- Isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan.
- Dalam sidang DUN yang lalu, wakil Pakatan Rakyat dari DAP sudah membangkitkan isu ini.
- Sehingga keluar dari mulut kerajaan Melaka bahawa "judi adalah budaya cina"
- Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar.
- Hari ini kerajaan Melaka melancarkan perang habis-habisan kononnya kepada judi haram.
- Macam kata pepatah melayu, sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai.
- Judi Haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.
- Judi Haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber.
- Di Kg Gangsa sahaja ada dua pusat judi Haram !
- Judi Haram di Melaka bukan perkara baru. Antara pusat judi haram terbesar di Melaka ada dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, yang ketua Menteri menjadi wakil rakyatnya. Berselindung disebalik "Kelab Eksklusif". Berapa puluh tahun kelab itu beroperasi ?
- Beranikah Ketua Menteri mengambil tindakan kepada jerung judi haram. Jangan mengejar bilis sahaja.
- Trend ini tidak ubah seperti pulau Batam suatu ketika dulu. Tempat dimana warga Singapura memulakan industri judi haram. Perjudian haram di Batam cukup terkenal sehinggalah kerajaan Indonesia berjaya membenteras jenayah tersebut.
- Persoalan saya kepada kerajaan Melaka, beranikah mereka membenteras jerung judi haram yang dah bertapak di Melaka lebih dari 20 tahun lalu.
- Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai "Batam Malaysia".
Sumber: Pesuruhjaya PAS Melaka
0 comments:
Post a Comment