Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, January 12, 2012

Pemuda PAS Melaka desak Kerajaan Negeri selesai segera isu bas henti-henti.

MELAKA, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak kerajaan negeri serius dalam usaha menangani masalah syarikat bas henti-henti di negeri itu yang membayangkan akan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Februari ini.

Ketua Penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, Kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk mengambil alih perkhidmatan bas henti-henti sepenuhnya dan membayar ganti rugi kepada syarikat bas yang mengalami kerugian, tapi malangya sehingga kini tiada pampasan yang di terima dari kerajaan negeri.

Katanya, jika benar keadaan itu berlaku, ianya dijangka akan menjejaskan hampir 30,000 orang penduduk negeri itu yang masih menggunakan perkhidmatan bas henti-henti tersebut.

"Menghairankan, bagaimana Kerajaan negeri boleh berhabis duit untuk membeli 10 buah bas Panorama bernilai RM2 juta untuk tujuan pelancongan dan melalui hanya beberapa destinasi tetapi bas untuk kegunaan penduduk negeri sendiri ibarat hidup segan mati tak mahu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Melaka, Razali Endun sebelum ini dilapor berkata sebanyak 120 buah bas terpaksa dihentikan perkhidmatannya akibat kos operasi yang tinggi menyebabkan syarikat tersebut menanggung hutang yang bertambah hari demi hari.

Kerugian yang terpaksa di tanggung oleh syarikat bas setiap hari hampir mencecah RM600 termasuk penyelengaraan kenderaan sedangkan kutipan tiket hanya sekitar RM200 sehari.

Mengulas lanjut, Muhamad Aizat berkata, perkhidmatan bas henti-henti di Melaka telah beroperasi berpuluh-puluh tahun lalu di mana kebanyakan penduduk masih menggunakannya khususnya pelajar untuk ke sekolah.

"Sudahlah monorel bernilai RM15juta masih lagi rosak, kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam pula hanya 3 kali penerbangan dalam seminggu, kini perkhidmatan bas awam pula bakal menamatkan operasi.

"Peliknya kerajaan negeri masih mampu membeli 'kenderaan' kapal selam bernilai RM7 juta untuk bahan pameran sedangkan hutang negeri sahaja telah mencecah RM800 juta. Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri," katanya.

-Harakahdaily

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3




Semua dijemput hadir meramaikan..

Wednesday, January 11, 2012

Komrad bertopeng manusia




"Saya tak faham macam mana orang ini boleh bergelar profesor. Jadi selepas berbalah, saya pun malas cakap banyak, saya tahu inilah mahkamah AUKU yang saya tidak pernah mengiktirafnya, (dan) saya digantung selama 3 semester," katanya. (Adam Adli Abdul Halim)

1. Mereka 'membesar' hingga mendapat jawatan profesor kerana menyokong AUKU dan mengampu pemerintah.
2. Mereka berjiwa hamba dan komrad bertopeng pendidik.
3. Profesor yang tidak sehaluan pun tidak dipertahankan, inikan pula mahasiswa yang dianggap sebagai budak sekolah.
4. 'Generasi Adam Adli' adalah generasi cerdik pandai bertakwa akan membebaskan umat yang 'dilembukan' oleh penolong firaun moden ini!
5. Guru Suluh Budiman! Ilmu Punca Kemajuan! Islam Untuk Semua!

-Ketua Penerangan PAS Melaka

Bantah Penggantungan Adam Adli



  • Pengantungan 3 semester kepada Adam Adli adalah tidak wajar.
  • Beliau hanya seorang pelajar.
  • Gantung 3 semester hanya kerana menurunkan bendera gambar najib, kemudian dinaikkan semula.
  • Bendera itu tak diiktiraf oleh mana-mana perlembagaan.
  • UPSI sebelum ini tidak berapa popular dikalangan generasi IPTA. Adam Adli telah memahat nama UPSI, institusi yang dilihat sebagai institusi yang dapat melahirkan pelajar yang berani.
  • Tapi sayang, UPSI melahirkan nilai sonsang, pelajar berani tapi pentadbir penakut lagi pengampu.
  • Kami sokong perjuangan anak muda ini. Moga anak aku seberani Adam. Tahniah Adam Adli!


