Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Wednesday, March 11, 2009

PAS MELAKA SOKONG SIAPA SAHAJA CALON BUKIT GANTANG

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata PAS Melaka menyokong sesiapa sahaja yang akan dicalonkan untuk mewakili PAS pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang 7 April ini.
"Bagi kami sesiapa sahaja yang dipilih sudah tentu adalah calon terbaik kerana PAS sudah membuat tapisan dari semua segi"
"Tidak timbul calon tidak disukai dan tidak diterima kerana kita mempunyai sistem pemilihan calon yang terbaik di mana akhir sekali Majlis Syura akan menentukan samada seseorang itu layak atau tidak menjadi calon".
Sofi yakin PAS akan memenangi PRK tersebut berdasarkan situasi dan isu semasa yang jelas memihak kepada PAS.
Beliau berkata demikian di Batu Berendam pagi ini.

ALI DICABAR ISYTIHAR HARTA

Semabok : Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Imran Abdul Rahman mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan exco-exconya mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Saya cabar Ali dan semua Exco isytiharkan harta mereka bermula dari hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini"

"Ada antara mereka yang sudah menjadi Yang Berhormat lebih dari 3 penggal dan kita mahu mereka isytiharkan harta dari mula-mula mereka menang, jangan berdolak-dalih lagi.

Ini penting untuk membuktikan pemimpin kita di Melaka ini bersih dari sebarang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa".

Imran berkata Datuk Seri Ali jangan hanya sedap bercakap menghentam kerajaan Negeri Selangor tetapi tidak berani untuk mengisytiharkan harta beliau dan exco-exconya sebagaimana yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid dan barisan Exconya.

"Jika Ali tidak berani untuk mengisytiharkan hartanya bermakna mungkin beliau bermasalah, sebab itu tidak berani untuk berbuat demikian".

Khalid hari ini mengumumkan bahawa beliau bersama barisan Exconya akan mengisytiharkan harta masing di dalam laman web kerajaan negeri http://www.selangor.gov.my/ bermula hari ini.

GMP DIDALANGI PEMBANGKANG : HISHAMUDIN DIBIDAS

Bukit Katil : Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Yassim Musa kesal dengan kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengulangi kenyataan kurang cerdik beliau bahawa himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang.
"Sudah berapa kali Hishamuddin mengulangi kenyataan ini. Sepatutnya sebagai Menteri beliau perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan kerana bimbang rakyat akan memandang rendah kepada beliau kerana kenyataannya yang kurang cerdik dan tidak cermat" Kata Yassim.
"Beliau cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar iaitu isu PPSMI yang gagal dan menghancurkan masa depan pelajar-pelajar terutama dalam subjel Sains dan Matematik." kata beliau Menurutnya Hishamuddin sepatutnya bukannya mempertikaikan siapa yang menganjurkan himpunan tersebut.
Beliau sebagai Menteri Pelajaran sepatutnya mengulas dan memberikan pandangan tentang PPSMI yang diragukan keberkesanannya.

Yassim berkata banyak keraguan dan kelemahan dalam PPSMI. Beliau tidak pernah menjawab bangkitan-bangkitan yang disuarakan oleh GMP antaranya :-

1) Isu skema pemarkahan dan graf kelulusan subjek Sains dan Matematik yang direndahkan sehingga markah yang teruk pun diberikan gred A

2) Isu peratus kelulusan pelajar luar bandar yang jauh ketinggalan berbanding pelajar bandar.

3) Isu kelemahan guru-guru yang mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

4) Isu kronisme dan penyelewengan dalam kontrak membekalkan alat bantuan mengajar seperti Laptop, LCD dan lain-lain semasa PPSMI mula diperkenalkan dahulu. "Mengapa Hishamuddin tidak menjawab dan mengulas isu di atas sebaliknya cuba mempertikaikan tindakan GMP mengadakan perhimpunan tersebut yang dikatakan didalangi oleh pembangkang"

"Sememangnya PAS dan PR menyokong hasrat dan pandangan GMP, cuma Umno dan BN sahaja yang menentang PPSMI kerana Umno dan BN tidak nampaknya pentingnya Bahasa Melayu sehingga sanggup menghina dan menguburkan Bahasa kesayangan kita ini" tambah beliau.

