Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Wednesday, October 24, 2012

Lagi Wakil Rakyat Melaka dihalang masuk ke sidang DUN


Satu memorandum, tentang cadangan, permintaan dan pertanyaan rakyat yang dikemukakan kepada Ketua Menteri Melaka dan kerajaan telah diserahkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil bagi dijawab oleh Ketua Menteri. Hal ini dibuat ekoran 5 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang telah digantung dari memasuki sidnag DUN. Mereka digantung daripada sidang DUN yang akan membahaskan bajet Negeri Melaka 2013.

Wakil pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, DAP dan PKR tidak dibenarkan masuk ke Seri Negeri. Memorandum serta pertanyaan tersebut hanya diserahkan kepada wakil dan pegawai keselamatan dihadapan pintu pagar.

Terdapat sejumlah 55 pertanyaan, cadangan serta permintaan telah dikemukakan kepada Ketua Menteri untuk dijawab serta dipertimbangkan. Mengikut prosedur Dewan, Ahli Dewan Undangan Negeri diberi peluang untuk bertanyakan 10 soalan lisan dan 15 soalan bertulis. Namun, peluang ADUN Pembangkang untuk bertanyakan soalan dinafikan dengan mereka tidak dibenarkan memasuki sidang DUN yang akan membahaskan bajet Negeri Melaka 2013.


ADUN Pembangkang tidak berpeluang bertanyakan soalan dan tidak berpeluang membuat teguran kepada kerajaan negeri atas kesilapan dan salahlaku yang berlaku dalam urustadbir negeri Melaka Bersejarah ini.

"Isu wakil pembangkang tidak dapat masuk kerana mereka disyaki oleh Speaker Dewan atas isu YB Betty meminta YG Gan Tian Lu memohon maaf kerana membangkitkan satu isu peribadi yang tidak ada berkaitan dengan isu negeri atau negara. Isu peribadi ini adalah isu rumah tangga YB Betty. Adakah isu peribadi ini patut dijadikan isu negeri/negara dan perlu dibahas di dewan?" soal Damian Yoe, ahli jawatankuasa Politik DAP Melaka. "Mengapa perlu YB Tay dan YB Goh pun turut dihalang masuk ke dewan, sedangkan ketika itu mereka langsung tidak membantah, tidak bersuara dan duduk sahaja?" tambahnya lagi.

Antara persoalan yang ditanya adalah berapakah kos penyelenggaraan kapal selam Agosta di Pantai Klebang setiap tahun? Selain itu Ketua Menteri dan Exco diminta untuk mendedahkan harta, aset kewangan dan apa-apa barang kemewahan setiap tahun, bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri tetapi juga kepada rakyat.

Sumber berita: http://yusofwahab.blogspot.com/2012/10/pr-bukit-katil-serah-memorundum-untuk.html

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).