Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, March 6, 2014

RUGI RM360JUTA : IDRIS MESTI BUKTIKAN KETELUSAN DAN INTEGRITINYA

Melaka : Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka memandang serius terhadap pendedahan dan dakwaan Ketua Menteri Melaka Dato Seri Idris Haron yang menyatakan bahawa beberapa agensi kerajaan negeri mengalami kerugian berjumlah RM360juta.

Ketua Penerangannya Bahiki Ismail(gambar) berkata Idris mesti membuktikan ketelusan atau integriti yang selalu disebut-sebut oleh beliau dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM bagi membuat siasatan terhadap isu ini  tanpa menghiraukan tekanan-tekanan oleh mana-mana pihak.

"Ketua Menteri selalu menyatakan bahawa kepimpinan beliau akan sentiasa telus dan berintegriti jadi kita mahu beliau buktikan dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mencari punca kepada kerugian tersebut".

"Kita juga menggesa agar SPRM mendedahkan hasil siasatankepada umum supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jika terdapat bukti rasuah dan penyelewengan berlaku mereka yang terlibat mesti diheret ke muka pengadilan" ujar Bahiki.

Beliau berkata laporan kerugian dan salah urus ini telah lama dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya tetapi sebelum ini tiada apa-apa siasatan dan dakwaan dibuat. 

'Kali ini kita harap Idris tidak mengulangi kesilapan dan keculasan pemimpin terdahulu yang seolah-olah menutup pintu kepada SPRM untuk menyiasat isu-isu kerugian seperti ini"

"Sebagai rakyat negeri Melaka kita tidak mahu harta dan duit kerajaan yang sebenarnya duit rakyat  hilang begitu sahaja tanpa ada tindakan yang sewajarnya dilakukan bagi mencari punca kepada kerugian tersebut" tambah Bahiki.

Dua hari lepas sebuah portal online melaporkan bahawa beberapa agensi kerajaan negeri Melaka sedang disiasat atas dakwaan wujudnya salah urus selepas mencatatkan kerugian mencecah kira-kira RM360 juta. Pendedahan itu dibuat sendiri oleh  Ketua Menteri Dato Seri Idris Haron dengan mengesahkan bahawa agensi-agensi terbabit berdepan krisis kewangan.

Antara agensi yang dinyatakan oleh Idris adalah Yayasan Melaka yang berdepan dengan bebanan hutang sebanyak RM286 juta. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka kerugian hampir RM50 juta. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya menanggung hutang mencecah RM25 juta. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mengalami defisit fiskal mencecah jutaan ringgit.


Bagaimana dalam kenyataan berasingan selepas itu Idris menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Melaka tidak melihat keperluan untuk memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kerugian jutaan ringgit anak syarikat dan agensi kerajaan negeri.
    
Beliau berkata ini kerana kerugian itu tidak disebabkan oleh penyelewengan dalam kewangan sebaliknya melibatkan masalah pengurusan anak syarikat serta agensi kerajaan negeri terlibat.

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).