Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, December 20, 2010

KALAU BERANI BERI PELUANG PADA PR PERINTAH 100 HARI

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad mencabar BN supaya memberi peluang kepada PAS memerintah 100 hari bagi membuktikan segala janji-janji yang digariskan dalam dokumen yang dibentangkan pada konvensyen PR semalam.

"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya.

"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan." ujar Idris.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana konvensyen yang dianjurkan berjaya mencapai matlamat.

"Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCa dan GERAKAN.

"Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku (dalam konvensyen Pakatan)," katanya.

PASCA KONVENSYEN PR : BN GAGALKAN EKSPLOITASI ISU NEGARA ISLAM


Semabok : Rata-rata ahli PAS melahirkan kesyukuran dan lega dengan kenyataan Karpal berhubung isu negara Islam pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam.

Asri Shaikh, 45 dari Masjid Tanah berkata kenyataan Pengerusi DAP itu jelas menggambarkan bahawa beliau semakin faham akan negara Islam yang sebelum ini beliau seolah-olah menentang negara Islam tanpa asas yang kukuh.

"Kenyataan Pengerusi DAP itu merupakan perkembangan yang positif dan menunjukkan sikap keterbukaan beliau terhadap Islam."

"Beliau mula faham dengan pendelatan dakwah yang kita bawa" ujar Asri yang juga Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.

Imran Abdul Rahman, 44 dari Tanjung Bidara pula berkata kalau sebelum ini Karpal dilihat begitu keras menentang negara Islam kini beliau kelihatan bersedia untuk berbincang dan mendengar dengan teliti tentang isu tersebut.

"Terbukti usaha PAS selama ini menerangkan tentang negara Islam mula difahami oleh semua orang termasuk DAP, cuma Umno sahaja yang terus membutakan mata dan memekakkan telinga".

"Tidak mustahil suatu hari mereka akan menerima konsep negara Islam yang terbukti adil dan telus kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi" kata Imran yang juga merupakan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Sementara itu Kintan Man, 49 dari Serkam berkata setelah 20 tahun isu ini menjadi bahan eksloitasi BN terhadap PAS dan DAP, kini ia akan berakhir dengan sikap dinamik dan terbuka pimpinan atasan PR.

"Kejayaan ini merupakan suatu kejayaan yang manis dan membuktikan tahalluf siyasi yang diamalkan oleh PAS mula menampakkan kejayaan yang sukar untuk dipercayai sebelum ini".

"Kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat menentang keras negara Islam mungkin disebabkan dari pengamatan beliau selama ini yang melihat Islam ala Umno yang jelas mendisriminasikan rakyat, menzalimi rakyat serta penuh dengan amalan rasuah dan penyelewengan" ujar Kintan.

Karpal berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada konvensyen tersebut.

Saturday, December 4, 2010

Jom Turun Padang DUN Kuala Linggi 5 Dec

Seluruh kepimpinan PAS pelbagai peringkat dan ahli PAS seluruh negeri Melaka dijemput untuk menghadiri program Jom Turun Padang pada Ahad ini. Program dijalankan ini bermula seawal jam 8 pagi. Pesuruhjaya PAS Negeri Ust Abd Ghani Abd Rahman akan bersama-sama menyertai program dwibulanan ini.

DUN Kuala Linggi DUN yang beepotensi untuk dimenangi PR kerana terlalu banyak yang tidak dapat diselesaikan BN.

Tuesday, August 17, 2010

PAS MELAKA ZIARAHI KELUARGA MANGSA RIBUT

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ahad lalu mengunjungi keluarga Allahyarham Abdul Omar yang meninggal dunia dalam kejadian rebut di Bazar Ramadhan di Jasin Ahad lalu.

Dalam kunjungannya Ustaz Abdul Ghani menyampaikan ucapan takziah dan rasa sedih seluruh ahli dan penyokong PAS di atas musibah yang menimpa Allahyarham dan mendoakan roh Allahyarham ditempat di kalangan para anbia dan solihin.

Beliau mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dengan ketentuan Allah.

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mejar Jasme Tompang, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri, Hajah Kintan Man, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri, YUhaizad Abdullah dan beberapa orang AJK PAS Negeri Melaka dan AJK PAS Kawasan Jasin.

Sunday, August 15, 2010

BERTEMU RAKYAT DI DUN PANTAI KUNDOR

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman hari ini turun padang bertemu rakyat di DUN Pantai Kundor dalam rangka lawatan kerja dan turun padang ke seluruh negeri Melaka.