Malah beliau juga hairan dengan tuduhan Hishamuddin kerana setahunya pejuang-pejuang bahasa seperti SN Datuk A Samad Said, Datuk Dr Hassan Ahmad, Tan Sri Ismail Hussien, Professor Dr Abdullah Hassan, Professor Datuk Dr Nik Safiah Karim, Professor Dr Shahrir Mohd Zain, Professor Dr Awang Sariyan, Professor Ainuddin Wahid, Professor Zainal Abidin Wahid, Azizi Abdullah, Dinsman, Ainon Mohamad dan lain-lain bukannya manusia bodoh yang boleh diperkudakan seperti pemuda Umno dan pemimpin Umno seperti Hishamuddin.

"Takkanlah para cendikiawan yang bijak pandai ini boleh diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat sehingga mengikut telunjuk PR."

"Sudah tentu mereka berfikir panjang dan telah membuat kajian mendalam sebelum menubuhkan GMP yang jelas hala tuju perjuangannya menentang penerusan PPSMI, seperti kata, A Samad Said bahawa beliau juga bersedia untuk naik dan berceramah atas pentas Umno jika parti itu juga menentang PPSMI."
"Untuk Hishamuddin saya ingin tegaskan sekali lagi, para cendikiawan itu bukan bodoh dan mudah dicucuk hidung seperti beliau" tegas Haji Yassim juga aktivis masyarakat.

UMNO DERHAKA KEPADA RAJA BUKAN PR

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata Umno/BN masih terus memainkan isu derhaka bagi meraih sokongan rakyat berketurunan Melayu kerana mereka tahu sokongan kaum Cina dan India kepada Umno/BN semakin hari semakin merosot.

Menurtunya setiap hari isu Pakatan Rakyat (PR) derhaka tak habis-habis dimainkan oleh media massa. Sedangkan Ke bawah DYMM Sultan-Sultan sendiri tidak pernah bertitah bahawa PR derhaka kepada mereka. Umno/BN seolah-olah lebih sudu dari kuah menjadi jurucakap kepada Ke Bawan Duli Tuanku.

"Begitu juga dengan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam yang terus memainkan isu ini dengan membuat kenyataan akhbar demi untuk menonjolkan dirinya supaya digelar pejuang Melayu sedangkan Raja Melaka sendiri pun beliau tidak daulatkan."
"Kalau betul beliau bersemangat Melayu dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu mengapa beliau tidak mencari susur galur Sultan Melaka dan menabalkan individu tersebut sebagai Raja Melaka selepas disahkan keturunannya sahih lagi benar.
Malang sekali negeri Melaka yang terkenal dengan Zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu, kini tidak beraja sedangkan negeri-negeri lain semuanya ada Raja kecuali Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak."

Beliau juga yakin isu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu yang dimainkan oleh Umno/BN ini akan menikam Umno/BN sendiri. Ini kerana rakyat Malaysia tidak lupa beberapa peristiwa di bawah :-

1) Umno/BN telah meminda perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja pada era 90-an. Peristiwa ini merupakan peristiwa paling malang dalam sejarah Kesultanan Melayu dan Umno lah yang sebenarnya MENDERHAKA kepada Sultan.

2) Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan menabalkan seorang kerabat Di Raja Kelantan sebagai Sultan Kelantan, semasa krisis pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu memuncak. Jelas peristiwa ini benar-benar MENDERHAKA kepada Sultan Kelantan.

3) Pemimpin Umno sanggup membongkar segala keaiban Raja-Raja Melayu di media massa sehingga semua keburukan Raja-Raja Melayu baik yang lama atau baru disiarkan di dada akhbar semasa isu pindaan perlembagaan hangat diperkatakan pada era 90-an dahulu.

