying the alleged purchases.
Neither Idris nor the Malacca Road Transport Department could be reached for comment by FMT.

PR DAN BN JANGAN BAZIRKAN DUIT RAKYAT

Melaka : Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Mahani Othman Basir mencadangkan supaya PR dan BN masing-masing memberikan kemenangan percuma kepada lawan-lawan masing di Dun Kajang dan Balingian.

"Kalau betul kedua-dua gabungan tidak mahu membazirkan duit rakyat saya ingin cadangkan supaya BN memberikan kemenangan percuma kepada PR di Dun Kajang dan PR jangan bertanding di Balingian" 

"Kalau kedua-dua parti boleh melakukan perkara demikian barulah benar hujah kedua-dua parti tidak mahu duit rakyat dibazirkan jutaan ringgit kerana adanya PRK di kedua-dua tersebut" ujar Mahani.

Beliau berkata BN sebelum ini menuduh tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang darI PKR meletakkan jawatan adalah membazir tetapi kini Adun Balingian iaitu Taib Mahmud juga meletakkan jawatan ini juga satu tidakan membazir.

"Kalau betul kedua-dua parti tidak mahu membazirkan duit rakyat ayuh buktikan sekarang, jangan hanya pandai cakap sahaja".

"Kemenangan kedua-dua parti di kedua-dua kerusi tersebut tidak mengubah landskap politik di Selangor dan Sarawak kerana PR dan BN mempunyai majoriti yang sangat selesa" tambah beliau.

Menurutnya mungkin ada pihak yang mahukan pilihanraya berlangsung atas alasan untuk menguji kekuatan parti masing-masing di kedua-dua Dun itu.

"Bagi saya PR akan menang selesa di Kajang dengan isu-isu harga barang, isu keselamatan dan ekonomi semakin teruk di Malaysia sekarang"

"Manakala BN juga akan menang mudah di Balingian kerana isu-isu nasional dan kesusahan rakyat tidak mempengaruhi pengundi di sana yang jauh ketinggalan dari segi maklumat dan rendahnya kesedaran politik mereka"kata beliau.

Mahani berpendapat, SPR tidak perlu bersusah payah membelanjakan jutaan ringgit untuk menguruskan kedua-dua PRK ini.

"Elok rasanya pada hari penamaan calon, SPR umumkan PR dan BN menang tanpa bertanding, jika ada calon bebas yang bertanding pun mungkin kita boleh 'slow talk' sebab mereka sudah pasti tidak akan menang menentang kedua-dua gergasi politik Malaysia ini".

"Masa, tenaga dan wang rakyat, petugas parti, SPR dan jentera kerajaan lain tidak terbazir dengan PRK ini" tambah beliau. 

PROGRAM KETUA DPP MALAYSIA DI MELAKA

2 hari program Ketua Pemuda PAS Malaysia di Melaka

15 Februari 2014 - Sabtu
Ceramah Rakyat di Markas PAS Pulai jam 930 mlm - 1200 tghmalam

16 Februari 2014 - Ahad
Pertemuan dengan ILMUAN di INB Resort pd jam 2.30 ptg - 5.30 ptg

Pertemuan kumpulan ARC
Melaka bersama Suhaizan di Pantai Puteri pd jam 6.00 petang

Wacana bersama panelis yg terdiri drpd suhaizan, dr zulkili ahmad dan tn hj adly zahari di dewan bukit katil jam 830 malam

Thursday, February 13, 2014

BUMIPUTERA HANYA KUASAI 10.5 % RUMAH KEDAI DI MELAKA

Melaka : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka berkaya kaum bumiputera hanya menguasai 10.5 peratus rumah kedai di Melaka. berbanding dengan kaum lain. 

"Itu tidak cukup menyedarkan pemimpin UMNO" komennya ringkas dipetik dari Facebook peribadinya.

Mengulas tentang isu ini, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil Haji Yassim Musa berkata peratusan rendah penguasaan rumah kedai di Melaka ini membuktikan kegagalan kerajaan BN samada pusat atau negeri dalam mengembangkan pegangan ekonomi orang Melayu.