Program ini bermula hari ini dan akan diteruskan di DUN lain di seluruh negeri. Semua jentera pilihanraya negeri dan DUN-DUN akan berkampung di kawasan ini sehingga jam 2.00 petang ini. Mereka akan berkunjung ke rumah-rumah penduduk di DUN ini bertanya khabar dan beramah mesra.

TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA RIBUT BAZAR RAMADHAN

PAS Melaka mengucap takziah kepada 3 mangsa ribut di Bazar Ramadhan Jasin 2 hari lalu. Sesungguhnya segala kejadian itu ada hikmahnya.

Diharapkan keluarga Allahyarham bersabar dengan ketentuan Allah ini. Moga roh mereka ditempat dalam golongan para anbia dan muttaqin.

Dimaklumkan bahawa pimpinan PAS Kawasan Jasin telah menziarahi tempat kejadian dan keluarga mangsa terbabit.

Al Fatihah

Wednesday, May 26, 2010

Projek Jeti Sungai Lereh membazir

MELAKA: Projek penempatan semula nelayan di sepanjang pantai Klebang dan Tanjung Puteri yang dibina di Sungai Lereh akhirnya seperti yang diduga menjadi satu lagi bukti pembaziran wang rakyat oleh kerajaan Umno/BN, di sini.

Antara nelayan yang terlibat itu ialah dari pengkalan Lereh, Pantai Hailam, Balik Bukit, Pantai Puteri dan Pantai Kundor di mana penempatan nelayan yang terbesar ialah di Pantai Puteri yang menempatkan hampir 100 nelayan.

Pembinaan jeti yang menelan belanja sebanyak RM3.3 juta sepanjang kira-kira 200 meter itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk balai nelayan dan dua pondok rehat serta tandas.

Muara sungai yang telah diubahsuai kononnya bagi menempatkan lebih ramai lagi nelayan di situ telah menimbulkan masalah baru iaitu mendapan pasir dan menghalang pergerakan nelayan keluar masuk dari jeti berkenaan ke laut.

Walaupun pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah beberapa kali melakukan kerja-kerja pengorekkan namun masalah sama tetap berulang kerana kawasan itu memang secara semulajadinya merupakan tempat mendapan pasir dan tidak sesuai dijadikan laluan muara sungai berbanding muara lama yang sudah ditambak.

Pengarah JPS Melaka, Gapar Asan memberitahu, JPS akan melakukan kerja-kerja pengorekkan berkala sebagai alternatif terbaik menyelesaikan isu berkenaan sementara menunggu projek tambak laut di muara sungai berkenaan dijalankan.

Persoalannya ialah berapakah kos pengorekkan tersebut dan ianya juga merupakan kos tambahan atau kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai disebabkan kurang cerdiknya polisi pembangunan kerajaan negeri.

Jeti itu hanya digunakan sekitar 20 nelayan asal Sungai Lereh sahaja dan rata-rata nelayan yang diarahkan berpindah itu membantah kerana cadangan tersebut tidak rasional serta tidak mengambilkira pandangan mereka terlebih dahulu.

Selain disebabkan oleh muara yang cetek, kawasannya yang sempit, faktor keselamatan bot dan peralatan menangkap ikan, kurangnya kemudahan nelayan seperti bahanapi diesel yang jauh, menjejaskan pendapatan mereka dan pelbagai lagi kos akan bertambah.

Akhirnya yang mendapat untung daripada projek yang dikatakan untuk membantu nelayan ini adalah pihak-pihak yang tertentu dan mempunyai kepentingan seperti kontraktornya di mana kebiasaannya terdiri daripada kroni-kroni mereka.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, Kerajaan negeri merancang untuk memindahkan nelayan-nelayan dari Pantai Puteri ke penempatan nelayan di Sungai Lereh dengan tujuan mencantikkan lagi pemandangan di kawasan tersebut dan kerana mahu menjadikan Pantai Puteri sebagai destinasi pelancongan baru.

Pendedahan seperti ini hanyalah sekelumit kisah benar yang berlaku di Melaka Bandaraya Bersejarah bagi mengenyangkan kroni Umno/BN yang rakus tanpa memikirkan pembaziran wang rakyat supaya mereka terus memberikan sokongan dan bersama-sama mempertahankan serta mengekalkan kelangsungan kuasa Umno/BN.

Maka tidak hairanlah ketika Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Angkatan Muda KeADILan Melaka membuat laporan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam Mac tahun lepas, mereka ini tanpa merasa malu mempertahankan beliau dan melakukan provokasi bagi mengagalkan laporan itu.

Laporan oleh : Zaili Mohammad

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).