Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, August 5, 2011

Timb. Pesuruhjaya PAS 3: PR Tidak Ketandusan Pemimpin

Ada pihak menuduh Pakatan Rakyat teraba-raba mencari pemimpin baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim. "Bagi saya PR tidak begitu terdesak sehingga terjebak ke kancah permainan politik perang saraf Umno/BN." Tidak pernah berbangkit isu Anwar hendak digantikan. Apatah lagi penggantinya ialah orang di luar PR iaitu Tengku Razaleigh seorang pemimpin yang terbukti suka melompat parti sejak dari dahulu.

Pakatan Rakyat jika mahu menggantikan pemimpinnya sekalipun mempunyai ramai pemimpn berwibawa yang tinggi akhlaqnya, tiada skandal, berpendidikan dan yang penting juga isteri mereka tidak suka ber'shopping' dan membeli barangan bernilai jutaan ringgit.

Sebaliknya amat sukar untuk mencari pemimpin BN yang BERSIH dan suci, malah kekotoran mereka ditambah lagi dengan perangai ister masing-masing yang tidak senonoh.

Sebab itu isu Ku Li disebut-sebut sebagai pengganti Anwar hanyalah mainan media untuk mengalihkan perhatian rakyat. Jika pun mungkin Anwar hendak diganti, tidak sukar untuk mencari penggantinya yang BERSIH, berakhlaq, berkarisma dan sebagainya.

Namun dalam Umno sukar untuk kita mencari pengganti kerana masing-masing ada skandal, ada kepentingan peribadi. Sebaik sahaja seorang pemimpin baru naik, kita boleh rujuk fail peribadinya, maka terserlahlah siapa mereka dan perangainya bagaimana.

Kita boleh memperolehi 1,000 pemimpin PR yang BERSIH, telus, professional, ulama dan sebagainya, tetapi juga boleh mencari 1,000 pemimpin BN yang KOTOR, jumud, penuh skandal dan sebagainya. Kita mudah untuk mencari 1,000 pemimpin PR yang rajin ke masjid, dan kita juga mudah untuk mencari 1000 pemimpin BN yang kaki dangdut, night club dan sebagainya.



Tn Sofi Wahab (gambar)
Timb. Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka


[admin]

Sumber: Blog

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).