Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, August 11, 2014

PAS minta ahli bersabar dalam isu MB selangor.

Isu Khalid: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat HARAKAHDAILY | 10 Ogos 2014. KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam. Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya...

Friday, August 8, 2014

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI PAS MELAKA 1435H

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka akan mengadakan Majlis Ramah Mesra PAS Negeri Melaka pada hari sabtu 9 Ogos 2014 jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Majlis yang diadakan pada setiap tahun kali ini akan di Markas Hujan Panas, Masjid Tanah. Semua rakyat Melaka terutama yang berdekatan dijemput hadir. Pemimpin masyarakat dan politik turut dijemput. ...

Monday, August 4, 2014

Mana Pergi Tabung Lama Dana Palestin?

MELAKA: PAS Melaka mempersoalkan penubuhan Tabung Palestin yang baru sedangkan tabung tersebut telah diwujudkan ketika Dato’ Mohd Ali Rustam menjadi Ketua Menteri dan tidak diketahui ke mana perginya sumbangan itu. Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidik, beliau menyokong serta menyambut baik usaha kerajaan negeri menubuhkan Tabung Palestin tetapi ia menjadi persoalan kerana tabung itu sudah diwujudkan sejak 2009 dan tidak...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).