Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Sunday, October 28, 2012

JKKK: Isi borang UMNO sebelum dapat PPRT


27 Okt, Sg Putat - Bagi memelihara maruah perjuangan PAS, En Zubir Yahya sanggup untuk tidak mengisi borang keahlian UMNO yang merupakan syarat tambahan bagi mendapatkan rumah PPRT. Beliau yang berumur 50 tahun membuat permohonan PPRT semenjak tiga tahun lepas.

"Beliau memang layak menerima bantuan tersebut dan pegawai menyatakan bahawa En Zubir Yahya perlu mendapatkan surat sokongan dari Pengerusi JKKK," kata Hj Mohamad Ali Shariff, Pengerusi PAS Cawangan Sg Putat.

Tambahnya lagi, Pengerusi JKKK kampung berkenaan meminta En Zubir Yahya mengisi borang keahlian UMNO sebelum diberikan surat sokongan. Akhirnya, En Zubir mengendahkan arahan mengisi borang UMNO dan membuat aduan kepada Mohamad Ali.

Mohamad Ali ketika ditemui berkata, PAS Cawangan Sg Putat sangat bersimpati dan bertindak mengumpulkan dana bagi membina sebuah rumah. Akhirnya sebuah rumah berjaya dibina dalam tempoh 2 tahun hasil sumbangan orang ramai.

Majlis perasmian rumah baru tersebut disempurnakan oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh.

YB Khoo pada ucapan ringkasnya menyatakan bahawa prosedur untuk mendapatkan rumah PPRT telah diubah dan ini merupakan prosedur baharu yang diperkenalkan. "Sememangnya prosedur ini menyukarkan rakyat dan seterusnya menafikan hak golongan miskin."

Menurut Hj Adly Zahari, "kos bagi membina rumah tersebut adalah terlalu murah, RM15,000.00 dengan keluasan 22' x 32'. Namun ia adalah lebih selesa dan luas jika hendak dibandingkan dengan rumah PPRT dengan kos mungkin mencecah RM40,000.00 seunit."

Tambahnya lagi, "hal ini menunjukkan kalau kita bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat, kita memang boleh buat. Usahakan kekuatan kita untuk diberikan kepada rakyat, kita boleh lakukan."

En Zubir Yahya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Cawangan Sg Putat atas usaha ini dan sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Gambar oleh: Jai

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).