  • - Pesuruhjaya PAS Melaka

    Kes Demo ISA: Rayuan 3 Ahli PAS Melaka ditolak

    Dalam kesibukan kita berbicara isu DSAI pada 901, kita terlupa bahawa rayuan kes berkenaan demontrasi ISA terhadap sahabat kita Hasbullah Bin Pit serta 2 org lagi ahli/penyokong PAS didengar juga pada hari di tempat yang sama dgn DSAI.


    Mahkamah yang bersidang hari ini MENOLAK RAYUAN mereka. 


    Harap sahabat-sahabat semua tidak mengkesampingkan kebajikan mereka. Tunjukkan solidariti kita kepada Saudara Sebol dan sahabat-sababat lain.


    Mereka telah mempertaruhkan tenaga, wang ringgit dan nyawa untuk menentang kezaliman ISA. Kita semua mesti memberikan sokongan moral kepada mereka.

    -Timb. Pesuruhjaya PAS 3

    Sunday, January 8, 2012

    PR Melaka di landasan TERBAIK menang PRU-13

    Penganalisis Politik Malaysia, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata PR Melaka berada dalam landasan terbaik untuk memenangi banyak kerusi pada PRU 13 nanti. Ini berdasarkan kepada kajian firma yang diketuai beliau iaitu Zentrum Future Studies Malaysia yang dijalankan di Melaka.

    "PR dan BN Melaka tidak banyak bezanya dari sokongan rakyat, ia hanya berselisih sedikit sahaja, tiada siapa yang dominan".

    "Untuk memastikan kemenangan mutlak PR mesti bekerja kuat, mengatur strategi yang tepat dan mempunyai barisan kepimpinan yang meyakinkan rakyat" tegas beliau.

    Abu Hassan berkata demikian pada program Wacana PRU 13 : Menuju Seri Negeri yang dianjurkan oleh PAS Melaka di Ayer Keroh pagi ini.

    "Rakyat khususnya golongan muda cenderung untuk menyokong PR dan terpulanglah kepada PR untuk menguruskannya"

    "Mereka terdedah kepada media baru, maka sesiapa yang ingin menang mesti menguasai media baru dan ini disedari oleh semua pihak, cuma siapa yang hebat menguruskannya dia menang" ujar Abu Hassan.

    -mutaligat

    Tuesday, January 3, 2012

    2012 : Tahun selamatkan Melayu




    • 2012 Tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia.
    • Sukar bagi rakyat menentukan benar atau salah.
    • Rakyat makin berserabut. Melayu terutamanya.
    • Orang Melayu dipersimpangan, nak pilih pakatan, dibimbangi kuasa melayu hilang, nak pilih UMNO dibimbangi duit melayu hilang.
    • Mungkin Melayu kena dengar Motivasi "Dr Azizan Osman". Kenal potensi diri supaya Melayu lebih ceria, berjaya dan kaya.
    • Melayu ada permata, tidak digilap.
    • Melayu ada harta, tidak diketahui.
    • Melayu ada budi, tidak diarah.
    • Melayu ada agama, sayang tidak difahami.
    • Bolehkan Melayu diselamatkan oleh UMNO, jujurlah dengan kuasa 54 tahun.
    • Bolehkan Melayu diselamatkan dengan PERKASA.
    • Bolehkan Melayu bangkit ceria, berjaya dan kaya dengan RASUAH.
    • 2012 adalah harapan baru buat Melayu, kekal dengan UMNO, walaupun ditipu atau beralih kepada pakatan?
    • Mampukan PAS selamatkan Melayu?
    • Tahun 2012 adalah tahun untuk menyedarkan Melayu dengan Islam.
    • Bukan mudah membawa Melayu kepangkal jalan.
    • UMNO sudah meracuni minda kita.
    • Kita juga Melayu, iaitu Melayu yang telah dibuka "Hijab".
    • 2012 adalah tahun membuka hijab Melayu kepada UMNO.
    • Supaya Melayu dapat melihat UMNO yang sebenarnya tanpa "Hijab".
    • Tahun 2012, tahun selamatkan Melayu !



    -Pesuruhjaya PAS Melaka

    Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

    Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

    Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

    Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



    Fakta Monorel Melaka



    1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

    2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

    3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

    3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

    4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

    5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

    6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


    Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).