4) Seorang pemimpin Umno sanggup mengahwini Puteri Sultan dengan membelakangkan Ayahanda Puteri tersebut. Pemimpin Umno itu sekarang masih menjadi pemimpin kanan Umno dan bertanding jawatan tertinggi Umno pada pemilihan hujung bulan ini.

5) Umno sanggup membelakangkan calon Menteri Besar pilihan Sultan di 2 buah negeri

sehingga berlaku demonstrasi di kedua-dua negeri tersebut. Ada banner yang dibawa mencaci Sultan dengan perkataan seperti 'Menatang' (Binatang). Walaupun akhirnya Umno akur dengan titah Sultan di kedua-dua negeri tersebut namun peristiwa ini menggambarkan bahawa Umno derhaka kepada Sultan.

Katanya, banyak lagi peristiwa penderhakaan Umno/BN kepada Sultan. Peristiwa di atas katanya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bukan PR yang derhaka kepada Sultan tetapi sebenarnya Umno/BN yang lebih kurang ajar dan biadap serta derhaka kepada Sultan.

Tuesday, December 23, 2008

Berfikirlah para pengundi PRK P36! ~ Ref Malaysiakini

Bagus apabila berlaku pertandingan dalam Umno. Sedikit-sebanyak kita dapat maklumat tentang pelbagai perkara dalam rumah tangga mereka. Ada maklumat berbentuk lisan, tulisan, foto, sms, video dan sebagainya.Pertembungan antara calon Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita sudah berlanjutan sejak beberapa bulan lalu.
PRK P36 Kuala Terengganu adalah medan menguji kekuatan pengaruh setiap mereka yang bertanding. Bagi ‘petugas-petugas’ kumpulan atau individu yang bertanding, ‘makan keliling’ lagilah nampaknya.
Persoalannya,
i. Mampukah rakyat dan pengundi di kawasan tersebut berfikir atau disedarkan bahawa mereka adalah sasaran bagi setiap kumpulan kepimpinan Umno yang sedang merebut jawatan sekarang?
ii. Mampukah pengundi di situ berfikir atau difahamkan bahawa mereka sedang berdepan dengan pemimpin serta parti yang tidak pernah aman daripada pertelingkahan dan perebutan jawatan dalaman parti?
iii. Mampukah mereka diyakinkan dan dipastikan tidak mengundi parti yang memang bermasalah dan menjadi punca kepada segala masalah seperti politik wang, rasuah, salah guna kuasa, memperkayakan kroni, kenaikan harga barang dan segala masalah lain yang sedang menghimpit kehidupan kita?Kita wajib berusaha meyakinkan mereka supaya mengundi calon PR dan bertawakal kepada-Nya.

Azrin Abdul Majid
AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka

JERIT- TERUSKAN MENJERIT ~ Ref Malaysiakini

Tindakan sebuah NGO yang dinamakan Jerit begitu mendapat perhatian. Ketua Polis pun turut memberi komen. Tindakan KPN mengaitkan Jerit dengan demontrasi jalanan adalah sesuatu yang terpesong. Jerit lebih dilihat melakukan kempen jalanan bukan demontrasi jalanan.

Isu yang dibawa Jerit juga adalah isu yang tepat dan bersifat semasa. Bukan sekadar ISA malah Jerit juga membawa isu berkaitan dengan gaji minima, penswastaan hospital dan sekolah.

Kempen Jerit dilihat cukup menarik. Mengayuh basikal dari satu negeri ke satu negeri.

Menghantar memorandum kepada pemimpim-pemimpin negeri. Bagaimana mungkin KPN boleh mengaitkan kerja ini sebagai demonstrasi jalanan yang tiada permit.

Mat rempit yang ada lesen pun tak dapat diselesaikan oleh KPN apatah lagi jenayah yang berlaku dalam Negara.

