Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, May 11, 2010

LAPANGAN TERBANG TERUS SUNYI SEPI

Ramai rakyat negeri Melaka bertanya kepada pimpinan PAS Negeri, apa sudah jadi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Sudah dirasmikan sejak sekian lama tetapi masih belum ada kapalterbang komersial yang turun.

Bagi kami pimpinan PAS Melaka, apa yang kami boleh jawab....sekadar menyatakan kami pun tidak tahu.

Untuk kesekian kalinya PAS Melaka menyatakan kekesalan di atas kegagalan kerajaan BN merancang pembinaan lapangan terbang ini dengan baik sehingga ianya menjadi gajah putih hingga ke hari ini. Siapa yang bersalah dalam hal ini sehingga ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

3 comments:

Memang pun tertanya-tanya :) Bertambahlah "gajah puteh" disekitar negeri kami yang tercinta.

Gunakan akal sikit , apa perlunya bina lapangan terbang antarabangsa di Melaka? Last-last akan jadi gajah putih . Satu lagi projek bazirkan wang rakyat.

Ungkapan saudara seperti "Hari ini Kahwin, esok inginkan anak". Untuk makluman Tuan-tuan dan Puan-Puan, LTAM mempunyai 2 penerbangan antaranbangsa dari Pekan Baru, Indonesia dan termasuk Penerbangan Charter 'Firefly' ke Medan, Indonesia. Usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Air Asia dan Firefly untuk bertandang ke Melaka. Kerajaan Negeri juga telah melakukan usaha untuk mendapatkan penerbangan daripada Negeri China, India dan negeri-negeri ASEAN. Perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan sedang Giat dijalankan. Kalau nak beritahu sebagai "Gajah Putih" memang mudah untuk saudara-saudari daripada PAS.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).