PAS Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Dato' Abu Bakar Chik yang telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan pada awal pagi ini. Beliau juga merupakan salah seorang AJK PAS Pusat. Sila ke link ini untuk mengetahui latarbelakang Dato' Abu Bakar Chik
Kenyataan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Saudara Jauhar Muhammad Dawi berhubung pencemaran air paip di daerah Merlimau Melaka.
Pagi semalam saya berkesempatan pergi ke Merlimau untuk melihat permasalahan bekalan air bersih ke penduduk di sana. Saya membawa kit untuk mengukur tahap pencemaran air disana. TDS singkatan dari Total Dissolved Solids. Amat memeranjatkan bacaan dari TDS mencapai 830ppm ke atas. Saya mengambil sampel air dari pili air yang di luar. Isunya kenapa pihak yang berwajib seperti kerajaan negeri tidak memaklumkan isu yang boleh membahayakan kesehatan penduduk. Sepatutnya ada notis pemberitahuan agar tidak menggunakan air untuk minum dan perlu berikan bekalan air bersih kepada penduduk dengan apa cara sekalipun. DPPNM amat khuatir dengan pentadbiran kerajaan negeri Melaka sekarang kerana memperjudikan keselamatan rakyat negeri ini.
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memandang berat tentang permasalahan air yang tercemar di Daerah Jasin terutama di Sungai Rambai hingga ke Serkam.
Kami di beritahu masalah ini sudah hampir berlarutan hampir dua minggu tetapi pada dua hari lepas keadaan ini semakin buruk. Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk sudah membuat aduan kepada YB-YB tetapi malangnya tiada perubahan yang berlaku dan tiada tindakan yang sewajarnya di ambil oleh wakil rakyat dan pihak SAMB.
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendesak pihak SAMB perlu memberitahu apa yang berlaku. Sekiranya ada pencemaran di loji penapis air SAMB perlu mengambil langkah yang sewajarnya kerana ianya melibatkan kesihatan dan nyawa manusia. Tindakan seperti notis pemberitahuan dan menutup loji penapis merupakan satu langkah yang perlu jika sekiranya ada masalah air bekalan yang tercemar. Di sini saya lampirkan dua gambar dari penduduk yang menunjukan bahawa bekalan air yang di dapati tercemar. Gambar pertama menunjukkan kertas PH menyatakan nilai kualiti air kepada bacaan asid dan gambar kedua air teh tarik yang di buat menjadi berkeladak berbeza dengan keadaan biasa.
DPPNM berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dalam isu ini. Jangan apabila sudah berlaku sesuatu yang besar baru ingin ambil tindakan.
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa PA sistem di Dewan Tun Ali dibeli dengan harga RM123,070.00. Harga pasaran hanya RM58,000. Ternyata ia satu pembaziran atau mungkinkah ada penyelewengan.
Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.
Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?
Fakta Monorel Melaka
1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.
2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010
3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.
3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50
4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.
5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.
6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.
Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).
Sekilas masalah tempatan di Tg Bidara: 1. Pendatang asing menginap di kawasan perumahan. Mendatangkan ketidakpuasan hati penduduk setempat kerana pendatang asing sering menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan membuat bising. LOKASI: Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
2. Padang bola sepak di sebelah rumah pangsa cuba dibeli oleh pemaju untuk dibina kawasan perumahan. Mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya padang yang sering digunakan dahulu terbengkalai dan tidak digunakan lagi. LOKASI: sebelah rumah pangsa, Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
3. Rumah yang 90% siap, terbengkalai kerana masih belum mendapatkan CF. Akhirnya rumah tersebut terbengkalai dan dipenuhi semak. LOKASI: Tmn Bidara Palma, Tg Bidara.
4. Hakisan pantai berlaku dan para nelayan tidak boleh mendarat seperti biasa. Benteng persisir pantai juga dibina tetapi tak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. LOKASI: Tg Bidara.
5. Permohonan rumah PPRT oleh ibu tunggal tertangguh hampir 2 tahun. Pengerusi JKKK telah berjanji untuk menunaikan hasrat membina rumah PPRT sejak Raya Puasa (2011), namun tiada hitam putih dan sehingga kini tiada sebarang usaha dilihat.
6. Isu bau busuk yang datang dari kandang babi di Paya Mengkuang, Tg Bidara. Tidak selesai sejak bertahun.
7. Sikap pilih kasih dalam hal pembangunan yang diamalkan oleh JKKK tempatan sangat berleluasa. Pengerusi JKKK akui telah menurap semua jalan kampung2 seluruh Tg Bidara. Tetapi, malangnya jalan yang menghala ke rumah penyokong PAS tidak diturap, sedangkan jalan ke rumah berdekatan diturap.