Tiada salahnya juga membawa anak-anak menjerit sama. Kesedaran anak-anak tentang perkara yang diperjuangkan Jerit juga adalah sesuatu yang positif. Apa salahnya anak-anak disedarkan dengan ISA, gaji minima, penswastaan hospital dan sekolah dan lain-lain isu sosial. Ini sudah barang pasti mematangkan anak-anak.

Kalau anak-anak dididik agar membenci dadah, anak-anak juga harus dididik agar membenci rasuah dan pemimpin rasuah. Tindakan jerit bukan melahirkan anak-anak yang berjiwa pemberontak sebaliknya tindakan itu mempercepatkan proses kematangan anak-anak tentang senario yang berlaku dalam negara.

Hari ini perjuangan jerit mungkin dihalang oleh pihak keselamatan. Namun saya berharap, selepas PRU13, kayuhan jerit akan diiringi oleh Polis Trafik. Tahniah buat Jerit dan anak-anak

Jerit. Teruskan menjerit !

Adly Zahari
Timbalan Pesuruhjaya 1
PAS Melaka

Sunday, November 30, 2008

ISU KETUANAN MELAYU : BN CUBA ALIHKAN TUMPUAN RAKYAT ~ Malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata Islam menolak konsep ketuanan bangsa. "Ketuanan Melayu akan memakan diri sendiri" "Melayu perlukan pertimbangan Agama iaitu Islam.

Islam telah mengangkat martabat Melayu. Melayu hina tanpa Islam. Jangan jarakkan Cina dan India daripada Islam kerana Melayu." katanya yang juga merupakan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurutnya Orang Melayu mesti menyampaikan mesej Islam bukan mesej Ketuanan Melayu. Ini Kerana bersama Islam adanya Hidayah. Hidayah bukan sahaja dikurniakan oleh Allah untuk orang bukan Islam menganut Islam tetapi juga hidayah diberikan oleh Allah kepada orang Bukan Islam untuk tidak menentang Islam walaupun mereka tidak menganut Agama Islam.

Sejarah Nabi Muhammad S.A.W membuktikannya di mana ketika Nabi menjadi pemimpin Madinah golongan Yahudi yang menjadi majoriti penduduk Madinan menerima Nabi Muhammad sebagai Ketua dan juga gembira berada di bawah sistem pentadbiran Islam. Adly juga berkata kita semua adalah pendatang dibumi Allah. Kalau kita amanah kita berjaya, kalau kita khianat kita akan kecewa. Melayu, Cina, India hanyalah bangsa untuk kita saling kenal mengenal sesama kita. Islam harus menjadi tali penghubung bagi kesatuan manusia. Buangkan ego perkauman tak kira kita Melayu, Cina atau India.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek pula berpendapat isu ini sengaja di mainkan oleh MCA dan Umno untuk mendapatkan sokongan kaum Cina dan Melayu. Dengan isu ini katanya, MCA akan dianggap hero Orang Tionghua manakala Umno pula dianggap Hero Orang Melayu.

'Isu perkauman sebegini sentiasa dimainkan oleh MCA dan Umno dari masa ke semasa bagi meraih sokongan orang Cina dan Melayu'."Rakyat Malaysia mesti berfikir secara waras dan matang. Politik perkauman sebenarnya sudah tidak relevan lagi di Malaysia ini, ini dibuktikan apabila parti perkauman seperti MCA, Gerakan, MIC dan Umno ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum lalu" kata Haji Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

Menurutnya tujuan isu ini dicipta oleh MCA dan Umno adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat supaya melupakan isu sebenar yang sedang melanda MCA yang sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan, manakala Umno pula sedang nazak dengan isu rasuah politik/politik wang, isu ekonomi negara yang parah dan sebagainya.

Maka sudah tentu isu perkauman dan ketuanan melayu ini menjadi senjata ampuh untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Umno/BN juga sekarang sedang gusar untuk berhadapan dengan PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Sudah tentu mereka akan menggunakan isu ketuanan melayu ini untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Kuala Terengganu

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).