"Selepas lebih 50 tahun merdeka kerajaan BN masih terus terkial-kial dalam membangunkan ekonomi orang Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudian dasar-dasar lain semuanya gagal mengangkat martabat orang Melayu dari segi ekonomi"

'Sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam berfikir panjang tentang keupayaan BN memerintah negara, mereka bukan sahaja gagal memperbaiki ekonomi orang Melayu, malah hutang negara juga semakin teruk dan berada dalam tahap kronik" tambah beliau.

Menurutnya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mesti membuat perubahan menukar kerajaan yang ada sekarang pada PRU14 nanti sebelum negara hancur dan bangkrap seperti Greece.

PARAS AIR EMPANGAN DURIAN TUNGGAL SEMAKIN MENYUSUT

MELAKA: Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas. 
    
Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata paras air di empangan itu berada pada tahap 73 peratus hari ini berbanding 73.1 peratus semalam, namun masih jauh dari paras kritikal 50 peratus.
    
Namun beliau mengingatkan: "Jika tiada hujan yang berterusan hingga hujung bulan ini paras air di empangan ini akan menurun kepada 60 peratus. 
    
"Sekiranya cuaca panas dan hujan tidak turun sehingga pertengahan bulan depan, dikhuatiri air akan mencecah paras kritikal 50 peratus". 
    
Antara sebab penurunan itu ialah cuaca panas sejak kebelakangan ini dan kawasan di empangan itu hanya menerima hujan sebanyak dua kali sejak bulan lepas, katanya ketika dihubungi.   
    
Sumber itu turut menyatakan SAMB kini sedang menggunakan empat buah pam untuk mengepam kira-kira 48 juta gelen air sehari antaranya dari Sungai Gersik, Muar, Johor ke Empangan Durian Tunggal dalam usaha menstabilkan paras air di empangan itu. - Bernama; hdaily

DIRIKAN SOLAT ISTISQA' MOHON HUJAN DAN TAMATKAN KEMARAU - YDP BUKIT KATIL

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab mencadangkan seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di Melaka supaya mendirikan Solat Sunat Istisqa' memohon Allah menurunkan hujan dan menamatkan kemarau di bumi kita ini. 

"Cuaca yang panas dan tumbuhan yang semakin kering jelas membuktikan kekuasaan Allah. Sedangkan beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan keadaan cuaca yang agak sejuk di seluruh negara."

"Ada tempat di mana bekalan air di loji semakin berkurangan dan keadaan ini akan semakin kritikal beberapa minggu lagi jika hujan tidak turun." ujar beliau.

Sofi berkata kemarau dan ketiadaan hujan jika berpanjangan sudah tentu menyebabkan masalah kekurangan air dan ianya telah mula dirasai di mana para air di Empangan Durian Tunggal semakin berkurangan.

"Jika keadaan ini berterusan sudah tentu catuan air dan masalah air akan bertambah kronik. Oleh itu mari sama-sama kita berhemah semasa menggunakan air" tambah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka.

........................................

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.

3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama. Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami” Riwayat Muslim

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat” Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهِيمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati” Riwayat Malik dan Abu Daud.

DOAKAN KEJAYAAN HUKUM ISLAM DI BRUNEI - PJ MELAKA

Melaka : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata hudud di Brunei tidak perlu dijadikan bahan politik oleh semua pihak.  

"Doakan ianya berjaya dan dapat menjadi contoh. Pakistan negara pelaksana hudud, ia digelar "the fail state". Arab Saudi juga begitu, kecurian sehingga didepan kaabah, ke "haram" pun ditipu ke "jeddah" pun ditipu, maka timbulkan istilah haram jadah. Kita harus jadi yang terbaik. Hukum Allah tetap akan mengisi tempatnya. Berdoa dan berusahalah kita." ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang bekas Hakim yang mengulas tentang perlaksanaan undang-undang syariah di Brunei.

Namun kita mengucapkan tahniah di atas keputusan Negara Brunei yang mempelopori pelaksanaan undang-undang syariah di zaman moden di rantau sebelah sini.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).